• Tidak ada hasil yang ditemukan

UNIT 4 - PENGURUSAN TALAK/FASAKH DAN PROSEDUR

Dalam dokumen NOTA KURSUS PERKAHWINAN (Halaman 43-51)

PENCERAIAN

PENGERTIAN TALAK (PERCERAIAN)

Dari segi bahasa : melepaskan ikatan perkahwinan

Dari segi istilah: melepaskan ikatan perkahwinan dengan

menggunakan lafaz cerai, talak atau seumpamanya oleh suami kepada isteri

Firman Allah S.W.T Maksudnya

"Talaq (yang boleh dirujuk kepada itu dhanya) dua kalil. Sesudah itu bolehlah ia (ruju' dan)memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara

yang baik."

(Surah al-Baqarah; ayat 229) HADITH TENTANG TALAQ

Sabda Rasulullah S.A.W Maksudnya

"Tiga perkara yang dilakukan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh dan yang dilakukan dengan bergurau (main-main) dianggap bersungguh-sungguh iaitu nikah, talaq dan rujuk'"

(Riwayat Ahmad, Abud Daud Ibnu Majah, At-Tramizi, Al Hakim)

Sabda Rasulullah S.A.W Maksudnya

"Seburuk-buruk yang halal kepada ALLAH S.W.T ialah talaq" (Riwayat At-Tramizi dan An Nasai')

LAFAZ TALAQ Jenis Lafaz Talaq : LAFAZ SARIH (NYATA)

Lafaz yang jelas menunjukkan maksud talaq atau cerai maka talaknya jatuh walaupun tanpa niat.

Contohnya:

"Saya ceraikan kamu" atau Saya ceraikan kamu dengan talak 1 atau 2 atau 3"

LAFAZ KINAYAH (SINDIRAN)

Lafaz yang boleh jadi bermaksud talak dan lain daripadanya, talak tidak akan jatuh melainkan dengan niat cerai.

Contohnya:

"Kamu baliklah ke rumah ibu bapa kamu" atau"Saya bebaskan kamu" CERAI TAKLIK

Lafaz cerai oleh suami yang dikaitkan dengan sesuatu perkara Contohnya:

"Jika kamu keluar rumah ini, maka kamu tertalaq"

"Manakala saya berjudi lagi maka jatuhlah talak kamu" TALAQ KHULU'

Perceraian dengan bayaran yang dipersetujui di antara suami dan pihak isteri

Contohnya:

"Saya ceraikan awak dengan RM 1000.00 ringgit LANGKAH-LANGKAH MENGELAKKAN PENCERAIAN

Menghayati tuntutan agama (ibadat) musyawarah

Amalkan sifat-sifat terpuji

Memahami emosi pasangan

Tunaikan hak dan tanggungjawab pasangan

Mengamalkan sikap saling bermaafan

Memberi perhatian dan penghargaan

Mengelakkan daripada menggunakan perkataan yang memutuskan perkahwinan

Mengamalkan komunikasi berkesan

Memberi keutamaan kepada pasangan dan keluarga

Mewujudkan mawaddah dan rahmah

FASAKH

Pembubaran perkahwinan disebabkan oleh sesuatu keadaan yang diharuskan oleh hukum syarak dengan kuasa (Hakim) Mahkamah SEBAB-SEBAB YANG MEMBOLEHKAN FASAKH

Suami menghilangkan diri selama tempoh satu tahun atau lebih

Suami mempunyai penyakit berjangkit seperti AIDS

Suami cuai memberi nafkah selama tiga bulan (rujuk enakmen negeri-negeri berkaitan)

Suami mati pucuk

Murtad

Suami dengan sengaja tidak memberi nafkah batin selama satu tahun

Suami dipenjarakan selama 3 tahun

Suami menganiaya/menzalimi siteri

Suami berperangai keji

Memaksa isteri hidup secara lucah

Membuat kehidupan isteri menderita

Tidak melayan isteri dengan adil

Menghalang isteri melakukan perintah agama IMPLIKASI FASAKH

Tidak mengurangkan bilangan talak

Pasangan tidak boleh rujuk (kecuali dengan akad perkahwinan yang baru sekalipun isteri masih dalam iddah)

