• Tidak ada hasil yang ditemukan

UBAH LOGO JOOMLA

Dalam dokumen MODUL BENGKEL PEMBANGUNAN LAMAN WEB (Halaman 49-52)

Membina Menu: Link kepada Web Links

7- UBAH LOGO JOOMLA

Tentu anda akan bertanya, bagaimanakah untuk membuang logo Joomla! di muka hadapan laman web anda.

Jika anda buat ’rondaan’ di menu-menu yang ada dalam CMS Joomla!, sudah pasti anda tidak akan jumpa arahan atau menu untuk membolehkan anda megubah atau membuang logo Joomla! di template utama.

Perlu anda fahami bahawa setiap template ada logonya yang tersendiri. Biasanya logo itu berasaskan nama satu- satu template. Bagi template rhuk_milkyway ini, logonya ialah logo Joomla! dan ini adalah template original Joomla!. Jadi, setiap kali anda menukar template baru, anda sekali lagi perlu tukar mana-mana image yang tidak bersesuaian untuk laman web anda.

Bagaimanakah caranya? Apa yang perlu anda buat ialah, dapatkan maklumat mengenai fail image tersebut. Maklumat yang perlu anda ketahui ialah nama fail tersebut dan juga lokasinya di server.

Penulis andaikan anda menggunakan browser Mozilla Firefox. Sila mouse over di atas imej dan logo Joomla! seperti gambarajah 7.2, right click di situ.

Ada beberapa menu yang keluar. Pada pandangan anda, daripada kesemua menu yang keluar itu, menu apakah yang anda rasakan boleh membantu anda untuk mengetahui nama dan lokasi fail imej tersebut? Kemungkinan yang ada ialah Properties. Sila pilih Properties . Tapi tidak ada apa-apa maklumat berguna kan?! Kemungkinan satu lagi ialah, View Background Image. Cuba pilih menu tersebut.

Gambarajah 7.1

Ternyata berjaya. Setelah memilih menu View Background Image tadi, ia membawa anda ke lokasi imej tersebut. Untuk mengetahu lokasi imej tersebut, sila lihat full URL bagi imej tersebut di kotak address location di browser anda.

Full URL tersebut ialah:

http://mazuki.my-php.net/templates/rhuk_milkyway/images/mw_joomla_logo.png

Daripada gambarajah 7.4, anda boleh lihat daripada URL itu nama fail image yang dikehendaki. Nama fail tersebut ialah mw_joomla_logo.png. Lokasi fail itu ialah dalam folder images. Folder images itu terletak dalam folder rhulk_milkway. Folder rhulk_milkway pula terletak dalam folder templates dan akhir sekali folder templates itu terletak di hosting yang memakai domain name mazuki.my-php.net. Untuk makluman, perkataan folder adalah istilah yang biasa digunakan dalam Local Hard Disk. Apabila sudah berada di server, perkataan folder itu dikenali sebagai directory dan sub-directory. Anda akan jumpa istilah ini apabila mengakses fail-fail tersebut atau berurusan dengannya melalui penggunaan program FTP (File Transfer Protocol). Untuk menukar fail imej Joomla! dengan fail logo anda sendiri, anda memerlukan program FTP untuk mengakses keseluruhan fail dan folder di server anda. Terdapat banyak program FTP yang boleh dimuat-turun secara percuma. Pada bengkel ini, kita akan menggunakan WinSCP FTP.

Lancarkan program WinSCP FTP Program daripada Program Files daripada PC anda. (Lihat gambarajah 7.5)

nama domain anda directory templates directory rhuk_milkyway directory images nama fail imej Gambarajah 7.3 Gambarajah 7.4 Gambarajah 7.5

Tukarkan kepada FTP.

Klik butang New.

Setelah itu masukkan maklumat seperti host name, user name dan password yang diminta (lihat gambarajah 7.7). Maklumat ini ada diberikan semasa anda membuat pendaftaran sebelum ini (lihat gambarajah 1.9, halaman 9).

Anda boleh tekan Save (lihat gambarajah 7.7) untuk menyimpan maklumat ini, jika komputer yang anda gunakan ini adalah komputer anda sendiri. Jika komputer awam seperti di makmal komputer, cyber cafe dan sebagainya, sebaik-baiknya jangan simpan (save) maklumat ini. Ini kerana dibimbangi ia akan diakses oleh orang lain yang boleh saja menceroboh laman web anda.

Klik Login untuk akses fail-fail anda. Tunggu beberapa saat sehingga komputer anda berjaya disambungkan dengan komputer pelayan (server). Jika sambungan berjaya dibina, anda akan dipaparkan dengan window seperti gambarajah 7.8.

Terdapat 2 windows dalam paparan WinSCP (sama seperti program FTP yang lain). Window yang pertama di sebelah kiri adalah senarai fail dan folder yang terdapat dalam komputer anda dalam local hard-disk. Di sebelah kanannya pula ialah senarai fail dan folder yang terdapat dalam komputer pelayan (server) anda.

Gambarajah 7.6

Double clik pada directory htdocs. Anda akan lihat senarai folder dan fail php dan lain-lain di situ milik CMS Joomla!. Kesilapan memadam atau meminda mana-mana fail memungkin satu-satu fungsi bagi laman web anda tidak berjalan dengan sempurna. Jadi, jangan diubah jika anda tidak tahu apa yang anda buat.

Tujuan kita akses fail-fail itu dengan program FTP ini adalah untuk mencari lokasi fail imej yang hendak digantikan dengan fail imej lain. Perlu disebutkan semula bahawa, fail tadi terletak di:

http://mazuki.my-php.net/templates/rhuk_milkyway/images/mw_joomla_logo.png

Jadi, mula-mula sekali cari directory templates, kemudian directory rhuk_milkyway, dan akhir sekali buka directory images. Dalam directory images, anda akan jumpa fail bernama mw_joomla_logo dalam format PNG. Muat turun dan simpan (save) fail tersebut untuk rujukan. Terdahulu daripada ini, buka Adobe Photoshop atau mana-mana perisian photo editing, buat satu logo yang bersaiz sama dengan imej Joomla!,

iaitu 298px × 75px. Namakan fail tersebut dengan nama mw_joomla_logo.png

.

Contoh fail imej yang penulis buat adalah seperti gambarajah 7.9

Dalam keadaan program FTP masih aktif (connected), cari fail mw_joomla_logo.png di server anda. Kemudian, dapatkan juga fail mw_joomla_logo.png (yang telah anda buat) dari dalam folder dalam PC anda. Perhatikan gambarajah 7.10.

Senarai fail

Dalam dokumen MODUL BENGKEL PEMBANGUNAN LAMAN WEB (Halaman 49-52)

Dokumen terkait