MATAPELAJARAN : PRINSIP PERAKAUNAN
TINGKATAN : 4 & 5
RUJUKAN : Buku Rujukan Terbitan Sasbadi (NEXUS PRINSIPPERAKAUNAN)
Nama pengarang: Zan „ Asri Tasir dan Tan Siew Lian
MATAPELAJARAN : PRINSIP AKAUN
TINGKATAN : 4
RUJUKAN : Buku Teks Prinsip Akaun , Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd Prinsip Akaun
MATAPELAJARAN : PRINSIP PERAKAUNAN
TINGKATAN : 5
RUJUKAN : Buku Teks Prinsip Akaun
3.11 Sistem Fail Panitia
Sistem fail panitia perlu mengikut prosedur kualiti yang telah ditetapkan di bawah PK01 - Pengurusan Panitia di dalam SPSK. Berikut merupakan senarai kandungan yang perlu ada di dalam fail panitia mata pelajaran.
SEKOLAH... SENARAI KANDUNGAN FAIL PANITIA MATA PELAJARAN
PANITIA : ... No.
Fail Nama fail Kandungan Fail Catatan
1 Fail Induk a. Surat-surat perhubungan luar / dalaman
b. Carta Organisasi kurikulum dan panitia
c. Jawatankuasa panitia
d. Pekeliling-pekeliling ikhtisas berkaitan panitia.
Fail putih
2 Sukatan Pelajaran a. Sukatan Pelajaran
b. Huraian Sukatan Pelajaran c. Rancangan Pelajaran Tahunan d. Senarai Bahan Bantu Mengajar dan
Kedudukannya
e. Senarai buku teks dan rujukan.
Fail Kulit Keras
3 Mesyuarat Panitia a. Surat Panggilan Mesyuarat b. Minit Mesyuarat
c. Kedatangan mesyuarat
Fail putih
4 Program Kecemerlangan a. Perancangan Strategik b. Laporan-laporan program c. Program perkembangan staf d. Kajian Tindakan
Fail Kulit Keras
5 Peperiksaan a. Jadual peperiksaan b. Jadual penyedia soalan
c. Analisis Peperiksaan Sekolah dan Peperiksaan Awam
d. Analisis Headcount
e. Post Mortem / Audit Akademik
7 Penyemakan buku latihan murid
a. Jadual semakan b. Borang penyemakan
Fail putih
8 Aktiviti Akademik a. Surat menyurat b. Aktiviti tahunan c. Laporan aktiviti
Fail Kulit Keras 9 Bank Soalan a. Soalan-soalan peperiksaan sekolah
b. Soalan-soalan setara daerah / negeri c. Soalan-soalan peperiksaan awam
Fail Kulit Keras 10 Maklumat Guru a. Jadual waktu persendirian
b. Maklumat asas, akademik dan ikhtisas guru
3.12 Stok dan Inventori Panitia
Stok dan inventori panitia meliputi himpunan soalan-soalan peperiksaan yang telah dijalankan oleh panitia.
3.12.1 Buku Stok Panitia
Buku stok panitia merupakan buku yang mengandungi catatan barang/bekalan yang diterima. Bagi pengeluaran stok mestilah direkodkan di dalam daftar stok dan ditandatangani oleh penerima. Pembantu tadbir hendaklah merekodkan setiap daftar stok pejabat untuk kegunaan panitia Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas dalam buku stok seperti buku rujukan, kertas, buku latihan dan sebagainya. Dalam buku stok perlu dicatatkan nama sekolah, nombor pesanan serta kuantiti yang diterima atau keluaran. Contoh Buku Stok :
DAFTAR STOK BEKALAN PEJABAT ____________________ ____________________ ____________________ UNIT PENGUKURAN: Pesanan Diterima daripada / dikeluarkan kepada Tarikh Kuantiti yang diterima
3.12.2 Borang Pesanan dan Prosedur Pembelian
Borang pesanan digunakan untuk memesan peralatan dan keperluan panitia. Ia mempunyai empat salinan iaitu salinan pertama hendaklah dikembalikan bersama dengan invois pembeli. Manakala salinan kedua hendaklah disimpan oleh pembekal ataupun kontraktor. Pesanan akan dibatalkan sekiranya barang-barang tidak diterima sebelum tarikh tersebut. Salinan seterusnya mestilah dikirimkan kepada penerima barang-barang, diisikan dan dipulangkan bersama-sama dengan pesanan awal pemesan. Borang terakhir pula ditinggalkan di dalam buku pesanan.
Seterusnya, proses Arahan Perbendaharaan (AP) iaitu surat yang dikeluarkan oleh kementerian dan jabatan yang berkaitan tentang prosedur kewangan dan perakaunan termasuk prosedur berkaitan bagi memungut, menyimpan dan membayar wang awam persekutuan dan negeri bagi membeli, menyimpan dan melupus harta awam kecuali tanah dalam persekutuan negeri.
3.13 Prestasi Panitia
Setiap guru mata pelajaran Prinsip Perakaunan akan mengumpul markah para pelajar dan akan disatukan bagi menghasilkan Analisa Ujian/Peperiksaan Pertengahan serta Akhir Tahun. Analisa akan dibuat terhadap pencapaian dari segi keputusan peperiksaan di peringkat sekolah dan terhadap mata pelajaran. Secara keseluruhannya, panitia ICTL SMK Chalok (Model Khas) telah menunjukkan peratus peningkatan yang kecil sejak dari tahun 2004 sehingga 2012 tetapi mencapai peratus yang tinggi.