Isteri wajib beriddah

Berhak mendapat tempat tinggal dalam masa iddah LI'AN

Sumpah seorang suami bila dia menuduh isterinya melakukan zina tanpa saksi atau menafikan kandungan isterinya bukan daripada benihnya dan isterinya bersumpah menafikan tuduhan suaminya KAEDAH LI'AN

Pengurusan Li'an di dalam Mahkamah (Hakim)

Menggunakan Lafaz sumpah

Pengakuan bercakap benar

Tuduhan diulang sebanyak empat kali dan sekali sumpah

Melaknat diri sendiri jika tuduhan dusta

Isteri boleh bersumpah menafikan tuduhan sebanyak 4 kali

Kemurkaan ALLAH S.W.T ke atas isteri jika tuduhan suami benar pada kali yang ke lima

LAFAZ LI'AN (SUAMI) "Asyhadu billahi:

Saya naik saksi dengan ALLAH S.W.T bahawa sesungguhnya isteri saya berzina (4 kali)

atau

Saya naik saksi sesungguhnya anak yang dikandung bukan dari benih saya (4 kali). Sesungguhnya ALLAH S.W.T melaknat saya sekiranya saya berdusta (4 kali)

LAFAZ ISTERI "Asyhadu billahi"

atau

Bahawa kandungan ini dari benih suami saya (4 kali). Bahawa suami saya berdusta dan kemurkaan ALLAH S.W.T ke atas saya sekirnya suami saya bercakap benar (1 kali)

IMPLIKASI LI'AN

Suami gugur had qazaf (tidak dikenakan hukum 80 kali sebatan ke atas tuduhan tersebut)

Wajid had zina (rejam) ke atas isteri jika isteri tidak bersumpah

Pasangan bercerai selama-lamanya

Tidak boleh nasab anak kepada suami

Anak dinasabkan kepada ibu ILA'

Sumpah seorang suami untuk tidak melakukan hubungan kelamin dengan isterinya dalam masa melebihi 4 bulan dan hukumnya haram LAFAZ ILA'

Terbahagikan kepada 2 :

Lafaz Sarih : Lafaz yang terang dan jelas Contoh Lafaz:

"Demi ALLAH S.W.T saya tidak akan bersetubuh dengan kamu selama lebih dari empat bulan"

Lafaz Kinayah : Lafaz yang tidak menunjukkan Ila' kecuali dengan niat Contoh Lafaz : "Saya tidak akan sentuh kamu selama 4 bulan"

KAFFARAH ILA'

(Mengikut tertib berdasarkan surah al-Maidah: ayat 89)

Memberi makanan kepada 10 orang miskin atau

Memberi pakaian kepada 10 orang miskin atau

Memerdekakan seorang hamba muslim atau

Berpuasa tiga hari

Maksudnya:

"Maka kaffarah (melanggar) sumpah itu ialah memberi makanan 10 orang miskin iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada

keluarga kamu atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang hamba. Barang siapa tidak sanggup melakukan yang demikian itu, maka kaffarahnya ialah puasa selama 3

hari."

(Surah al-Maidah: ayat 89) ZIHAR

Lafaz suami menyamakan mana-mana zahir isteri dengan anggota wanita mahram muabbad kepada suami.

KAFFARAH ZIHAR Mengikut tertibnya

Memerdekakan seorang hamba muslim

Berpuasa dua bulan berturut-turut

Memberi makanan kepada 60 orang miskin (secupak seorang) Firman ALLAH S.W.T

Maksudnya

"Orang-orang yang menziharkan isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah kerana) isteri-isteri mereka bukanlah

ibu-ibu mereka. Ibu-ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka (dengan perlakuan yang demikian) memperkatakan sesuatu perkara

yang mungkar dan dusta. Dan (ingatlah)sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. Orang menziharkan isteri mereka,

kemudian hendak menarik balik apa yang mereka ucapkan, maka wajib keatasnya memerdekakan seorang hamba sebelum kedua orang suami-isteri itu bercampur. Demikianlah diajar kepada kamu dan Allah S,.W.T maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. Barangsiapa yang

tidak mendapatkan (hamba) maka wajib ke atasnya berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum kedua-duanya bercampur. Maka siapa

yang tidak berpuasa wajib ke atasnya memberi makan kepada 60 orang miskin, demikianlah supaya kamu beriman kepada Allah S.W.T

dan Rasulnya"

