• Tidak ada hasil yang ditemukan

PELAN TINDAKAN KECEMASAN (KEBAKARAN)

13. Tutup lokasi kejadian untuk tindakan Pasukan Tindakan

Pertolongan cemas adalah bantuan pertama atau rawatan awal yang diberikan kepada mangsa sebelum diberikan rawatan yang selanjutnya. Tujuan pertolongan cemas antaranya adalah untuk mengurangkan kesakitan, menyelamatkan nyawa dan menghalang kecederaan bertambah teruk.

10. Semua penghuni keluar? Pegawai Insiden

11. Tentukan bilangan penghuni yang hilang Pegawai Insiden

12. Memaklumkan kepada Ketua Pegawai Insiden (KPI) Pegawai Insiden

13. Tutup lokasi kejadian untuk tindakan Pasukan Tindakan

Kecemasan UKM 1/ Bantuan luar

Pegawai Insiden

14. Tunggu arahan selanjutnya dari Ketua Pegawai Insiden Pegawai Insiden

Antara kandungan Peti Pertolongan Cemas ialah: i) pembalut saiz kecil yang steril

ii) pembalut saiz sederhana yang steril iii) pembalut saiz besar yang steril iv) pembalut luka bertekanan no.15 v) anduh segi tiga

vi) pembalut gulung 2 in. vii) pembalut berpelekat viii) kapas yang disteril ½ oz ix) splin

x) cecair pencuci mata xi) pad mata steril xii) cecair pencuci luka

xiii) pembalut getah atau pembalut bertekanan xiv) gunting

xv) pembalut kain krep bergulung xvi) pelekat pembedahan

xvii) sarung tangan getah xviii) pelitup muka CPR

5.4 Renjatan Elektrik

Renjatan elektrik adalah sangat berbahaya. Arus elektrik boleh mengalir menerusi bahan pengalir termasuk air. Oleh yang demikian, kawasan amali hendaklah kering semasa menjalankan amali yang melibatkan sumber elektrik.

Tindakan jika mangsa masih terlekat pada punca arus elektrik ialah: i) menjerit meminta pertolongan

ii) matikan suis punca elektrik

iii) jangan tarik mangsa menggunakan tangan anda

iv) jauhkan mangsa dari punca arus elektrik menggunakan bahan penebat seperti kayu atau plastik

v) periksa pernafasan dan denyutan nadi

vi) laporkan kepada pegawai insiden untuk tindakan seterusnya

5.5 Kecederaan Di Tempat Kerja

Setiap pengguna makmal mempunyai risiko untuk mendapat kecederaan dalam menjalankan ujikaji. Namun, kecederaan di tempat kerja dapat di elakkan jika pengguna makmal mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Antara kecederaan yang mungkin berlaku ialah :

5.5.1 Pengsan

Pengsan ialah keadaan seseorang yang dalam keadaan tidak sedar diri. Orang yang pengsan akan sedar kembali apabila darah mengalir kembali ke kepala. Tanda-tanda orang yang hampir pengsan ialah:

i) pucat

ii) nadi menjadi lemah, cepat dan tidak sama denyutannya iii) pening dan lemah badan.

iv) pernafasan menjadi lemah dan perlahan Tindakan rawatan bagi orang yang pengsan ialah:

i) memberi ruang yang selesa kepada mangsa dengan meminta orang ramai agar tidak mengerumuni mangsa

ii) baringkan mangsa

iii) longgarkan pakaian mangsa pada bahagian leher, dada dan pinggang iv) minta rakan untuk menghubungi pegawai insiden atau kakitangan

dalam makmal

5.5.2 Luka

Luka merupakan kecederaan yang menyebabkan darah mengalir keluar dari tubuh. Luka juga akan memungkinkan pencemaran dalaman seperti terkena kotoran dan dijangkiti bakteria.

