• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 2 : KONSEP MA SLAHAH DAN MAFSADAH DAN STANDARDNYA MENURUT ULAMA USUL

2.8 SYARAT BERAMAL DENGAN MA SLAHAH DAN MAFSADAH SERTA STANDARDNYA

2.8.2 Standard Penentuan Ma slahah dan Mafsadah

Penentuan kepada kedudukan maslahah dan mafsadah dalam menghukumkan sesuatu persoalan merupakan asas kepada ketepatan ijtihad yang dilakukan selaras dengan maqasid al-shari„ah. Namun, kegagalan dan kekeliruan dalam meletakkan standard yang betul bagi kedua-duanya membawa kepada kepincangan dalam penetapan hukum ataupun cenderung kepada mengikut kepentingan tertentu dan kehendak hawa nafsu. Kecenderungan menghukum berdasarkan prinsip mendatangkan maslahah dan menolak mafsadah secara umum bagi setiap persoalan boleh membawa kepada pengabaian perkara yang wajib dan melakukan sesuatu yang haram223. Sehubungan dengan itu, terdapat keperluan kepada garis panduan yang tersusun dan menepati roh syariat di samping dapat membendung kecelaruan dalam menghukumkan sesuatu persoalan

222 Al-Tufi, Risalah fi Ri‟ayah al-Maslahah (t.tp.: Al-Dar al-Masriyyah al-Lubnaniyyah, 1993), 26.

apabila berlakunya pertembungan di antara keduanya. Pentarjihan di antara maslahah dan mafsadah ini pula perlu dilihat daripada tiga keadaan iaitu mengikut pertembungan yang berlaku sama ada sesama maslahah, sesama mafsadah ataupun pertembungan di antara maslahah dan mafsadah tersebut.

Ulama telah membahaskan isu pentarjihan di antara maslahah dan mafsadah ini di dalam penulisan mereka secara rawak di bawah topik maslahah dan mafsadah. Pendekatan dalam pentarjihan yang dibuat adalah berdasarkan kepada keadaan pertembungan tersebut. Secara umum, terdapat tiga kategori penentuan standard mengikut situasinya.

2.8.2(a) Kontradiksi Di antara Sesama Maslahah dan Penentuan Standard

Apabila berlakunya pertembungan di antara dua atau lebih maslahah pada satu masa, maka prinsip pertama yang perlu difahami bahawa syariah itu bertujuan meraikan seberapa banyak maslahah yang boleh dicapai tanpa mengabaikan salah satu daripadanya. Pendekatan yang menghimpunkan maslahah yang saling bertentangan tersebut secara maksimum dan tanpa menafikan maslahah tertentu bertepatan dengan roh syariah ini seperti persoalan menjaga harta daripada dicuri dengan meninggalkan sembahyang. Seseorang boleh mengerjakan sembahyang secara individu agar ada sebahagian yang lain menjaga harta daripada hilang224. Sekiranya dengan mengambil kira kesemua maslahah tidak dapat memberi manfaat, maka pendekatan yang seterusnya ialah dengan mengambil mana-mana maslahah yang lebih dominan dari aspek kesempurnaan, kepentingan dan memenuhi kehendak syarak.

224 Al-Sulami, Qawa‟id al-Ahkam fi Masalih al-Anam, 1:108; Al-Amidi, Al-Ahkam fi Usul al-Ahkam, 4:

Bagi melakukan pentarjihan di antara maslahah ini pula terdapat tiga piawai yang perlu dianalisis terlebih dahulu iaitu dari aspek sifat dan nilai maslahah tersebut, cakupan, dan kesan dan impak pencapaian maslahah 225

. i. Aspek sifat dan nilai

Aspek sifat dan nilai maslahah yang perlu diteliti sebelum pentarjihan dilakukan bermaksud dengan memilih maslahah yang lebih kuat dan lebih penting berbanding dengan maslahah yang kurang kuat dan kurang penting. Maka, maslahah daruriyyah didahulukan berbanding maslahah hajiyyah dan tahsiniyyah. Maslahah hajiyyah didahulukan daripada maslahah tahsiniyyah. maslahah daruriyyah merupakan maksud asal yang ingin dicapai berdasarkan kepada peranan dan hubung kait226 antara tahap maslahah ini. Oleh itu sekiranya terdapat kekurangan pada maslahah ini yang merupakan asl akan melibatkan kepincangan juga kepada maslahah hajiyyah dan tahsiniyyah sebagai far‟u. Selain itu, maslahah agama pula didahulukan daripada maslahah yang lain diikuti dengan maslahah nyawa, akal, keturunan dan harta227

. Sebagai contoh, maslahah akal diutamakan berbanding maslahah keturunan apabila ulama bersepakat memutuskan hukuman sebat ke atas penzina mesti memastikan bahawa hukuman tersebut tidak membawa kepada kemudaratan pancaindera dan akalnya228. Sekiranya pertembungan yang berlaku dari jenis maslahah yang sama seperti agama dengan agama atau nyawa dengan nyawa, maka penilaian seterusnya ialah dengan melihat kepada aspek yang lain iaitu analisis maslahah dari sudut kadar jangkauan dan cakupan sama ada bersifat umum atau sebaliknya seperti yang akan dibincangkan berikutnya.

