• Tidak ada hasil yang ditemukan

TESTIMONI Nor Ashikin

Dalam dokumen TEKNIK TEKNIK MEMASUKI TAHAP ALPHA (Halaman 65-76)

(Eksekutif Am sebuah firma swasta)

―SAYA berminat mengikuti kursus ini kerana saya selalu mengalami stres atau tekanan akibat beban kerja dan pergaulan. Jadi, saya berharap saya mampu mengatasi masalah ini dengan menggunakan ScM.

Selain itu, saya selalu berasa seperti ternampak kelibat

makhluk halus. Insiden ini mengganggu hidup saya. Saya tak tahu sama ada ini satu anugerah atau sekadar gangguan

66 syaitan.

Dengan mengikuti kursus ini banyak perkara baru yang saya belajar dan insya-Allah jika saya mampu menggunakan minda bawah sedar saya, kelibat makhluk halus yang saya nampak itu tidak akan mengganggu hidup saya lagi.‖

Zakaria Yasin, 43:

(Pengarah Urusan sebuah syarikat perunding latihan) ―SEBAGAI graduan bidang psikologi, saya memang tahu mengenai kaedah hipnosis dan minda bawah sedar serta kegunaannya. Namun ketika di universiti semuanya saya belajar setakat teori.

Kini, memandangkan saya bekerja dalam bidang penyediaan latihan dan mengendalikan kursus motivasi, saya percaya ilmu ScM sungguh bermanfaat untuk kerjaya saya. Itu sebab utama saya mengikuti kursus ini.

Saya juga ingin merasai pengalaman dihipnosis dan yang paling istimewa mengenai kursus Pak Rahmat ialah ia banyak dikaitkan dengan ajaran Islam. Jadi, doa tertentu juga diajar bagi mempermudahkan lagi usaha kita untuk menguasai minda bawah sedar kita.

Ust. Majid(therapist sihir dari Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan

67

Hujung minggu lepas saya diberi kesempatan dan kelapangan oleh ALLAH mengikuti kursus 6th Sense yang dianjurkan oleh Ust. Rachmat Setiawan dari Aurashifa, Bandung Indonesia. 6th sense atau deria ke enam bukanlah deria baru, ia dimiliki semua yang bernama manusia. Ia adalah otak manusia.

Mengikut Ust. Rachmat yang merujuk kepada pakar-pakar 6th sense seperti Eric mitson dan William J Oubsy (mungkin

tersilap catit) otak manusia 12% adalah minda sedar dan 88% minda bawah sedar. Minda bawah sedar ini jika digarap

dengan baik maka orang berkenaan akan berjaya menggunakan 6th sensenya.

Orang yang berjaya ke subconciuos mind (SCM) mempunyai beberapa kelebihan seperti:

1. Mampu menghilangkan penyakit pada dirinya

2. Boleh melakukan perlindungan dari sebarang gangguan 3. Boleh mengatur kehidupan dengan lebih baik samada hal2 melibatkan personel, kemasyarakatan dan kewangan

4. Boleh merawat secara hypnoteraphy

5. Dapat melihat makhluk halus tanpa berkhadam atau bersaka Mengikuti kursus seperti ini sebagai seorang perawat yang meletakan Islam sebagai landasan kehidupan termasuk hal2 rawatan tentulah pada mulanya meletakan tahap kecurigaan samada benar atau hanya suatu penipuan.... adakah ada

68

proses attunement sepertima reiki dsb.

Ust Rachmat telah menggunakan pendekatan relaksasi dalam program membuka SCM. Peserta diajak untuk berlindung

dengan ALLAH dari gangguan jin dan syaitan, memaafkan semua orang yang pernah melakukan kesalahan kepada kita, mengingati dosa-dosa lampau lantas memohon keampunan dari ALLAH SWT.

Peserta diajar kaedah merehatkan diri dengan mudah dan apabila ini dilakukan maka SCM dapat dibuka.

Saya diuji oleh Ust. Rachmat dalam beberapa keadaan seperti transfer anak saya yang autism kepada diri saya dan melihat fenomena makhluk halus dibelakang seoarang peserta. Kaget juga saya apabila saya adalah anak saya dan disimpulkan kewujudan jin saka yang degil mengganggu anak saya. Ust Rachmat mengajar saya dalam kes autism kena disconect hubungannya dengan alam mereka.... bagaimana? Saya akan ajukan pertanyaan ini lebih lanjut kepada Ust. Rachmat.

