• Tidak ada hasil yang ditemukan

Walau apa pun di dalam seksyen 40 dan 48, Perbadanan

yang ditubuhkan oleh Akta ini boleh terus menggunakan nama “Perbadanan Stadium Merdeka” bagi maksud mengekalkan nama baik atau bagi apa-apa maksud yang difikirkan patut oleh Perbadanan.

JADUAL [Subseksyen 6(3)]

Mesyuarat

1. (1) Perbadanan hendaklah bermesyuarat pada masa dan tempat yang

ditentukan oleh Pengerusi.

(3) Pengerusi yang mempengerusikan sesuatu mesyuarat Perbadanan dan empat orang anggota lain hendaklah membentuk suatu kuorum pada mana-mana mesyuarat Perbadanan.

(4) Tiap-tiap anggota yang hadir pada mesyuarat Perbadanan berhak kepada satu undi.

(5) Jika mengenai sesuatu persoalan untuk diputuskan oleh Perbadanan terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus di samping undi biasanya.

Perbadanan boleh mengundang orang lain ke mesyuarat

2. (1) Perbadanan boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri

sesuatu mesyuarat atau penimbangtelitian Perbadanan bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau penimbangtelitian itu.

(2) Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

Meterai Perbadanan

3. (1) Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang

hendaklah mengandungi suatu tanda yang diluluskan oleh Perbadanan dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baru sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan.

(2) Meterai Perbadanan hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana pegawai lain yang dibenarkan oleh Perbadanan, dan hendaklah ditentusahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana orang yang diberi kuasa atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pegawai Eksekutif; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeterai dengan meterai tersebut, yang ditentusahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah:

Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara yang sama oleh Perbadanan; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khusus oleh Perbadanan bagi maksud itu.

(3) Meterai perbadanan bagi Perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Penzahiran kepentingan

4. Seseorang anggota Perbadanan yang mempunyai, secara langsung atau tidak

langsung, sendiri atau melalui pekongsinya, mana-mana kepentingan dalam mana-mana syarikat atau perusahaan yang dengannya Perbadanan bercadang untuk membuat kontrak atau yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam mana-mana perkara yang dibincangkan oleh Perbadanan hendaklah menzahirkan kepada Perbadanan hakikat kepentingan dan jenis kepentingannya itu, dan penzahiran yang sedemikian hendaklah direkodkan dalam minit Perbadanan dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus kepadanya oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa penimbangtelitian atau keputusan Perbadanan yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.

Minit

5. (1) Perbadanan hendaklah menyebabkan minit semua mesyuaratnya disenggara

dan disimpan dalam bentuk yang sewajarnya.

(2) Minit yang dibuat mengenai mesyuarat Perbadanan hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.

(3) Tiap-tiap mesyuarat Perbadanan yang berkenaan dengan prosidingnya minit telah dibuat sedemikian rupa hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Kesahan tindakan dan prosiding

6. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah

Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan—

(a) sesuatu kekosongan dalam keanggotaan, atau sesuatu kecacatan dalam

penubuhan Perbadanan;

(b) pelanggaran oleh mana-mana anggota Perbadanan terhadap peruntukan

perenggan 4; atau

(c) sesuatu peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak

menyentuh merit hal itu.

Tatacara

7. Tertakluk kepada Akta ini, Perbadanan boleh menentukan tatacaranya

Anggota Perbadanan hendaklah menumpukan masa kepada urusan Perbadanan

8. Tiap-tiap anggota Perbadanan hendaklah menumpukan masa kepada urusan

Perbadanan sebagaimana yang perlu bagi menunaikan kewajipannya dengan berkesan.

HURAIAN

Akta Perbadanan Stadium Malaysia 2010 yang dicadangkan (“Akta yang dicadangkan“) bertujuan untuk menubuhkan suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Perbadanan Stadium Malaysia” (“Perbadanan”), untuk mengadakan peruntukan yang lebih baik berkenaan dengan pembangunan, pengendalian dan pengurusan stadium, kompleks sukan dan kemudahan sukan, untuk membubarkan Perbadanan Stadium Merdeka dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya.

BAHAGIAN I

2. Bahagian I Rang Undang-Undang mengandungi peruntukan permulaan. 3. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan bertujuan untuk membenarkan Menteri menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan. 4. Fasal 2 mengandungi takrif ungkapan tertentu yang digunakan dalam Rang Undang-Undang.

BAHAGIAN II

5. Bahagian II Rang Undang-Undang mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan penubuhan Perbadanan Stadium Malaysia.

6. Fasal 3 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Perbadanan dan objektifnya manakala fasal 4 dan 5 masing-masing memperkatakan fungsi dan kuasa Perbadanan.

