A I dan II sahaja
Soalan 20 dan Soalan 21 berdasarkan Gambar
18. Aiman _____________ simbal mengikut rentak gitar yang rancak itu.
A memetik C menggesek B memukul D menghentam 19. Encik Wong __________
mengusahakan kebun sayurnya dengan pelbagai jenis tanaman. A mandi darah C mandi lumpur B mandi peluh D mandi kerbau
Soalan 20 dan Soalan 21 berdasarkan Gambar 7
Gambar 7
20. Rizal ___________ kerana dituduh oleh kawannya tidak jujur.
A naik darah C mulut murai B otak udang D perang dingin
21. Perkataan antonim yang paling sesuai bagi menyatakan situasi antara Rizal dengan kawannya itu ialah __________.
A tegas C gusar B ceria D berani
Soalan 22 berdasarkan Gambar 8
Gambar 8
Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergarisdengan betul.
22. Hang Tuah adalah antara pahlawan Kesultanan Melayu Melaka yang terbilang pada zaman dahulu.
A terpuji C tertangkas B terbesar D termasyhur
Soalan 23
Pilih soalan yang paling sesuai bagi
jawapan yang diberikan.
23. Perkhemahan itu dibatalkan kerana kurang mendapat sambutan daripada murid-murid.
A Bagaimanakah sambutan perkhemahan itu?
B Mengapakah perkhemahan itu dibatalkan?
C Siapakah yang membatalkan perkhemahan itu? D Adakah perkhemahan itu mendapat sambutan daripada murid-murid?
Soalan 24
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi
soalan yang diberikan.
24. Apakah hubungan gadis berdarah campuran itu dengan datuk kamu? A Gadis berdarah campuran itu ialah anak saudara saya. B Datuk saya dan gadis itu
memang berdarah campuran. C Gadis berdarah campuran itu ialah cucu kepada datuk saya. D Hubungan datuk saya dengan gadis berdarah campuran itu sangat rapat.
Soalan 25
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
25. Lampu isyarat di simpang jalan itu tidak berfungsi sejak semalam. A Lampu isyarat telah rosak di simpang jalan itu.
B Semalam lampu isyarat rosak di simpang jalan itu.
C Lampu isyarat di simpang jalan itu sudah lama rosak.
D Sejak semalam lampu isyarat di simpang jalan itu rosak.
Soalan 26 dan Soalan 27
Pilih ayat-ayat yang menggunakan
perkataan bergaris dengan betul.
26. I Landasan kereta api Teluk Intan –Tapah sudah tidak digunakan lagi.
II Beberapa orang jurutera sedang memeriksa landasan kapal terbang itu.
III Kita tidak akan terpesong jika mengikut landasan agama yang betul.
IV Pemimpin yang mempunyai landasan yang bersih akan dikenang sepanjanghayat. A I dan II C I , II dan III B II dan III D I, III dan IV 27. I Kakak memetik secubit garam untuk dimasukkan ke dalam kari ayam.
II Setiap petang, Karim memetik gitar di beranda rumahnya. III Pensyarah itu memetik kata-kata pujangga sebelum mengakhir syarahannya.
IV Azlina memetik beberapa kuntum bunga ros di taman itu. A I dan II C I, II dan III B I dan IV D II, III dan IV
Soalan 28 hingga Soalan 30
Pilih ayat-ayat yang betul.
28. I Kawasan istana itu dikawal dengan ketat oleh para pengawal.
II Rumah pengurus bank itu terletak di antara masjid dengan balai raya.
III Kami mengambil masa selama
dua setengah jam untuk tiba di puncak.
IV Kedua orang anak Puan Norhayati sedang menuntut di Universiti Putra.
A I dan II C I , II dan III B II dan III D II, III dan IV
29. A Komputer yang dibeli oleh David sungguh canggih sekali.
B Pada musim perayaan kita perlu saling kunjung-mengunjungi. C Tiap hari saya akan ke perpustakaan awam untuk membaca buku.
D Zulkifli dan adiknya menuntun rancangan televisyen kegemaran mereka.
30. A Berbagai aktiviti yang
berfaedah boleh dilakukan pada cuti sekolah.
B Murid-murid beratur di tepi kelas masing-masing bila loceng berbunyi.
C Kamu boleh membuat tempahan kereta itu bila-bila masa yang kamu suka.
D Beliau adalah salah seorang penjenayahyang paling dikehendaki oleh pihak polis.
Soalan 31 hingga soalan 35
Baca petikan berita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. KUALA KANGSAR, 25 Mei – Empat lelaki bersenjatakan pistol telah merompak wang tunai berjumlah dua ratus ribu dari sebuah rumah seorang usahawan di Jalan Merak di sini pagi tadi. Rompakan itu adalah kali kedua di rumah usahawan berkenaan. Kira-kira dua bulan yang lalu, sebanyak lima puluh lapan ribu wang tunai telah dilarikan dari rumah tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar memberitahu pemberita, rompakan yang memeranjatkan tuan rumah itu berlaku dalam masa beberapa minit sahaja. Rompakan itu berlaku kira-kira pada pukul 11.30 malam. Semasa kejadian, keluarga berkenaan masih belum tidur. Perompak juga tidak mencederakan penghuni banglo mewah itu. Tidak berlaku sebarang pergelutan semasa kejadian tersebut. Menurut siasatan awal pihak polis,
perompak-perompak tersebut mungkin mendapat kerjasama daripada pembantu rumah usahawan berkenaan beberapa hari sebelum rompakan berlaku. Pembantu rumah itu juga turut melarikan diri selepas kejadian itu.
