• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tajuk 1 Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-kanak

1.1 Sinopsis

Tajuk ini merangkumi peringkat perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak. Topik-topik kursus ini meliputi latar belakang teori perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak, tokoh-tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak, peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, estetika dan ekspresi visual, rangsangan dan faktor-faktor yang mempengaruhi lukisan kanak, apresiasi hasil seni 2 dimensi kanak-kanak dan apresiasi hasil seni 3 dimensi kanak-kanak-kanak-kanak.

1.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat;

1. Menganalisis ciri lukisan kanak-kanak berdasarkan peringkat perkembangan fizikal, emosi, rohani, sosial, mental dan estetik.

2. Membanding beza peringkat pengutaraan tampak kanak-kanak mengikut pandangan tokoh-tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak. 3. Mengaplikasikan rangsangan lukisan kanak-kanak mengikut

peringkat-peringkat perkembangan.

4. Membuat apresiasi dan menghargai lukisan kanak-kanak 1.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

TAJUK 1

PERINGKAT PERKEMBANGAN LUKISAN 

KANAKKANAK

 

Peringkat

Perkembangan

Lukisan

1.4 Kandungan Pengenalan

Tajuk Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-kanak merupakan kesinambungan dari tajuk satu dan dua PSV3103. Semasa sesi tutorial di IPG, anda telah menyenaraikan kekuatan beberapa teori yang merupakan latar belakang yang memberi sumbangan atau memainkan peranan terhadap teori Perkembangan Pengutaraan Tampak Kanak-Kanak. Anda juga telah menganalisis tumpuan setiap Tokoh-tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak dan menghubungkaitkan kurikulum PSV KBSR dengan pandangan tokoh-tokoh tersebut. Manakala tajuk ini lebih menumpukan kepada pendapat tiga tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak iaitu Herbert Read, Viktor Lowenfeld dan Laura H. Chapman. Pendapat tiga tokoh ini akan dihuraikan secara terperinci berkaitan kajian mereka mengenai peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak. Perbincangan akan meliputi beberapa faktor yang mempengaruhi peringkat pengutaraan tampak kanak-kanak tersebut seperti faktor budaya,sosial dan persekitaran. Untuk modul ini, anda juga akan menghuraikan salah satu peringkat dari aspek budaya, sosial, persekitaran dan sebagainya serta membuat perbandingan secara terperinci peringkat-peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak mengikut pandangan tiga tokoh tersebut.

Herbert Edward Read

Nama penuh : Herbert Edward Read Tarikh Lahir : 4 Disember 1893

Tempat Lahir : Kirkbymoorside, North Yorkshire.

Pekerjaan : Penyajak, Sejarawan Seni Moden, Pengkritik Seni dan Sastera. Bangsa : Inggeris

Meninggal dunia : 12 Jun 1968 Sumber 

Sejarah awal Read dalam bidang seni

 Read lebih dikenali sebagai pengkritik seni.

 Aktif dalam membincangkan tentang seni moden British bersama dengan Paul Nash, Ben Nicholson, Henry Moore dan Barbara Hepworth.

 Menjadi rakan kongsi kepada Kumpulan Seni Moden Unit One milik Nash.  Menjadi seorang professor seni halus di University of Edinburgh (1931 –

1933).

 Salah seorang penganjur London International Surrealist Exhibition pada 1936 dan editor majalah Surrealism.

Latar belakang keadaan masyarakat dan sistem pendidikan kreatif pada zaman 1920an-1930an di UK

 Peranan National Society of Art Masters(NSAM) dan Art Teacher Guild(ATG)  NSAM: disiplin akademik lukisan dan reka bentuk, pengikhtirafan kompetensi

akademik untuk tujuan ekonomi kebangsaan.

ATG: Lukisan kanak-kanak untuk keperluan pendidikan dan perkembangan Kanak-kanak. Mengalakkan kreativiti individual kanak-kanak. Kreativiti berpusatkan kanak-kanak, kebebasan kreativiti, dan kespontanan.

 Mengikut Frank Cizek setiap individu kanak-kanak mempunyai kreativiti yang tersendiri dan patut diberi perluang untuk meluahkan pengutaraan tampak atau ekspresi diri.

