• Tidak ada hasil yang ditemukan

Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar mengenai

Dalam dokumen Undang-Undang Malaysia (Halaman 52-56)

semua notis pendaftaran yang diluluskan dan didaftarkan di bawah Akta ini, mengikut Bab 6 Bahagian V.

Bahagian V

KUASA DAN TATACARA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

Bab 1 Arahan

Arahan oleh Suruhanjaya

51. (1) Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan

arahan secara bertulis kepada mana-mana orang berkenaan dengan pematuhan atau ketakpatuhan mana-mana syarat lesen, dan termasuklah tetapi tidak terhad kepada remedi sesuatu pelanggaran syarat lesen, dan peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya.

(2) Sebelum mengeluarkan sesuatu arahan di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan suatu notis secara bertulis kepada orang itu dengan menyatakan jenis pematuhan yang dikehendaki.

(3) Orang itu hendaklah diberi peluang untuk didengar atau boleh mengemukakan suatu penghujahan bertulis dalam suatu tempoh masa yang munasabah yang dinyatakan dalam notis itu tentang sebab-sebab bagi tingkah laku atau aktivitinya.

(4) Selepas habis tempoh notis yang dinyatakan dalam subseksyen (3), Suruhanjaya hendaklah mengambil kira apa-apa sebab yang diberikan oleh orang itu sebelum membuat keputusan berkenaan dengan tingkah laku atau aktiviti orang itu yang berkaitan.

(5) Selepas menimbangkan dengan sewajarnya apa-apa sebab yang diberikan oleh orang itu, Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu arahan di bawah subseksyen (1) yang menghendaki orang itu mengambil tindakan tertentu yang bertujuan untuk memastikan bahawa orang itu tidak melanggar atau terus melanggar mana-mana syarat lesennya dan/atau mana-mana-mana-mana peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya.

(6) Suruhanjaya hendaklah memberi orang itu notis bertulis mengenai arahannya secepat yang dapat dilaksanakan.

(7) Orang itu hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (6).

(8) Sesuatu arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah Bab ini hendaklah didaftarkan secepat yang dapat dilaksanakan. (9) Arahan itu hendaklah berkuat kuasa mulai tarikh pendaftaran atau suatu tarikh selepas itu yang boleh dinyatakan oleh Suruhanjaya.

(10) Arahan itu hendaklah habis tempoh pada tarikh yang boleh dinyatakan oleh Suruhanjaya dalam surat cara bertulis itu, atau jika tiada tarikh dinyatakan, arahan itu hendaklah berkuat kuasa sehingga dibatalkan.

Pengubahsuaian, perubahan atau pembatalan arahan oleh Suruhanjaya

52. (1) Suruhanjaya boleh mengubahsuaikan, mengubah atau

(2) Tatacara yang dinyatakan dalam seksyen 51 hendaklah terpakai mutatis mutandis berkenaan dengan apa-apa pengubahsuaian, perubahan atau pembatalan sesuatu arahan.

Kesalahan kerana tidak mematuhi arahan Suruhanjaya 53. Seseorang yang tidak mematuhi sesuatu arahan Suruhanjaya

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Daftar arahan

54. Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar semua

arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, termasuklah mana-mana surat cara bertulis yang mengubahsuai, mengubah atau membatalkan suatu arahan, mengikut Bab 6 Bahagian ini.

Bab 2 Penentuan

Penentuan oleh Suruhanjaya

55. (1) Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, menentukan

apa-apa perkara yang dinyatakan dalam Akta ini sebagai tertakluk kepada penentuan Suruhanjaya.

(2) Suruhanjaya boleh menjalankan suatu siasatan untuk membuat keputusan sama ada sesuatu penentuan patut dibuat atau tidak, sama ada—

(a) sebagai gerak balas kepada suatu permintaan bertulis daripada seseorang; atau

(b) atas daya usahanya sendiri.

(3) Walau apa pun subseksyen (1), Suruhanjaya tidak boleh menjalankan suatu siasatan melainkan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa perkara itu penting sama ada kepada orang ramai atau kepada pemegang lesen semasa atau bakal pemegang lesen di bawah Akta ini.

(4) Sesuatu siasatan hendaklah dijalankan mengikut Bab 3 Bahagian ini, dan mengikut standard dan dengan cara yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan perundangan subsidiarinya dan apa-apa surat cara yang dikeluarkan, dibuat atau diberikan di bawah Akta ini.

(5) Dalam tempoh empat puluh lima hari dari tamatnya siasatan itu, Suruhanjaya hendaklah menentukan perkara itu.

(6) Apa-apa penentuan oleh Suruhanjaya hendaklah selaras dengan matlamat, dan mana-mana kehendak yang diperuntukkan dalam, Akta ini yang berkaitan dengan perkara atau aktiviti yang tertentu itu.

(7) Sesuatu penentuan yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah Bab ini hendaklah didaftarkan secepat yang dapat dilaksanakan. (8) Sesuatu penentuan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh pendaftaran atau pada suatu tarikh selepas itu yang boleh dinyatakan oleh Suruhanjaya.

(9) Sesuatu penentuan hendaklah habis tempoh pada tarikh yang boleh dinyatakan oleh Suruhanjaya, atau jika tiada tarikh dinyatakan, penentuan itu hendaklah berkuat kuasa sehingga penentuan itu dibatalkan.

Pengubahsuaian, perubahan atau pembatalan penentuan oleh Suruhanjaya

56. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Suruhanjaya boleh

mengubahsuaikan, mengubah atau membatalkan sesuatu penentuan, sebagai gerak balas kepada suatu permintaan bertulis atau atas daya usahanya sendiri.

(2) Tatacara yang dinyatakan dalam seksyen 55 hendaklah terpakai mutatis mutandis berkenaan dengan apa-apa pengubahsuaian, perubahan atau pembatalan penentuan itu.

Daftar penentuan

57. Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar semua

penentuan yang dibuat oleh Suruhanjaya, termasuk mana-mana surat cara bertulis yang mengubahsuaikan, mengubah atau membatalkan sesuatu penentuan, mengikut Bab 6 Bahagian ini.

Bab 3 Siasatan

Siasatan oleh Suruhanjaya

58. (1) Suruhanjaya hendaklah, sebagai gerak balas kepada

arahan Menteri, mengadakan suatu siasatan awam mengenai apa-apa perkara yang bersifat am yang berkaitan dengan pentadbiran Akta ini atau perundangan subsidiarinya yang akan memenuhi matlamat Akta ini.

(2) Suruhanjaya boleh mengadakan siasatan di bawah subseksyen (1)—

(a) sebagai gerak balas kepada suatu permintaan bertulis daripada seseorang; atau

(b) atas daya usahanya sendiri,

hanya jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa perkara itu penting sama ada kepada orang ramai atau kepada pemegang lesen semasa atau bakal pemegang lesen di bawah Akta ini.

Menggabungkan dua siasatan atau lebih

Dalam dokumen Undang-Undang Malaysia (Halaman 52-56)

Dokumen terkait