• Tidak ada hasil yang ditemukan

SOLAR E AQUA SYSTEM INTEGRATED WITH MOBILE

DEVICE

Penulis:

Mohd Azman Bin Rosli

Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) DH48 Mohd Ridhwan Bin Che’ Amat

Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) DH44

07

Abstrak

Penjanaan tenaga elektrik daripada cahaya matahari bukanlah sesuatu yang baru, malah panel solar sebenarnya telah berada di pasaran sejak 50 tahun yang lalu. Namun kini keperluan dan keyakinan pengguna terhadapnya amat meluas. Begitu juga dengan perkembangan “Internet of Things” IoT semakin meningkat dari hari ke hari. Potensi besar juga terhasil dari gabungan elektronik dan internet sekaligus memberi manfaat dalam kehidupan manusia. Dengan perkembangan kedua-dua teknologi tersebut, maka tercetus idea untuk menghasilkan produk inovasi dalam bidang Akuakultur dengan menggabungkan kedua-dua elemen teknologi tersebut. Maka, terhasilnya “Solar E Aqua System Integrated with Mobile Device” kegunaan untuk pengaliran air semula (RAS) dan pemantauan seperti

hidupan akuatik bertujuan untuk penjimatan seperti pengurangan penggunaan tenaga elektrik dan pekerja, meningkatkan produktiviti, menjimatkan masa, memudahkan kerja pemantauan dan pemeriksaan hidupan akuatik serta bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran pelajar dalam bidang akuakultur. Inovasi ini merupakan sistem akuakultur pengaliran air semula (RAS) yang direkabentuk menggunakan sumber bekalan elektrik yang dijana daripada tenaga solar. Sistem ini memastikan pengaliran air mengikut proses kitaran dalam sistem yang digunakan bagi memastikan kualiti air dalam tangki ternakan berada pada tahap optimum terutamanya kadar ammonia dalam air & meningkatkan Dissolve Oxygen (DO) kadar oksigen terlarut di dalam air. Di samping itu, kerja pemantauan dan pemeriksaan ternakan seperti ikan atau udang dapat dilakukan secara jarak jauh dengan menggunakan teknologi mobile device. Dengan menggunakan beberapa kelengkapan seperti pam air, penapis air, tangki air, panel solar, rechargeable battery, PV charge controller, single power inverter, underwater WIFI camera dan handphone maka terhasilnya produk inovasi ini yang boleh dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja terutama sebagai alat bantu mengajar dalam bidang akuakultur, kegunaan pengusaha dalam industri akuakultur seperti penternakan ikan dan udang yang diusahakan secara komersial dan kegunaan

P

enjanaan tenaga elektrik daripada cahaya matahari bukanlah sesuatu yang baru, malah panel solar sebenarnya telah berada di pasaran sejak 50 tahun yang lalu. Namun kini keperluan dan keyakinan pengguna terhadapnya amat meluas. Begitu juga dengan perkembangan “Internet of Things” IoT semakin meningkat dari hari ke hari. Potensi besar juga terhasil dari gabungan elektronik dan internet sekaligus memberi manfaat dalam kehidupan manusia. Dengan perkembangan pesat kedua-dua teknologi tersebut, maka tercetus idea untuk mengaplikasikan teknologi ini dengan menghasilkan produk inovasi dalam bidang Akuakultur dengan menggabungkan kedua-dua elemen tersebut. Maka, terhasilnya “Solar E Aqua System Integrated with Mobile Device” kegunaan untuk pengaliran air semula (RAS) dan pemantauan dan pemeriksaan hidupan akuatik dalam tangki bertujuan untuk penjimatan seperti pengurangan penggunaan tenaga elektrik dan pekerja, meningkatkan produktiviti, menjimatkan masa, memudahkan kerja pemantauan dan pemeriksaan hidupan akuatik serta bagi tujuan mempermudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang akuakultur.

