BAB 4 DAPATAN KAJIAN PERSEPSI KUALITI HIDUP DAN
4.3 Persepsi Responden Terhadap Kualiti Hidup
4.3.1 Ujian Jadual Silang (crosstab) Antara Persepsi
Persepsi responden yang diperoleh daripada 10 item persoalan kualiti hidup yang diutarakan dalam borang soal selidik dibuat ujian jadual silang dengan beberapa pemboleh ubah yang mempengaruhi. Pemboleh ubah yang mempengaruhi ini juga menjadi penentu kepada kualiti hidup responden.
4.3.1(a) Ujian jadual silang persepsi responden terhadap pernyataan kehidupan keluarga berkualiti
Pernyataan responden ini telah dibuat ujian jadual silang dengan pemboleh ubah umur, taraf pendidikan, pendapatan bulanan, jenis kediaman, bilangan kereta dimiliki dan bilangan anak. Persepsi pertama responden adalah berkenaan dengan kualiti hidup pada masa kini. Adakah responden merasakan kehidupan mereka berkualiti pada masa kini? Persepsi ini merupakan item yang mendapat skor item dan skor min tertinggi. Hasil analisis persepsi responden ini telah dibuat ujian jadual silang dengan pemboleh ubah seperti umur, taraf pendidikan (pendidikan), pendapatan bulanan (pendapatan), jenis kediaman (perumahan), bilangan kereta (pengangkutan) yang dimiliki dan bilangan anak (kekeluargaan) reponden. Setelah ujian jadual silang dibuat dengan data umur didapati seramai 193 orang responden (96.5 peratus) yang bersetuju bahawa kehidupan mereka berkualiti pada masa kini. Responden yang bersetuju ini adalah tergolong dalam kategori umur 21 tahun hingga melebihi 51 tahun ke atas. Hanya terdapat sebilangan kecil sahaja yang tidak bersetuju dan tidak pasti.
Kategori umur responden yang paling tinggi ialah berumur 31-40 tahun iaitu seramai 95 orang responden (47.5 peratus) (Rujuk Jadual 4.6).
Jadual 4.6: Ujian jadual silang kehidupan keluarga berkualiti dan umur responden.
Umur
21-30 31-40 41-50 51> Jumlah
Kehidupan keluarga sangat tidak 0 1 0 0 1
berkualiti setuju (0%) (0.5%) (0%) (0%) (0.5%)
tidak setuju 0 1 1 0 2
(0%) (0.5%) (0.5%) (0%) (1%)
tidak pasti 1 0 2 1 4
(0.5%) (0%) (1%) (0.5%) (2%)
setuju 17 69 37 13 136
(8.5%) (34.5%) (18.5%) (6.5%) (68%)
sangat setuju 6 24 14 13 57
(3%) (12%) (7%) (6.5%) (28.5%)
Jumlah 24 95 54 27 200
(12%) (47.5%) (27.5%) (13.5%) (100%)
Hasil analisis kenyataan kehidupan keluarga berkualiti ini dengan data taraf pendidikan responden pula dilihat seramai 193 orang responden (96.5 peratus) bersetuju bahawa hidup mereka berkualiti kini. Responden kebanyakannya mempunyai kelulusan STPM/ Diploma iaitu sebanyak 43 peratus (86 orang).
Responden yang mempunyai kelulusan Master atau PHD hanya seramai 4 orang (2 peratus) (Rujuk Jadual 4.7).
Jadual 4.7: Ujian jadual silang kehidupan keluarga berkualiti dan taraf pendidikan responden.
Taraf pendidikan
Jumlah
SPM/ STPM/
SPMV DIPLOMA IJAZAH MASTER PHD
Kehidupan sangat 1 0 0 0 0 1
keluarga tidak setuju (0.5%) (0%) (0%) (0%) (0%) (0.5%)
berkualiti tidak setuju 0 1 1 0 0 2
(0%) (0.5%) (0.5%) (0%) (0%) (1%)
tidak pasti 1 2 1 0 0 4
(0.5%) (1%) (0.5%) (0%) (0%) (2%)
setuju 37 57 40 2 0 136
(18.5%) (28.5%) (20%) (1%) (0%) (68%)
sangat 15 26 14 1 1 57
setuju (7.5%) (13%) (7%) (0.5%) (0.5%) (28.5%)
Jumlah 54 86 56 3 1 200
(27%) (43%) (28%) (1.5%) (0.5%) (100%)
Analisis kenyataan kehidupan keluarga berkualiti dengan data pendapatan bulanan responden pula mendapati hampir keseluruhan responden berpendapat kehidupan mereka berkualiti atau sejahtera iaitu berjumlah 193 orang responden (96.5 peratus). Analisis ini juga menunjukkan kebanyakan responden berpendapatan bulanan sebanyak RM2000 hingga RM5000 iaitu seramai 169 orang (84.5 peratus).
