• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAHAGIAN V KAWALAN KOMPETEN

62 RANG UNDANG-UNDANG

JADUAL PERTAMA

(Seksyen 11 (2))

MALAYSIA

NEGERI... AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990

NOTIS CADANGAN MEMASUKl DAN MELAKUKAN KERJA ATAS TANAH DI BAWAH SEKSYEN 11

Kepada:

Hakmilik atau perihalan lain tanah... Sila ambil perhatian bahawa saya/kami... ...yang beralamat di... adalah pemegang lesen yang bertarikh...di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 berhasrat memasuki tanah yang tersebut di atas bagi maksud (di sini nyatakan dengan sepenuhnya dan setepatnya yang mungkin apa yang dicadangkan hendak dilakukan). Dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan notis ini anda boleh menyerahkan suatu bantahan sama ada secara lisan atau bertulis kepada Pentadbir Tanah Daerah di... Pentadbir Tanah Daerah telah menentukan... sebagai hari yang bantahan itu akan didengar.

Melainkan jika anda menyerahkan suatu bantahan dalam masa yang dinyatakan, adalah menjadi anggapan bahawa anda telah mengizinkan kemasukan saya/kami ke tanah itu mengikut terma-terma notis ini.

Anda akan dibayar pampasan yang sepatutnya bagi apa-apa kerosakan yang dilakukan.

Bertarikh pada...hb... 19...

JADUAL KEDUA

(Seksyen 11 (7)) MALAYSIA

NEGERI... AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990

PERINTAH PENTADBIR TANAH DAERAH BERKENAAN DENGAN BANTAHAN TERHADAP KEMASUKAN ATAS TANAH

Kepada:

/

Dalam hal sesuatu siasatan yang diadakan di bawah seksyen 11 (6) Akta Bekalan Elektrik 1990 di antara pemegang lesen dan pemunya tanah yang terletak di Lot No... HakmilikNo... Mukim... Suatu siasatan akan diadakan pada... dihadapan... Pentadbir Tanah Daerah ...dalam kehadiran... bagipihakpemeganglesendan...,...bagipihakpemunya tanah.

Selepas mengadakan siasatan, adalah dengan ini diperintahkan seperti berikut:

*(a) pemegang lesen dibenarkan memasuki tanah tersebut untuk

melakukan kerja-kerja sebagaimana yang dinyatakan dalam notis yang dikeluarkan di bawah seksyen 11 (2) Akta Bekalan Elektrik 1990.

*(b) Pemegang lesen dibenarkan memasuki tanah tersebut untuk

melakukan kerja-kerja sebagaimana yang dinyatakan dalam notis yang dikeluarkan di bawah seksyen 11 (2) Akta Bekalan Elektrik 1990 tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (nyatakan syarat-syarat)

64 RANG UNDANG-UNDANG

*(c) Pemegang lesen tidak dibenarkari memasuki tanah

tersebut untuk melakukan kerja-kerja yang dinyatakan dalam notis yang dikeluarkan di bawah seksyen 11 (2) Akta Bekalan Elektrik 1990.

Bertarikh pada...hb...,...19...

Pentadbir Tanah Daerah

* potong mana-mana yang tidak berkenaan

JADUAL KETIGA (Seksyenl6(l))

MALAYSIA

NEGERI...

AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990

PENAKSIRAN

Kepada:

Dalam hal siasatan bagi pembayaran pampasan di bawah seksyen 10*, 11* atau 13* Akta Bekalan Elektrik 1990 di antara pemegang lesendanpemunyatanahyangterletakdiLotNo. ...,...,...,,...,.., Hakmilik No. ... Mukim... Suatu siasatan akan diadakan pada...,...,di hadapan...,...PentadbirTanahDaerah... dalam kehadiran.,...bagi pihak pemegang lesen dan ...,...bagi pihak pemunya tanah.

Selepas mengadakan siasatan, adalah dengan ini diperintahkan bahawa pampasan yang kena dibayar oleh pemegang lesen kepada pemunya tanah adalah seperti berikut:

Bertarikh pada...hb...-...19...

Pentadbir Tanah Daerah

HURAIAN

Rang Undang-Undang ini bertujuan mengadakan peruntukan bagi perlantikan dan fungsi Ketua Pengarah Bekalan Elektrik, pembekalan elektrik pada harga yang munasabah, pelesenan pepasangan elektrik dan pengawalan pepasangan, loji dan kelengkapan elektrik mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan keselamatan orang dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.