Ust. Racmat meminta saya melihat di belakang salah seorang peserta yang gagal memasuki SCM. Saya melihat secara SCM kehadiran makhluk halus dalam bentuk cahaya merah panas.... apakah minda saya sudah terbuka? WALLAHUA'LAM

InsyaALLAH saya akan terus mendalami ilmu ini atas saranan Ust Rachmat kerana ia membantu saya dalam melakukan rawatan. Saya berpendapat teknik Hypnoteraphy ada

kesamaan dengan teknik kembara & rawat saya (TKR) dan TKR lebih mudah daripada usha-usha menidurkan pesakit dalam hypnoteraphy. Saya akan lebih memokus kepada membuka SCM saya untuk melihat gangguan pada pesakit saya biizniLLAH.

JazakALLAH khairan katsira untuk Ust. Rachmat dan penganjur.

69

AurAshifa HYPNOSIS BISA MENGATASI GANGGUAN HISTERIA DAN SIHIR dengan cara yang saintifik (Artikel Harian Utusan Malaysia)

SEORANG gadis yang mengadu sering sakit kepala diminta duduk dan memejamkan mata. Setelah disuruh bertenang dan mengosongkan fikiran, dia dibimbing secara lisan untuk cuba tidur dalam kiraan tiga berserta petikan jari. Gadis itu

kemudiannya terlena.

―Dia sebenarnya masih dapat mendengar arahan saya dan boleh mengatasi sendiri masalahnya,‖ terang pakar terapi

minda Aura Syifa‘ dari Bandung, Indonesia, Rachmat Setiawan. Selepas memberi arahan khusus tentang sesuatu, gadis

tersebut dilihat merapatkan kedua tangannya seperti hendak menangkap sesuatu di belakang kepalanya. Kemudian dia membuat pergerakan tangan seperti mencampakkan sesuatu ke hadapannya.

70

Dahinya tidak lagi berkerut selepas itu. Dia lebih tenteram dan kemudian dikejutkan semula dalam kiraan tiga dan petikan jari. Ini adalah apa yang diberitahu gadis itu kepada Jurnal: ―Saya terlihat ada seekor burung besar yang mencengkam kepala dan tengkuk saya. Saya telah membuangnya ke laut. Selepas itu, sakit kepala saya beransur-ansur reda.

―Sebagai cabang ilmu hipnosis, itu adalah antara kaedah rawatan yang boleh anda temui dalam teknik terapi minda. ―Selalunya, sebarang bentuk gangguan kesihatan boleh diatasi sendiri oleh pesakit sementara pengamal kaedah ini hanya memberi bimbingan,‖ kata Rachmat yang meminta penulis mengetepikan dahulu spekulasi tentang bayangan burung besar itu.

Lazimnya, masyarakat kita terlalu cepat mengaitkan masalah kesihatan dengan gangguan entiti atau jin, hingga ramai yang ‗tunduk‘ padanya tanpa mengetahui bahawa sesiapa pun mampu mengatasinya sendiri.

Melalui teknik seperti ini, penyelesaian bukan milik mutlak pengamal terapi. Keyakinan dan penaakulan logik pesakit dipertingkat ketika pesakit diprogram semula dalam keadaan alpha iaitu minda bawah sedar.

―Kita sering mendengar ahli paranormal yang melakukan

pelbagai ritual pelik, mereka-reka cerita yang menakutkan serta kemudiannya mengenakan bayaran yang melampau. Dan kita mempercayai mereka,‖ ujarnya yang hadir ke pejabat Aura Syifa‘ Malaysia di Shah Alam, Selangor.

Beliau juga tidak bersetuju dengan ahli paranormal yang berselindung di sebalik imej alim ulama seperti berserban, bercelak atau membawa tasbih di tangan tetapi ‗menipu‘

apabila mengubati pesakit. Imej itu, kata Rachmat hanya akan memburukkan lagi pemahaman tentang Islam.

