• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tertakluk kepada apa-apa batasan dalam memorandum atau perkara persatuan suatu syarikat Langkawi, sesuatu tindakan yang

boleh diambil oleh anggota di suatu mesyuarat anggota boleh juga diambil melalui sesuatu ketetapan semua anggota yang bersetuju secara bertulis, atau melalui teleks, telegram, telefaks, kabel atau perhubungan elektronik bertulis lain, tanpa perlu apa-apa notis.

Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan mesyuarat dipanggil 72. (1) Jika atas apa-apa sebab adalah tidak praktik untuk memanggil sesuatu mesyuarat mengikut apa-apa cara yang mesyuarat boleh dipanggil atau untuk menjalankan mesyuarat itu mengikut cara yang ditetapkan oleh perkara persatuan atau Akta ini, Mahkamah boleh, sama ada atas usulnya sendiri atau atas permohonan mana- mana pengarah atau mana-mana anggota yang berhak untuk mengundi di mesyuarat itu atau atas permohonan wakil diri mana-mana anggota itu, memerintahkan supaya suatu mesyuarat dipanggil, diadakan dan dijalankan mengikut apa-apa cara yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah, dan Mahkamah boleh memberikan apa-apa arahan bersampingan atau berbangkit yang difikirkannya suai manfaat.

(2) Apa-apa mesyuarat yang dipanggil, diadakan dan dijalankan menurut apa-apa arahan yang dibuat menurut seksyen ini hendaklah, bagi semua maksud, disifatkan sebagai suatu mesyuarat yang telah dipanggil, diadakan dan dijalankan dengan sewajarnya.

Ketetapan khas

73. (1) Sesuatu ketetapan hendaklah menjadi suatu ketetapan khas apabila ketetapan itu telah diluluskan oleh suatu majoriti yang tidak kurang daripada tiga perempat daripada mana-mana anggota yang berhak untuk mengundi dengan sendirinya atau, jika proksi dibenarkan, melalui proksi, di suatu mesyuarat anggota yang notis tidak kurang daripada dua puluh satu hari yang menyatakan niat untuk mencadangkan ketetapan itu sebagai suatu ketetapan khas telah diberikan dengan sewajarnya.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), jika dipersetujui oleh sebilangan majoriti anggota yang mempunyai hak untuk mengundi di mesyuarat itu, iaitu suatu majoriti yang bersama memegang pada agregatnya tidak kurang daripada tujuh puluh lima peratus daripada jumlah undi anggota yang berhak untuk mengundi, suatu ketetapan bolehlah dicadangkan dan diluluskan sebagai suatu ketetapan khas di suatu mesyuarat yang notis kurang daripada dua puluh satu hari telah diberikan.

Penyerahan salinan ketetapan dan perjanjian tertentu

74. (1) Sesuatu salinan bercetak tiap-tiap ketetapan atau perjanjian yang kepadanya seksyen ini terpakai hendaklah, dalam masa empat belas hari selepas ketetapan atau perjanjian itu diluluskan atau dibuat, diserahkan oleh syarikat Langkawi itu kepada Pendaftar.

(2) Suatu salinan tiap-tiap ketetapan atau perjanjian sedemikian yang pada masa ini berkuat kuasa hendaklah termaktub dalam atau dilampirkan pada tiap-tiap salinan memorandum, perkara persatuan atau prospektus, megikut mana-mana yang berkenaan, dan jika diubahkan, dikeluarkan selepas ketetapan itu diluluskan atau perjanjian itu dibuat.

(3) Jika perkara persatuan suatu syarikat Langkawi belum didaftarkan, suatu salinan bercetak tiap-tiap ketetapan atau perjanjian itu hendaklah dikemukakan kepada mana-mana anggota atas permintaannya apabila dibayar apa-apa amaun (jika ada) yang tidak melebihi amaun yang ditetapkan, sebagaimana yang diarahkan oleh syarikat itu.