(Rujuk Jadual 4.8).
Jadual 4.8: Ujian Jadual silang kehidupan keluarga berkualiti dan pendapatan bulanan responden.
Pendapatan bulanan
Jumlah RM1000- RM2000- RM3000- RM5001-
2000 3000 5000 8000 RM8000>
Kehidupan sangat tidak 0 1 0 0 0 1
keluarga setuju (0%) (0.5%) (0%) (0%) (0%) (0.5%)
berkualiti tidak setuju 0 1 1 0 0 2
(0%) (0.5%) (0.5%) (0%) (0%) (1%)
tidak pasti 0 2 1 1 0 4
(0%) (1%) (0.5%) (0.5%) (0%) (2%)
setuju 19 51 37 27 2 136
(9.5%) (25.5%) (18.5%) (13.5%) (1%) (68%)
sangat 9 14 25 8 1 57
setuju (4.5%) (7%) (12.5%) (4%) (0.5%) (28.5%)
Jumlah 28 69 64 36
3(1.5%)
200
(14%) (34.5%) (32%) (18%) (100%)
Kenyataan responden bahawa kehidupan mereka berkualiti apabila dilakukan ujian jadual silang dengan data jenis kediaman didapati seramai 193 orang responden (96.5 peratus) yang bersetuju bahawa kehidupan bersama keluarga adalah berkualiti dan sebanyak 61 peratus (122 orang) responden yang memiliki kediaman sendiri turut memberi pendapat yang sama. Responden yang menyewa rumah atau tinggal menyewa dikuarters kerajaan iaitu seramai 32 orang (16 peratus) daripada jumlah keseluruhan responden juga bersetuju dengan kenyataan ini. (Rujuk Jadual 4.9).
Jadual 4.9: Ujian jadual silang kehidupan keluarga berkualiti dan jenis kediaman responden.
Jenis kediaman
Jumlah Lain-
Sewa
Rumah Rumah Kuarters lain sendiri ibubapa kerajaan
Kehidupan sangat tidak 0 0 1 0 0 1
keluarga setuju (0%) (0%) (0.5%) (0%) (0%) (0.5%)
berkualiti tidak setuju 0 2 0 0 0 2
(0%) (1%) (0%) (0%) (0%) (1%)
tidak pasti 0 0 4 0 0 4
(0%) (0%) (2%) (0%) (0%) (2%)
setuju 1 17 82 26 10 136
(0.5%) (8.5%) (41%) (13%) (5%) (68%)
sangat setuju 0 4 40 12 1 57
(0%) (2%) (20%) (6%) (0.5%) (28.5%)
Jumlah 1 23 127 38 11 200
(0.5%) (11.5%) (63.5%) (19%) (5.5%) (100%)
Hasil analisis jadual silang kenyataan responden bahawa kehidupan keluarga berkualiti dengan data bilangan kereta yang dimiliki oleh responden mendapati seramai 186 responden (93 peratus) yang memiliki sama ada sebuah atau melebihi sebuah kereta bersetuju bahawa kehidupan mereka bersama keluarga berkualiti termasuklah responden yang tidak memiliki kereta iaitu seramai 7 orang (3.5 peratus) juga turut bersetuju. Kebanyakan responden mempunyai 1 atau 2 buah kereta iaitu seramai 161 orang (80.5 peratus). (Rujuk Jadual 4.10).
Jadual 4.10: Ujian jadual silang kehidupan keluarga berkualiti dan bilangan kereta yang dimiliki responden.
