• Tidak ada hasil yang ditemukan

Trauma Seksual

Dalam dokumen : Memahami Seksualiti Manusia (Halaman 40-49)

Bahagian III Trauma Seksual

A

da tiga sebab utama mengapa kesakitan trauma seksual itu berterusan begitu lama dan sangat menyakitkan. (Rujukan: “Healing of Memories” oleh D.A. Seamands)

1. Seksualiti Adalah Sebahagian Daripada Identiti Kemanusian Kita

Kita adalah manusia sepenuhnya kerana Allah menciptakan kita dengan sebuah tubuh. Satu hari nanti Dia akan memberi setiap kita tubuh baru sama seperti Yesus apabila Dia dibangkitkan. Tubuh baru mungkin tidak ada perbezaan jantina seperti di dunia ini (Matius 22:30).

Namun untuk sementara ini, seksualiti kita dilingkupi di dalam identiti di dalam tubuh duniawi kita yang dibentuk sama ada sebagai lelaki atau perempuan. Seksualiti manusia membentuk sebahagian daripada identiti manusia.

Sama seperti kita menyatakan peribadi kita sendiri di antara satu sama lain melalui tubuh kita, maka kita menyatakan seksualiti kita di antara satu sama lain melalui tubuh fizikal kita.

Oleh sebab itulah apabila seseorang menyentuh tubuh kita, terutamanya kawasan yang ditakrifkan untuk aktiviti seksual dan mempergunakan kita untuk kepuasan nafsu seks mereka, kita dengan sedar atau separuh sedar merasakan ada sesuatu yang telah dicuri dari kita. Kita merasakan kejutan mental dan emosi setelah mengalami satu kehilangan mendalam yang tidak normal; suatu kehilangan yang “tidak dapat” kita pulihkan walaupun kita mungkin boleh pulih daripada kejutan tadi. Jika seksualiti benar-benar membentuk sebahagian daripada diri yang sebenarnya, maka identiti kita telah dicacatkan. (Jenis kerosakan lain yang berlaku ke atas badan kita ialah penyakit).

Di dalam tubuh kitalah trauma seksual itu terjadi, samada melalui dipaksa menonton filem lucah, dicabul atau dirogol.

Penyerang atau penceroboh telah mencuri sesuatu yang sangat berharga daripada si mangsa. Penderaan seksual oleh seseorang yang dikenali adalah jauh lebih menyakitkan kerana ia juga melibatkan pengkhianatan terhadap kepercayaan.

Ada beberapa akibat daripada trauma seksual:

 Menaruh rasa kebencian terhadap diri sendiri (“Kenapa saya begitu bodoh sehingga saya diperlakukan seperti ini?”)

 Menaruh kebencian terhadap kaum lelaki (Ini biasa terjadi kepada kanak-kanak perempuan dan wanita yang didera secara seksual dibandingkan dengan budak-budak lelaki dan lelaki yang dewasa)

 Mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk mengarahkan kemarahan dan dendam kepada orang yang serupa dengan penyerangnya, walaupun mereka adalah pasangan yang penyayang.

 Mempunyai satu keperluan separuh sedar yang perlu dibayar balik melalui apa yang telah ditipu secara emosi dari mereka.

 Keinginan untuk merosakkan perkahwinan orang lain sebagai satu cara dendam disalurkan kepada orang lain (walaupun ini sangat jarang berlaku).

2. Perasaan seksual adalah satu peledak potensi emosi yang sengit dan kuat.

Emosi yang kuat ini memerlukan sejumlah karakter yang matang untuk mengendalikannya. Apabila seorang

kanak-kanak dipaksa untuk mengalami kuasa-kuasa tekanan yang kuat itu sebelum dia mencapai peringkat pemaham-an perasapemaham-an tersebut, ppemaham-andpemaham-angpemaham-an seksualiti ypemaham-ang men-yimpang boleh berkembang dan akhirnya me-nyumbangkan kepada gaya dan pilihan hidup yang ber-bahaya.