BAHAGIAN I

2. Bahagian I bertujuan mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara permulaan.

3. Fasal 1 menyatakan tajuk ringkas dan bertujuan membenarkan Menteri menentukan tarikh mula berkuatkuasanya Rang Undang-Undang. Rang Undang-Undang hendaklah terpakai di seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun Menteri boleh menggantungkan penguatkuasaan keseluruhan atau mana-mana peruntukannya di mana-mana Negeri melalui perintah.

4. Fasal 2 mentakrifkan perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan tertentu yang digunakan dalam Rang Undang-Undang.

BAHAGIAN II

5. Bahagtan II bertujuan mengadakan peruntukan bagi perlantikan Ketua Pengarah Bekalan Elektrik dan pegawai-pegawai lain.

BAHAGIAN III

6. Fasal 4 Bahagian III bertujuan mengadakan peruntukan bagi fungsi, tugas dan kuasa Ketua Pengarah dan pegawai-pegawai lain. 7. Fasal 5 memperuntukkan Pengarah atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor dengan kuasa memasuki mana-mana tanah atau bangunan bagi maksud-maksud memeriksa dan memeriksateliti mana-mana pepasangan atau kelengkapan dan menyita atau melakkan mana-mana benda yang berhubungan dengan apa-apa kesalahan yang dilakukan.

8. Fasal 6 mengadakan peruntukan bagi kuasa-kuasa penyiasatan mana-mana Pengarah berhubungan dengan apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Rang Undang-Undang atau apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya.

9. Fasal 7 mengadakan peruntukan bagi kebolehterimaan sebagai keterangan apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Rang Undang-Undang. 10. Fasal 8 bertujuan menjadikan suatu kesalahan bagi mana-mana orang untuk menghalang Pengarah dalam menjalankan tugas, fungsi dan kuasanya.

66 RANG UNDANG-UNDANG

BAHAGIAN IV

11. Fasal 9 mengadakan peruntukan bagi pelesenan mana-mana orang untuk menggunakan, mengerjakan atau mengendalikan mana pepasangan atau untuk membekalkan tenaga daripada mana-mana pepasangan. Lesen-lesen boleh diberi oleh Ketua Pengarah dengan kelulusan Menteri apabila apa fee dibayar dan atas apa-apa syarat yang perlu atau suaimanfaat.

12. Fasal 10 dan 11 bertujuan memberi kuasa kepada pemegang lesen memasuki mana-mana tanah selain daripada tanah Kerajaan bagi maksud-maksud memeriksateliti atau mengukur mana-mana tanah dan juga bagi memasang apa-apa sistem pengagihan tenaga. 13. Fasal 12 bertujuan membenarkan pemegang lesen meletakkan, menempatkan atau membawa talian-talian bekalan dan kelengkapan lain atas tanah Kerajaan.

14. Fasal 13 memberi kuasa kepada pemegang lesen memasuki mana-mana tanah untuk menyenggarakan, membaiki atau meningkatkan mana-mana pepasangan.

15. Fasal 14 membuat peruntukan bagi mana-mana orang yang berhasrat menggunakan tanahnya untuk meminta pemegang lesen mengalihkan atau mengubahpinda apa-apa talian bekalan, tiang atau kelengkapan yang berada di atas tanahnya.

16. Fasal 15 mengadakan peruntukan bagi pengecualian perjanjian-perjanjian izin-lalu.

17. Fasal 16 mengadakan peruntukan bagi pampasan, jika kena dibayar, yang hendaklah ditaksirkan oleh Pentadbir Tanah Daerah.

18. Fasal 17 membenarkan pemegang lesen mengurangkan kuantiti tenaga yang dibekalkan di bawah hal keadaan tertentu. Pemegang lesen tidaklah boleh menanggung apa-apa liabiliti berkenaan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh pengurangan itu.

19. Fasal 18 membolehkan Ketua Pengarah menghendaki cagaran diberi sebelum apa-apa lesen boleh dikeluarkan. la juga mengadakan peruntukan bagi penggantungan atau pembatalan apa-apa lesen apabila apa-apa syaratnya dilanggar.

