• Tidak ada hasil yang ditemukan

Yang manakah betul?

Dalam dokumen Program Tatabahasapro (Halaman 26-40)

27 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Mereka tidak dapat memasuki bangunan itu kerana penjaga yang bertugas di luar bangunan itu tidak memberikan kebenaran pada mereka.

2. Setiap pelajar-pelajar yang mengikuti seminar itu diminta mengecamkan struktur ayat di mana menyalahi hukum tatabahasa.

3. Oleh kerana tilam itu lembap, penolong rumah saya telah menjemurnya.

4. Minyak masak yang berbau hapak itu telah ayah buang.

5. Jika sekiranya saudara tidak faham akan perkara ini, silalah berkata kepada kepada saya sekarang.

6. Tidak saja di negara kita, tetapi juga di luar negara kebebasan bersuara sepenuhnya tidak dilakukan.

7. Dia menyelak saku seluarnya sebab mengambil kunci kereta.

8. Banyak pepohon yang teduh ditanam di kiri kanan lebuh raya.

9. Untuk mengelakkan kecelaruan makanan, berhati-hati malah makan di gerai makanan.

10. Encil Lee berjanji akan memberikan upahan yang setimpal sebagai insentif pada para pekerjanya untuk meningkatkan produktiviti syarikat.

28 11. “sejak dari semalam aku asyik teringat akan orang tuaku di halaman,” kata Naim.

12. Masalah yang dihadapi oleh para-para pelajar haruslah kita basmikan dengan segera.

13. Selepas menghentak beras itu, kakak saya telah mengayak beras tepung tersebut sebelum dibuat kuih.

14. Dalam mensyuarat itu mereka membincangkan lain-lain perkara selain maslah disiplin sekolah.

15. Bas ekspres itu terperosok ke dalam gaung sebab brek bas itu mengalami kerosakan.

16. Naim bersandar pada sebatang pokok yang rendang, namun adiknya Nana keletihan tidur di sisinya.

17. Semangat inilah yang mendorong kami sehingga tiba di hujung yang tertinggi sekali di semenanjung Malaysia.

18. Awan terapung begitu dekat dengan kami nyaris-nyaris dapat dicapai dengan tangan.

19. Ada pekerja-pekerja warga asing yang tidak mempunyai pasport, tetapi pada masa yang sama mereka mempunyai kad kredit Malaysia.

20. Kemampuan negara untuk bersaing peringkat antarabangsa bergantung kepada sejumlah faktor tertentu.

21. Kesilapan seorang jurugegas di dalam tugas mereka bentuk jambatan akan menyebabkan jambatan runtuh.

29 22. Di hari Sabtu yang lalu, jurugambar profesional itu memberikan penerangan tentang cara-cara mengambil gambar dengan menggunakan teknik terbaru.

23. Perusahaan petroleum di Malaysia menawarkan peluang terbaik golongan muda yang ingin mencari pekerjaan yang menarik dan memuaskan.

24. Bahaya yang paling kerap dikaitkan dengan penggunaan komputer peribadi adalah kesan buruk yang disebabkan oleh radiatornya.

25. Banyak faktor lain perlu dikuasai untuk membolehkan seseorang itu berjaya dalam kerjaya yang akan diceburi sesuai dengan pengembangan dunia tanpa sempadan.

26. Isu perlanggaran disiplin di dalam kalangan pelajar sekolah sering mendapat perhatian daripada masyarakat.

27. Selain daripada itu, bilangan orang yang menghirup sakit kerongkong semakin bertambahsebagai akibat cuaca panas.

28. Demam denggi adalah sejenis penyakit berbahaya yang disebabkan oleh jangkitan virus denggi yang disebarkan oleh nyamuk Tiruk betina.

29. Di antara kesan negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah ialah

sesetengahnya menggunakan alat komunikasi itu untuk mengirimkan saluran pesanan ringkas (SMS) berantai.

30. “Apa yang penting ialah masalah pelajar dapat diselesaikan secara yang berhemah supaya mereka dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada pelajaran demi untuk masa depan mereka”, tanya Puan Yie Hann.

