• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIFAT PERBEZAAN DALAM MAZHAB FIQH

PERBEZAAN ANTARA DIN DAN SYARI'AH Saudara-saudara sesama Muslim.

SIFAT PERBEZAAN DALAM MAZHAB FIQH

Hal yang tersebut di atas menyangkut pengikut Rasul-Rasul sebelum Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi Wasallam. Mengenai pengikut-pengikut RasuluLah Muhammad Sallallahu'alaihi Wasallam sendiri, maka bahagian kedua dari contoh tersebut di atas berlaku bagi mereka. Semua

orang yang percaya bahawa syari'ah yang dikirimkan Allah kepada Rasulullah Sallallahu'alaihi Wasallam adalah Syari'ah Allah dan merasa berkewajipan untuk mengikutinya adalah orang- orang Islam. Sekarang, apabila sebahagian orang Islam memahami perintah-perintah dalam syari'ah itu dengan sesuatu pengertian dan sebahagian orang Islam yang lain memahaminya dengan pengertian yang berbeza, maka kedua kelompok orang Islam tersebut tetaplah orang- orang Islam, walaupun masing-masing memiliki pengertian yang berbeza tentang perintah- perintah tersebut, dan menjalankannya dengan cara yang berbeza pula, kerana masing-masing yang mengikuti sesuatu cara berkeyakinan bahawa cara itulah yang diperintahkan oleh Allah. Dalam hal ini, masing-masing kelompok tidak berhak untuk mengatakan bahawa kelompoknya sendiri adalah hamba-hamba Allah yang sebenarnya, sedang kelompok yang lain bukan. Yang dapat dikatakannya adalah bahawa kelompoknya sendirilah yang memiliki pemahaman yang tepat mengenai perintah Allah, sedangkan kelompok yang lain tidak. Tetapi mereka sama sekali tidak berhak memecat kelompok yang lain itu dari kedudukan mereka sebagai orang-orang Islam. Barangsiapa yang berani memecat seorang Islam dari kelslamannya bererti telah menganggap dirinya sebagai Tuhan. Seolah-olah ia berkata: "Sebagaimana yang engkau ketahui, adalah wajib bagimu untuk mentaati perintah-perintah Allah, demikian pula wajib bagimu untuk tunduk pada pemahamanku tentang perintah Allah itu. Apabila kamu tidak mahu tunduk, maka dengan kehendakku sendiri aku akan memecatmu dari kedudukanmu sebagai hamba Allah". Bayangkan, betapa gawatnya hal ini! Kerana itu Rasulullah SAW mengatakan:

"Barangsiapa dengan semena-mena mengecap seorang Muslim sebagai kafir, maka tuduhannya itu akan berbalik kepada dirinya". Kerana Allah hanya mewajibkan seorang Muslim taat kepada perintah-Nya saja, si penuduh itu berkata: "Tidak, kamu juga harus tunduk pada penafsiran dan penilaianku" (yang bererti: Tuhanmu bukan hanya Tuhan sendiri saja, tetapi aku juga adalah tuhanmu yang kecil). Dan apabila kamu tidak tunduk pada perintahku, maka dengan kehendakku sendiri aku akan memecat dari kedudukanmu sebagai hamba Tuhan, tidak peduli sama ada Tuhan memecatmu atau tidak". Barangsiapa yang sewenang-wenangnya berkata seperti ini, bererti ia telah melibatkan dirinya ke dalam bahaya menjadi seorang kafir, terlepas dari apakah orang yang dikata-katakannya itu berubah dari Muslim menjadi kafir atau tidak.

Saudara-saudara!

Saya harap anda semua telah memahami sepenuhnya perbezaan antara din dan syari'ah. Anda

tentunya juga telah mengerti bahawa perbezaan dalam cara mengabdi pada Allah tidak bererti

menyimpang dari din, asalkan orang yang mengikuti cara yang tertentu, benar-benar sadar dan

yakin bahawa Allah dan Rasul-Nya benar-benar memerintahkan apa yang dikerjakannya itu, dan untuk menguatkan cara yang dilakukannya itu ia memiliki bukti yang sah dari Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

BAHAYANYA TIDAK MEMAHAMI PERBEZAAN ANTARA "DIN" DAN "SYARI'AH" Sekarang saya ingin memberitahu kepada anda bahaya yang akan melanda masyarakat Islam

kerana ketidakmengertian mereka akan perbezaan antara din dan syari'ah.

