1976 POLIS UNTUK MASYARAKAT
1977 BERKHIDMAT DENGAN PENUH DISIPLIN 1978 AHLI SEHAT PASUKAN KUAT
1979 BERSEDIA BERKHIDMAT
1980 BERKHIDMAT DENGAN PENUH DISIPLIN 1981 BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT 1982 BERSEDIA BERKHIDMAT
1983 KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN
1984 BERSIH, CEKAP DAN AMANAH TERAS KEPIMPINAN 1985 TEGAS DAN ADIL TERAS PERKHIDMATAN
1986 PROFESIONALISME TERAS PERKHIDMATAN POLIS 1987 BERSEDIA BERKHIDMAT SECARA PROFESIONAL 1988 KESETIAAN KEPADA PROFESION
1989 POLIS DAN MASYARAKAT BERSATU MEMBANTERAS JENAYAH 1990 KEJAYAAN MEMBAWA KEPADA PERUBAHAN
1991 BERDISIPLIN DI BAWAH PANJI PASUKAN
1992 PERKHIDMATAN CEMERLANG WAWASAN PASUKAN 1993 AKHLAK MULIA PASUKAN BERWIBAWA
1994 CEPAT DAN BETUL 1995 CEPAT DAN BETUL 1996 CEPAT DAN BETUL 1997 CEPAT DAN BETUL 1998 CEPAT DAN BETUL
1999 MESRA, CEPAT DAN BETUL 2000 MESRA, CEPAT DAN BETUL 2001 MESRA, CEPAT DAN BETUL 2002 MESRA, CEPAT DAN BETUL 2003 MESRA, CEPAT DAN BETUL 2004 MESRA, CEPAT DAN BETUL 2005 MESRA, CEPAT DAN BETUL 2006 MESRA, CEPAT DAN BETUL
2007 KE ARAH TERBILANG DI DUNIA - 200
(TO WORDS GLOBAL EXECELLENT)
2008 ADIL, TEGAS DAN BERKHEMAH - 201
2009 TEGAS, ADIL DAN BER HEMAH - 202
(PELANCARAN LOGO SEKALI)
2010 TEGAS, ADIL DAN BER HEMAH - 203
2011 MELINDUNGI MASYARAKAT & NEGARA - 204 2012 KOMUNIT SEJAHTERA, KOMITMEN KAMI - 205 118. KONSEP CEPAT DAN BETUL
Hormat/Tatasusila - Tertib mengikuti Peraturan
Menepati jangkamasa - Menepati tindak balas dengan tepat dan teratur Hormat dan menyeluruh - Penelitian yang mendlam lagi detail (secara total) 119. DARJAH KEBESARAN PDRM (6 KATEGORI) DIANUGERAHKAN KEPADA :-
• KELAS PERTAMA
Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP)
- Ketua Polis Negar (Inspektor General Police)
- Tim. Ketua Polis Negara (Deputy Commissioner Police) - KPN Negara Asing secara kehormat
• KELAS KEDUA
Pahlawan Setia Pasukan Polis (PSPP) - Tim. Pesuruhjaya Polis (DCP)
- Pen. Kanan Pesuruhjaya Polis I/II (SAC I/II) - Pen. Pesuruhjaya Polis (ACP)
• KELAS KETIGA
Pahlawan Pasukan Polis - Penguasa Polis (SUPT) - Tim. Penguasa Polis (DSP) - Pen. Penguasa Polis (ASP) • KELAS EMPAT
Kesatriaan Pasukan Polis (KPP) - Ketua Inspektor (C/Insp) - Inspektor
• KELAS LIMA
Bentara Pasukan Polis (BPP)
- Dianugerahkan kepada Konstabel hingga Sub Inspektor
* Nota : Penganugerahan ini dimulakan pada 25/03/1996 sempeha hari Polis ke 188. • KELAS KEENAM
PIngat Keberanian Pasukan Polis (PKPP)
- Dianugerahkan kepada spektor General Police) 120. PELAN STRATEGIK LIMA TAHUN – PDRM (PS5T-PDRM).
Pelan ini akan dijadikan panduan kepada pihak pengurusan PDRM untuk merancang pembangunan organisasi PRRM bermula tahun 2007 hingga tahun 2011.
I) Matlamat PS5T-PDRM ini ialah untuk memperkasakan institusi pdrm dan menjadikan PDRM kembali RELEVANT-PECOGNISED AND RESPECTED.
2) Cabaran dan isu yang telah dikenalpasti, pdrm telah menukarkan halatujunya dengan menetapkan VISI, MISI DAN NILAI TERAS YANG BARU.
3) PDRM juga telah menetapkan misi pasukan yang baru, iaitu pasukan polis diraja malaysia yang komited untuk berkhidmat dan melindungi negara daripada pelbagai ancaman dan bekerjasama dengan masyarakat dalam mengekalkan undang-undang dan ketenteraman awam.
