• Tidak ada hasil yang ditemukan

TUGASAN TERPILIH

Dalam dokumen LI report (Halaman 63-68)

Kaunter Hadapan

TUGASAN TERPILIH

3.1 Pemasangan Perisian Sistem

Pemasangan perisian sistem amat penting bagi sesebuah komputer kerana tanpa perisian sistem, komputer hanya akan menjadi perkakasan elektronik

semata-mata. Hanya setelah dipasang dengan perisian sistem barulah komputer akan menjadi sebuah mesin yang berguna. Dengan adanya perisian sistem pengguna akan dapat mengawal segala data di dalam komputer dengan mudah, malah perkongsian maklumat juga akan menjadi lebih senang. Perisian sistem yang bagus dengan kapasiti storan yang besar membolehkan pelbagai perisian aplikasi dipasang pada computer.

Terdapat pelbagai perisian sistem yang boleh didapati di pasaran pada masa kini bagi memenuhi kehendak pengguna yang pelbagai. Kehendak pengguna jugalah yang menjadi faktor penting di dalam pemilihan perisian sistem yang

hendak dipasang pada sesebuah komputer. Ini kerana setiap perisian sistem mempunyai kelebihan yang tersendiri dari segi penampilan, kegunaan, tahap kecekapan dan pelbagai lagi ciri-ciri perisian sistem yang pastinya mampu memenuhi segala kehendak pengguna.

3.1.1 Pengenalan Kepada Perisian Sistem

Perisian sistem merupakan satu program yang berfungsi sebagai penghubung diantara pengguna dan sistem komputer. Dengan adanya perisian sistem, komputer dapat dijadikan mesin yang mampu melakukan pelbagai tugasan yang diingini. Perisian sistem juga dapat memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan sistem komputer. Secara asasnya sesebuah perisian sistem akan melakukan tugas asas seperti berikut :

1) Mengawal dan memperuntukkan ingatan serta storan. 2) Mengawal peranti masukan dan keluaran.

3) Memudahkan perkongsian. 4) Menguruskan sistem fail.

Diantara perisian sistem yang sering digunakan adalah seperti Microsoft Windows, Mac OS, dan Linux.

Rajah 3.0 Microsoft Windows 7 Ultimate

Rajah 3.1 Linux Mandriva

3.1.2 Perisian Sistem Jenis Microsoft Windows

Windows ialah sebuah perisian sistem yang dibangunkan dan dipasarkan oleh Microsoft. Sehingga kini, terdapat pelbagai versi Windows, antaranya Windows 95, Windows 98, Windows ME, Windows NT, Windows XP, Windows Vista, Windows 7, dan yang terbaru adalah Windows 8 yang dilancarkan pada tahun 2011.

Pada asalnya, Microsoft Windows hanyalah sekadar berfungsi untuk menyediakan suasana pengendalian antaramuka grafik pengguna yang lebih mudah digunakan kepada pengguna MS-DOS, namun penggunaan Windows yang semakin meluas menjelang pertengahan dekad 1990-an menyebabkan Microsoft menaik taraf perisian Windows kepada sebuah sistem pengoperasian.

Windows NT mula diperkenalkan pada tahun 1993 kepada pengguna perniagaan dengan menggunakan antaramuka yang serupa dengan Windows 3.x. Bermula tahun 2001, kesemua versi terkini Windows menggunakan teknologi NT sepenuhnya yang lebih stabil.

3.1.3 Perisian Sistem Jenis Linux

Istilah Linux atau GNU/Linux (GNU) juga digunakan bagi merujuk kepada keseluruhan edaran Linux yang selalunya disertakan bersama perisian-perisian lain di dalam perisian sistemnya. Edaran-edaran Linux telah mengalami pertumbuhan yang pesat dari segi kepopularan, sehingga lebih popular daripada versi UNIX yang merupakan perisian hak milik dan mula mencabar dominasi Microsoft Windows dalam sesetengah perkara.

Pada mulanya, ia dibangunkan dan digunakan oleh peminatnya sahaja. Kini Linux telah mendapat sokongan daripada syarikat-syarikat besar seperti IBM, dan Hewlett-Packard. Para penganalisa menujukan kejayaannya ini disebabkan ia tidak bergantung kepada vendor

(vendor-independence), kos perkakasan yang rendah, dan kepantasannya

berbanding versi UNIX proprietari, serta faktor keselamatan dan kestabilannya berbanding dengan Microsoft Windows. Ciri-ciri ini juga menjadi bukti kepada keberkesanan model pembangunan sumber terbuka.