IMPLIKASI PENCERAIAN/PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Berkabung

Iddah

Rujuk

Muta'ah

Nafkah : isteri dalam iddah dan anak

Hadhanah

IHDAD

Kewajipan berkabung oleh isteri yang kematian suaminya Firman ALLAH S.W.T

Maksudnya

"Dan orang-orang yang meninggal dunia diantara kamu sedang mereka meninggalkan isteri-isteri itu menahan diri mereka (beriddah)

selama 4 bulan 10 hari (Surah al-Baqarah: ayat 234) PERATURAN IHDAD

Tempoh : 4 bulan 10 hari (wajib ke atas isteri)

Tidak boleh memakai perhiasan dan bau-bauan

Tidak boleh keluar rumah tanpa tujuan yang diharuskan oleh Syara'

Tidak boleh menerima pinangan IDDAH

Tempoh menunggu bagi isteri yang diceraikan atau kematian suami sebelum dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang lain

JENIS IDDAH DAN TEMPOHNYA

KEADAAN ISTERI TEMPOH IDDAH

Masih mempunyai haid

Telah putus haid/belum putus haid

3 kali suci

3 bulan

Sedang hamil

Kematian suami

kandungan/keguguran

4 bulan 10 hari RUJUK

Mengembalikan isteri yang ditalaq raj'ie kepada ikatan perkahwinan dengan lafaz tertentu

HAK/NAFKAH ISTERI YANG DICERAIKAN

Pembiayaan keperluan hidup untuk bekas isteri oleh bekas suami dalam masa iddah meliputi tempat tinggal, makanan, pakaian dan lain-lain keperluan hidup

Nafkah hanya diberikan kepada isteri yang diceraikan dengan talak raj'ie

Isteri yang mengandung wajib mendapat nafkah sekalipun diceraikan dengan talak ba'in.

MUTAAH

Pemberian saguhati yang diberikan oleh suami kepada isteri yang diceraikan tanpa sebab yang munasabah

Firman ALLAH S.W.T Maksudnya

"Hendaklah kamu memberikan 'Mutaah' (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) mengikut ukuran kemampuannya dan suami

yang susah pula menurut kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan ke atas

orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan" (Surah al-Baqarah : ayat 236)

TANGGUNGJAWAB TERHADAP ANAK SELEPAS PENCERAIAN

IBU (Hadanah) BAPA (Nafkah)

Penjagaan dan

pendidikan anak-anak yang masih di bawah umur

Anak lelaki 7 tahun ke

Pembiayaan keperluan asasi seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, kesihatan, pelajaran dan kebajikan

bawah

Anak perempuan 9 tahun ke bawah

Penyusuan selama 2 tahun bagi yang masih menyusu

BENTUK-BENTUK KESALAHAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

Kahwin tanpa kebenaran Pendaftar/Mahkamah

Poligami tanpa kebenaran Mahkamah

Perceraian luar Mahkamah

Dengan sengaja tidak mematuhi perintah nafkah

Melakukan penganiayaan terhadap isteri

Rujuk yang tidak didaftarkan

Bersekedudukan dengan bekas isteri tanpa rujuk

Enggan hidup setelah diperintahkan oleh Mahkamah

Isteri ingkar perintah

Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri

Menghina Mahkamah

Perceraian yang tidak dilaporkan

Perkahwinan di luar negeri yang tidak dilaporkan Pejabat Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk

Dalam dokumen NOTA KURSUS PERKAHWINAN (Halaman 43-51)

Dokumen terkait