• Tidak ada hasil yang ditemukan

Firman Allah SWT dalam Surah al-Anbiya’ Ayat 87

Firman Allah SWT dalam Surah al-Mu’minun Ayat 97-98

Firman Allah SWT dalam Surah al-Anbiya’ Ayat 83

Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran Ayat 8 Maksudnya:

Tiada Tuhan yang dapat menolong melainkan Engkau! Maha Suci Engkau Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menganiaya diri sendiri.

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari hasutan Syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepada-Mu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.

Maksudnya:

Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, dan Engkaulah yang Maha Penyayang di antara para penyayang.

Maksudnya:

Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.

Firman Allah SWT dalam Surah al-A’raf Ayat 126

Maksudnya:

Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahqaf Ayat 15

Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran Ayat 147

Firman Allah SWT dalam Surah al-An’am Ayat 162

Firman Allah SWT dalam Surah al-Taubah Ayat 51 Maksudnya:

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang Islam yang tunduk patuh kepadamu.

Maksudnya:

Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau-lampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak perdirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.

Maksudnya:

Katakanlah: sesungguhnya ibadatku,hidupku dan matiku,hanyalah untuk Allah SWT tuhan yanh memelihara dan mentadbir sekalian alam.

Maksudnya:

Katakanlah: Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah SWT bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah SWT jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah Ayat 201

Firman Allah SWT dalam Surah al-Kahfi Ayat 10

Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim Ayat 40

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah Ayat 286

Firman Allah SWT dalam Surah al-Saaffaat Ayat 180 Maksudnya:

Wahai Tuhan kami; berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.

Maksudnya:

Wahai tuhan kami!kurniakanlah kami rahmat dari sisimu,dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.

Maksudnya:

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

Maksudnya:

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau bebankan kepada orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kami, dan ampunkanlah kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; maka tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.

Maksudnya:

As-Sunnah:

Hadis Rasulullah SAW:

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, aku pohon dariMu kebaikan hari ini, dan kebaikan hari mendatang. Dan aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan hari ini dan kejahatan hari mendatang.

Hadis Riwayat Muslim

Maksudnya:

Dengan nama Allah SWT yang tidak mudarat dengan namaNya segala sesuatu yang di bumi dan di langit. Dan Dia Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

Hadis Riwayat at-Tarmizi

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, aku pohon dariMu keafiatan di dunia dan di akhirat. Wahai Tuhanku, aku pohon dariMu keampunan dan kesejahteraan dalam agama dan duniaku, keluargaku dan hartaku. Wahai Tuhanku, tutupilah auratku dan amankanlah ketakutanku. Wahai Tuhanku, peliharalahku dari hadapanku, dari sebelah kananku, dari sebelah kiriku, dari pihak atasku, dan aku berlindung dengan kebesaranMu dari aku dijerat dari bawahku.

Hadis Rasulullah SAW

Maksudnya:

Hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran.

Hadis Riwayat at-Tobrani Maksudnya:

Wahai Tuhanku, aku berlindung denganMu daripada kelenyapan nikmatMu, beralih keafiatanMu (daripada ku), kejutan kesengsaraan dan seluruh kemurkaanMu.

Hadis Riwayat Muslim

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, perbaikanlah bagiku agamaku yang ia merupakan pelindung urusanku. Perbaikilah bagiku duniaku yang di dalamnya kehidupanku. Perbaikilah bagiku akhiratku yang padanya tempat kembaliku. Jadikanlah kehidupan ini suatu pertambahan bagiku dalam setiap kebajikan. Jadikanlah kematian itu suatu kerehatan bagiku dari setiap kejahatan.

Hadis Riwayat Muslim

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, rahmatilah ke atas Muhammad, penawar hati, penyembuh jiwa, penyihat tubuh, pengubat badan, penyuluh mata hati dan sinarnya. Dan ke atas keluarganya dan para sahabatnya, serta Engkau berkati dan Engkau taburkan salam.

Justeru itu saya beranggapan bahawa tanggungjawab menangani isu HIV/AIDS ini adalah tanggungjawab ‘AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR yang tidak boleh diabaikan para pemimpin agama, kerana gejala-gejala yang di bawa bersama oleh penyakit ini memberi impak yang buruk kepada kehidupan umat Islam itu sendiri.

Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran Ayat 104

Maksudnya:

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang berjaya.

Firman Allah SWT dalam Surah aI-Baqarah Ayat 155 hingga 157:

Maksudnya:

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah SWT dan kepada-Nyalah kami kembali. Mereka itulah orang yang dilimpahi dengan kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.

MODUL 7 - PENGURUSAN JENAZAH

Tujuan

Objektif

Perkara Utama

Modul ini bertujuan memberikan maklumat kesihatan yang tepat kepada para peserta dan menjelaskan prinsip Islam berhubung pengurusan jenazah untuk orang meninggal disebabkan AIDS.

Menjelaskan proses pengurusan jenazah bagi orang yang meninggal dunia disebabkan AIDS

Memandikan jenazah pesakit AIDS mengikut ‘Garis Panduan

Dokumen terkait