20. Fasal 19 menyekat pemegang lesen supaya menggunakan atau membekalkan tenaga mengikut cara yang dinyatakan dalam lesen. 21. Fasal 20 memperuntukkan bahawa kelengkapan elektrik seseorang pemegang lesen tidaklah tertakluk kepada apa-apa prosiding distres atau penahanan.

22. Fasal 21 menghendaki supaya apa-apa pepasangan baru selain daripada pepasangan yang dipunyai oleh pihak berkuasa bekalan

diperiksa dan kemudiannya dikeluarkan suatu Perakuan Pendaftaran sebelum penggunaan atau pengendaliannya.

23. Fasal 22 mengadakan peruntukan bagi pemeriksaan berkala bagi semua pepasangan.

BAHAGIAN V

24. Fasal 23 memperuntukkan bahawa semua pepasangan hendaklah dikerjakan atau dikawal oleh orang-orang yang memiliki kelayakan-kelayakan yang perlu dan memegang apa-apa perakuan sebagaimana yang ditetapkan.

BAHAGIAN VI

25. Bahagian VI berhubungan dengan pembekalan elektrik oleh pemegang lesen.

26. Fasal 24 mengenakan suatu kewajipan ke atas pemegang lesen untuk memberi, atas permintaan pemunya atau penduduk mana-mana premis, suatu bekalan elektrik pada premis-premis itu, dan jika perlu untuk mengadakan talian-talian bekalan atau apa-apa loji atau kelengkapan elektrik.

27. Fasal 25 memperuntukkan pengecualian-pengecualian kepada kewajipan pemegang lesen membekalkan elektrik.

28. Fasal 26 membenarkan pemegang lesen memastikan tarif-tarif tertakluk kepada kelulusan Menteri. Tarif-tarif yang ditentukan hendaklah dirangkakan sedemikian supaya menunjukkan cara-cara bagaimana dan prinsip-prinsip yang berdasarkannya tarif hendak dibuat dan juga harga-harga yang hendak dikenakan. Apa-apa tarif yang ditentukan hendaklah diumumkan secukupnya.

29. Fasal 27 membolehkan pemegang lesen menghendaki pengguna-pengguna membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan munasabah dalam mengadakan talian-talian bekalan atau apa-apa loji atau kelengkapa-apan elektrik.

30. Fasal 28 mengadakan peruntukan bagi pemegang lesen menghendaki cagaran daripada pengguna bagi kos-kos tertentu dalam mengadakan bekalan elektrik.

31. Fasal 29 membenarkan perjanjian-perjanjian khas dibuat di antara pemegang lesen dan pengguna mengenai pembekalan elektrik. 32. Fasal 30 membolehkan apa-apa pertikaian yang berbangkit di bawah fasal 24 hingga 29 berkenaan dengan pembekalan elektrik dirujuk kepada Ketua Pengarah bagi keputusannya.

33. Fasal 31 mengadakan peruntukan bagi pemastian caj-caj maksimum oleh Ketua Pengarah bagi penjualan semula elektrik.

68 RANG UNDANG-UNDANG

34. Fasal 32 memperuntukkan supaya caj yang ditanggung oleh pengguna bagi bekalan elektrik ditentukan melalui meter yang sesuai yang diadakan oleh pemegang lesen,

BAHAGIAN VII

35. Fasal 33 menghendaki supaya apa-apa kemalangan atau kebakaran serius yang melibatkan apa-apa pepasangan, loji atau kelengkapan elektrik dilaporkan kepada Pengarah dengan secepatnya. la menghuraikan prosedur penyiasatan oleh Pengarah apabila diberitahu tentang kemalangan atau kebakaran itu.

BAHAGIAN VIII

36. Fasal 34 mengadakan peruntukan bagi apa-apa perselisihan pendapat di antara pemegang lesen dan Pengarah berkenaan dengan apa-apa perkara mengenai pembekalan tenaga hendaklah dirujuk kepada Ketua Pengarah. Peruntukan dibuat untuk membenarkan mana-mana pemegang lesen yang terkilan dengan keputusan Ketua Pengarah untuk memohon kepada Menteri bagi pertimbangan semula perkara yang dipertikaikan.

37. Fasal 35 menghuraikan kuasa-kuasa Ketua Pengarah dalam mengadakan siasatan di bawah Rang Undang-Undang.

38. Fasal 36 berhubungan dengan timbangtara oleh suatu lembaga yang terdiri daripada seorang atau tiga penimbangtara. Apa-apa perkara yang menghendaki timbangtara di bawah Rang Undang-Undang hendaklah ditentukan oleh lembaga timbangtara.

