• Tidak ada hasil yang ditemukan

Segala benda kat atas dah check dan tiada masalah.

Anda boleh teruskan dengan langkah di bawah.

Kalau ada yang sangkut sila selesaikan masalah itu terlebih dahulu.

Teknik percuma ni ramai yang dah tahu. Ada pro dan kontra dia. Teknik ni agak susah sebab kena bersaing dengan jutaan youtuber lain. Agak mengambil masa. Mudah menyebabkan youtuber penat dan give up di tengah jalan. Memang ramai yang Give up dan terus lupakan cita-cita yang menggunung nak bantu mak ayah.

Tapi sebenarnya tidak lah sesusah mana. Bukan jalan ni susah. Tapi cita-cita anda tu kecik. Kena besarkan cita-cita tu baru nampak jalan dengan mudah.

Pro teknik ni adalah. Anda akan dapat traffic yang tinggi. Channel anda akan ada follower sendiri. Jika bernasib baik anda akan menjadi sangat terkenal.

SUBSCRIBER

First anda kena cari subscriber dulu. Ada banyak kaedah dan anda boleh gunakan semua kaedah di bawah.

Ia di panggil sub 4 sub

Adakah ia selamat. Ya ia selamat dan berjuta orang menggunakan teknik ni. Cuma kena ada caranya supaya selamat dan terhindar dari di sekat.

Kena ikut betul-betul tau apa warning saya di bawah nanti. Kalau tidak channel anda akan kehilangan subscriber setiap kali subscriber anda naik.

Contoh subscriber dan 200, Dia akan drop menjadi 150. kang rugi kan.

Teknik ini begitu mudah dan selamat di gunakan.

Tapi kena follow syarat-syarat di bawah. 5 Rules kalau nak sub 4 sub selamat.

1. Jangan sub lebih daripada 10 channel sehari.

2. Tonton video 3 minit ke atas.

3. Jangan berkongsi link. Sila bagi nama channel sahaja atau screenshot.

4. Selepas anda PM orang untuk sub channel awak.

Biarkan selepas 30 minit ke atas baru awak sub channel dia. Kalau tak confirm akan drop.

5. Setiap kali subscribe channel orang lain. Pastikan jeda masa yang panjang. Contoh satu jam. Pastu baru subscribe lagi sorang.

Join semua group youtube di facebook. Anda post mengenai video anda dan akan ada yang akan respond dengan posting anda mengajak anda sub 4 sub. Sila jujur dan sub channel beliau.

Untuk sub 4 sub ni. Biasanya pengguna akan menetapkan syarat iaitu tonton selama lebih dari 3 minit. Lepas tu bagi screenshot.

Anda buka halaman facebook anda. Dan taip kat search youtube sub 4 sub malaysia.

Akan ada banyak yang akan keluar. Ubah setting jadi group sahaja..

Join semua group tersebut.. ada lebih dari 100 ribu user. Takkan nak cari 1000 susah kan.. banyak je dalam tu nak sub 4 sub dengan kita.

Limitkan sehari cuma sub di bawah 10 channel sahaja. Kerana jika lebih kemungkinan besar subscriber anda akan drop atau turun. Sila jujur dengan subscriber lain.

Satu lagi cara menarik adalah. Anta search kat google. Taip sahaja Sub 4 sub group di browser.

Akan keluar bermacam jenis group dari wassap sampai telegram. Join la semua tu.. mmg akan dapat banyak subscriber awak.

Cara yang ke dua ampuh adalah suruh ahli keluarga dan contact phone anda subscribe channel anda.

Cara ni nampak lucu tapi sangat ampuh. Bayangkan anda ada 200 no phone dalam contact. Dan ada 5000 friend di fb. Dan ada 2000 follower di ig dan ada 1000 follower di tiktok. Tak kan la ramai ramai tu langsung takde nak subscribe kan. Kita ambil 10%

lah dari semua tu. Cikai-cikai akan dapat 500-800 subscriber senang-senang. Mudah kan.

Apa tunggu lagi. Buat la posting mengenai channel anda sekarang. Biar orang nampak. Kawan-kawan tak subscribe sebab tak nampak. Bukan mereka tak nak.

Seterusnya anda boleh sub 4 sub menggunakan apps di google playstore.

Ada banyak apps sub 4 sub di google play dan appstore. tinggal anda pilih je nak yang mana satu.

Install dan sub lah sesuka hati anda.. channel anda pun orang akan sub jugak. Yang pasti ia adalah percuma.

Saya peribadi suka guna sub4sub pro tu.

Kalau guna cara apps ni. Awas ya. Jangan seharian dok subscribe orang je. Di jamin subscriber awak akan jatuh. Sila ikut kembali 5 rules iaitu.

5 Rules kalau nak sub 4 sub selamat.

1. Jangan sub lebih daripada 10 channel sehari.

2. Tonton video 3 minit ke atas.

3. Jangan berkongsi link. Sila bagi nama channel sahaja atau screenshot.

4. Selepas anda PM orang untuk sub channel awak.

Biarkan selepas 30 minit ke atas baru awak sub channel dia. Kalau tak confirm akan drop.

