• Tidak ada hasil yang ditemukan

sekolah sebagai sebuah organisasi pembelajaran. Antaranya ialah kajian yang dilakukan oleh Silins dan Mulford (2002), dari Universiti Tasmania, Australia. Kajian mereka

Schools as Learning Organisations – Effects on Teacher Leadership and Student

Outcomes, bertujuan untuk melihat ciri-ciri organisasi pembelajaran dan amalan-amalan

kepemimpinan serta proses-proses yang memungkinkan pemupukan organisasi pembelajaran di sekolah. Apa yang paling penting ingin dilihat ialah kesannya ke atas kepemimpinan guru. A Path Model digunakan untuk menguji variabel-variabel ini iaitu ciri-ciri sekolah yang merangkumi kewujudan sumber dan fokus komuniti –kesan status sosio-ekonomi (SES), saiz sekolah, pandangan pelajar terhadap kerja-kerja guru di dalam bilik darjah serta student outcomes seperti kehadiran dan penglibatan serta penyertaan dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Empat dimensi/ciri organisasi pembelajaran yang dilihat dalam kajian ini iaitu trusting and collaborative climate,

75

shared and monitored mission, taking initiatives and risks dan professional development.

Keputusan daripada kajian ini mendapati sekolah-sekolah yang beroperasi sebagai organisasi pembelajaran mempunyai keempat-empat elemen/ ciri-ciri tersebut.

Selain itu satu kajian yang dilakukan oleh Kala S. Retna dan Ng Pak Tee (2006)

bertujuan melihat kesan daripada pelaksanaan organisasi pembelajaran di sebuah sekolah di Singapura. Kajian ini menggunakan kaedah ethnography dengan data dipungut menggunakan kaedah temu bual bersemuka (face-to-face interviews) yang

memperuntukkan masa antara 60 hingga 100 minit dengan 16 orang staf di sekolah, pemerhatian terhadap mesyuarat-mesyuarat, perbualan informal dengan pelajar dan ibu bapa serta kajian dokumen-dokumen yang terdapat di sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah interpretasi yang diasaskan daripada teori post-positivist. Dimensi/ciri organisasi pembelajaran yang dilihat adalah berdasarkan model organisasi pembelajaran yang

diketengahkan oleh Senge (1990), iaitu personal mastery, mental models, shared vision,

team learning dan systems thinking. Dapatan daripada kajian tersebut ialah ramai guru

yang berpendapat kewujudan ciri-ciri organisasi pembelajaran tersebut melahirkan iklim/atmosfera yang baik di sekolah. Bagaimanapun terdapat beberapa orang guru yang memberikan pandangan yang berbeza. Mereka berpendapat kepemimpinan pengetua dengan gaya baru adalah tidak mencerminkan keadaan sebenar. Mereka telah terbiasa dengan gaya authoritarian atau lebih dikenali dengan Singapore Style. Mereka takut budaya organisasi pembelajaran ini terhapus sekiranya pengetua berpindah ke sekolah lain. Walaupun guru-guru yang disebutkan ini lebih selesa dengan gaya authoritarian namun mereka yang lain pula hanya mengikut sahaja kepemimpinan yang lebih baik. Golongan ini sebenarnya takut kehilangan peluang kenaikan pangkat jika mereka menentang cadangan pengimplementasian organisasi pembelajaran di sekolah. Ramai

76 dalam kalangan mereka berpendapat organisasi pembelajaran adalah pendekatan yang lembut (soft) sedangkan realitinya, umum mengetahui bahawa budaya sekolah adalah berteraskan hierarki dan kawalan (hierarchy and control). Guru-guru ini bimbang dengan amalan organisasi pembelajaran di sekolah secara tidak langsung akan mengubah budaya tingkah laku masyarakat Singapura yang selamanya bekerja dalam suasana penuh disiplin dan kawalan. Tambah-tambah lagi ramai kalangan mereka berada dalam zon selesa.

Akhir sekali pengkaji berpendapat bahawa apa yang penting ialah bagaimana organisasi pembelajaran menyumbang ke arah keberkesanan sekolah, maka aspek-aspek lain yang menghalang kewujudannya perlu dipertimbangkan dan diperhalusi secara rasional.

Dengan menggunakan model organisasi pembelajaran Senge (1990), satu lagi kajian dilakukan di sekolah-sekolah menengah di Australia oleh Johnston dan Caldwell (2001) dari The University of Melbourne. Kajian ini dijalankan di tiga buah sekolah di Victoria, Australia. Tiga buah sekolah tersebut berbeza dari segi kedudukan geografi, etnik, latar belakang sosio-ekonomi dan jangka masa ditubuhkan. Dalam kajian ini mereka

menamakan sekolah-sekolah tersebut sebagai Alnilam, Mintaka dan Rigel. Untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh tentang kewujudan ciri-ciri organisasi pembelajaran oleh Senge , pengkaji telah menemubual beberapa kategori responden seperti pengerusi PIBG, ahli-ahli PIBG, pengetua, guru-guru senior, guru-guru

berpengalaman, guru-guru baru di sekolah, sekumpulan pelajar yang terdiri daripada 4 hingga 6 orang pelajar, dua orang ibu bapa, dua orang yang tahu tentang sekolah tersebut tetapi tidak mempunyai hubungan dengan sekolah tersebut.