Contohnya, selepas seorang lelaki profesional yang muda telah bertunang dengan seorang wanita yang menarik, wanita itu mendapati bahawa tunangnya tidak akan mem-benarkan dia menyentuh dadanya. Melalui beberapa sesi nasihat kaunseling, dia mendedahkan bahawa ketika dia berusia sekitar 13 tahun, kawan lelaki bapanya secara diam-diam menarik dia ke sampingnya untuk mencubit putingnya dan mencabulnya.

3. Di sebalik perasaan dan kejadian ‘menyeronokkan’

itu ialah sebuah rahsia dan ancaman (terutamanya dalam sumbang mahram)

Lebih muda umur seorang budak apabila pelecehan seksual itu berlaku, maka lebih dalam luka yang dialami dan lebih sukar untuk dia dipulihkan. Ini adalah kerana kanak-kanak itu merasa keliru kenapa perkara yang

‘menyeronokkan’ itu harus dirahsiakan daripada orang-orang yang menyayanginya. Jika dia mempunyai hadiah mainan baru yang indah atau sekotak coklat, dia akan menunjukkan kepada semua orang betapa gembiranya dia. Mengapa tidak untuk kejadian ini?

Kekeliruan ini boleh berkembang menjadi satu kekaburan

separuh sedar tentang seksualitinya yang mungkin akan menyebabkan masalah yang serius dalam kehidupan perkahwinannya kelak. Contohnya satu perkahwinan yang tanpa persetubuhan, atau terus-menerus melakukan hub-ungan sulit/jatuh cinta kepada orang lain walaupun mere-ka bahagia sebagai sepasang suami isteri yang saling mencintai. Sebab itulah dalam kaunseling pra-perkahwinan, kita perlu membantu mereka mengetahui rahmat kesembuhan Allah sebelum mereka berkahwin.

Cadangan untuk Mendapatkan Bantuan

Jika anda pernah didera atau dilecehkan secara seksual dengan cara apa pun sebelum ini ATAU mengesyaki mungkin pernah mengalami penderaan yang serupa di masa lalu:

 Carilah seseorang untuk membicarakannya. Jangan pendamkan perasaan tersebut.

 Jika anda tidak boleh memikirkan seseorang yang anda boleh percayai, bercakap kepada Tuhan dan tanya Dia mengenai kesakitan dan kesangsian anda.

Minta Tuhan menunjukkan seorang yang mungkin boleh mendengar pertanyaan-pertanyaan, keraguan dan tangisan hati anda. Dan dia juga boleh berdoa dengan/untuk anda.

 Minta Tuhan untuk mengampuni orang yang menyerang/melakukan perbuatan itu terhadap anda, sama ada orang itu dikenali atau tidak dikenali.

Mohon kepada Tuhan untuk memenuhi anda dengan Roh Kudus-Nya bagi memperbaharui fikiran anda supaya anda boleh berjalan dan hidup dalam

kelimpahan yang Allah ingin berikan kepada anda untuk kebaikkan dan kemuliaan-Nya.

Ingatlah:

Penerimaan Allah terhadap diri anda tetap sama. Tidak kira adakah anda pernah didera secara seksual atau tidak, adakah anda telah dirosakkan secara seksual atau tidak. Dia mahu anda menjadi baru dan penuh seperti Anak-Nya, Yesus, supaya anda akan menikmati rahmat, damai dan sukacita-Nya. Bacalah Roma 8:28. Allah boleh bekerja dalam segala perkara (baik ataupun buruk) yang telah terjadi untuk kebaikan orang-orang yang dikasihi-Nya dan dipanggil mengikut maksud-dikasihi-Nya. Bukankah itu suatu berita yang baik?