Kaedah rawatan di Aura Syifa‘ bukan sahaja boleh digunakan untuk menangani masalah jiwa dan ‗gangguan‘ makhluk halus. Malah, pendekatannya boleh membantu individu membina keyakinan diri, mencetus potensi rohani dan jasmani,

seterusnya diperkembangkan dalam realiti hidup dan dunia kerjaya.

71

Rachmat dan rakan pakar terapi di cawangan Malaysia itu, Noor Azizan Abdul Majid, pernah digegaskan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur, Kuantan, untuk menawarkan khidmat mereka ketika kes histeria kronik mengganggu ketenteraman guru dan pelajar sekolah itu. ―Individu yang dirasuk atau histeria tidak dapat dirawat hanya dengan membacakan zikir atau ayat al-Quran sebagai kaedah utama. Ikhtiar lain perlu disertakan,‖ kata Rachmat.

Bersetuju dengan pendapat Rachmat, Noor Azizan menambah bahawa bacaan zikir dan ayat-ayat suci tidak dapat diproses oleh seseorang pesakit yang terlalu hanyut dibawa emosi akibat pengaruh ‗entiti‘ tersebut.

―Ayat-ayat suci al-Quran bersifat preventif sebelum berlakunya sebarang kecelaruan jiwa yang mungkin disebabkan oleh

gangguan entiti,‖ kata Noor Azizan.

Tetapi ketika dirasuk, tindakan dan pendekatan lain perlu segera diambil. Pemikiran manusia pula perlu ‗dibersihkan‘ melalui kaedah terapi minda.

―Contohnya, sebuah komputer yang terjejas fungsi akibat jangkitan virus tidak akan pulih jika pengguna sekadar mengulang salin data antivirus yang sama.

―Komputer itu perlu diprogram semula dan dimasukkan paten antivirus baru. Barulah menampakkan hasil,‖ jelas Rachmat. Tambahnya, rawatan hadir dalam pelbagai sumber dan cara yang boleh disepadukan. Selain pemantapan rohani melalui konsep ibadah, seseorang perlu mencapai status minda yang ideal melalui terapi. Jika perlu, rawatan perubatan termasuk rujukan pakar psikiatri.

Tidak mengapa tinggal serumah dengan entiti

Mengulas tentang kes individu atau keluarga yang mengadu tentang kehadiran entiti dalam kediaman mereka, Rachmat menerangkan bahawa ia perkara yang boleh diatasi.

―Mereka boleh dibimbing untuk berdialog dengan entiti

tersebut. Kami yang akan menyelia sebarang maklum balas daripada apa yang ‗dilihat‘ oleh mereka ketika minda mereka dilaras ke keadaan bawah sedar,‖ terang Noor Azizan.

72

proses pengusiran atau berkeras tidak mahu berpindah. Jika itu berlaku, pemikiran manusia dalam rumah itu akan diprogram semula menggunakan teknik terapi minda untuk memutuskan semua hubungan komunikasi di antaranya.

―Ini bermakna, entiti masih berada dalam rumah itu bersama keluarga manusia. Masing-masing menjalani kehidupan tersendiri tetapi kedua-dua pihak tidak bertembung atau mempunyai sebarang medium komunikasi,‖ terangnya. Menurut Rachmat, orang yang sentiasa ceria mempunyai

semangat yang kuat dan sihat. Kesihatan minda dan tubuhnya tidak mudah mengalami gangguan.

―Sebaliknya, mereka yang suka bersendiri, penyedih, sugul, pemarah, berprasangka atau sering rasa terpinggir dan tidak disayangi, akan berhadapan dengan masalah. Ketika itulah, entiti akan cuba mempengaruhi minda bawah sedar,‖ ulasnya.

Artikel Majalah Islam i Malaysia edisi April 2011 Rawat Stress dengan Terapi Spiritual

Oleh MOHD ADIB MOHD SIDEK

Stress merupakan masalah yang lazim dilalui oleh masyarakat pada hari ini. Saban hari terpampang dada-dada akhbar

pelbagai kisah manusia yang kehilangan arah dan punca apabila berada dalam keadaan tertekan atau stress. Stress yang tidak dikawal dan diurus dengan baik berpotensi

73

Menyedari masalah ini, Spiritual Therapy ScM Resources hadir dengan membawa solusi bagaimana menguruskan stress

dengan lebih berkesan dan praktikal. Menurut trainer program ini, Pak Rachmat Setiawan, pengalamannya selama 20 tahun dalam bidang ini mendapati kebanyakan masalah stress ini berpunca daripada minda yang sudah diprogram dengan pelbagai perkara negatif.