(4) Seksyen ini hendaklah terpakai bagi —

(a) ketetapan khas;

(b) ketetapan yang telah dipersetujui oleh semua anggota

suatu syarikat Langkawi, iaitu ketetapan yang, jika tidak dipersetujui sedemikian, tidak boleh menjadi berkesan bagi maksud ketetapan itu melainkan jika ia telah diluluskan sebagai ketetapan khas;

(c) ketetapan atau perjanjian yang telah dipersetujui oleh

semua anggota daripada kelas pemegang syer yang sama, iaitu ketetapan yang, jika tidak dipersetujui sedemikian, tidak boleh menjadi berkesan bagi maksud ketetapan itu melainkan jika ia telah diluluskan oleh suatu majoriti tertentu atau selainnya mengikut suatu cara tertentu; dan

(d) semua ketetapan atau perjanjian yang dengan berkesannya

mengikat semua anggota daripada apa-apa kelas pemegang syer sama ada dipersetujui oleh semua anggota daripada kelas itu atau tidak.

(5) Jika suatu syarikat Langkawi tidak mematuhi subseksyen (1), syarikat itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Lima ribu ringgit. Penalti ingkar.

(6) Jika sesuatu syarikat Langkawi tidak mematuhi subseksyen (2) atau (3), syarikat itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Lima puluh ringgit bagi setiap salinan yang berkenaan dengannya keingkaran telah berlaku.

(7) Bagi maksud subseksyen (5) dan (6), seorang pelikuidasi bagi suatu syarikat Langkawi hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai syarikat itu.

Minit prosiding

75. (1) Tiap-tiap syarikat Langkawi hendaklah menyebabkan minit semua prosiding mesyuarat anggota dan mesyuarat pengarah dicatatkan dalam buku yang disimpan bagi maksud itu.

(2) Melainkan jika Pendaftar mengarahkan selainnya, semua buku minit suatu syarikat Langkawi hendaklah disimpan di pejabat berdaftar syarikat itu tetapi pendua buku minit itu atau mana-mana satu daripadanya boleh disimpan di tempat lain dan hendaklah terbuka untuk pemeriksaan tanpa apa-apa caj oleh mana-mana anggota.

PENGGAL 4

DAFTAR ANGGOTA Daftar anggota

76. (1) Tiap-tiap syarikat Langkawi hendaklah menyimpan suatu daftar anggota dan mencatatkan dalam daftar itu —

(a) nama, kerakyatan dan alamat, dan apa-apa butir dan

maklumat berkaitan yang lain, sebagaimana yang ditetapkan dalam perkara persatuan, bagi anggota, dan suatu pernyataan mengenai syer yang dipegang oleh setiap anggota, dengan membezakan setiap syer melalui nombornya (jika ada) atau melalui nombor (jika ada) perakuan yang menjadi keterangan mengenai pemegangan anggota itu dan mengenai amaun yang dibayar atau yang dipersetujui sebagai dianggap telah dibayar atas syer setiap anggota;

(b) tarikh yang nama setiap orang telah dicatatkan dalam

daftar sebagai seorang anggota;

(c) tarikh yang mana-mana orang yang terhenti menjadi seorang

anggota dalam masa tujuh tahun yang dahulunya telah terhenti menjadi anggota sedemikian; dan

(d) tarikh bagi tiap-tiap pengumpukan syer kepada anggota

dan bilangan syer yang terkandung dalam setiap pengumpukan.

(2) Daftar anggota hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai apa-apa perkara yang dimasukkan dalam daftar sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Akta ini.

(3) Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini oleh suatu syarikat Langkawi, syarikat itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Tempat daftar disimpan

77. (1) Melainkan jika Pendaftar mengarahkan selainnya, daftar anggota sesuatu syarikat Langkawi hendaklah disimpan di pejabat berdaftar syarikat itu dan hendaklah dibuka untuk diperiksa tanpa apa-apa caj oleh mana-mana anggota sahaja.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), tiap-tiap syarikat Langkawi hendaklah, dalam masa satu bulan selepas daftar itu mula-mula disimpan di suatu tempat selain pejabat berdaftar syarikat itu, menyerahkan kepada Pendaftar notis mengenai tempat di mana daftar itu disimpan dan hendaklah, dalam masa satu bulan selepas apa-apa pertukaran dalam tempat di mana daftar itu disimpan, menyerahkan kepada Pendaftar notis mengenai pertukaran itu.

Akibat keingkaran oleh ejen

78. Jika daftar anggota disimpan di tempat selain pejabat berdaftar