77 Data kualitatif tersebut dikumpulkan dengan menggunakan kaedah temu-bual separa-struktur. Untuk mengukur kewujudan dimensi-dimensi tersebut pengkaji tersebut telah menggunakan skala 0 hingga 3 (0 = tidak kelihatan, 1 = kelihatan, 2 = sangat kelihatan; 3 = tersangat kelihatan). Data daripada ketiga-tiga sekolah tersebut dianalisis dan

dibandingkan untuk menentukan kekuatan dan potensi model organisasi pembelajaran Senge (1990) boleh menjadi landasan ke arah mewujudkan sekolah kelas pertama. Hasil kajian mendapati sekolah baru yang dinamakan Rigel sangat menepati ciri-ciri model Senge (1990). Faktor sekolah baru memudahkan tugas pengetua untuk melaksanakan gaya kepemimpinan yang menjurus kepada organisasi pembelajaran tanpa perlu memujuk semua staff untuk berubah dan menerima peraturan/order baru. Tambahan pula guru-guru baru memudahkan kepemimpinan sekolah untuk memilih mereka menyokong dan

menyumbang ke arah pencapaian visi bersama. Bagaimanapun pengkaji tersebut tidak menafikan bahawa di dua buah sekolah lagi iaitu Alnilam dan Mintaka terdapat beberapa elemen daripada model Senge (1990) yang kelihatan diamalkan.

Daripada kajian tersebut, Johnston dan Caldwell (2001) mendapati terdapat beberapa kekangan dan kekurangan model Senge (1990) terutamanya dimensi systems thinking. Dalam model Senge (1990), beliau meletakkan disiplin ini sebagai sesuatu yang tetap, menyebabkan organisasi yang “berfikir” secara sistematik sukar untuk mengenal pasti trend, peristiwa dan tindak balas serta perubahan. Pendekatan ini menekankan organisasi sebagai satu unit analisis. Masalah kedua ialah konsep shared vision yang menurut pendapat pengkaji ini boleh mengehadkan kesediaan untuk belajar jika individu dalam organisasi terlalu taksub dengan visi yang sedia ada dan ini menyebabkan mereka tidak terdedah kepada idea-idea baru. Seterusnya mereka juga meragui dimensi team learning kerana pasukan lebih berkuasa dalam bersuara menyebabkan mereka cenderung untuk

78 mengabaikan pendapat individu. Apa yang paling penting apabila pengetahuan implisit individu bertukar menjadi eksplisit, model mental individu akan menjadi halangan kepada pasukan. Mental model pasukan tersebut mungkin boleh menjadi pemangkin atau

penghalang kepada keberkesanan pembelajaran berpasukan. Selain itu mereka juga menyatakan tidak ada petunjuk yang jelas bagaimana hendak menilai faedah/manfaat daripada dimensi-dimensi yang terdapat dalam model Senge (1990). Dalam hal ini mereka berpendapat konsep pembelajaran mungkin digunakan terlalu umum dan mungkin akan mendorong organisasi mentafsir pembelajaran dengan cara mereka

sendiri. Oleh itu adalah wajar sekiranya dibangunkan satu kaedah pengukuran yang sahih bagi mengukur hasil yang berkaitan dengan organisasi pembelajaran. Kajian tersebut juga mendapati terdapat empat dimensi yang amat berhubung kait dengan model Senge (1990). Dimensi-dimensi tersebut ialah collaborative structures; effective communication

channels; integrated professional development; dan learning focused leadership.

Keempat-empat dimensi tersebut, menurut Johnston dan Caldwell (2001), membolehkan model Senge (1990) diperhalus dan diperkemas lagi.

2.4.1 Prestasi Sekolah

Prestasi sekolah bukan sahaja dinilai dari aspek pencapaian pelajar dalam peperiksaan umum tetapi juga dilihat dari aspek kehadiran ke sekolah dan penglibatan mereka dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Dalam satu kajian yang telah dibuat oleh Silins dan Mulford (2002) dari Universiti of Tasmania, Australia mendapati bahawa sekolah yang berfungsi sebagai sebuah organisasi pembelajaran dapat memberikan kesan yang positif terhadap prestasi pelajar. Prestasi pelajar ini dipengaruhi oleh empat

indikator yang diuji iaitu ciri-ciri organisasi pembelajaran, hasil kerja guru, penyertaan dan penglibatan dalam kegiatan sekolah. Dalam hal ini para pengkaji tersebut juga

79 mendapati bahawa komitmen para guru secara tidak langsung akan meningkatkan

komitmen pelajar terutamanya penyertaan dan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti anjuran sekolah yang secara tidak langsung akan turut meningkatkan prestasi sekolah. Apa-apapun Leithwood (1998), juga mengakui kajian dan aplikasi organisasi

pembelajaran di sekolah masih lagi di peringkat awal. Oleh itu beliau menyarankan supaya tiga permasalahan utama perlu diberi perhatian untuk mengukuhkan lagi konsep sekolah sebagai organisasi pembelajaran iaitu masalah konteks (context problem), bukti

(evidence problem), dan permasalahan strategi (strategies problem). Walaupun masih

belum ada model yang komprehensif untuk menilai Organisasi Pembelajaran di sekolah namun beberapa konsep asas dimensi organisasi pembelajaran di sekolah boleh

dimanfaatkan walaupun pada asalnya teori tersebut dipraktikkan dalam bidang korporat. Oleh itu dalam kajian ini, pengkaji cuba mengenalpasti hubungan organisasi

pembelajaran dengan prestasi sekolah namun menjurus kepada pencapaian sekolah dalam peperiksaan umum sahaja iaitu Sijil Pelajaran Malaysia.

2.5 Kerangka Teoretikal

Dokumen terkait