24. Perkembangan pesat nanoteknologi atau teknologi nano telah menjadi suatu fenomena yang mengagumkan semua pihak, malah banyak saintis yang meramalkan kurun ke-21 ini akan menjadi era dominasi nanoteknologi. Hal ini terbukti dengan banyaknya produk berasaskan nanoteknologi yang memasuki pasaran pada masa ini.Bincangkan kepentingan nanoteknologi kepada masyarakat dan negara. PENGENALAN
Nanoteknologi merupakan penemuan terkini yang melibatkan penciptaan benda-benda yang sangat kecil sehingga mencapai ukuran nanometer atau satu per bilion meter.
Bagi Malaysia, Inisiatif Nanotechnology National (INN) adalah program nanoteknologi kerajaan pusat yang telah dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 September 2006 yang menggariskan nanoteknologi untuk pembangunan sains, teknologi, industri dan ekonomi yang mampan.
Nanoteknologi menjadi sangat penting dan sedang berkembang pesat kerana teknologi ini dapat mengecilkan banyak bahan dan komponen.
Bil Idea Huraian
Kepentingan Nanoteknologi:
Bidang perubatan Penggunaan ‘medan nano magnet’untuk menarik virus denggi. Bidang farmaseutikal - sistem penyampaian ubat pada dos
tertentu. Teknologi nano membawa ubat terus kepada sel kanser dan membunuh atau memusnahkannya tanpa memudaratkan badan pesakit.
Tiub karbon nano (CNT) untuk tujuan penyampaian ubat juga dapat menyampaikan molekul penting untuk keseimbangan biologi badan manusia.
Aplikasi bahan nano untuk pengimejan perubatan – penggunaan bahan nano dapat memberikan gambaran yang lebih jelas bahagian dalam badan manusia melalui imbasan sinar-X dan pengimejan resonans magnetik (MRI) – 100 kali ganda lebih jelas berbanding kaedah biasa.
Robot nano dimasukkan ke dalam saluran darah manusia bagi mengesan penyakit, mengambil sampel tisu, membawa ubat dalam darah dan merawat tanpa pembedahan.
Saintis telah mencipta kenderaan kecil yang boleh merentasi dari darah ke dalam otak untuk menghantar bahan kimia yang memusnahkan tumor secara berkesan. Penyelidik Amerika Syarikat telah membentuk Nanoshells – butiran kecil kaca yang disalut dengan emas yang boleh membunuh sel kanser apabila kapsul racun pecah.
Aplikasi klinikal – partikel nano perak berkesan dalam membunuh bakteria dan mengurangkan kesan toksik di dalam badan. Partikel nano kristal perak pula dapat mengurangkan
kesan inflamasi (antiinflamasi) dan dapat membantu proses pemulihan masalah kulit.
Penggunaan partikel nano sebagai satu sistem penyampaian gen (komponen asas genetik) yang diameternya cuma bersaiz dua nanometer – kaedah rawatan penyakit genetik melalui penggantian gen rosak dengan gen yang normal.
Bidang ketenteraan dan keselamatan negara
Pakaian pintar tempur nanoteknologi yang ringan dan nipis – melindungi daripada peluru, senjata kimia dan kesan radiasi, mengesan tubuh yang cedera serta berubah warna mengikut situasi.
Senjata lebih kecil, kemampuan berlipat ganda dan tidak dapat dikesan oleh radar.
Nanosensor yang digunakan dalam bidang pertahanan dan ketenteraan seperti sistem pengintipan nanoteknologi yang mungkin melibatkan zarah nano boleh pandu yang dilengkapi dengan sistem kamera-nano, pemancar-penerima-nano, punca tenaga tinggi bersaiz nano malahan dilengkapi sistem penghapus musuh.
Bidang perindustrian Penapis udara NanoBreez membunuh kuman-kuman dan bahan-bahan pencemaran pada permukaan tiub penapis udara yang berpusing.
Penggunaan nanoteknologi dalam kamera digital adalah untuk penghasilan skrin OLED bagi menggantikan skrin LCD -memancarkan imej yang lebih cerah dan jelas.
OLED juga mengurangkan kuasa kamera digital sehingga 107 peratus lebih tahan berbanding dengan penggunaan LCD. OLED juga semakin meluas dalam pembuatan skrin-skrin
seperti TV dan monitor
Baju sebesar tapak tangan boleh berubah saiz dan dipakai oleh orang dewasa apabila direndam ke dalam air.