 Seperti Cizek, Read memberi hujahan bahawa sistem pendidikan itu yang menyebabkan kehilangan kebebasan kreativiti, dan kespontanan kanak-kanak pada umur 10 tahun. Ini adalah kerana sistem pendidikan pada zaman itu melibatkan kanak-kanak umur 10 tahun dalam pendidikan yang begantungkan intellek dan mengabaikan kespontanan dan kreativiti kanak-kanak. Read menyarankan bahawa kebebasan kreativiti dan kespontanan seharusnya boleh dilanjutkan sehingga ke peringkat dewasa. Maka Read menggunakan rujukan seni advant gard.

 Terdapat tekanan jurang perbezaan sosial politik antara golongan yang kaya dan golongan pertanian. Seni telah menjadi sesuatu kepunyaan golongan kaya. Read terus mencadangkan kepentingan kreativiti yang tersirat pada setiap individu yang secara kolektifnya akan membawa ke kehendak sosil masyarakat. Read menulis tentang “Pendidikan Melalui Seni”. Persamaan simbol dan imej universal dalam lukisan digunakan sebagai alat untuk komunikasi dan seterusnya pendidikan kepada semua dalam komuniti.

Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-Kanak

 Minat Read terhadap seni kanak-kanak merupakan tugasan beriringan pertamanya semasa membuat penafsiran mengenai kepentingan avant-garde.  Subjek seni kanak-kanak pada asalnya merupakan perkara yang kurang

penting; hujah mengenai intisari ‘pra-logikal’ dalam kreativiti avant-garde boleh disokong dengan rujukan kepada keadaan yang nyata dalam seni purba dan lukisan kanak-kanak.

 Mengikut Read, kreativiti individu kanak-kanak boleh dilanjutkan ke peringkat selepas 10 tahun sehingga ke dewasa. Mengabungkan falsafah ahli

Psyikologi Freud dan Carl Jung, Read telah menulis tentang kepentingan meluahkan imej yang tersirat dalam minda individu. Maka Read membantahkan sistem pendidikan seni yang merupakan replikasi kepada reality. Pada Read yang lebih penting juga adalah untuk mengeluarkan saranan baru dan bukan mengulangi atau meniru apa yang sedia ada.

 Pengalaman sedia ada memberi perhatian istimewa yang tepat pada masanya kepada nilai kebudayaan, dan lebih serius dalam menguruskan teori kreativiti kanak-kanak sangat berpadanan dengan semangat perjuangannya terhadap avant-garde.

Bincangkan bagaimanakah pengalaman persekitaran dan sosial budaya seseorang kanak-kanak itu dapat membantu perkembangan lukisan mereka? ( 60 minit )

Seni kanak-kanak adalah kuasa tarikan kepada sesuatu falsafah

Tugasan yang sangat mencabar dalam pendidikan adalah untuk mencegah kanak-kanak daripada kehilangan jalan masuk kepada zaman purba, alam yang asing dan pengalaman terhadap sesuatu budaya yang mana mereka mampu untuk memperlihatkannnya dalam perlambangan.

"Art is an attempt to create pleasing forms"

 Read berpendapat bahawa kanak-kanak tidak dapat membezakan antara yang Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

kanak-kanak terhadap realiti. Imej simbolic lukisan-kanak-kanak berasal dari simbol primitif yang telah tersirat pada setiap orang kanak-kanak

 Beliau kemudiannya menyedari suatu kualiti tetap yang memberangsangkan dalam seni kanak-kanak mempunyai perkaitan dengan kestabilan komuniti, dan beliau juga menemuinya dengan lengkap pada catan dan arca avant-garde orang dewasa.

 Seni kanak-kanak telah dilihat sebagai sesuatu persepsi asas kanak-kanak terhadap realiti dunia sekelilingnya, di mana Read mengambilkira tujuan avant-garde yang menghasilkan imej yang terdapat dalam minda setiap individu  Read mendapati kandungan imitasi seni kanak-kanak memerlukan analisis

bagi maksud yang tersirat.

Cuba anda fahamkan pandangan Vicktor Lowenfeld mengenai peringkat perkembangan artistik kanak-kanak .

VIKTOR LOWENFELD

 Lowenfeld dan Britain (1987) telah memperkenalkan teori perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak yang mengikuti peringkat-peringkat perkembagan fizikal, mental, sosial, intellek, dan estetik, kanak-kanak.  Peringkat perkembangan pengutaraan tampak mereka merangkumi

peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, dawning realism, peringkat pseudonaturalistic) dan peringkat adolescent art. Pada setiap peringkat, kanak-kanak mempunyai keperluan dan keinginan asas dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intellek dan estetik.  Memenuhi keperluan dan keinginan asas mengikut peringkat dari segi

fizikal, mental, emosi, sosial, intellek dan estetik akan membawa ke perkembangan yang sihat dan menyeluruh.