Di kalangan umat Islam ada beberapa cara dalam mengerjakan solat. Suatu kelompok orang Islam meletakkan tangannya di atas dada, sedang yang lain meletakkan di atas pusat atau

perutnya. Sekelompok orang ikut membaca Fatihah ketika menjadi ma'mum di belakang imam,

sementara kelompok yang lain tidak. Satu kelompok membaca amin dengan keras, sedang

kelompok yang lain dengan suara perlahan. Masing-masing kelompok mengikuti cara masing- masing dengan keyakinan bahawa cara yang dipakai kelompoknya sendiri itulah yang diajarkan Rasulullah Sallallahu'alaihi Wasallam, dan untuk memperkuat keyakinannya itu mereka memiliki dalil yang kuat. Kerana itu, semua kelompok adalah tetap merupakan pengikut Nabi Sallallahu'alaihi Wasallam, walaupun cara-cara solat mereka berbeza. Tetapi orang-orang yang

tidak baik hatinya, yang menganggap masalah-masalah syari'ah ini sebagai masalah-masalah din

perbezaan dalam din. Orang-orang seperti ini membuat kelompok-kelompok sendiri, memisahkan masjid-masjid mereka dari masjid-masjid kelompok lain, saling menghina satu sama lain, mengusir orang-orang Islam dari kelompok lain dari masjid-masjid mereka, melakukan perang debat dan dalil dan memecah belah umat Rasulullah. Bahkan kalau hal ini masih tidak memuaskan mereka maka orang-orang yang suka bertengkar ini lalu mulai saling mengecap sebagai kafir, berdosa, atau pembuat bid'ah. Ini boleh terjadi apabila seseorang yang berprinsip

sesuai dengan pemahamannya tentang Al-Qur'an dan Sunnah, tidak merasa puas pemahamannya

tentang Al-Qur'an dan Sunnah, tidak merasa puas hanya dengan menjalankan prinsipnya itu bagi

dirinya sendiri, tetapi menganggap perlu untuk memaksakan pendiriannya itu pada orang-orang lain, dan apabila orang-orang lain itu menolaknya, ia lalu mengecap: mereka kafir dan telah

keluar dari din Allah.

Berbagai mazhab yang anda lihat, terdapat di kalangan umat Islam, seperti mazhab Hanafi, Syafi'i, Ahlul Hadith dan sebagainya, semuanya mengakui Al-Qur'an dan Hadith seagai pegangan terakhir dan melaksanakan ajaran-ajaran daripadanya sesuai dengan pemahaman mereka. Mungkin bahawa pemahaman yang dimiliki suatu mazhab adalah betul dan pemahaman yang lain keliru. Saya sendiri adalah penganut salah satu mazhab tersebut dan menganggapnya betul. dan saya juga mengemukakan hujjah dengan mereka yang menentang mazhab saya, untuk menerangkan kepada mereka apa yang saya anggap benar dan membuktikan apa yang saya pandang salah. Tetapi menganggap pendapat orang lain salah adalah berbeza dengan mengkafirkannya. Setiap orang Islam punya hak untuk mengikuti syari'ah menurut pemahamannya sendiri. Apabila sepuluh orang Islam mengikuti sepuluh cara yang berbeda, mereka semuanya adalah tetap orang-orang Islam selama mereka masih percaya pada syari'ah

Islam. Mereka tetap merupakan satu ummah dan tidak ada alasan bagi mereka untuk membentuk

kelompok yang terpisah-pisah. Tetapi orang-orang yang tidak memahami hal ini lalu memecah belah masyarakat Islam menjadi kelompok-kelompok yang terpisah-pisah kerana soal-soal yang remeh, saling menyerang, saling berpisah solat dan masjid, menghentikan saling kahwin- mengahwini dan saling berhubungan, dan kegiatan kelompok-kelompok yang terdiri dari orang- orang sesama golongannya sendiri, dengan cara sedemikian rupa seolah-olah masing-masing kelompok adalah satu umat yang berdiri sendiri.

Dokumen terkait