―Apabila mereka tidak dapat mengawal stress itu, maka wujud pelbagai masalah lain. Pernah saya dipanggil ke Tanjung

Lumpur untuk merawat pelajar-pelajar yang histeria. Saya dapati semuanya berpunca daripada tekanan dan stress yang tuidak terurus,‖ kata Pak Rachmat.

―Persoalannya, bagaimana untuk merawat dan mengawal stress dalam diri kita? Nah, di sini kami di ST-ScM bakal memberi training kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi terapis kepada diri sendiri dan orang lain,‖ katanya.

s/h: Keistimewaan ST-ScM

ST-ScM adalah satu program training dan treatment yang

berbentuk workshop. Menariknya program ini menggabungkan konsep-konsep Barat yang sangat saintifik seperti konsep

Hypnosis dan Hypnotherapy, NLP dengan konsep spiritual, intuisi yang memasukkan unsur-unsur keagamaan, islamik.

74

―Jika kita lihat kepada situasi di luar sana, terdapat dua

golongan iaitu religious addict yang sangat kurang ikhtiarnya sebaliknya lebih banyak pasrah kepada takdir. Sebaliknya, satu lagi golongan, yang lebih moden dan kebaratan, mereka

mampu mencapai sesuatu perkara itu dengan kemampuan diri sendiri, namun tanpa elemen agama dan ilahiyah diterapkan. Dari sini, kami hadir dengan satu program yang

menggabungkan konsep-konsep Barat ini dengan unsur-unsur islamik agar ia seimbang dan menjadi lebih baik.

―Dengan system ST-ScM pelbagai masalah yang berhubungan dengan fizikal, minda, spiritual dan rohani dapat dengan cepat dicarikan solusi yang cepat dan tepat tanpa ada kesan

sampingan,‖ kata Pak Rachmat.

Program Stress Management ST-ScM yang terbahagi kepada tiga modul yang berlainan iaitu;

1. ScM Spiritual Marketing

2. ST-ScM Spiritual Stress Management 3. ST-ScM Spiritual Parenting

Ketiga-tiga modul ini mensasarkan target audien yang berbeza mengikut bidang dan keperluan masing-masing. Misalnya

dalam ScM Spiritual Marketing peserta bakal dilatih bagaimana menetapkan minda (mind set) dengan cara yang baik yakni dengan berdoa atau afirmasi. Ini bagi mewujudkan

keseimbangan keyakinan dan keinginan mereka dalam bisnes misalnya.

Begitu juga dalam modul ST-ScM Spiritual Stress Management yakni modul yang terpenting dalam ST-ScM. Peserta bakal

menyatakan masalah mereka kepada trainer. Kemudian, trainer akan memberi penyelesaian dari segi teori dan mencari punca kepada masalah tersebut.

75

peserta berasa sangat selesa sepanjang workshop

berlangsung. Mereka juga akan diajar untuk menjadi terapis kepada diri sendiri, iaitu bagaimana untuk mengurus dan mengawal stress.

―Salah satu kelebihan kami dan yang membezakan kami

dengan yang lain adalah penggunakan power of intuition untuk diagnosis permulaan sebuah masalah untuk seterusnya

digunakan kaedah-kaedah yang sangat saintifik untuk

menyelesaikan masalah tersebut,‖ kata ketua trainer ST-ScM ini.

Peserta yang mengikuti bengkel ini akan diberikan tips-tips pengurusan stress yang sangat praktikal dilakukan sendirian di rumah. Di samping itu, dengan kapasiti peserta dari 10 hingga 30 orang dilihat memungkinkan wujudnya suasana yang akrab antara trainer dan peserta.

Pihak pengurusan ST-ScM juga menerima tawaran untuk mengadakan training secara in-house di jabatan-jabatan atau organisasi tertentu. Modul akan dibentuk mengikut kesesuaian dan keperluan organisasi terbabit.

76

Dalam dokumen TEKNIK TEKNIK MEMASUKI TAHAP ALPHA (Halaman 65-76)

Dokumen terkait