 Pengetahuan yang sedia ada tetapi dalam keadaan pasif boleh diaktifkan melalui cara-cara yang mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Apabila pengetahuan pasif diaktifkan, persepsi, kognisi dan pembelajaran berlaku secar serentak.

 Aksi kanak-kanak,objek yang knokrit, tajuk/isikandungan yang sesuai akan menggalakkan lukisan, pengutaraan tampak, pembelajaran,perkembangan dan tumbesaran.

Berdasarkan tiga lukisan kanak-kanak di atas nyatakan kenapa kanak-kanak tidak dapat membezakan antara yang ideal (unggul) dengan yang sebenar. ( 60 minit )

 Faktor faktor luaran seperti sosial budaya, alam persekitaran, latar belakang keluarga juga akan memberi kesan terhadap pengutaraan kanak-kanak

 Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal  Proses menconteng menyebabkan pergerakan otot dan membangunkan

koordinasi otot motor tangan.

 Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan, mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada melukis garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

 Memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan garisan

 Contoh :

Ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza.

 Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi.

 Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Objek diualang-ulangkan dengan cara yang sama.

 Penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya.

 Contoh :Kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas

lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara dan tanah.

 Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong.

 Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar.

 Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi

 Kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu  Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara

realistik dan teliti dengan butir-butiran.

 Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri

 Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit kompetitif serta menitik beratkan kualiti karya yang dihasilkan

 Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik dalam menghasilkan lukisan

 Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej

 Mereka lebih gemar melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata dengan lukisan menerusi imaginasi

 Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik

 Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek

 Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni

Cuba anda buat catatan ringkas mengenai ciri-ciri lukisan kanak-kanak mengikut enam peringkat umur berdasarkan kajian yang dibuat oleh Vicktor Lowenfeld. ( 60 minit )

Peringkat Umur Ciri-Ciri Lukisan 2 – 4 tahun

4 – 7 tahun 7 – 9 tahun

9 – 12 tahun 12 – 14 tahun 14 – 17 tahun

Contengan Tidak Terkawal

(20 bulan) oleh Mohd Shazlee Amir

Lukisan Kanak-kanak Usia 4-7 tahun oleh Mohd Shazlee Azam Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Lukisan Kanak-kanak Usia 7- 9 tahun oleh Nur Aliffah Shazelee

Lukisan Kanak-kanak Usia 4-7 tahun oleh Mohd Shazlee Ariff Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Lukisan Kanak-kanak Usia 12-14 tahun oleh Mohd Shazlee Amin

1. Nyatakan dua sebab yang menyekat proses perkembangan kreativiti kanak-kanak mengikut Vicktor Lowenfeld.

2. Bincangkan bagaimana guru Pendidikan Seni Visual dapat membantu perkembangan kreativiti dan artistik murid tahap satu dan tahap dua di sekolah rendah.

( 60 minit ) Sumber: Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni 1. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

LAURA H. CHAPMAN

Sumber : The Department of Art Education, The College of the Arts, The Ohio State University 

http://arted.osu.edu/departmentNews/?q=node/47 

Laura H. Chapman ialah seorang perunding dan penulis dalam bidang Pendidikan Seni di Cincinnati, Ohio. Berpengalaman mengajar prasekolah serta kelas dewasa, di kawasan luar bandar, pinggir bandar dan sekolah-sekolah di pusat bandar. Beliau pernah mengajar mahasiswa dan program-program ijazah pendidikan seni di Indiana University, The Ohio State University, University of Illinois dan University of Cincinnati.

Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-kanak oleh Laura H.Chapman Perkembangan Artistik (perkembangan penghasilan karya)

Pelbagai model perkembangan telah dikemukakan dan dapat membantu memperjelaskan perkembangan artistik kanak-kanak. Model yang telah diformulasikan oleh Lowenfeld (1975) dan Chapman (1972) mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang sama. Antara persamaan yang ketara ialah transisi perkembangan daripada peringkat scribbling ke representasi. Antara persamaan-persamaan yang lain ialah:

 Faktor sosio-ekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan.

 Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna.

 Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkat-peringkat perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja.

Tahap Perkembangan Kreativiti

Laura H. Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai artistik. Menurut beliau, proses artistik ini digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan karya. Proses artistik yang dijelaskan oleh Chapman tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah dan berulang-ulang. Menurut Chapman lagi, 3 disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan objektif menghasilkan karya seni tercapai.

Terdapat 3 fasa dalam kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi menghasilkan karya seni, iaitu:

1. Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)

Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan

tujuan penghasilan karya. Di dalam konteks pendidikan seni visual, guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya. 2. Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement)

Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak, proses ini dianggap signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik.

3. Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)

Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu. Jelasnya, pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkan. Oleh yang demikian, guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.

(Sumber: Perkembangan Seni Dan Kanak-kanak OUM )

Dalam siri buku “Discover Art”, Chapman telah memberi contoh setiap pelajaran yang mengikut lankah berikut:

1. Pemerhatian 2. Penerokaan 3. Penghasilan 4. Apresiasi

Bincangkan persamaan dan kelainan langkah-lankah ini dengan yang disarankan dalam organisasi sukatan pelajaran KBSR

Terangkan dengan contoh bagaimana seorang guru dapat mereka aktiviti kelas untuk tujuan berikut

1. Untuk murid-murid membuat pemerhatian secara aktif dalam masa yang singkat.

2. Untuk murid-murid membuat penerokaan yang melibatkan kreativiti 3. Untuk murid menggunakan unsur seni dalam menghasilkan karya dengan tertib kerja dan tata cara berkerja.

4. Untuk murid membuat apresiasi secara mudah.

Cuba anda buat perbandingan secara terperinci peringkat-peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak mengikut pandangan Herbert Read,Vicktor Lowenfeld dan Laura H. Chapman. ( 60 minit )

Tahap Perkembangan Kreativiti ( Proses Artistik ) Laura H. Chapman Terbahagi kepada 2 fasa, iaitu:

1. Pewujudan idea

2. Perkembangan dan penghalusan idea

Bincangkan tahap perkembangan kreativiti (Proses Artistik) lukisan kanak-kanak menurut pandangan Laura H. Chapman. ( 60 minit )

Rumusan:

Dalam tajuk ini anda telah didedahkan dengan latarbelakang teori perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak, tokoh-tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak.Maklumat mengenai mengapa kanak-kanak melukis dan memahami lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak selalunya mempunyai interpretasi dan makna yang tertentu.Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak juga kebiasaannya merupakan satu cara untuk kita mengenalpasti proses perkembangan minda dan kreativiti mereka. Pengetahuan ini boleh dijadikan panduan kita untuk mengadakan aktiviti untuk menggalakkan perkembangan artistik kanak-kanak dan kita boleh juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bercerita dan berkongsi pengalaman mereka dengan rakan yang sebaya supaya pengalaman mereka dapat dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran yang berfaedah.

Latihan 1.1

Kumpulkan lukisan kanak-kanak tahap satu dan tahap dua dari sekolah anda. Huraikan ciri-ciri lukisan tersebut. Adakah lukisan yang menunjukkan ciri seperti yang dinyatakan oleh Viktor Lowenfeld dan Brittain. Terangkan, dengan contoh lukisan tersebut, faktor-faktor yang memberi kesan kepada lukisan kanak-kanak tersebut. Sebagai seorang guru pendididikan seni visual, jelaskan dengan sokongan rujukan, bagaimana anda dapat memenuhi keperluan fizikal, mental, emosi, intellek dan estetik untuk menggalakkan lukisan murid tahap satu dan tahap dua. Dengan rujukan kepada Lowenfeld dan Brittain, beri tumpuan anda kepada tema/kandungan, alat dan bahan, olahan ruang. Cuba hubungkaitkan tumpuan anda dengan faktor budaya, sosial dan persekitaran. Bincangkan bagaimana anda menghadapi cabaran yang anda temui disekolah.

... ... ... ... ...

... ... ... ... ... ... ( 60 minit ) Latihan 1.2

Reka satu aktiviti untuk murid membuat pemerhatian secara aktif dalam masa yang sengkat bagi sesi Menggambar. Nyatakan pertimbangan-pertimbangan yang diperlukan untuk reka bentuk aktiviti tersebut.

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-Kanak dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap sumber-sumber rujukan lain serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan.