225 Al-Buti, Dawabit al-Maslahah fi al-Shari‟ah al-Islamiyyah, 249.

226

Al-Kamali, Maqasid al-Shari‟ah fi Daw‟ Fiqh al-Muwazanat, 125.

227

Susunan ini merupakan susunan yang telah disepakati. Meskipun terdapat pandangan yang mengatakan bahawa didahulukan nyawa daripada agama, pandangan ini disangkal berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah Al-An‟am 6:162 yang bermaksud: “Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kepada Allah Taala”. (lihat Al-Buti, Dawabit al-Maslahah fi al-Shari„ah al-Islamiyyah,

50

ii. Jangkauan dan Cakupan Maslahah

Analisis ulama terhadap maslahah dari aspek jangkauan dan cakupan menetapkan bahawa maslahah yang umum mesti didahulukan daripada maslahah yang khusus229

. Pendekatan ini tidak bermaksud untuk memberi mafsadah kepada individu secara khusus tetapi dengan meraikan maslahah yang lebih umum sifatnya akan membawa kepada terlaksana juga maslahah yang khusus. Hal ini kerana seseorang individu itu tidak akan mendapat kemudaratan semata-mata apabila maslahah yang umum diraikan. Kebiasaannya maslahah seseorang individu juga termasuk di dalam maslahah umum yang ditarjihkan tadi.230 Tambahan lagi, penjagaan kepada maslahah yang umum lebih luas dan lebih menyeluruh berbanding penjagaan kepada maslahah yang khusus231

. Sebagai contoh, diutamakan menyibukkan diri dengan pengajian ilmu syariat berbanding melakukan ibadat-ibadat yang sunat kerana faedah yang pertama lebih menyeluruh berbanding dengan yang kedua232. Selain itu, dari aspek jangkauan masa terhasilnya sesuatu maslahah pula, didahulukan mengutamakan maslahah yang bersifat kekal daripada maslahah yang bersifat sementara. Maslahah yang bersifat kekal ialah maslahah yang mempunyai manfaat yang kekal seperti manfaat daripada wakaf. Manakala maslahah sementara pula ialah maslahah yang manfaatnya berlaku sekali sahaja seperti individu yang mengeluarkan hartanya untuk bersedekah233. Hal ini membuktikan prinsip maqasid al-shari„ah yang meraikan kemaslahatan yang berkekalan bukannya untuk satu tempoh jangka masa yang tertentu sahaja.

229

Al-Sulami, Qawa‟id al-Ahkam fi Masalih al-Anam, 1:71; Al-Shatibi, Al-Muwafaqat, 2:350.

230 Al-Buti, Dawabit al-Maslahah fi al-Shari‟ah al-Islamiyyah,252.

231 Al-Sulami, Qawa‟id al-Ahkam fi Masalih al-Anam2:75. 232

Al-Buti, Dawabit al-Maslahah fi al-shari„ah al-Islamiyyah, 253

233Ridzwan Ahmad, “Metode Pentarjihan Maslahah dan Mafsadah Dalam Hukum Islam Semasa,”

Selain itu, maslahah yang besar (kubra) perlu diutamakan berbanding dengan maslahah yang kecil (sughra). Dalam menentukan besar dan kecilnya sesuatu maslahah ini, beberapa piawai telah disusun. Aspek-aspek tersebut ialah mengutamakan maslahah yang akan memberi kesan yang lebih buruk jika diabaikan, maslahah yang dititikberatkan secara khusus oleh syarak, maslahah yang lebih hampir dengan kepentingan diri dan hubungan kaum kerabat, maslahah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW secara berterusan dan maslahah yang disepakati oleh para ulama234.

iii. Kesan dan Impak Pencapaian Maslahah

Dalam keadaan tidak dapat diputuskan maslahah yang ingin dipelihara, maka pendekatan ketiga digunakan iaitu dengan melihat kepada sejauh mana kesan dan impak yang akan terhasil daripada maslahah tersebut. Maka, maslahah qat‟iyyah perlu didahulukan berbanding dengan maslahah zanniyyah dan maslahah zanniyyah perlu mendahului maslahah mawhumah dan mashkuk235. Sekiranya masih tidak dapat membuat pentarjihan di antaranya, maka pendekatan yang perlu digunakan ialah dengan memilih salah satu daripadanya mengikut susunan masa yang mana terdahulu dan yang mana terkemudian236.