4) LIMA NILAI TERAS yang akan menyokong halatuju baru PDRM telah digabungkan kembali.
o SETIA
Membentuk keperibadian taat setia yang tidak berbelah bagi kepada raja, negara dan pucuk pimpinan, di kalangan warga polis diraja malaysia.
o BERDISIPLIN
Mengutamakan disiplin diri dan tugas, mengikut kehendak organisasi pada setiap masa dengan sifat-sifat yang tekun, tabah, jujur dan amanah.
o AKAUNTABILITI.
Iaitu bertanggungjawab ke atas jawatan yang disandang, dan memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang bawahannya dan kepada pihak-pihak lain.
o PRIHATIN DAN MESRA.
Iaitu sentiasa memberikan perkhidmatan yang mesra, cepat dan betul serta terkini, yang mengutamakan hak dan kepentingan masyarakat.
o RESPONSIF DAN PROGRESIF.
Warga yang sentiasa mengamalkan sikap yang positif, pro-aktif dan bertindak secara cepat dan tepat dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat. Sentiasa berusaha meningkatkan kompetensi melalui ilmu dan kemahiran, mengekalkan prestasi kerja yang cemerlang bagi mewujudkan sebuah organisasi yang unggul dan peka terhadap perubahan semasa.
5) Berdasarkan kepada analisis, dua isu utama yang menjadi barah dalam institusi PDRM adalah isu integriti dan service delivery system, yang tidak memenuhi aspirasi dan ekspektasi masyarakat. Selaras dengan itu, pdrm telah dan akan memberi fokus kepada lima teras tumpuan PS5T-PDRM seperti
berikut:-- Pemantapan integriti pegawai polis;
- Mempertingkatkan kualiti perkhidmatan polis;
- Menangani masalah peningkatan jenayah dan persepsi kebimbangan masyarakat mengenai jenayah;
- Membendung peningkatan penyalahgunaan dadah; dan - menangani ancaman keselamatan dalam negeri.
- Adalah bertujuan untuk penambahbaikan pasukan. Program-program yang diatur adalah mengikut jangka masa yang ditetapkan di dalam tempoh masa 5 tahun ini.
- Penambahan anggota, meningkatkan kapasiti Pusat-pusat Latihan,
memperolehi peralatan-peralatan yang moden supaya kecekapan pasukan dapat di pertingkatkan.
- Akan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri sebentar nanti. - Pemantapan Integriti para pegawai dan anggota.
- Mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.
- Menangani masalah persepsi masyarakat terhadap jenayah. - Membendung peningkatan penyalahgunaan Dadah .
- Menangani ancaman keselamatan dalam negara.
121. SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN (SDS) - ( Service Delivery System (SDS) )
- Setiap pegawai dan anggota sama ada yang berkhidmat di peringkat Bukit Aman, Kontinjen, Briged, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), dan semua Balai-balai Polis mesti mempunyai pemikiran dan hala tuju serta kefahaman yang jelas terhadap ‘Sistem Penyampaian Perkhidmatan (SDS)’. Apa yang penting, supaya orang ramai akan mendapat perkhidmatan yang terbaik dan sempurna. Iaitu mengikut tempoh waktu yang ditetapkan dan mencapai standard yang ditentukan.
Mempertingkatkan lagi Sistem Penyampaian Perkhidmatan/ Service Delivery System (SDS).
Orang ramai mengharapkan satu sistem penyampaian perkhidmatan tang berkualiti, profesional dan berkesan.
Akan mengubah dan memperbaiki semula Sistem Penyampaian Perkhidmatan/Service Delivery System (SDS).
- Sentiasa ditekankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. - Supaya masyarakat mendapat perkhidmatan terbaik.
- Sesuai dengan ekspektasi dunia dan keperluan masyarakat.
- Telah mengarahkan Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Balai-balai tingkatkan ’SDS’.
- Menambahbaik prosedur dan peraturan-peraturan supaya tidak ada birokrasi atau ‘red tape’ yang akan menyusahkan rakyat jelata. Selain dari itu, pihak Polis mengiktiraf kebebasan hak asasi supaya tiada penganiayaan berlaku
dan hak-hak individu terpelihara selaras dengan peraturan undang-undang. 122. PERANAN MODAL INSAN
- Bagi mencapai matlamat memberi perkhidmatan yang berkualiti, saya juga akan menumpukan kepada pengurusan modal insan. Bagi saya, pembangunan modal insan yang baik adalah pembangunan insan yang penuh dengan ciri-ciri keinsanan, yang berteraskan kepada prinsip-prinsip yang selari dengan konsep Islam Hadhari, yang telah diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Iaitu pembangunan modal insan yang berilmu dan berbudaya. Dalam konteks ini, Institusi-institusi Latihan Polis Diraja Malaysia akan mengalami perubahan untuk menjadi lebih relevan dengan hala tuju pasukan pada ketika ini, supaya warga Polis Diraja Malaysia nanti boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan agensi-agensi lain di negara ini.
- Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, PDRM memerlukan seramai 60,000 orang ahli baru. Adalah diharapkan proses pengambilan tersebut akan berjalan dengan sempurna dan akan dapat mengatasi masalah kekurangan anggota Polis di dalam jabatan atau kontinjen. - Membangunkan modal insan.
- Teras capai wawasan, - Perlu lakukan anjakan besar, - Berminda kelas pertama,
- Modal insan yang berkualiti, bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi,
- Tanggungjawab semua pihak dengan memberikan komitmen sepenuhnya. - Melalui latihan yang mantap.
- Memperlengkapkan dengan ilmu pengetahuan yang terkini selari dengan era globalisasi.
- Salah satu wawasan kerajaan (YAB Perdana Menteri). - Kesan-kesannya
- Akan dapat mempertingkatkan jati diri.
- Akan mewujudkan budaya sopan santun dan berbudi bahasa - Akan meningkatkan integriti
- Mengelakkan daripada terjerumus dalam kancah rasuah. - Mempertingkatkan lagi SDS
- Akan menghindarkan dari penyelewengnan dan salah guna kuasa. 123. PENCEGAHAN JENAYAH BERKONSEPKAN 'COMMUNITY-ORIENTED POLICING'. - PENDAHULUAN
Kerjasama dan hubungan yang baik diantara masyarakat dan Polis adalah merupakan aset yang penting dalam usaha pembanterasan dan pencegahan jenayah. Jika keadaan ini dapat direalisasikan maka persepsi masyarakat terhadap Polis akan sentiasa baik dan keyakinannya akan terus meningkat. Oleh itu program-program pencegahan jenayah yang melibatkan kerjasama dari badan-badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO's), Persatuan-Persatuan Peniaga/Pekilang, Bank, Persatuan-Persatuan-Persatuan-Persatuan Penduduk dan juga lain-lain persatuan yang berdaftar adalah selaras dengan program yang bersifat 'Community-Oriented Policing' dan 'Smart Patnership'.
Penekanan yang harus ditingkatkan dalam aspek pencegahan jenayah bagi mengwujudkan perasaan dan keadaan selamat dikalangan masyarakat untuk melakukan apa juga aktiviti harian.
- TUJUAN
Arahan ini dikeluarkan sebagai panduan kepada semua Pegawai Pemerintah untuk melaksanakan program-program yang boleh meningkatkan lagi keyakinan rakyat terhadap Pasukan dengan lebih berfokuskan kepada konsep 'Community-Oriented Policing'.
- TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL
Semua Pegawai Pemerintah disaran mengambil langkah-langkah yang proaktif dalam aspek pencegahan jenayah setempat. Antara yang digariskan adalah seperti berikut
:-- Mengadakan program-program pencegahan jenayah dirancang secara berkala dengan melibatkan NGO's dan Persatuan Peniaga dan Persatuan-Persatuan Penduduk.
- Memantapkan dan melaksanakan 'Community-Oriented Policing' dan 'Smart Patnership' dengan menggalakan kerjasama dan pembabitan semua lapisan masyarakat.
- Memantapkan dan mempertingkatkan 'Delivery System' serta mengambil langkah ke arah mengurangkan karenah birokrasi agar masyarakat mendapat manafaat dan kepuasan bila berurusan dengan pihak Polis. Dengan langkah-langkah yang diambil ini bukan sahaja Polis Diraja Malaysia (PDRM) menepati ke arah mencapai 'Community- Oriented Policing' tetapi dapat juga memberi keyakinan rakyat terhadap PDRM sebagai sebuah Penguatkuasa terulung di Negara ini. Di samping itu juga diharap 'Risikan Maklumat' (Intelligence Procurement) dapat diperolehi dari masyarakat.
- MELAPORKAN KEJADIAN (PTKPN BHG. `B' 103) LAPORAN SERTA MERTA
Kejadian-kejadian berikut dikehendaki dilaporkan segera tanpa kelewatan melalui telefon atau semboyan " Serta Merta " atau E-Mail yang mana lebih cepat mengikut keadaan Pusat Kawalan Malaysia (MCC) Bukit Aman yang mana akan bertanggungjawab untuk melaporkannya kepada Ketua Polis Negara (KPN) atau Timbalan Ketua Polis Negara
(T/KPN) dan lain-lain pegawai yang patut tahu mengikut Perintah Tetap Pegawai Bertugas
- Pembunuhan, penawanan atau penyerahan diri penganas komunis.