BAHAGIAN IX

39. Fasal 37 menyatakan kesalahan-kesalahan di bawah Rang Undang-Undang dan penalti-penaltinya.

40. Fasal 38 mengadakan peruntukan bagi pemotongan bekalan tenaga oleh pemegang lesen dalam hal-hal di mana kesalahan-kesalahan tertentu telah dilakukan oleh mana-mana pengguna. 41. Fasal 39 memperuntukkan bahawa liabiliti sivil dan jenayah mana-mana pemegang lesen yang berbangkit daripada Rang Undang-Undang adalah tidak terjejas kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalamfasal17 dan 20.

42. Fasal 40 berhubungan dengan beban pembuktian dalam mana-rnana pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawahfasal 37 (3). 43. Fasal 41 mengadakan peruntukan bagi pampasan dibuat oleh mana-mana orang yang telah mengalihkan alau merosakkan apa-apa pepasangan.

44. Fasal 42 mengadakan peruntukan bagi Ketua Pengarah atau pegawai-pegawai diberikuasanya menjalankan pendakwaan.

45. Fasal 43 memberi Ketua Pengarah kuasa mengkompaun kesalahan-kesalahan tertentu.

46. Fasal 44 mengadakan peruntukan bagi memberi hadiah kepada mana-mana orang yang memberi maklumat yang membawa kepada sabitan dan pendendaan mana-mana orang.

BAHAGIAN X

47. Fasal 45 menerangkan langkah-langkah awasan yang kena diambil semasa melaksanakan semua kerja berkaitan dengan penjanakuasaan atau pembekalan tenaga.

48. Fasal 46 menyatakan tentang gangguan elektrik terhadap talian pengisyarat Kerajaan. Apa-apa gangguan yang tidak boleh diberhentikan dengan berkesan boleh membawa kepada penggantungan atau pembatalan apa-apa lesen atau larangan ke atas apa-apa kerja atau kendalian yang dijalankan oleh pemegang lesen. 49. Fasal 47 mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah awasan diambil terhadap elektrik atmosfera.

50. Fasal 49 memperuntukkan bahawa tiada talian bekalan boleh disambungkan dengan bumi kecuali sebagaitnana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan.

51. Fasal 49 memperuntukkan prosedur yang kena diikuti jika terdapat apa-apa kecacatan berbahaya di mana-mana pepasangan. 52. Fasal 50 menyatakan larangan mengambil kanak-kanak di bawah umur enam belas tahun bekerja dalam apa-apa perkhidmatan yang melibatkan kedekatan dengan kelengkapan hidup yang tidak ditebat dengan sempurna.

53. Fasal 51 mengadakan peruntukan bagi kuasa-kuasa khas Yang di-Pertuan Agong dalam apa-apa darurat untuk memberikuasa Ketua Pengarah supaya sama ada menggantungkan lesen mana-mana pemegang lesen dan mengambil milikan sementara apa-apa pepasangan atau untuk menarik balik penggunaan apa-apa pepasangan dari kalangan orang awam.

54. Fasal 52 memberi Pihak Berkuasa Negeri kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana tasik, sungai atau laluan air sebagai sumber air bagi maksud-maksud pemegang lesen.

BAHAGIAN XI

55. Fasal 53 adalah berhubungan dengan kuasa Menteri membuat peraturan -peraturan.

BAHAGIAN XII

56. Fasal 54 adalah berhubungan dengan kuasa Menteri mengecualikan apa-apa pepasangan atau kelengkapan daripada peruntukan-peruntukan Rang Undang-Undang ini.

70 RANG UNDANG-UNDANG

57. Fasal 55 menghuraikan peruntukan peralihan dan sekatan yang dikenakan pada lesen yang dikeluarkan sebelum Rang Undang-Undang ini. Lesen-lesen itu hendaklah terus sah sehinggalah dibatalkan.

58. Fasal 56 bertujuan memansuhkan Akta Elektrik 1949 dan Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983. Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983 hendaklah, walau bagaimanapun, terus berkuatkuasa sehingga digantikan dengan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Rang Undang-Undang ini.

IMPLIKASI KEWANCAN

Rang Undang-Undang ini tidak akan raelibatkan Kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan. [PN. (U2) 1595.]

Dokumen terkait