Contoh:

Cik A adalah seorang pekerja administrasi gereja yang rajin dan cekap. Keberkesanannya akan membantu meringankan beban berat pastornya. Walau bagaimanapun, untuk beberapa tahun, Cik A mudah menjadi terikat secara emosi dengan kawan-kawan lelakinya. Apabila seorang lelaki dari jemaat menunjukkan sedikit keprihatinannya, dia mudah terasyik dan tidak dapat memberi tumpuan kepada tugasnya. Ini sangat mengecewakannya apabila orang tersebut akhirnya berkahwin dengan orang lain. Semasa kaunseling, kaunselor mendapati puncanya adalah dia mempunyai keinginan yang kuat untuk merasa romantis dengan lelaki yang dia kenal walaupun dia berusaha sebaik mungkin untuk mengawal dirinya.

Semasa dalam satu sesi kaunseling, dia menangis teresak-esak tanpa kawalan sambil menceritakan bagaimana dia

ketagihan onani (melancap) walaupun dia membenci perbuatan tersebut. Dia sering merasa sangat bersalah selepas setiap kejadian, lebih-lebih lagi apabila dia adalah seorang kaunselor muda-mudi yang dihormati di gereja. Akhirnya ini terungkap melalui sejarah hidupnya secara terperinci di mana semasa dia masih kecil, salah seorang daripada abangnya telah beberapa kali menyentuh kemaluannya. Walaupun dia tahu ada sesuatu yang tidak kena, dia sudah terbiasa dengan perasaan keasyikan oleh rangsangan seks. Setelah dia meningkat dewasa dan menjadi Kristian, dia mahu fikiran dan tindakannya suci di hadapan Tuhan. Dia cuba untuk menyingkirkan tabiat buruknya tetapi sering kali jatuh, walaupun dia berdoa dan bertaubat berulangkali. Hal ini menyebabkan dia menyimpan rasa bersalah yang tersembunyi dalam kehidupannya sebagai seorang Kristian.

Keinginannya yang berterusan untuk berasmara adalah hasil daripada memindahkan hubungan kasih sayang dan rasa benci terhadap abangnya (seorang yang dia dikagumi dan juga dibencinya akhibat dari pencabulan tersebut) terutamanya terhadap lelaki yang lebih tua.

Pada sisi yang lain, dia memerlukan penerimaan mereka.

Tetapi pada masa yang sama, dia marah kepada mereka kerana tidak membalas pendekatannya. Dalam kekeliruan itulah dia melemparkan kemarahan kepada pastor dan isterinya. Akhirnya, dia terpaksa meletak jawatan dan meninggalkan gereja. Syukurlah, Allah menemuinya untuk mengampuni, menyucikan dan menyembuhkan dia. Dia juga memilih untuk mengampuni abangnya yang telah menyakitinya dan meninggalkan rasa pengkhianatan yang

mendalam serta rasa kotor dalam kehidupannya. Dia kemudian mendapat kemenangan melalui pengertian, doa dan banyak berusaha keras. Ketika ini, dia sudah mampu untuk mengawal diri ke atas seksualitinya. Dengan pertolongan Tuhan, dia kini menikmati kehidupan yang berkelimpahan yang dijanjikan Yesus.

Renungan

Ambil masa untuk merenung, menjurnal dan berdoa semasa waktu teduh harian anda dengan Tuhan. Anda mungkin mahu berkongsi dengan seseorang yang anda percayai dan berdoa bersamanya.

Rujukan

1 Lee Bee Teik, Building a Love House is Hard Work (Malaysian CARE, 1996) Bab 5

2 Elizabert Elliot, Let Me Be A Woman – Notes to My Daughter and the Meaning of Womanhood (Tyndale House Publishers Inc., 1976) mukasurat 18

3 The International Standard Bible Encyclopedia, lihat di bawah “anthropology”dan “woman”. General Editor:

Geoffrey W. Bromiley, Vol.4, (William B. Eerdmans Publishing co., 1988)

4 Walter Trobisch, The Misunderstood Man (1983 Editions Trobisch Gmbh)

5 Lihat di bawah subjek “Embryology” [pembangunan bayi dalam rahim ibu] untuk maklumat lanjut dari internet atau perpustakaan perubatan.

6 D.A. Seamands, Healing of Memories (Victor Books, 1985) Bab 8

Dalam dokumen : Memahami Seksualiti Manusia (Halaman 40-49)

Dokumen terkait