7. Fasal 6 dan 7 mengandungi peruntukan mengenai keanggotaan Perbadanan dan tempoh jawatan anggotanya.

8. Fasal 8 menetapkan penjalanan sementara fungsi Pengerusi.

9. Fasal 9 adalah berkenaan dengan pembatalan pelantikan anggota Perbadanan dan peletakan jawatan mereka.

10. Fasal 10 menetapkan hal keadaan yang dalamnya jawatan seseorang anggota Perbadanan dikosongkan.

11. Fasal 11 memberi Perbadanan kuasa untuk membayar elaun kepada anggota Perbadanan.

12. Fasal 12 bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk memberikan arahan umum kepada Perbadanan.

13. Fasal 13 menghendaki Perbadanan untuk memberikan penyata, laporan, akaun dan maklumat kepada Menteri dan mana-mana pihak berkuasa awam lain yang diarahkan oleh Menteri.

14. Fasal 14 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pewakilan fungsi dan kuasa Perbadanan.

15. Fasal 15 bertujuan untuk memberi Perbadanan kuasa untuk menubuhkan jawatankuasa bagi membantunya dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta yang dicadangkan.

BAHAGIAN III

16. Bahagian III Rang Undang-Undang mengandungi peruntukan mengenai Ketua Pegawai Eksekutif, pegawai dan pekhidmat Perbadanan.

17. Fasal 16 mengandungi peruntukan berkenaan dengan kuasa dan kewajipan Ketua Pegawai Eksekutif.

18. Fasal 17 bertujuan untuk memberi Perbadanan kuasa untuk mengambil khidmat pegawai dan pekhidmat lain dan subfasal 17(4) bertujuan untuk memberi Perbadanan kuasa, dengan kelulusan Menteri, untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya.

19. Fasal 18 bertujuan untuk memberi Perbadanan kuasa untuk memberikan bantuan kewangan kepada pegawai, pekhidmatnya dan orang lain.

BAHAGIAN IV

20. Bahagian IV Rang Undang-Undang mengandungi peruntukan kewangan.

21. Fasal 19 mengadakan peruntukan bagi penubuhan “Kumpulan Wang Perbadanan Stadium Malaysia” (“Kumpulan Wang”).

22. Fasal 20 menyatakan perbelanjaan yang boleh dipertanggungkan pada Kumpulan Wang.

23. Fasal 21 meletakkan kewajipan pada Perbadanan untuk memelihara Kumpulan Wang.

24. Fasal 22 menghendaki Perbadanan untuk menubuhkan dan menyenggara suatu kumpulan wang rizab.

25. Fasal 23 memperkatakan perbelanjaan dan penyediaan anggaran. 26. Fasal 24 mengadakan peruntukan bagi tahun kewangan Perbadanan manakala fasal 25 dan 26 menghendaki Perbadanan menyimpan akaun yang sewajarnya dan membuka dan menyenggara akaun bank di Malaysia.

27. Fasal 27 memperuntukkan bahawa Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] terpakai bagi Perbadanan.

BAHAGIAN V

28. Bahagian V Rang Undang-Undang memperkatakan kuasa-kuasa lain Perbadanan.

29. Fasal 28 bertujuan untuk membolehkan Perbadanan meminjam wang manakala fasal 29 bertujuan untuk membenarkan Perbadanan melaburkan wang Perbadanan.

30. Fasal 30 bertujuan untuk memberi Perbadanan kuasa untuk mengambil khidmat dan membayar ejen, kontraktor dan penasihat teknikal, termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank dan broker saham.

31. Fasal 31 bertujuan untuk memberi Perbadanan kuasa untuk membuat tersedia kepada mana-mana orang atau badan apa-apa dapatan penyelidikan yang terletak hak pada Perbadanan tertakluk kepada apa-apa syarat dan bayaran fi, royalti atau balasan lain, jika ada, sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan dengan kelulusan Menteri bagi maksud pengkomersialannya. 32. Perbadanan dibenarkan untuk menubuhkan syarikat di bawah fasal 32.

BAHAGIAN VI

33. Bahagian VI Rang Undang-Undang mengandungi peruntukan am. 34. Fasal 33 bertujuan untuk menjadikan suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang menzahirkan atau memberikan maklumat palsu atau mengelirukan kepada Perbadanan

35. Fasal 34 memperkatakan peruntukan yang berhubungan dengan kewajipan untuk mengekalkan kerahsiaan.

36. Fasal 35 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan Perbadanan, mana-mana anggotanya, mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa, mana-mana pekhidmat atau mana-mana ejen Perbadanan, mana-mana orang lain yang bertindak secara sah bagi pihak Perbadanan, pegawai atau pekhidmat Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.

37. Fasal 36 memperuntukkan bahawa Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi mana-mana tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Perbadanan, mana-mana anggotanya atau anggota jawatankuasa, pegawai, pekhidmat atau ejen Perbadanan.

38. Fasal 37 memperuntukkan bahawa tiap-tiap anggota, anggota jawatankuasa, pegawai, pekhidmat atau ejen Perbadanan hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574] semasa menunaikan kewajipannya di bawah Akta ini.

39. Fasal 38 bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan.

40. Fasal 39 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pengesahan tindakan yang dilakukan pada menjangkakan pembuatan Akta yang dicadangkan.

BAHAGIAN VII

41. Bahagian VII Rang Undang-Undang mengandungi fasal 40 hingga 49 yang masing-masing memperkatakan mengenai peruntukan pemansuhan, kecualian dan peralihan.

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang ini.

Dokumen terkait