Bidang pertanian dan penghasilan makanan
Penghasilan genetik tanaman yang mudah dikawal.
Mendiagnosis penyakit tanaman dan haiwan menggunakan molekul protein serta menganalisis sampel tanaman untuk kajian kualiti menggunakan cip DNA.
Penggunaan baja zarah nano bersifat penyerapan yang lebih baik terus ke dalam tanah, akar, daun, buah dan batang dapat meningkatkan kualiti pengeluaran pertanian.
Teknologi pembungkusan makanan yang menggunakan bahan teknologi nano mampu memanjangkan jangka hayat makanan dan mengekalkan kesegaran hasil pertanian sebelum proses seterusnya.
Meningkatkan penghasilan makanan yang berkualiti tinggi, rasa yang lebih sedap dan kandungan nutrisi yang jauh lebih baik. Bidang sukan Sejak tahun 2002, pemain tenis di seluruh dunia mula
menggantikan raket tenis mereka yang diperbuat daripada material aluminium, titanium dan grafit kepada sejenis material baru yang dikenali sebagai karbon nanotiub.
100 kali lebih kuat berbanding besi dan 6 kali lebih ringan daripada raket sebelumnya.
Cengkaman dan kestabilan pada kedua-dua bahagian permukaan raket karbon nanotiub ini juga jauh lebih kuat sekali gus memberikan keselesaan dan keyakinan kepada pemain untuk membuat pukulan.
Bola tenis yang diperbuat daripada material nanokomposit lebih tahan lama dan boleh digunakan sehingga 4 minggu selepas dikeluarkan daripada bekasnya berbanding hanya bertahan dua minggu untuk bola lama.
Bidang penyelidikan Penyelidikan menghasilkan mesin-mesin kecil dan halus seperti robot nano dan peranti mikro.
Menghasilkan nanokomputer yang lebih pantas daripada mikrokomputer elektronik yang ada kini.
Bidang teknologi maklumat dan teknologi komunikasi elektronik / gajet
Teknologi tanpa wayar seperti ‘bluetooth’, WiFi, WiMax dan telefon 3G.
Peralatan elektronik semakin mengecil, elegan, padat dengan fungsi yang canggih, berkapasiti menyimpan data yang tinggi dan mempercepatkan pemindahan data serta maklumat.
Meningkatkan lagi industri pengkomputeran, iaitu banyak komputer dan komponen komputer yang lebih kecil, berkuasa dan pantas dihasilkan.
Menghasilkan Giant Magneto Resistance (GMR) yang menemukan peranti yang dinamakan pemacu cakera keras (hard disk). Cakera keras merujuk kepada ruang penyimpanan data peralatan elektronik canggih seperti komputer, telefon bimbit. Pemain MP3 dan USB ‘thumb drive’
Bidang kosmetik Produk kosmetik nanoteknologi berupaya membuang sel bawah kulit yang menyebabkan wanita kelihatan tua (antipenuaan). Krim penjagaan kulit dan losyen nanoteknologi mampu
mencerahkan kulit.
Pengeluar produk kosmetik seperti Estee Lauder, Revlon, Clinique dan Chanel telah menggunakan nanoteknologi dalam penghasilan produk mereka.
Bidang aeroangkasa Penciptaan alatan atau komponen kapal angkasa dan kapal terbang bersaiz kecil / kompak.
Penggunaan satelit berkuasa tinggi – nanoelektrik, satelit nano yang beratnya hanya 10kg seperti Satelit NOAA-AVHRR. Kamera dalam satelit dapat merakam imej di angkasa.
tenaga alternatif tendem telah meningkatkan kecekapannya sebanyak 80% berbanding dengan teknologi kini.
Penghasilan bateri berasaskan ‘Lithium’ dan bahan nano oksida mampu memanjangkan jangka hayat dengan keupayaan yang lebih tinggi.
Penghasilan lampu berasaskan diod nanoteknologi berkecekapan tinggi akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
KESIMPULAN
Nanoteknologi memberi harapan baharu dalam kemajuan teknologi dan kehidupan manusia. Oleh itu, manusia perlu bijak memanfaatkan nanoteknologi.