Bilangan kereta dimiliki
Jumlah
1 2 3 Tiada
Kehidupan keluarga sangat tidak setuju 1 0 0 0 1
berkualiti (0.5%) (0%) (0%) (0%) (0.5%)
tidak setuju 2 0 0 0 2
(1%) (0%) (0%) (0%) (1%)
tidak pasti 1 2 1 0 4
(0.5%) (1%) (0.5%) (0%) (2%)
setuju 60 52 20 4 136
(30%) (26%) (10%) (2%) (68%)
sangat setuju 18 25 11 3 57
(9%) (12.5%) (5.5%) (1.5%) (28.5)
Jumlah 82 79 32 7 200
(41%) (39.5%) (16%) (3.5%) (100%)
Analisis terakhir adalah hasil ujian kenyataan responden bahawa kehidupan keluarga berkualiti dengan data bilangan anak responden. Hasilnya juga dilihat seramai 193 orang responden (96.5 peratus) bersetuju bahawa kehidupan mereka bersama keluarga adalah berkualiti. Responden yang tidak bersetuju hanya 3 orang (1.05 peratus). Kebanyakan responden mempunyai bilangan anak seramai 3-4 orang iaitu sebanyak 48 peratus (96 orang). (Rujuk Jadual 4.11).
Jadual 4.11: Ujian jadual silang kehidupan keluarga berkualiti dan bilangan anak
Hampir keseluruhan responden bersetuju bahawa kehidupan mereka kini berkualiti tanpa mengira pemboleh ubah umur, taraf pendidikan, status taraf pendapatan, jenis kediaman, bilangan kenderaan dan berapa bilangan anak mereka termasuklah responden yang bujang. Kesimpulannya, hasil ujian jadual silang dengan data-data tersebut di atas mendapati hampir keseluruhan responden bersetuju menyatakan kehidupan mereka berkualiti pada masa kini dan ini adalah selari dengan keputusan skor item dan skor min tertinggi yang diperoleh terhadap item ini. Pemboleh ubah tersebut juga dilihat menjadi penentu kepada kualiti hidup para penjawat awam dalam daerah Kota Bharu.
4.3.1(b) Ujian jadual silang persepsi responden terhadap pernyataan pendapatan bulanan mencukupi.
Persepsi responden seterusnya dalam bahagian ini adalah berkisar kepada persoalan adakah mencukupi pendapatan responden untuk menyara keluarga. Hasil data
pernyataan ini telah dibuat ujian jadual silang dengan pemboleh ubah berikut iaitu pendapatan bulanan responden dan juga data pendapatan bulanan pasangan. Hasil ujian jadual silang antara pernyataan berkenaan dengan pendapatan bulanan responden, didapati seramai 141 orang responden (70.5 peratus) yang bersetuju menyatakan pendapatan bulanan mereka mencukupi untuk menyara keluarga.
Terdapat 55 orang responden (27.5 peratus) yang tidak bersetuju pendapatan bulanan mencukupi untuk keluarga. Kebanyakan responden yang tidak bersetuju tersebut adalah dalam kategori pendapatan bulanan RM2000-RM5000 iaitu sebanyak 69 orang responden (34.5 peratus). Hanya terdapat 28 orang responden yang berpendapatan bulanan sebanyak RM1000-RM2000. (Rujuk Jadual 4.12).
Jadual 4.12: Ujian jadual silang pendapatan mencukupi dan pendapatan bulanan responden.
Pendapatan bulanan (RM) 1000- 2000- 3000- 5000-
Jumlah 2000 3000 5000 8000 8000>
Pendapatan sangat tidak 1 1 2 0 0 4
mencukupi setuju (0.5%) (0.5%) (1%) (0%) (0%) (2%)
tidak setuju 9 25 15 2 0 51
(4.5%) (12.5%) (7.5%) (1%) (0%) (25.5%)
tidak pasti 3 1 0 0 0 4
(1.5%) (0.5%) (%) (0%) (0%) (2%)
setuju 13 37 34 26 2 112
(6.5%) (18.5%) (17%) (13%) (1%) (56%)
sangat setuju 2 5 13 8 1 29
(1%) (2.5%) (6.5%) (4%) (0.5%) (14.5%)
Jumlah 28 69 64 36 3 200
(14%) (34.5%) (32%) (18%) (1.5%) (100%)
Hasil ujian jadual silang kenyataan pendapatan bulanan mencukupi dengan data pendapatan pasangan pula dilihat seramai 141 orang responden (70.5 peratus) yang bersetuju menyatakan bahawa jumlah pendapatan yang diterima oleh pasangannya adalah sudah mencukupi untuk menyara keperluan. Namun begitu, terdapat sejumlah 55 orang responden yang menyatakan tidak bersetuju pendapatan pasangannya mencukupi setiap bulan. Responden yang mempunyai pasangan yang bekerja adalah seramai 181 orang (90.5 peratus) daripada jumlah keseluruhan responden iaitu 200 orang dan bakinya hanya 19 orang (9.5 peratus) responden yang pasangannya tidak bekerja. Pasangan responden kebanyakannya menerima pendapatan antara RM2000-RM5000 setiap bulan dan hanya terdapat seorang pasangan responden yang menerima pendapatan bulanan sebanyak RM8000 dan ke atas. (Rujuk Jadual 4.13).
