• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 2: KAJIAN LITERATUR

2.9 Struktur Ayat BJ

Dalam bahagian ini pengkaji akan membincangkan tentang struktur ayat penyata dan ayat tanya dalam BJ.

2.9.1 Struktur Ayat Penyata dan Ayat Tanya BJ

Dalam bahagian ini pengkaji akan membincangkan struktur ayat BJ dalam bentuk ayat penyata dan ayat tanya yang asas sahaja. Pengkaji mengambil contoh perbezaan struktur ayat kedua-dua bahasa kerana BI dan BJ berada di dalam kumpulan bahasa yang sama iaitu bahasa Germanik. Berikut dihuraikan secara ringkas beserta contoh-contoh susunan ayat asas BJ yang dipelajari oleh para pelajar Melayu di UiTM Shah Alam.

1. Ayat Penyata

Sebastian sucht die Kantine

subjek kata kerja objek

Susunan ayatnya ialah S-V-O iaitu subjek-kata kerja-objek.

Struktur ayat OVS juga terdapat dalam BJ, tetapi untuk kajian ini hanya struktur ayat SVO yang diambil kira. Ini dibincangkan dengan lebih mendalam di 2.9.2.

2. Ayat Tanya

a) Ayat Tanya yang bermula dengan kata Tanya (bagaimana, apa, siapa, di mana dll).

Wo arbeitet Susan Heim ?

kata tanya kata kerja subjek

Susunan ayat ialah Wh-Question-V-S iaitu kata tanya-kata kerja-subjek.

University

b) Ayat Tanya dengan kata kerja / soalan ya-tidak.

Liegt der Konferenzraum in der zweiten Etage links ?

kata kerja subjek objek Susunan ayatnya ialah V-S-O iaitu kata kerja-subjek-objek.

Kesimpulannya, walau bagaimana susunan perkataan dalam susunan ayat dalam BJ, kedudukan kata kerja (verb) sentiasa berada di posisi kedua dan keadaan ini menunjukkan susunan ayat BJ adalah lebih variabel dan fleksibel jika dibandingkan dengan susunan ayat BI. Oleh itu, pengkaji ingin memperjelaskan bahawa susunan ayat-ayat BJ yang akan dianalisis dan dikaji dalam bab-bab seterusnya terutamanya Bab 4 adalah jenis-jenis ayat mudah dan asas iaitu ayat penyata dan ayat tanya yang bermula dengan kata-kata pertanyaan dan kata kerja.

2.9.2 Perbandingan susunan ayat asas BJ, BI dan BM

Seterusnya pengkaji akan menerangkan struktur ayat asas BJ dan membandingkannya dengan susunan ayat BI dan juga BM. Bagi ayat klausa utama mudah (simple main clause), ayat dalam BJ adalah sama sahaja seperti BI dan BM. Contoh ayat:

i) Ich kaufe das Brot in dem Tesco Supermarkt.

I buy the bread in the Tesco supermarket. Saya membeli roti di pasaraya Tesco.

Tidak seperti BI, susunan ayat dalam ayat klausa utama mudah (simple main clause) juga boleh disusun dalam susunan ayat yang berbeza untuk menekankan sesuatu selain subjek

University

dengan meletakkannya di hadapan, selagi kata kerja yang telah dikonjugasi kekal di posisi kedua seperti contoh ayat di bawah:

ii) In dem Tesco Supermarkt kaufe ich das Brot.

In the Tesco Supermarket buy I the bread.

Di pasaraya Tesco membeli saya roti.

