• Tidak ada hasil yang ditemukan

SINOPSIS MISA MELAYU

Dalam dokumen Nota SJH3102 Bab 2 Sinopsis Karya Agung (Halaman 31-36)

 Karya Misa Melayu merupakan karangan Raja Chulan yang merupakan seorang pujangga istana di Perak ketika pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain.

 Baginda yang merupakan kerabat diraja Perak diberi gelar Raja Kecil Besar dan ditabal menjadi Raja Bendahara Perak dan Raja Muda Perak pada 1773. Belum sempat menjadi Sultan, beliau terlebih dahulu mangkat pada tahun 1787.

 Penulisan Misa Melayu karya Raja Chulan memuatkan penceritaan berkenaan raja-raja Melayu yang memerintah negeri Perak antara tahun 1700-1780-an. Hal ini bermakna, sebahagian daripada kisah-kisah yang terkandung dalam Misa Melayu yang dicatatkan oleh Raja Chulan dalam karyanya adalah merupakan kisah yang berlaku pada zaman kehidupannya sendiri.

 Oleh itu, maka tidak hairanlah susunan penceritaan dalam teks sejarah ini dilihat agak teratur menurut kronologinya.

 Uniknya, bentuk penulisan Raja Chulan dalam Misa Melayu adalah berbentuk prosa dan puisi dan ditulis dalam tulisan Jawi, sebelum dirumikan oleh R.O Winstedt pada awal abad ke-20.

 Antara kandungan penceritaan yang terdapat dalam Misa Melayu tulisan Raja Chulan termasuklah:

 Kesultanan negeri Perak berasal dari keturunan yang agung, Raja Iskandar Zulkarnain. Jurai keturunannya hingga kepada Raja Nursyirwan Adil dan anak cucu Raja Chulan (Raja Chola) yang memerintah hingga ke selatan Tanah Melayu.

 Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah di Perak, orang Belanda telah mendirikan gudang atau loji perniagaan bijih timah di Pengkalan Halban, kawasan yang berhampiran dengan muara Sungai Kinta - Sungai Perak, berdekatan dengan Pulau Indera Sakti setelah mendapat kebenaran Sultan Muzaffar Syah

 Penceritaan mengenai kisah Sultan Iskandar Zulkarnain bersama Raja Chulan dan lain-lain menyusur pantai negeri Perak.

 Kisah Raja Iskandar menuba ikan di Sungai Budiman , berhampiran dengan Pulau Besar dan Pulau Juar di Kampung Gajah. Sungai

32

hazmanazhar© 2013

Budiman bercantum dengan Sungai Kinta dan Sungai Perak di hulu Sungai Budiman terletaknya kawasan bijih timah yang penting seperti Sungai Galah,Tanjung Tualang,Batu Gajah,Kampar dan lain-lain.  Penceritaan mengenai istiadat melenggang perut permaisuri Raja

Iskandar.

 Kisah Sultan Muhammad (waris yang muda) menyelesaikan masalah perebutan kuasa dengan Sultan Muzaffar Syah ( waris yang tua).

 Episod Sultan Muzaffar Syah yang ingin bermenantukan Raja Muda. Sultan Muzaffar meminta Raja Chulan menyatakan hasrat kepada Raja Muda. Akhirnya , puteri Sultan Muzaffar Syah yang bernama Raja Budak Rasul dikahwinkan dengan Raja Muda.

 Kisah Sultan Muhammad Syah (1744-1750) mengorbankan kedudukannya sendiri selaku Sultan Perak , agar Perak dicantum semula di bawah pemerintahan seorang sultan sahaja iaitu kekandanya Sultan Muzaffar Syah.

 Selain itu, antara kisah yang diceritakan Raja Chulan dalam Misa Melayu termasuklah:

1. Latar Sosial Masyarakat di Perak:

Dalam Misa Melayu, terdapat pelbagai bangsa dan suku kaum selain orang Melayu yang tinggal di sepanjang Sungai Perak termasuklah Rawa, Minangkabau, India dan Cina terutamanya di Pulau Indera Sakti dan Mukim Bandar, termasuklah di Pulau Juar, Kampung Cina, Kampung Air Mati, Bandar Baru, Teluk Memali hinggalah ke Bandar Tua dan Pasir Salak serta Kampung Gajah.

2. Adat Istiadat yang Diamalkan:

Antara adat dan istiadat yang diamalkan di Perak pada masa tersebut termasuklah adat bertindik, berinai, lenggang perut, istiadat perlantikan dan pertabalan Raja, istiadat perarakan keberangkatan raja, istiadat menjunjung duli, istiadat berkabung,

33

hazmanazhar© 2013

istiadat menurun tambak dan batu nisan serta istiadat membayar kaul (tunai hajat).