Jadual 4.13: Ujian Jadual silang pendapatan mencukupi dan pendapatan bulanan pasangan responden.
Hasil analisis ini dibandingkan dengan Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2016. Laporan ini menunjukkan bahawa W.P. Kuala Lumpur mencatatkan pendapatan penengah tertinggi iaitu RM9,073 diikuti oleh W.P. Putrajaya (RM8,275), Selangor (RM7,225), W.P. Labuan (RM5,928), Johor (RM5,652), Melaka (RM5,588) dan Pulau Pinang (RM5,409). Negeri-negeri lain merekodkan pendapatan penengah di bawah paras nasional iaitu RM5,228 termasuklah Kelantan (RM3,079).
Terengganu mencatatkan peningkatan tertinggi kadar pertumbuhan tahunan bagi pendapatan isi rumah bulanan penengah sebanyak
10.9 peratus dalam tempoh 2014 hingga 2016. Enam negeri lain juga melepasi kadar pertumbuhan penengah di peringkat nasional, iaitu Perlis (9.2 peratus), W.P. Kuala Lumpur (8.7 peratus), Pahang (8.0 peratus) Selangor (7.5 peratus), Perak (7.5 peratus) dan Pulau Pinang (7.0 peratus). Manakala Kelantan cuma mencatat kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 2.5 peratus setahun. Laporan penyiasatan ini dijalankan dalam tempoh dua tahun sekali. Berdasarkan data tersebut dapatlah digambarkan bahawa pendapatan isi rumah bagi rakyat negeri Kelantan masih berada pada tahap sederhana bagi tahun 2016 (Laporan Penyiasatan Pendapatan Kelantan atau LPPK, 2014).
Namun begitu, kos saraan hidup bagi negeri Kelantan masih lagi berada tahap sederhana berbanding kos saraan hidup di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bharu yang mana kos saraan hidup di sana adalah tinggi.
Kesimpulannya, kualiti hidup rakyat Kelantan berdasarkan pendapatan kasar isi rumah adalah berada pada tahap tinggi jika dibandingkan dengan kos saraan hidup di Kelantan. Hasil ujian jadual silang di atas juga mendapati hanya terdapat 27.5 peratus responden yang tidak bersetuju pendapatan bulanan mencukupi untuk
keluarga. Responden yang tidak bersetuju tersebut adalah dalam kategori pendapatan bulanan RM2000-RM5000. Responden yang menyatakan pendapatan tidak mencukupi tersebut mungkin ada kaitan dengan corak perbelanjaan dan juga jumlah tanggungan yang ada. Pemboleh ubah pendapatan ini dilihat menjadi faktor penentu kepada kualiti hidup penjawat awam daerah Kota Bharu.
4.3.1(c) Ujian jadual silang persepsi responden terhadap pernyataan masa bersama pasangan mencukupi.
Persepsi responden berkaitan dengan masa bersama pasangan adakah mencukupi juga turut diutarakan. Masa bersama pasangan ini ditanya adalah bertujuan untuk mengetahui apakah responden mempunyai masa yang berkualiti bersama pasangan kerana ia ada berkaitan dengan kualiti hudp dan juga tahap fertiliti sesebuah keluarga.
Ujian jadual silang berkenaan pernyataan ini telah dibuat dengan pemboleh ubah status jawatan responden. Seramai 139 orang responden (69.5 peratus) yang bersetuju bahawa masa mencukupi bersama pasangan. Manakala terdapat 57 orang responden yang tidak bersetuju. Kebanyakan responden yang berstatus jawatan kumpulan sokongan 2 yang bersetuju masa mencukupi iaitu seramai 67 orang (33.5 peratus).