5. Setiap kali subscribe channel orang lain. Pastikan jeda masa yang panjang. Contoh satu jam. Pastu baru subscribe lagi sorang.

Cara seterusnya adalah paling mudah. Bukak youtube. Pastu taip kat search sub 4 sub. Akan ada banyak video mengenai sub 4 sub.

Anda tonton video tersebut. Lalu subscribe kemudian anda komen butang merah sudah di padam.. jgn komen sudah di subscribe ye.. pandai-pandai la nak komen yang mengatakan anda dah subscribe channel dia..seperti.. sudah ngopi. Jom ke rumah saya. Atau sebagainya. nanti dia akan subscribe channel anda semula. Cara yang ni sangat ampuh dan cepat. Boleh tinggalkan komen kat banyak video.

Tapi pastikan komen anda berbeza setiap satu.

Jangan komen yang sama je. Hadir.. satu lagi video.

Hadir… pastu hadirr.. memang x berapa nak hadir lah. Haha.

Kalau buat macam tu ia akan di anggap spam.

Bezakan beberapa minit untuk satu komen.

Cara percuma yang lain adalah anda sebarkan link channel anda ke semua platfom media sosial yang ada.. pastikan jagan sebarkan link anda terlalu kerap.

Sehari maximum 3 kali sahaja untuk satu2 platfom.

Dengan cara ni agak memakan masa sedikit. Tapi hasilnya adalah lumayan.

Mana satu cara yang berkenan di hati?? cuba je semua.. sebab free kan.

WATCHTIME

Subscriber dah dapat. Jom naikkan watch time.

Watch time ni susah sedikit nak dapat berbanding dengan subscriber. Kena sabar dan yakin.

Cara pertama adalah dengan tonton sendiri. Bukak video dan tinggal.. kalau malas nak periksa selalu buat video 1 jam ke atas. Boleh tinggal lama-lama sikit. Masa tidur ke. Masa tuan main game ke. Biar je video terbuka.

Kastemer saya gunakan cara ni dan dapat 1500 jam watchtime dalam masa 2 minggu je. Tapi banyak HP la dia gunakan.

Yes cara ni legit. Watchtime takkan drop banyak.

Tetapi awas. Jangan guna teknik ni selepas channel anda monetize. Lepas je channel monetize. Cara ni adalah haram untuk anda.

Cara ke dua adalah setting keyword untuk video anda. Atau lebih dikenali sebagai SEO.

1. Gunakan tajuk dan kata kunci yang tepat

Tajuk yang baik adalah orang baca je tajuk orang dah tau dah apa apa isi kandungan video tuan. Elak guna tajuk yang memancing. Tajuk lain tapi isi video lain. Jagan juga guna perkataan sensitif dan 18sx.

2. Kata kunci yang tepat.

Contoh jika video anda mengenai cara-cara menjadi kurus. Sudah pasti kata kunci cara-cara menjadi kurus ni mempunyai saingan yang banyak di youtube.

Mereka yang mempunyai view lebih banyak pasti akan berada paling atas video. Sudah pasti video kamu tidak akan keluar dan orang pun tak nampak.

Maka kurang lah view untuk video anda.

Gunakan fitur seperti google trends untuk mencari kata kunci yang kerap di cari. Dengan google trends anda akan dapat tahu seberapa banyak saingan kata kunci tersebut. Dan kita juga akan tahu berapa banyak kata kunci itu di cari setiap bulan.

Jadi anda akan ada banyak idea untuk cipta kata kunci anda yang unik untuk melilih tajuk video dan deskripsi video.

Lebih kurang 20% hingga 40% kata kunci yang masuk ke youtube adalah dari carian di google. Jadi anda dinasihatkan menggunakan kata kunci yang betul dan tambah sedikit dengan kata kunci yang trending.

Sila buat video 5 minit ke atas. Kenapa?? kerana syarat untuk video ada iklan adalah video tu mesti 5 minit ke atas. Dan supaya watchtime lebih banyak yang masuk.

3. Mana nak letak kata kunci??

Ulasan di atas sering sebut mengenai kata kunci.

Tapi anda belum tahu nak letak kata kunci tu kat mana kan. Adakah diletakkan dalam video atau tag atau sebagainya.

Kata kunci harus bermula dari tajuk video. Tajuk dijadikan sebagai umpan kata kunci anda ketika user search video.

Sebaik mungkin ataupun anda harus meletakkan kata kunci anda pada 60 perkataan pertama di deskripsi anda. Jadi susun betul-betul kata kunci anda pada 60 perkataan pertama.

Jangan guna click bait. Kalau tidak video anda akan dihapus dari youtube. Boleh je pakai clik bait tapi pastikan video releven dengan clik bite yang anda buat.

4. Masukkan tag yang tepat.

Masukkan tag yang tepat ketika kamu nak upload video. Cari keyword yang tepat. Ada banyak tools yang free untuk cari keyword.

Kesemua cara di atas boleh di gunakan secara serentak. Tetapi agak memakan masa dan banyak teknikal setting yang agak rumit.

Dengan kesabaran yang tinggi anda pasti berjaya lakukan.

Dokumen terkait