Inovasi ini merupakan sistem akuakultur pengaliran air semula (RAS) yang direkabentuk menggunakan sumber bekalan elektrik yang dijana daripada tenaga solar. RAS memastikan pengaliran air mengikut proses kitaran dalam sistem yang digunakan bagi memastikan kualiti air dalam tangki ternakan berada pada tahap optimum terutamanya kadar ammonia dalam air & meningkatkan Dissolve Oxygen (DO) kadar oksigen terlarut di dalam air. Di samping itu, kerja pemantauan dan pemeriksaan ternakan akuatik dalam tangki seperti ikan atau udang dapat dilakukan secara atas talian dengan menggunakan ‘mobile device’. Dengan menggunakan beberapa kelengkapan seperti pam air, penapis air, tangki air, panel solar, rechargeable battery, PV charge controller, single power inverter, underwater WIFI camera dan handphone maka terhasilnya produk inovasi ini yang boleh dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja terutama kepada pengusaha dalam industri akuakultur seperti penternakan ikan dan udang yang diusahakan secara komersial, kegunaan persendirian dan sebagai alat bantu mengajar dalam bidang akuakultur.

Latar Belakang Projek

Inovasi

Karya Inovasi 7 : Solar e Aqua System Intergrated with Mobile Device

Idea penciptaan produk ini diperoleh apabila melihat dalam industri akuakultur di Malaysia belum ada penggunaan tenaga diperbaharui diaplikasikan dalam sistem akuakultur pengaliran air semula (RAS) untuk ternakan akuatik seperti ikan atau udang yang diusahakan secara komersial mahupun untuk kegunaan persendirian. Masalah utama dalam sistem akuakultur pengaliran air semula (RAS) yang menggunakan sumber tenaga konversional adalah risiko terputusnya bekalan elektrik (blackout) secara tiba-tiba. Jika ini berlaku, boleh memberi kesan yang kurang baik kepada hasil ternakan dalam tangki RAS yang mana sistem pam air dalam tangki RAS perlu sentiasa berfungsi 24 jam sehari dan berterusan. Selain itu, penggunaan sumber bekalan elektrik konversional dalam sistem akuakultur RAS akan meningkatkan kos utiliti, kos penyelenggaraan dan tangki ternakan berada di lokasi yang statik dan sukar untuk dipindahkan ke sesuatu tempat yang tiada bekalan elektrik. Dengan adanya Sistem Solar E-Aqua ini dapat menjimatkan kos utiliti dan penyelenggaraan, mesra alam dan fleksibel untuk memindahkan tangki RAS kemana-mana sahaja lokasi yang dikehendaki (portable).

Dalam sektor pendidikan pula, masalah yang sering dihadapi adalah ruang makmal akuakultur yang kecil dan terhad untuk tujuan pembiakan atau penternakan ikan dan udang dalam tangki yang biasanya bersaiz besar. Maka produk inovasi ini direkabentuk dalam saiz yang lebih kecil, fleksibel, menjimatkan dan mudah alih. Bagi kelas yang bilangan pelajarnya ramai agak sukar untuk menjalankan pembelajaran secara amali kerana tidak mampu menempatkan mereka dalam makmal pada satu-satu masa. Maka produk ini juga mengaplikasikan Teknologi IOT dan Mobile Device supaya pembelajaran boleh dilaksanakan secara atas talian terutama bagi topik nutrisi, biologi, penjagaan kesihatan, ‘aquatic behaviour’ di mana pelajar tidak perlu ke makmal dan hanya memantau, memeriksa, memerhatikan, menganalisis hidupan akuatik dalam air secara langsung melalui telefon bimbit sahaja.

Berikutan dengan penularan pendemik Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia pada masa ini, memberi anjakan transformasi yang besar kepada industri akuakultur dan institusi pendidikan. Dengan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pergerakan rakyat untuk menjalani kehidupan agak terbatas. Bertepatan dengan permasalahan ini, produk inovasi ini dapat membantu pekerja

Penyataan Masalah

Karya Inovasi 7 : Solar e Aqua System Intergrated with Mobile Device

Karya Inovasi 7 : Solar e Aqua System Intergrated with Mobile Device

Cadangan Penyelesaian

Inovatif dan Kreatif

Projek Inovasi Yang dibangunkan

Sasaran Pengguna

Pihak/pengguna bidang yang berkaitan.