Status jawatan kumpulan sokongan 2 ini ialah penjawat awam yang bermula dari gred 19 sehingga gred 28. Responden kumpulan sokongan 2 ini menyatakan masa mencukupi bersama pasangan disebabkan mereka tidak terlibat dengan kerja luar yang diarahkan oleh pihak jabatan dan hanya bekerja pada waktu bekerja pejabat sahaja iaitu bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang. (Rujuk Jadual 4.14).
Jadual 4.14: Ujian jadual silang masa mencukupi bersama keluarga dan status jawatan responden.
Status Jawatan
Jumlah
Kump. Kump.
Profesional Sokongan 1 Sokongan 2
Masa mencukupi sangat tidak 0 3 3 6
4.3.2 Persepsi responden terhadap kesihatan, keadaan ekonomi dan pendapatan, aktiviti melancong, kemudahan asas serta keselamatan.
Domain kesihatan juga termasuk dalam penentu kualiti hidup. Persepsi responden seterusnya adalah berkaitan dengan kesihatan keluarga. Persepsi daripada responden bersetuju menyatakan kesihatan mereka adalah baik iaitu sebanyak 75 peratus.
Terdapat 3 peratus responden yang menyatakan tidak bersetuju. Ini mungkin ada ahli keluarga yang tidak sihat ataupun sakit. Daripada jumlah keseluruhan pendapat ini terdapat 2 peratus responden yang berpendapat tidak pasti dengan keadaan kesihatan keluarga. Ini menunjukkan ada juga responden yang tidak mengambil tahu keadaan kesihatan sendiri dan keluarga. Tahap kesihatan keluarga yang tinggi dapat mengurangkan tekanan responden dan pasangan. Keadaan ini akan dapat membantu responden dan pasangan lebih bermotivasi untuk „‟bersama‟‟ dalam hubungan intim mereka kerana kos tambahan bagi perubatan atau tekanan-tekanan lain yang berlaku
3%
2%
20%
75%
akibat daripada masalah kesihatan responden dan pasangan adalah sifar (Rujuk Rajah 4.1).
tidak setuju tidak pasti setuju sangat setuju
Rajah 4.1: Persepsi kesihatan keluarga dalam kalangan responden
Persepsi responden seterusnya adalah berkaitan perasaan puas hati responden terhadap kemudahan kesihatan yang ada. Sebanyak 93 peratus responden yang bersetuju dengan kenyataan ini. Terdapat 3 peratus responden yang tidak bersetuju dan 3 peratus juga responden yang tidak pasti. Responden yang tidak pasti ini mungkin tidak pernah atau tidak menggunakan kemudahan kesihatan yang ada atau mereka lebih suka berurusan dengan klinik swasta. Rajah 4.2 menunjukkan peratus kepuasan hati responden terhadap kemudahan kesihatan.
3%
1%
3%
22%
71%
sangat tidak setuju tidak setuju tidak pasti setuju sangat setuju
Rajah 4.2: Responden berpuas hati dengan kemudahan kesihatan responden.
Jabatan Perangkaan Malaysia, 2016 ada mengeluarkan data statistik yang menunjukkan bilangan kemudahan kesihatan seperti hospital kerajaan, klinik desa dan klinik 1 Malaysia yang terdapat di negeri Kelantan termasuklah kawasan kajian iaitu dalam daerah Kota Bharu bagi tempoh 2014 hingga 2016. Berdasarkan data yang dikeluarkan tersebut mendapati bilangan kemudahan kesihatan yang disediakan di negeri Kelantan adalah sebanyak dua ratus sembilan puluh tiga buah semuanya pada tahun 2016 dan di kawasan kajian iaitu daerah Kota Bharu adalah yang paling banyak bilangannya iaitu lima puluh empat buah berbanding kawasan atau daerah lain di Kelantan. Data ini menyokong kenyataan 71 peratus responden berpuas hati terhadap kemudahan kesihatan yang disediakan dalam kawasan kajian iaitu daerah Kota Bharu.