Tindakan yang perlu dilakukan apabila berlaku kecederaan (luka) ialah: i) buang kotoran yang terdapat pada luka dengan cermat.

ii) pergi ke kawasan yang selesa. iii) tinggikan bahagian yang luka. iv) cuci dan balut dengan kemas.

v) dapatkan rawatan yang selanjutnya sekiranya kecederaan berada dalam keadaan serius.

5.6 Tumpahan Bahan Kimia

Tumpahan bermaksud sesuatu yang keluar dari bekasnya secara tidak sengaja. Bahan kimia yang tertumpah mungkin dalam bentuk cecair ataupun pepejal dan memerlukan tindakan untuk mengawal punca tumpahan. Sesuatu bahan kimia tersebut dikatakan berbahaya jika bahan kimia tersebut mendatangkan kerosakan fizikal, kesihatan manusia, alam sekitar dan harta benda seperti :

i) mudah terbakar

ii) menghasilkan wap dan habuk yang berbahaya iii) mengakis

iv) beracun

5.6.1 Tindakan Jika Berlaku Tumpahan Bahan Kimia 5.6.1.1 Jika terpercik pada bahagian mata;

i) Segera ke pembilas mata keselamatan (eye wash)

ii) Alirkan air ke dalam mata selama sekurang – kurangnya 10 minit

iii) Jika mangsa menggunakan kanta sentuh, tanggalkan kanta sentuh dengan segera

iv) Pegang kelopak mata dengan jari bagi membolehkan mata terbuka

v) Gerakkan bebola mata supaya air dapat mengalir keseluruhan mata

vi) Biarkan mata terbuka selepas selesai dibilas.

vii) Balut mata yang tercedera dengan kain kasa steril (sterile gauze)

viii) Laporkan kepada pegawai insiden

ix) Dapatkan rawatan dari pegawai perubatan.

5.6.1.2 Jika tumpahan mengenai bahagian tubuh;

i) Alirkan air selama sekurang – kurangnya 5 minit di bahagian yang terkena bahan kimia untuk mengelakkan dari

kerosakan pada tisu.

ii) Tanggalkan pakaian yang terjerap bahan kimia.

iii) Jika bahagian tersebut melecur, cuci bahagian tersebut dengan bahan peneutral :

• Jika asid – Gunakan larutan beralkali contohnya air sabun atau losyen natrium bikarbonat berkepekatan 5%

• Jika alkali – gunakan larutan berasid contohnya asid sitrik cair atau cuka makan.

iv) Laporkan kepada pegawai insiden.

v) Dapatkan rawatan dari pegawai perubatan

5.6.1.3 Dedahan atau tertelan bahan kimia

i) Kejadian ini berlaku akibat dari kelalaian seseorang yang tidak mematuhi peraturan

ii) Tindakan yang perlu dilakukan adalah berbeza mengikut jenis bahan kimia. Oleh yang demikian, setiap tindakan kecemasan bahan kimia tersebut perlu dirujuk kepada SDS setiap bahan kimia.

5.6.2 Tindakan Jika Berlaku Tumpahan Merkuri

i) Kawal tumpahan daripada merebak

ii) Tandakan kawasan dan dapatkan bantuan iii) Laporkan setiap tumpahan merkuri

iv) Jangan bersihkan merkuri dengan sendiri

v) Jangan gunakan penyapu untuk membersihkan tumpahan merkuri kerana menyebabkan merkuri berpecah kepada saiz yang lebih kecil seterusnya memudahkan pemeruapan

vi) Pakaian yang telah dicemari oleh merkuri perlu ditanggalkan vii) Merkuri tidak boleh dibuang di dalam tong sampah biasa viii) Jangan membuang sisa merkuri dalam saluran paip/sinki