( 1 jam )

Contoh: Dapatkan bahan bukti hasil daripada sumber internet dan sediakan satu peta minda sebagai pengukuhan berdasarkan pandangan dan pandapat tokoh-tokoh pendidik dan pengkaji lukisan kanak-kanak.

TAJUK 2 KREATIVITI, ESTETIKA DAN EKSPRESI VISUAL

2.1 Sinopsis

Tajuk ini memberi pendedahan tentang huraian konsep-konsep kreativiti, estetika,

ekspresi visual kanak-kanak dari beberapa tokoh dan pengkaji lukisan kanak-kanak. Perhatian diberi kepada aspek kajian kepada konsep-konsep yang diketengahkan.

2.2 Hasil Pembelajaran

1.2.1 Menjelaskan konsep kreativiti, estetika dan ekspresi visual

1.2.2 Menghurai ciri-ciri kreativiti, estetika dan ekpresi visual dan faktor yang menghalang kreativiti kanak-kanak

1.2.3 Menjelaskan kepentingan proses kreativiti dan artistik

1.2.4 Membandingkan pendapat beberap tokoh tentang kreativiti, estetika dan ekspresi

2.3 Kerangka konsep tajuk modul ini.

KOH 2.4 Kandungan

TOKOH‐

TOKOH 

KONSEP 

KREATIVITI 

KONSEP 

ESTETIKA

 

KONSEP     

EKSPRESI 

VISUAL 

KREATIVITI, ESTETIKA DAN EKSPRESI VISUAL

PROSES KREATIVITI

DAN ARTISTIK

Pengenalan

Tajuk Kreativiti, Estetika dan Ekspresi Visual merupakan kesinambungan dari tajuk 6

Imaginasi dan Kreativiti kanak-Kanak. Semasa sesi interaksi bersemuka, anda telah

didedahkan dengan pelbagai ragam gaya lukisan kanak-kanak merangkumi ciri lukisan kanak-kanak, watak-watak dan gaya bahasa kanak-kanak menerusi analisis lukisan yang telah anda laksanakan. Apa yang anda perolehi itu kesemuanya adalah petunjuk kepada ekspresi visual kanak-kanak berdasarkan imaginasi serta daya kreativiti kanak-kanak. Hasil lukisan kanak-kanak itu mempunyai nilai estetiknya tersendiri. Kesinambungan daripada tajuk itu kita akan menumpu secara lebih spesifik kepada konsep seperti kreativiti, estetika dan ekspresi visual seperti yang dinyatakan.

Kreativiti

(Senario Guru di Sekolah Pendalaman) :

Dalam sebuah artikel mengatakan; Ada sebuah sekolah di pendalaman negeri Sabah, guru menggunakan daun keladi sebagai menggantikan kertas lukisan semasa menjalankan kelas seni . Ini berikutan kesukaran guru mendapatkan sumber bekalan kertas lukisan kerana kedudukan sekolah agak jauh dari pekan. Guru berkenaan terpaksa berkorban masa saban minggu untuk mengumpul helaian daun keladi di sekitar kampung untuk dibawa ke sekolah.

Merujuk kepada senario di atas, adakah anda pernah mengambil tindakan yang serupa bila berhadapan dengan masalah ? Bolehkah kita mengatakan guru berkenaan sebagai guru yang kreatif ? Bagaimana pula jika anda mendapati pelajar di sekolah anda suka mencipta roket kertas ? Bolehkah anda mengatakan pelajar anda pelajar yang kreatif ?

Terminologi kreatif berasal dari perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud “membuat/ mencipta/ mereka cipta”. Manakala Greek “creare” bermaksud “memenuhi”. Sehubungan itu dapat dirumuskan bahawa kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir yang menerbitkan idea manakala pemikiran kritis adalah pemikiran yang menilai ke atas sesuatu idea. Oleh itu pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi dari pengalaman serta pengetahuan yang

sedia ada bagi membolehkan seseorang itu dapat mencetuskan idea atau hasil ciptaan yang baru dan lebih baik daripada yang sebelumnya.

Kreativiti bersangkut dengan pemikiran kreatif. Berfikiran kreatif bermaksud berfikir di luar kotak. Ia juga berkait dengan keupayaan seseorang menyelesaikan

Dalam dokumen PSV3103 Kreativiti Dan Seni Kanak Kanak (Halaman 6-47)

Dokumen terkait