Persepsi responden terhadap kenyataan keadaan ekonomi masa kini sesuai dengan pendapatan pula mendapati kebanyakan responden bersetuju dengan kenyataan ini dan terdapat juga 30 peratus responden tidak bersetuju dan sangat tidak setuju adalah sebanyak 12 peratus. Responden yang tidak bersetuju ini mungkin merasakan keadaan ekonomi sekarang tidak sesuai dengan pendapatan mereka pada masa kini terutamanya dari segi harga barangan yang terdapat dipasaran terutamanya bagi responden yang mempunyai bilangan anak yang masih kecil melebihi daripada satu orang akan merasakan kos untuk keperluan anak kecil seperti pampers, susu dan kelengkapan kanak-kanak adalah sedikit terbeban jika harga pasaran barangan tersebut meningkat. Keadaan ekonomi ini akan mempengaruhi keinginan responden dan pasangan untuk mengurangkan bilangan anak bagi menyeimbangkan pendapatan dengan keadaan ekonomi semasa. Secara tidak langsung, kadar fertiliti juga turut terjejas. Hasil dapatan persepsi responden dapat dilihat pada Rajah 4.3.
Rajah 4.3: Ekonomi sesuai dengan pendapatan responden.
sangat setuju 7%
sangat tidak setuju 12%
tidak setuju setuju
47%
30%
tidak pasti 4%
Persepsi responden terhadap aktiviti melancong bersama keluarga dalam negara turut dibuat analisis dalam bahagian kualiti hidup ini. Tujuannya adalah untuk mengkaji sama ada responden mempunyai masa bersama keluarga dan adakah responden menitikberatkan aktiviti bersosial ini dalam kehidupan mereka demi mencapai indeks kualiti hidup dan fertiliti yang tinggi. Hasil daripada pendapat responden, sebanyak 51 peratus menyatakan mereka mempunyai masa membawa keluarga melancong dalam negara. Baki sebanyak 43 peratus responden menyatakan tidak bersetuju. Aktiviti melancong ini dapat merehatkan minda dan mengurangkan tekanan dalam kehidupan seharian. Hasilnya kehidupan responden sekeluarga semakin berkualiti. Hasil analisis ini dapat dilihat pada Rajah di 4.4.
11% 17%
sangat tidak setuju
40% 26% tidak setuju
tidak pasti
6% setuju
sangat setuju
Rajah 4.4: Melancong dalam negara
Persepsi responden terhadap keperluan asas dan kemudahan di kawasan tempat tinggal responden juga turut dianalisis. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti adakah pernyataan ini mempengaruhi kualiti hidup responden dan keluarga. Hasilnya diperolehi 75 peratus responden menyatakan bersetuju bahawa keperluan asas dan kemudahan di kawasan tempat tinggal responden adalah memuaskan.
12% 5%
18%
7%
58%
Namun begitu, terdapat 22 peratus yang tidak bersetuju. Secara keseluruhannya, responden menyatakan keperluan asas dan kemudahan adalah memuaskan di kawasan tempat tinggal mereka sepertimana digambarkan dalam Rajah 4.5.
sangat tidak setuju tidak setuju tidak pasti setuju sangat setuju
Rajah 4.5: Keperluan asas dan kemudahan di kawasan tempat tinggal memuaskan responden.
Kenyataan berkenaan keperluan asas dan kemudahan di kawasan tempat tinggal yang memuaskan pada rajah di atas turut disokong dengan data kemudahan asas dan kemudahan di Kelantan bagi tahun 2016 dan 2017 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (2017). Statistik berkenaan menunjukkan peratusan kemudahan asas yang diterima oleh penduduk di Kelantan seperti air paip dirumah, air paip awam, bekalan elektrik dan kemudahan kutipan sampah adalah meningkat antara tahun 2016 ke tahun 2017. Bekalan elektrik telah dibekalkan 100 peratus kepada penduduk di Kelantan pada tahun 2016 dan 2017. Bekalan air paip dirumah penduduk Kelantan juga turut meningkat peratusannya sebanyak 9.5 peratus daripada
tahun 2016 kepada tahun 2017. Peratusan kemudahan kutipan sampah turut meningkat sebanyak 11.1 peratus dari tahun 2016 ke tahun 2017. Ini menunjukkan keperluan asas dan kemudahan di Kelantan adalah berkualiti dan memenuhi keperluan penduduk.
Persepsi responden yang terakhir dalam bahagian ini adalah berkaitan dengan keselamatan di kawasan tempat tinggal responden sama ada dalam keadaan terkawal ataupun tidak terkawal. Faktor keselamatan juga adalah satu aspek penting dalam menilai tahap kualiti hidup masyarakat sepertimana terdapat dalam jadual IKHM Malaysia, 1999. Hasil dapatan mendapati sebanyak 75 peratus orang responden yang bersetuju dengan kenyataan tersebut. Terdapat 22 peratus responden yang tidak bersetuju bahawa keselamatan di kawasan tempat tinggal mereka terkawal. Keadaan ini menunjukkan indeks kualiti hidup responden dan keluarga adalah tinggi berdasarkan Rajah 4.6.