4. KOMPONEN 4: PENGALAMAN SEPANJANG ROS
Sepanjang proses pemerhatian ROS dan pencerapan terhadap guru pembimbing, saya mendapati bahawa seorang guru perlu mempunyai pengetahuan pedagogi yang mendalam dalam menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kemahiran pedagogi sangat penting dan merangkumi aspek pengetahuan dalam menentukan matlamat, objektif dan hasil pembelajaran, gaya pengajaran guru dan pembelajaran pelajar, strategi, pendekatan, kaedah, teknik pengajaran dan sebagainya. Guru perlu jelas dengan konsep sebenar pedagogi dengan mengambil kira segala faktor-faktor yang mempengaruhi persekitaran kelas dan pelajar supaya aktiviti P&P dapat dijalankan secara berkesan. Berdasarkan pemerhatian saya, guru yang berpengalaman mengajar lebih menguasai kemahiran pedagogi berbanding dengan guru-guru yang baru diserap dalam bidang pendidikan. Hal ini kerana terdapat dua orang guru pelatih yang turut bersama menjalankan latihan mengajar selain saya yang sedang menjalankan ROS. Saya turut berpeluang mencerap mereka dan mendapati para pelajar di dalam kelas tersebut tidak dapat dikawal dengan baik. Justeru, saya mengharapkan pusat pengajian pendidikan di seluruh universiti tempatan khususnya, lebih banyak menawarkan kursus-kursus pendidikan yang menekankan ilmu pedagogi supaya dapat melahirkan bakal guru yang lebih kompeten dan berkualiti. Selain itu, saya sebagai seorang pelajar pendidikan menyeru kepada semua bakal guru agar menguasai sepenuhnya pengetahuan pedagogi sebelum menjejakkan kaki ke alam perguruan.
Seterusnya, seorang guru perlu mahir dalam menguruskan bilik darjah terutamanya dari segi menguruskan tingkah laku para pelajarnya. Kemahiran dalam menguruskan bilik darjah merangkumi kemahiran menyusun dan mengurus kelas, aktiviti pembelajaran, tingkah laku
demikian, guru perlu menguruskan bilik darjah secara fleksibel dan bersesuaian dengan para pelajarnya. Hal ini disebabkan oleh pelbagai tingkah laku negatif yang ditunjukkan oleh pelajar pada masa sekarang sehinggakan sesetengah sikap pelajar ini telah mendatangkan masalah kepada guru. Oleh itu, seorang guru perlu bersedia dari segi fizikal dan terutamanya dari segi mental, bersikap profesional dan berfikir secara matang dalam menguruskan tingkah laku pelajar berkenaan. Sebagai contoh, guru yang hendak menguruskan tingkah laku pelajar yang pasif di dalam kelas. Guru perlu mewujudkan suasana bilik darjah yang menceriakan dan menggalakkan para pelajarnya saling berinteraksi antara satu sama lain. Tindakan ini sekurang-kurangnya dapat menangani masalah pelajar yang pasif dan menggalakkan pelajar supaya lebih melibatkan diri dalam aktiviti P&P. Justeru, pusat pengajian pendidikan dan pihak sekolah diharapkan dapat berganding bahu dan memberi peluang kepada bakal guru untuk melaksanakan lebih banyak program khas bersama pelajar sekolah.
Perumpamaan „guru ibarat lilin‟ dan guru sebagai role model sememangnya memerlukan
komitmen yang tinggi daripada guru itu sendiri. Beban tugas yang semakin banyak menyebabkan mereka perlu mengorbankan masa, tenaga dan kadang kala wang ringgit untuk memenuhi aspirasi pendidikan negara. Guru juga perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan bersifat lebih terbuka dalam menerima sebarang perubahan dan penambahbaikan di dalam dasar pendidikan negara. Sepanjang menjalankan ROS, saya telah diperkenalkan dengan dasar pendidikan baru iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk pelajar Tingkatan 1, serta beberapa sistem pemantauan untuk sekolah seperti Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) dan Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG). Saya juga turut berpeluang merasai pengalaman bagaimana memasukkan data (key-in) seperti keputusan peperiksaan pertengahan tahun pelajar Tingkatan 2, 3 dan 4 untuk SAPS. Selain itu,
saya telah didedahkan dengan beberapa prosedur kualiti di dalam SPSK yang pada masa itu dilakukan oleh audit dalaman sekolah dan merekodkan segala aktiviti ko-kurikulum dan kursus yang telah diikuti oleh guru sekolah tersebut serta program nilam dalam kalangan guru. Tidak dapat dinafikan tugas guru semakin banyak dan guru perlu mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi, maklumat dan komunikasi (TMK) ataupun lebih dikenali sebagai information, communication and technology (ICT). Pengalaman seperti ini amatlah berharga bagi saya dan semestinya dapat mendekatkan saya dengan realiti sebenar yang dialami oleh guru pada masa kini. Tidak mustahil pada masa akan datang, bakal guru seperti saya akan menghadapi juga keadaan ini dan kemungkinan besar lebih hebat dan mencabar kredibiliti sebagai seorang guru. Jelasnya, pelajar pendidikan harus didedahkan dengan kemahiran TMK di samping melibatkan diri secara aktif dalam bidang ko-kurikulum di peringkat universiti dan giat mengamalkan budaya membaca supaya dapat meningkatkan pengetahuan am dari pelbagai aspek kehidupan serta lebih peka dengan apa yang berlaku dalam dunia pendidikan.