Tetapi bagi mereka yang hanya biasa menggunakan perisian sistem Windows atau Macintosh, Linux mungkin kelihatan lebih sukar disebabkan perbezaan dalam melakukan pelbagai kerja komputer. Malahan itu, lebih mudah untuk mencari sokongan teknikal bagi Windows atau Mac

OS berbanding Linux. Tambahan lagi, secara lazimnya pengguna perlu menukar perisian yang sering digunakan, disebabkan perisian tersebut tidak didapati dalam Linux (atau pilihan yang agak terhad, terutamanya

permainan komputer). Faktor lain adalah sifat ragu-ragu pengguna yang berasa susah hendak melepaskan perisian sistem mereka. Selain itu, kebanyakan komputer didatangkan dengan Windows sedia dipasang (preinstalled). Faktor-faktor ini menyebabkan perkembangan Linux menjadi agak perlahan.

Proses pemasangan yang sukar juga sering-kali menjadi

penghalang bagi pengguna baru, namun proses ini adalah lebih mudah hari ini. Dengan penerimaan Linux oleh beberapa pengeluar komputer

peribadi terbesar, komputer yang disedia-pasang dengan edaran Linux boleh didapati. Terdapat juga edaran Linux yang membenarkan Linux dibut secara terus daripada Live CD(Rujuk lampiran A) tanpa perlu

memasangnya ke dalam cakera keras. Imej ISO bagi CD untuk edaran Linux tersebut biasanya boleh dimuat turun daripada Internet secara

percuma, ditulis ke CD, dan seterusnya membutkan CD tersebut. Linux juga boleh dibutkan menerusi „USB Pendrive‟, rangkaian, cakera liut, atau kad rangkaian.

Kelebihan Linux seperti kos rendah, kelemahan sekuriti yang kurang, dan tidak bergantung pada vendor (lack of vendor lock-in), telah

menggalakkan penggunaan yang meluas di kalangan koperasi dan kerajaan pada masa kini. Dalam situasi ini, halangan yang disebut di atas dapat dikurangkan kerana hanya aplikasi/aturcara yang terhad digunakan, serta kerja pentadbiran komputer (administration) dikendalikan oleh sekumpulan pekerja pakar IT yang sedikit.

3.1.4 Perisian Sistem Jenis Mac OS

Mac OS diambil daripada perkataan „Macintosh Operating System‟ yang merupakan perisian sistem keluaran Apple. Digunakan hanya pada komputer keluaran Apple.

Perisian sistem Macintosh pada awalnya dikenali sebagai Sistem, seperti "Sistem 6.0.7" atau "Sistem 7" serta dikenali juga sebagai Kotak Perkakasan "Toolbox"; yang mengandungi himpunan rutin piawaian yang boleh digunakan bagi menggantikan pautan kepada perkakasan

komputer itu sendiri.

Pengabstrakan ini yang membenarkan applikasi Mac ditulis untuk satu generasi sistem digunakan pada generasi berikutnya, sebagai contoh: dari Mac Plus kepada Mac II, kepada PowerBook, kepada Power

Macintosh. Pada awalnya Apple sengaja mengaburkan kewujudan perisian sistem ini bagi membezakan Mac daripada sistem lain seperti MS-DOS yang digambarkan sebagai lebih sukar digunakan berbanding Mac.

Istilah seperti "sistem" dan "kotak perkakasan (the toolbox)" merupakan cara mudah untuk merujuk kepada perkhidmatan perisian sistem dan Macintosh API seterusnya mengelakkan penggunaan istilah teknikal (technical jargon). Sehinggalah kemunculan era sistem G3 (yang dikenali sebagai mesin "dunia baru"), sebahagian besar sistem disimpan dalam ROM fizikal pada papan induk, dan juga komponen sistem pada cakera yang menambah, mengesampingkan (override)atau memperbaiki rutin ROM. Tujuannya ialah untuk mengelakkan penggunaan terlalu banyak ruang simpanan dalam cakera liut yang terhad untuk sistem sokongan, kerana komputer Mac yang terawal tidak mempunyai cakera keras. Sebenarnya cuma satu model Mac yang boleh dijalankan (bootable) menggunakan ROM sahaja, iaitu model Mac Klasik 1991.

Sistem 7.5.1 merupakan sistem pertama yang memasukkan logo Mac OS (muka tersenyum (smiley face) biru). Mac OS 7.6 (yang dikeluarkan pada 1996) merupakan sistem pertama yang dinamakan Mac OS kerana wujudnya "klon-klon" Mac, sistem yang hampir serupa daripada syarikat-syarikat lain seperti Power Computing dan Motorola, dan Apple hendak memberitahu dengan jelas bahawa sistem pengendaliannya merupakan hak milik intelektualnya sendiri.

Perisian sistem Mac OS boleh dibahagikan kepada dua jenis: 1) Mac OS "Klasik"

BAB 4

Dalam dokumen LI report (Halaman 63-68)

Dokumen terkait