3%
11%
19% sangat tidak setuju
3% tidak setuju
tidak pasti setuju
64% sangat setuju
Rajah 4.6: Keselamatan tempat tinggal responden.
4.4 Persepsi Responden Terhadap Fertiliti
4.4.1 Ujian jadual silang (crosstab) antara persepsi responden terhadap persoalan fertiliti dengan pemboleh ubah yang mempengaruhi
Persepsi responden yang diperoleh daripada 10 item persoalan fertiliti yang diutarakan dalam borang soal selidik dibuat ujian jadual silang dengan beberapa pemboleh ubah yang mempengaruhi. Pemboleh ubah yang mempengaruhi menjadi faktor penentu kepada fertiliti kakitangan awam daerah Kota bharu.
4.4.1(a) Ujian jadual silang persepsi responden terhadap pernyataan tentang kefahaman responden berkaitan fertiliti
Persepsi pertama responden adalah berkenaan dengan pernyataan tentang kefahaman responden terhadap fertiliti. Pernyataan ini telah dibuat jadual ujian silang dengan pemboleh ubah jantina dan umur. Persoalan pertama adalah berkaitan tentang sejauh manakah kefahaman responden terhadap apa yang dimaksudkan dengan fertiliti.
Persoalan inilah yang telah menarik minat penyelidik untuk menjalankan kajian ini.
Pada keseluruhan analisis terhadap persoalan ini mendapati 142 orang responden (71 peratus) menyatakan pada tahap setuju dan 55 orang (27.5 peratus) menyatakan pada tahap sangat setuju. Ini menunjukkan bahawa peratus responden yang tahu dan faham apa yang dimaksudkan dengan fertiliti adalah tinggi. Setelah ujian jadual silang antara kefahaman terhadap fertiliti wanita dengan pemboleh ubah jantina responden dibuat, didapati responden perempuan mendahului lelaki dalam memahami makna fertiliti. Ini dapat dilihat melalui Jadual 4.15 yang menunjukkan bahawa kadar kefahaman bagi responden perempuan berada ditahap tinggi iaitu seramai 91 orang iaitu 45.5 peratus dan pada tahap sangat setuju adalah seramai 33 orang atau 16.5 peratus. Bagi responden lelaki pula adalah seramai 51 orang atau
25.5 peratus pada tahap setuju dan seramai 22 orang atau 11 peratus pada tahap sangat setuju. Terdapat juga responden dikalangan lelaki yang menyatakan tidak setuju iaitu seramai dua orang atau 1 peratus dan yang menyatakan tidak pasti seramai satu orang atau 0.5 peratus. Responden lelaki tersebut mungkin tidak pernah mendengar atau mendapat info berkaitan fertiliti. (Rujuk Jadual 4.15).
Jadual 4.15 : Ujian jadual silang persepsi responden tentang fertiliti dan jantina responden.
Jantina
Jumlah Lelaki Perempuan
Faham kesuburan tidak setuju 2 0 2
manusia (1%) (0%) (1%)
tidak pasti 1 0 1
(0.5%) (0%) (0.5%)
setuju 51 91 142
(25.5%) (45.5%) (71%)
sangat setuju 22 33 55
(11%) (16.5%) (27.5%)
Jumlah 76 124 200
(38%) (62%) (100%)
Bagi ujian jadual silang berkaitan antara kefahaman responden terhadap fertiliti dengan pemboleh ubah umur pula didapati responden yang berumur antara 31-40 tahun adalah lebih memahami berkaitan fertiliti iaitu seramai 92 responden (46 peratus) yang menjawab setuju dan sangat setuju. Bagi umur 41-50 tahun pula, seramai 54 responden (27 peratus) yang bersetuju. Kategori umur 21-30 tahun dan melebihi umur 51 tahun pula tahap kefahaman berkaitan fertiliti adalah 51 orang (25.5 peratus).
(Rujuk Jadual 4.16).