Contoh ayat yang telah diterjemah ke dalam BI dan BM di atas adalah secara harfiah. Setelah ayat BJ disusun secara berbeza, kata kerja ‘kaufe’ masih berada di posisi kedua. Di dalam BJ ayat i) di atas adalah betul, tetapi bila diterjemah, ayat BI dan BM agak kurang tepat. Bila disusun secara betul ayat dalam BI menjadi ‘In the Tesco Supermarket I buy the bread’ dan ayat BM adalah ‘Di pasaraya Tesco saya membeli roti’. Susunan ayat yang betul sepatutnya seperti berikut ‘Penggunaan kata kerja BI dan BM iaitu ‘buy’ dan ‘membeli’ berada di posisi ketiga ayat. Contoh ayat BJ dengan susunan yang lain pula ditunjukkan di mana kata kerja masih tetap berada di posisi kedua iaitu:

iii) Das Brot kaufe ich in dem Tesco Supermarkt. The bread buy I in the Tesco Supermarket.

Roti membeli saya di pasaraya Tesco.

Berdasarkan contoh susunan ayat BI dan BM secara harfiah di atas, ayat dalam BI dan BM berubah maknanya sama sekali di mana ayat BI menjadi ‘The bread buy I in the Tesco

Supermarket’ dan BM ‘Roti membeli saya di Pasaraya Tesco’. Namun, ayat BJ dengan kata

kerja ‘kaufe’ tetap kekal berada di posisi kedua adalah difahami dan betul sekiranya dibaca oleh penutur BJ.

University

Selain itu, terdapat juga contoh susunan ayat yang mengandungi compound verb iaitu mengandungi kata kerja utama (main verb) dan kata kerja bantu (helping verb), BI selalunya meletakkan kedua-duanya bersama. Namun dalam BJ kata kerja yang telah dikonjugasi mesti berada di kedudukan atau posisi kedua, sementara kata kerja yang satu lagi akan sentiasa berada di posisi akhir ayat seperti contoh yang diberikan. Terjemahan secara harfiah dalam BI dan BM ditunjukkan sekali di bawah:

i) Ich werde das Buch bald lesen.

I will the book soon read.

Saya akan buku tidak lama lagi baca.

Jika dilihat daripada contoh ayat i) di atas, kata kerja bantu BJ ‘werde’ dan kata kerja utama ‘lesen’ sentiasa berada dalam posisi kedua dan terakhir ayat.

i) Das Buch werde ich bald lesen.

The book will I soon read.

Buku akan saya tidak lama lagi baca.

Begitu juga dengan ayat ii) di atas yang diubah sedikit dengan objek ‘Das Buch’ diletakkan di permulaan ayat. Kata kerja bantu ‘werde’ dan kata kerja utama ‘lesen’ masih sama sentiasa berada dalam posisi kedua dan terakhir ayat.Seterusnya penjelasan penggunaan kata kerja ‘werde’ dan ‘lesen’ ditunjukkan dengan lebih jelas seperti di bawah:

University

I will read the book soon.

Ich werde das Buch bald lesen.

Kata kerja bantu kata kerja utama The book will I soon read.

Das Buch werde ich bald lesen. Kata kerja bantu kata kerja utama

Bagi susunan ayat tanya pula, konjugasi kata kerja juga akan sentiasa berada di posisi kedua. Contoh ayat tanya dalam BJ adalah seperti berikut:

Was hast du gemacht ?

What have you done ?

Apa yang awak sudah buat?

Berdasarkan perbincangan ringkas yang telah dinyatakan di atas, perbezaan struktur ayat antara BM dan BJ agak jauh berbeza di mana BM dilihat agak bebas dalam penggunaan perkataan ketika menyusun sesuatu ayat sementara susunan perkataan dalam ayat BJ agak tersusun dan sistematik dengan syarat kata kerja sentiasa berada dalam posisi kedua baik dalam ayat penyata mahupun ayat soal yang menggunakan kata tanya.

Disebabkan belum ada kajian susunan perkataan (word order) B3 dalam BJ yang mengkaji susunan ayat BJ secara mendalam, maka pengkaji amat berminat untuk mengkaji topik ini. Secara tidak langsung ianya boleh memberi sumbangan kecil untuk meningkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bidang pemerolehan BJ di Malaysia.

University

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

Dokumen terkait