• Tidak ada hasil yang ditemukan

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.4 Teknik Pengumpulan Data

i. Tinjauan Literatur

Tinjauan literatur atau penerangan mengenai sejarah perkembangan tentang bandar kajian telah dibuat. Sumber-sumber maklumat adalah daripada buku-buku, dokumen yang bercetak, tesis, keratan akhbar, risalah-risalah, kertas seminar dan sebagainya. Tinjauan terhadap sejarah latarbelakang kawasan kajian merupakan salah satu daripada komponen penting dalam penyelidikan yang akan dijalankan. Kajian ini dibuat bagi meneliti serta memahami tentang perkembangan bentuk bandar.

Kaedah Kajian

Kaedah pengumpulan data dalam kajian ini lebih menjurus kepada pengumpulan “data sekunder” daripada buku-buku, jurnal, dokumen kerajaan, foto-foto dan gambar-gambar lama serta penyelidikan yang berkenaan dengan perkembangan kawasan kajian.

Analisis kandungan adalah teknik penyelidikan untuk membuat rujukan-rujukan yang dapat digunapakai (replicable) dan memastikan kesahihan data dengan memerhatikan konteksnya (Bungin Burhan, 2001). Bernard Berelson (1959) mendefinisikan teknik ini dengan;

Content Analysis is research technique for the objective, systematic and quantitative description of the manifest content of communication

Bernard Berelson (1959) menjadikan Content Anayisis sebagai teknik penyelidikan yang objektif, sistematik dan deskriptif daripada objek yang tampak.

Data Objektif Analisis kandungan dilakukan ke atas

• dokumen-dokumen bentuk bandar di masa lalu,

• peta-peta lama • gambar lama serta

• peristiwa yang mempengaruhi bentuk bandar

Mendapatkan perkembangan pembentukan fizikal kawasan pusat bandar lama yang dikenali sebagai morfologi

Jadual 3.1: Pengumpulan data sekunder dan objektif dalam analisis kandungan

ii. Wawancara

Wawancara atau temubual adalah kaedah pengumpulan data yang dihuraikan sebagai interaksi yang melibatkan penemubual dan responden, yang bertujuan memeperolehi maklumat yang dipercayai dan sahih (Marshal C. & Rosman G.B., “Designing Qualitative Research”, SAGE Publications, Newbury Park London New Delhi, 1991). Objektif fokus temubual adalah untuk memperolehi informasi dari komunikasi yang bermanfaat seperti: (i) berfungsi sebagai deskriptif dan dapat memperoleh gambaran yang lebih jelas tentang masalah yang diselidiki (ii) berfungsi sebagai eksploratif, apabila masalah yang dihadapi masih samar-samar kerana belum pernah diselidiki oleh orang lain.

Wawancara atau temubual dilakukan dengan beberapa ahli sejarah, pegawai penyelenggara khazanah Muzium, pegawai dari pihak berkuasa tempatan, pustakawan dan individu-individu yang berkenaan. Kajian ini diperlukan untuk melengkapi data-data sekunder dalam membentuk morfologi bandar.

Kaedah Kajian

Terdapat dua pendekatan dalam penggunaan teknik ini yang lazimnya dipraktikkan dalam kaedah kajian, iaitu temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur (Burgess, 1982). Namun begitu menurut Burgess, temubual tidak berstruktur memungkinkan pengkaji memperolehi maklumat yang lebih

tepat, terperinci dan jelas berdasarkan kepada pengalaman peribadi responden. Oleh itu temubual tidak berstruktur digunakan dalam penyelidikan ini dengan menyediakan soalan sebagai garis panduan yang dikenali sebagai ‘semi structure interview’. Topik temubual telah disiapkan terlebih dahulu sebagai garis panduan semasa sesi temuduga dijalankan. Tujuannya adalah supaya semasa temuduga dijalankan, penemuduga tidak lari dari objektif soalan tersebut. Dalam kajian ini soalan merangkumi:

Data Objektif Wawancara dilakukan kepada beberapa ahli

sejarah, pegawai penyelenggara khazanah muzium, persatuan sejarah, pegawai dari pihak berkuasa tempatan, pustakawan dan individu-individu yang berkenaan, untuk mendapatkan data-data ;

• Profil kawasan kajian

• Latarbelakang/ sejarah pembentukan bandar

• Penjelasan terhadap skrip-skrip yang ada • Peristiwa yang tidak tertulis yang turut

mempengaruhi bentuk kawasan

Menjelaskankan profil kawasan dan melengkapkan

data sekunder berhubung pembentukan fizikal kawasan pusat bandar lama

Jadual 3.2: Pengumpulan data dan objektif semasa temubual diadakan

Dalam kajian yang dijalankan, alat perakam akan digunakan untuk merekodkan temubual yang diadakan. Seterusnya, data-data tersebut akan diubah ke dalam bentuk transkrip bagi memudahkan kerja analisis. Langkah ini juga melibatkan kerja-kerja penyusunan semula data temubual kepada kategori-kategori tertentu iaitu seperti yang dinyatakan diatas.

iii. Pemerhatian Lapangan (Field Observations)

Teknik ‘field observation’ atau tinjauan visual keatas karakter fizikal bandar, diperlukan untuk mendapatkan data-data berkaitan penampilan, kandungan bandar, penilaian aset-aset dan kelemahannya. Menurut Shuhana dan Ahmad Bashri (2002), kekuatan utama kaedah ini adalah ianya

membolehkan penyelidik mengkaji bentuk komposisi dan rupa bandar serta menilai aset dan liabiliti sesuatu bandar.

Kaedah Kajian

Terdapat dua pendekatan asas dalam kaedah kajian yang dibuat. Pertamanya adalah pendekatan secara subjektif, di mana tinjauan ini dibuat hasil dari pengalaman dan pengamatan yang dibuat oleh penyelidik menurut gerak hatinya (intuitive). Melalui pendekatan ini, kualiti visual yang menyumbang kepada karakter akan di nilai dengan penghayatan dan pemerhatian keatas bandar iaitu melalui pemerhatian lapangan (field observation).

Pendekatan kedua pula adalah secara objektif, di mana kualiti visual diperolehi dengan menguji reaksi orang awam terhadap persekitaran melalui temubual. Apakah elemen yang penting bagi mereka, gemar atau tidak terhadap bandar mereka dan sebagainya. Hal ini akan dijelaskan dalam teknik temubual.

Dalam kaedah ini pemerhatian lapangan menjadi sangat penting untuk memperolehi data mengenai karakter fizikal bandar dan aktiviti yang menonjol dan perlakuan penduduk dalam bandar kajian. Menurut Lee T. (1976), teknik penilaian bangunan (building appraisal), pemerhatian perlulah dijalankan secara berhati-hati dan “free of bias”, contohnya dari segi rekod rakaman data yang tepat dan bersifat mewakili. Pelbagai alat digunakan bagi memudahkan teknik pemerhatian dijalankan. Pemerhatian lapangan ini meliputi data-data berikut:

Data Objektif 1. Struktur Bandar

a. Laluan (path) b. Daerah (district) c. Sempadan (edges) d. Titik Tumpu (nodes) e. Mercutanda (landmark)

Memerhati dan merekodkan karakter-karakter fizikal yang membentuk elemen struktur bandar tersebut.

2. Morfologi Bandar

a. Padu dan Lompang (solid and void) b. Lingkages

c. Tempat

Memerhatikan corak bandar

berdasarkan analisis kandungan yang telah dibuat

sebelumnya. 3. Rupa Bandar (townscape)

a. Concerning Optic (Kepentingan Penglihatan)

b. Concerning Place (Tempat dan Tata Tertib)

c. Concerning Content (Kandungan)

Memerhati dan merekodkan rupa bandar berdasarkan kualiti visual terhadap bentuk bandar secara 3 dimensi.

Jadual 3.3: Pengumpulan data serta objektif semasa teknik kerja lapangan diadakan.

Dokumen terkait