Jadual 4.16: Ujian jadual silang persepsi responden tentang fertiliti dan
Kesimpulannya, hasil ujian jadual silang bagi persoalan berkaitan kefahaman terhadap apa yang dimaksudkan dengan fertiliti ini terhadap pemboleh ubah jantina dan umur didapati responden perempuan serta responden berumur antara 31-40 tahun yang lebih memahami apa yang dimaksudkan dengan fertiliti berbanding responden lelaki dan kategori umur yang lain sepertimana yang digambarkan pada Jadual 4.15 dan Jadual 4.16.
4.4.1(b) Ujian jadual silang persepsi responden terhadap pernyataan berkaitan dengan pengetahuan tentang fertiliti
Persoalan kedua berkaitan dengan pengetahuan tentang fertiliti wanita/ isteri.
Data yang diperoleh berkaitan persepsi responden terhadap pengetahuan fertiliti ini dibuat ujian jadual silang dengan pemboleh ubah jantina dan tempoh berkahwin. Hasil ujian silang dengan pemboleh ubah jantina didapati secara keseluruhannya iaitu seramai 185 orang responden (92.5 peratus) yang menyatakan mengetahui tentang fertiliti wanita/ isteri. Hanya terdapat 15 orang responden iaitu 7.5 peratus
yang menyatakan tidak setuju atau tidak pasti berkaitan dengan pengetahuan tentang fertiliti wanita/ isteri. (Rujuk Jadual 4.17)
Jadual 4.17: Ujian jadual silang pengetahuan berkaitan fertiliti wanita/isteri dan jantina responden.
Jantina
Jumlah Lelaki Perempuan
Ketahui kesuburan wanita tidak setuju 2 1 3
(1%) (1%) (1.5%)
tidak pasti 9 3 12
(4.5%) (1.5%) (6%)
setuju 50 88 138
(25%) (44%) (69%)
sangat setuju 15 32 47
(7.5%) (16%) (23.5)
Jumlah 76 124 200
(38%) (62%) (100%)
Hasil ujian jadual silang dengan pemboleh ubah tempoh berkahwin didapati 92.5 peratus responden (185 orang) daripada lima kategori tempoh berkahwin yang mengetahui tentang fertiliti wanita/ isteri. Hanya terdapat 7.5 peratus responden daripada lima kategori yang tidak setuju dan tidak pasti berkaitan fertiliti wanita/ isteri.
Kategori responden yang belum berkahwin iaitu seramai 10 orang adalah mengetahui.
Kategori responden yang tempoh berkahwin melebihi 10 tahun pula didapati seramai 9 orang responden yang tidak mengetahui berkaitan fertiliti wanita/ isteri. (Rujuk Jadual 4.18).
Jadual 4.18: Ujian jadual silang pengetahuan berkaitan fertiliti wanita/ isteri dan tempoh berkahwin responden.
Tempoh berkahwin
Jumlah
Belum 1 2-5 5-10
10 >
kahwin tahun tahun tahun
Ketahui tidak 0 0 1 0 2 3
kesuburan setuju (0%) (0%) (0.5%) (0%) (1%) (1.5%)
wanita tidak pasti 0 0 1 4 7 12
(0%) (0%) (0.5%) (2%) (3.5%) (6%)
setuju 4 1 19 37 72 138
(2%) (0.5%) (9.5) (18.5%) (36%) (69%)
sangat 6 1 7 17 21 47
setuju (3%) (0.5%) (3.5%) (8.5%) (10.5%) (23.5%)
Jumlah 10 2 28 58 102 200
(5%) (1%) (14%) (29%) (51%) (100%)
Keseluruhan hasil analisis ujian jadual silang bagi persoalan ini didapati responden perempuan lebih mengetahui tentang fertiliti wanita. Keadaan ini mungkin disebabkan pengetahuan berkaitan fertiliti ini tidak pernah dianggap penting atau tidak dititik beratkan dalam kehidupan seharian. Hasil analisis tempoh berkahwin responden mendapati semua responden mengetahui berkaitan fertiliti wanita/ isteri termasuklah responden yang masih belum berkahwin. Bagi tempoh berkahwin responden yang melebihi 10 tahun, terdapat beberapa orang responden yang tidak mengetahui dan keadaan ini mungkin disebabkan maklumat tentang fertiliti ini kurang dititik beratkan pada suatu masa dahulu.
4.4.1(c) Ujian jadual silang persepsi responden terhadap pernyataan berkaitan
4.4.1(c) Ujian jadual silang persepsi responden terhadap pernyataan berkaitan