- Kejadian-kejadian besar yang membabitkan keselamatan atau ketenteraman awam.
- Semua kejadian melibatkan VIP, Pesuruhjaya Tinggi, Duta, Konsul, Kuasa Usaha (Charge d'Affairess).
- Pembunuhan atau cuba membunuh pegawai atau anggota Polis.
- Sebarang jenayah atau kejadian lain yang serius dan menarik perhatian dan yang sebab-sebabnya melibatkan personaliti orang-orang tertentu
atau keadaan sekeliling yang menarik perhatian umum atau mendapat perhatian akhbar.
- Pembunuhan atau cuba membunuh ahli-ahli Dewan Negara, Dewan Rakyat, Dewan Negeri atau lain-lain VIP.
- Kematian semasa di dalam tahanan polis. Perkara-perkara yang perlu dimuatkan di dalam " Semboyan Serta Merta " adalah sama seperti yang didapati di bawah perenggan (4.1.) - (4.5.). Laporan lanjut mengenai semua kejadian di atas akan dikemukakan dalam dua salinan dengan cara yang paling cepat.
LAPORAN HARIAN
Laporan harian dari semua Kontinjen dan Briged PGA dikehendaki sampai ke Cawangan Gerakan Jabatan KDN/KA, Bukit Aman tidak lewat dari jam 1100 setiap hari. Laporan ini akan dikumpulkan dari maklumat yang didapati dari daerah-daerah sehingga jam 0900 setiap hari akan dimajukan ke Cawangan Gerakan melalui semboyan atau teleprinter atau E-Mail. Laporan "Kosong" juga dikehendaki.
- Perkara-perkara di bawah ini perlu dimuatkan ke dalam Laporan Harian, tidak kira samada perkara itu telah dimuatkan di dalam Laporan Serta Merta seperti di perenggan
:-Keselamatan Dalam Negeri
i) Semua kejadian berpunca dari kegiatan pengganas termasuk pembunuhan, penculikan, rompakan dan percubaan sedemikian.
ii) Semua pertempuran dan kejayaan Pasukan Keselamatan terhadap pengganas-pengganas.
iii) Semua kesalahan-kesalahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Peraturan-peraturan di bawahnya.
iv) Penemuan khemah-khemah pengganas, tempat-tempat simpanan dan denai- denai.
v) Perkara-perkara lain yang serius berkaitan Gerakan yang patut diberi perhatian
Keselamatan Awam
i) Banjir
ii) Halangan jalanraya disebabkan tanah runtuh atau sebab-sebab lain iii) Kemalangan atau perkhidmatan feri diberhentikan
iv) Keretapi tergelincir dan kemalangan keretapi
v) Kemalangan di laut atau kelewatan kapal-kapal termasuk bot-bot nelayan vi) Kemalangan, pendaratan cemas atau rampasan pesawat udara
vii) Bencana-bencana besar seperti bencana lombong, letupan di kilang- kilang, kebakaran besar, tanah runtuh dan lain-lain yang melibatkan kehilangan nyawa, kecederaan berat dan kerosakan teruk terhadap harta benda.
Ketenteraman Awam
i) Rusuhan atau kekacauan awam
ii) Kejadian atau sesuatu keadaan yang mungkin mencetuskan rusuhan atau kekacauan awam
iii) Mogok dan kekecohan buruh
iv) Sabotaj atau percubaan sedemikian terhadap pesawat udara, landasan keretapi, telekomunikasi, bekalan air atau perkhidmatan- perkhidmatan lain yang penting Jenayah Besar
v) Pembunuhan vi) Penculikan
vii) Penculikan atau tebusan viii) Kegiatan lanun
ix) Gangguan terhadap kapal-kapal Malaysia atau warganegara Malaysia di lautan lepas
x) Pencerobohan Perairan Malaysia
xi) Kes-kes serius mencederakan dengan menggunakan asid merbahaya xii) Rompakan berkawan atau cubaan rompakan berkawan
xiii) Kecurian atau kehilangan senjatapi, amunisasi atau bahan-bahan letupan xiv) Pengkhianatan serius dengan api atau bahan letupan
xvi) Kemalangan trafik atau kemalangan- kemalangan yang melibatkan ahli-ahli diplomat atau konsulat (perwakilan asing)
xvii) Semua kejadian yang melibatkan VIP, Pesuruhjaya Tinggi, Duta atau Charged' Affairess (Kuasa Usaha)
xviii) Kejadian-kejadian lain atau kemalangan kenderaan yang melibatkan pegawai atau anggota polis
xix) Jenayah-jenayah lain atau kejadian serius atau menarik perhatian atau yang boleh menarik perhatian umum atau yang akan mendapat perhatian umum atau akhbar.