5.6.3 Tindakan Jika Terkena Tumpahan Bahan Radioaktif

i) Monitor kawasan dengan meter tinjau bagi memastikan kawasan yang tercemar

ii) Laporkan kepada penyelia sinaran atau Pegawai Perlindungan Sinaran (RPO)

iii) Sekiranya boleh, kumpulkan bahan radioaktif yang tertumpah ke dalam bekas lain menggunakan bahan penyerap bagi (cecair) atau penyepit atau penyeduk (pepejal atau serbuk)

iv) Lakukan kerja pembersihan dengan pantas untuk mengurangkan pendedahan

v) Elakkan sentuhan langsung dengan bahan radioaktif yang tertumpah

vi) Cuci kawasan tercemar dengan bahan pencuci, sabun, atau larutan 1% asid sitrik, ulangi basuhan sehingga tiada lagi pencemaran. Bahan pencair seperti NaHCO3 atau pita pelekat digunakan jika masih terdapat pencemaran.

vii) Cuci peralatan yang telah digunakan untuk membersihkan kawasan pencemaran dengan bahan pencair seperti NaHCO3.

5.7 Tindakan Jika Terkena Patogen

Pengguna yang mengendalikan patogen mestilah mendapatkan imunisasi terlebih dahulu. Jika pengguna jatuh sakit, dapatkan rawatan dengan segera dan memaklumkan patogen yang digunakan.

5.8 Panduan penggunaan alat pemadam api (PASS)

5.9 Kemalangan di Fakulti Sains Teknologi

5.9.1 Kes 1 – Insiden Kemalangan Kebakaran Tarikh : 6 Disember 2012

Lokasi : Makmal Cendawan (4154), Bangunan Sains Biologi

Insiden : Pelajar telah menghidupkan api menggunakan pelita di dalam laminar flow. Api dari pelita telah menyambar sarung tangan getah yang dipakai. Tiada kecederaan serius dilaporkan.

Sumber : Laporan JKKP-PPBsBt Bil.01/2013

5.9.2 Kes 2 – Insiden Kemalangan Kebakaran Tarikh : 8 Julai 2013 (Isnin)

Lokasi : Makmal Genomik 2, Kompleks Makmal Biologi Molekul, Bangunan Sains Biologi

Insiden : Pelajar menjalankan pengkulturan di dalam Laminar Flow. Api dari penunu Bunsen menyambar larutan ethanol yang berdekatan. Kebakaran dapat dipadamkan menggunakan selimut kebakaran.

Sumber : Minit JKKP-PPBsBt Bil.03/2013 5.9.3 Kes 3 – Tumpahan Merkuri

Tarikh : 16 Februari 2015

Lokasi : Tempat Meletak Kenderaan Bangunan Biologi

Insiden : Tumpahan merkuri telah ditemui sekitar jam 11.00 pagi. Pegawai Insiden telah menghubungi pihak keselamatan UKM dengan segera dan sisa merkuri telah berjaya dipindahkan dan dibersihkan pada jam 3.00 petang.

Sumber : Laporan Kemalangan PPSKTM, Mesyuarat JKKP FST Bil.1/2015

5.9.4 Kes 4 – Letupan kecil

Tarikh : 16 Februari 2015

Lokasi : Makmal Injection Molding, Bangunan Sains Fizik

Insiden : Letupan kecil berlaku disebabkan plastik yang tersumbat pada nozzle muncung mesin, disebabkan salah satu pemanas haba tidak berfungsi. Kakitangan makmal mematikan kesemua peralatan mesin yang beroperasi serta merta menggunakan topeng muka jenis Raspirator dan cermin mata litup.

Sumber : Laporan Kemalangan PPFG, Mesyuarat JKKP FST Bil.1/2015 68 / 69

RUJUKAN

1. Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia

2. Tataamalan Industri mengenai Pengelasan Bahan Kimia dan Komunikasi Hazard 2014, Kementerian Sumber Manusia

3. Sumber :

http://imr.imr.gov.my/osh/presentation/Pelan%20tindakan%20kecemasan.pdf

4. Laman web rasmi Pusat Pengurusan Risiko, Kelestarian dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH), Universiti Kebangsaan Malaysia, http://www.ukm.my/rosh/

5. Nota Panduan Keselamatan Makmal Sistem Ujian Keselamatan Makmal, 2010, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

6. Buku Peraturan Keselamatan Di tempat Kerja UKM, 2005, Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

7. Google Images

Dokumen terkait