Adat Istiadat Perkahwinan Diraja Perak

o Dalam Misa Melayu, diceritakan mengenai kisah perkahwinan Raja Muda Perak, Raja Iskandar dengan Raja Budak Rasul, puteri kepada Sultan Muzaffar Syah iaitu Sultan Perak.

o Dalam istiadat perkahwinan diraja ini, Raja Alauddin dan Raja Chulan telah diminta merisik dan meminang Raja Budak Rasul dengan membawa emas sekati.

o Ketika upacara pernikahan pula, Raja Iskandar membawa 100 tahil emas, 10 pasang hamba (orang Jawa) dan 1000 keping timah. Akad nikah dimulakan dengan khutbah nikah, bersanding dan upacara bersiram.

Adat Istiadat Pertabalan Sultan di Perak

o Ketika kemangkatan Sultan Muzaffar Syah III, upacara pertabalan Sultan Baru telah dibuat di mana Raja Muda Perak, Raja Iskandar Syah telah diberi pakai segala alat kebesaran kerajaan.

o Baginda ditabal menjadi Sultan Perak dengan memakai gelar Paduka Seri Sultan Zulkarnain Khalifatur Rahman Johan Berdaulat Zillullahi Fil Alam. o Baginda juga ditabalkan sebelum jenazah almarhum Sultan sebelumnya

dikebumikan.

o Dalam setiap adat pertabalan ataupun adat menjunjung duli di Istana Perak, upacara ini akan disertai dengan paluan gendang nobat Ibrahim Khalil atau disebut “bermahalil”.

Adat Melenggang Perut di Istana Perak

o Ketika permaisuri kepada Sultan Iskandar Syah sarat mengandung tujuh bulan, satu temasya melenggang perut telah diadakan di Balai Panca Persada selama 40 hari 40 malam.

34

hazmanazhar© 2013

o Seluruh rakyat Perak termasuk masyarakat Cina, India dan Belanda datang mempersembahkan hadiah kepada Sultan.

o Selai itu, persembahan Menora dari Kedah pimpinan Kanda Seri Indera dan Nakhoda Jumaat turut dipersembahkan dalam istiadat melenggang perut ini.

Istiadat Membayar Kaul

o Pada suatu ketika, Sultan Iskandar di Pulau Indera Sakti telah jatuh gering. Pelbagai usaha dilakukan termasuklah bertilik berjaga-jaga, menurun jin, titik dan perdikiran.

o Akhirnya, Raja Muda dan rakyat telah bernazar agar baginda sembuh.

o Sultan Iskandar telah dimandikan dan diarak dari Rantau Panjang ke Pulau Indera Sakti dengan perahu.

3. Ekonomi di Perak:

Dalam Misa Melayu, Raja Chulan turut memperincikan mengenai hasil ekonomi yang terdapat di Perak pada masa tersebut terutamanya yang datang daripada aktiviti perekonomian di Sungai Perak.

Antaranya, pihak Belanda telah dibenarkan untuk membina gudang bijih timah di Pengkalan Halban yang terletak berhampiran Pulau Indera Sakti, di muara Sungai Kinta dan Sungai Perak.

Dalam satu peristiwa, Raja Chulan menceritakan bagaimana kompeni Belanda di Betawi mengiringi tujuh buah kapal perang ke Perak ekoran fitnah seorang Keling bernama Pir Muhammad yang hampir mencetuskan perang di antara Perak dan Belanda.

Akhirnya, rundingan serta perjanjian semula Perak dan Belanda menyebabkan Belanda berjaya memonopoli perdagangan timah di Perak dan membeli 500 bahara timah dari Perak.

Di dalam hutan negeri Perak juga terdapat banyak gajah sehingga terdapat sebuah kampung yang digelar Kampung Gajah.

35

hazmanazhar© 2013

Namun, hanya baginda Sultan Perak sahaja yang dibenar untuk berniaga gajah di negeri Perak.

Di Pulau Indera Sakti pula, para peniaga Cina telah membuka toko-toko mereka dan sebahagian daripadanya menjual emas.

Selain Belanda, pedagang India, Cina, Jawa dan Siam turut melakukan perdagangan dengan Perak. Antaranya termasuklah perdagangan pakaian, garam, tembakau, gambir, pinggan mangkuk tembikar Cina, dan alatan senjata seperti parang dan keris, benang emas, rempah dan candu.

4. Perihal Masjid Pulau Indera Sakti:

Ketika zaman pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain, Raja Chulan telah menceritakan dalam Misa Melayu mengenai titah baginda Sultan agar sebuah masjid dibina di Pulau Indera Sakti yang belum mempunyai masjid bagi menyambut kedatangan Hari Raya Haji.

36

hazmanazhar© 2013

Dalam dokumen Nota SJH3102 Bab 2 Sinopsis Karya Agung (Halaman 31-36)

Dokumen terkait