Pembantu rumah usahawan tersebut ialah seorang wanita warganegara China. Dia telah berkerja sebagai pembantu rumah di rumah usahawan berkenaan hampir tiga tahun. Tiada sebarang syak yang meragukan tentang penglibatan pembantu rumah dalam kes rompakan tersebut sebelum ini.
Perompak-perompak itu telah memecahkan peti besi yang terletak di dalam bilik tidur usahawan tersebut. Mereka telah melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Toyota Vios yang dipercayai dicuri lima hari lalu. Pihak polis sedang mengesan dan memburu mereka yang dipercayai terlibat dalam kes rompakan tersebut. Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang ternampak kejadian itu supaya tampil memberikan maklumat.
31. Bilakah rompakan kali pertama berlaku di rumah usahawan itu? A 25 Februari C 25 April B 25 Mac D 25 Mei
32. Rumah banglo mewah usahawan itu
terletak di …
A Jalan Murai, Kuala Kangsar B Jalan Merbok, Kuala Kangsar C Jalan Merak, Kuala Kangsar D Jalan Merpati, Kuala Kangsar
33.Rompakan bersenjata api itu hanya berlaku kira-kira …
A beberapa jam sahaja B beberapa detik sahaja C beberapa kali sahaja D beberapa minit sahaja
34. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas.
A Sebuah kereta Toyota Vios turut dilarikan oleh perompok tersebut. B Rumah usahawan tersebut sudah dua kali dimasuki oleh perompak. C Pembantu rumah usahawan itu adalah seorang warganegara
asing.
D Usahawan dan keluarganya tidak dicederakan oleh perompak tersebut.
35.Rompakan tersebut dipercayai telah didalangi oleh orang dalam sendiri, iaitu hasil kerjasama antara
A jiran tetangganya dengan perompak.
B pembantu rumahnya dengan perompak.
C pembantu peribadinya dengan perompak.
D pegawai keselamatannya dengan perompak.
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
MINGGU KESELAMATAN JALAN RAYA 2010
Bersempena minggu keselamatan jalan raya bagi tahun ini, berbagai-bagai acara akan dijalankan seperti Pertandingan Melukis Poster dan Pertandingan Memandu Cermat. Acara-acara ini khas untuk kanak-kanak tahap dua sekolah rendah di daerah Tumpat. Murid-murid dipelawa menyertai pertandingan tersebut. Mereka yang berminat, sila daftarkan nama anda kepada guru kelas masing-masing melalui borang yang disediakan.
Peralatan boleh didapati daripada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah masing-masing.
Syarat-syarat Pertandingan: 1. Pertandingan Melukis Poster:
(a) Tajuk : Keselamatan di Jalan Raya. (b) Kertas lukisan berukuran 35 x 25 sm. (c) Nama, kelas dan nama sekolah ditulis di sudut atas sebelah kanan kertas lukisan. (d) Semua lukisan hendaklah diserahkan kepada PPD Tumpat sebelum 29 Julai 2010.
2. Pertandingan Memandu Cermat:
(a) Diadakan pada hari Ahad 25 Julai 2010, pukul 9.00 pagi.
(b) Tempatnya di Dataran Sekolah Kebangsaan Tumpat .
(c) Penerangan selanjutnya boleh didapati daripada urus setia dan ahli jawatakuasa Pertandingan Memandu Cermat.
Hadiah-hadiah berupa wang tunai dan sijil penghargaan akan diberi kepada johan, naib johan dan tempat ketiga; dua belas hadiah saguhati serta sijil penyertaan bagi tiap-tiap peraduan.
36.Siapakah yang layak meyertai pertandingan di atas?
A Murid sekolah rendah daerah Tumpat
B Murid sekolah menengah daerah Tumpat
C Murid tahap dua sekolah rendah daerah Tumpat
D Murid tahap satu sekolah rendah daerah Tumpat
37.Kepada siapakah peserta pertandingan perlu mendaftarkan diri?
A guru kelas C guru besar B guru kanan D guru bimbingan
38.Lukisan-lukisan di bawah ini memenuhi syarat-syarat pertandingan, kecuali
A Lukisan yang diserahkan kepada PPD Tumpat pada 28 Julai 2010. B Lukisan yang telah dihasilkan pada kertas yang berukuran 35 x 25 inci.
C Lukisan yang pesertanya mendaftarkan nama melalui borang yang disediakan.
D Lukisan yang ditulis nama, kelas, dan nama sekolah di sudut atas sebelah kanannya.
39.Perkataan cermat dalam petikan bermaksud
A berhati-hati C bertolak-ansur B berjimat-jimat D beransur-ansur
40.Johan pertandingan bagi setiap kategori akan membawa pulang
A hamper dan sijil penyertaan. B hamper dan sijil penghargaan. C wang tunai dan sijil penyertaan. D wang tunai dan sijil
penghargaan.
KERTAS SOALAN TAMAT