Kesimpulannya, pendekatan yang dinyatakan oleh ulama di atas menjadi suatu standard yang mengawal dalam menentukan maslahah yang ingin dicapai apabila berlaku pertembungan. Langkah-langkah pentarjihan yang disusun setelah tidak boleh dilakukan proses al-jam„ (menghimpunkan) memperlihatkan kriteria maslahah yang diambil kira perlu mengikut susunan keutamaannya iaitu dengan melihat kepada sifat dan kekuatannya, diikuti dengan keluasan cakupan faedah yang akan diperoleh dan impaknya.

234 Ridzwan Ahmad, “Metode Pentarjihan Maslahah dan Mafsadah Dalam Hukum Islam Semasa,”

Shariah Journal 16 (No.1 2008), 112-116.

235 Al-Yubi, Maqasid al-Shari‟ah al-Islamiyyah Wa „Alaqatuha bi al-Adillah al-Tashri„iyyah, 398.

2.8.2(b) Kontradiksi di antara sesama mafsadah dan penentuan standard

Sebagaimana standard dalam penentuan maslahah, pertembungan di antara masfsadah juga memerlukan kepada suatu standard yang tertentu dalam memastikan piawaiannya memenuhi prinsip maqasid al-shari„ah. Penentuan ini juga mengambil kira bentuk pertembungan yang berlaku sama ada kontradiksi sesama mafsadah yang sama kedudukannya ataupun dalam kedudukan yang berbeza iaitu di antara mafsadah yang rajihah dengan mafsadah yang marjuhah.

i. Kontradiksi sesama mafsadah yang sama kedudukan

Prinsip umum berkaitan dengan mafsadah ialah sesuatu yang membinasakan bahkan yang menyukarkan mesti dihilangkan atau diminimumkan bersesuaian dengan kaedah fiqah iaitu

رارض لاك ررضلا

237

(tiada kemudaratan dan tidak boleh memudaratkan) dan

ؿازي ررضلا

238)kemudaratan dihilangkan). Sesuatu mafsadah mesti dihilangkan kesemuanya jika boleh dilakukan dan memilih yang kurang membawa mafsadah sekiranya tidak dapat dihilangkan semuanya. Selain itu sesuatu mafsadah yang ingin dihilangkan tidak boleh diganti dengan melakukan mafsadah lain yang sama kedudukannya berdasarkan kaedah fiqah iaitu

ررضلا

هلثبم

239

ررضلبا ؿازي لا

(kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan seumpama dengannya). Oleh itu, dalam situasi sedemikian pilihan dibuat dengan memelihara perkara yang lebih ringan mafsadahnya berbanding dengan yang lebih berat. Sebagai contoh, seseorang yang dipaksa untuk melakukan pembunuhan ke atas seorang Muslim yang lain hendaklah bersabar dengan ancaman bunuh ke atas dirinya dengan tidak melakukan pembunuhan sekiranya ia

237

Ibn Nujaym, Al-Ashbah wa al-Nazair, 1: 273.

238 Ibid., 274.

mampu mempertahankan dirinya kerana mafsadahnya lebih ringan240. Begitu juga dalam kes larangan mencampak sebahagian anak kapal ke laut untuk menyelamatkan nyawa sebahagian anak kapal yang lain daripada tenggelam241. Tindakan ini menunjukkan kepada penggantian sesuatu mafsadah dengan mafsadah lain yang sama kedudukannya yang tidak dibenarkan oleh syarak.

ii. Kontradiksi di antara mafsadah rajihah dengan mafsadah marjuhah

Konsep raf‟u al-haraj menjadi elemen penting dalam mengangkat sebarang kemudaratan ketika berlakunya pertembungan di antara dua atau lebih mafsadah yang berbeza kedudukannya242. Dalam situasi tidak mampu menghilangkan kesemua mafsadah dan perlu memilih mafsadah marjuhah untuk dikekalkan berbanding mafsadah rajihah, maka terdapat pendekatan tertentu yang boleh digunakan. Fuqaha juga telah menetapkan beberapa kaedah yang menjadi dawabit dalam melakukan pertimbangan di antara mafasid iaitu;