30 CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF:

Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.

1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya.

2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya.

3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut.

4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.

5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.

6. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal di Bandar Melaka.

7. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar.

8. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

9. Pelumba kereta Formula 1 dari Amerika Syarikat itu memenangi kejuaraan tersebut pada pagi tadi.

10. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik ketika bertugas.

11. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat untuk dipikul.

31 13. Beta akan memperkenankan segala permintaan kamu jika kamu berkata benar.

14. Kami akan membincangkan usul mesyuarat ini dalam perjumpaan kita pada masa depan.

15. Jangan mengulangi kesalahan-kesalahan itu lagi pada masa yang akan datang.

16. Kucing itu mengejar seekor tikus sehingga ke hujung jalan raya tersebut.

17. Peguam berjanggut panjang tersebut mewakili pesalah itu dalam perbicaraan di mahkamah.

18. Ibu melayani tetamu yang hadir di rumah kami dengan hidangan yang dibuatnya sendiri.

19. Ayah menunjukkan baju yang baru dibelinya itu kepada emak yang sedang membaca buku.

32 CONTOH MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF:

Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.

1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.

2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar.

3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu.

4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah Saham Nasional.

5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan.

6. Wang sebanyak RM7 bilion telah diperuntukan oleh kerajaan bagi merangsang ekonomi negara yang sedang menghadapi kemelut ekonomi.

7. Hadiah menyertai pertandingan drama itu telah diberi oleh sebuah syarikat tempatan bagi menarik penyertaan orang ramai.

8. Bahagian dapur rumah tumpangan itu sedang diperluas oleh pekerja kontraktor bagi memudahkan keluarga yang menetap di situ.

9. Cek bernilai RM350 yang saya beri pagi tadi telah kamu tunaikan di sebuah bank saudagar di Kuala Lumpur.

10. Pendidikan teknologi maklumat telah diperkenalkan oleh kerajaan di semua sekolah bagi semua mata pelajaran teras.

33 11. Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru siap pada bulan Disember itu telah beta rasmikan pada akhir bulan itu.

12. Doanya agar dia berjaya dalam peperiksaan SPM telah diperkenankan oleh Tuhan apabila dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan itu.

13. Adat pepatih telah diperkenalkan di negara kita oleh masyarakat Minangkabau yang berasal dari Sumatera, Indonesia pada sekitar tahun 1520'an.

14. Para pelanggan yang berkunjung ke pusat membeli belah itu telah ditawarkan harga diskaun sehingga 50 peratus oleh pemilik pusat terbabit.

15. Penyertaan golongan bumiputera dalam sektor perkilangan akan diperluas oleh pihak kerajaan bagi memacu pendapatan golongan tersebut.

16. Kakitangan awam diberi ganjaran oleh kerajaan bagi meningkatkan prestasi kerja mereka pada setiap akhir tahun.

17. Kebun di kawasan pinggir pantai itu dipenuhi dengan pokok nipah dan belukar kecil sejak ditinggalkan oleh pemiliknya.

18. Kakak menghadiahi ibu sepasang anting-anting dan seutas rantai emas sempena ulang tahun kelahirannya.

19. Kawasan kampung di pedalaman sabah telah dijelajahi oleh peserta lumba basikal itu dalam pertandingan Jelajah basikal di negeri tersebut.

20.Mat Piah ditanduk oleh seekor kerbau yang sedang mengamuk berhampiran dengan sawah padinya pada petang kelmarin.

34 Ayat Mudah daan Ayat Majmuk

a. Kata sendi : di, ke, dari, daripada, pada, kepada, demi, untuk, yang dan sebagainya. b. Kata hubung : dan, tetapi, atau, maka, walaupun, oleh sebab….maka, walaupun ….namun CONTOH MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA AYAT MAJMUK :

1. Ah Boon pergi ke pasar raya. Ibu Ah Boon pergi ke pasar raya. Mereka membeli gula.

Mereka membeli ikan.

2. Hetty gemuk. Kakak Hetty kurus.

3. Kaum lelaki digalakkan melabur.

Kaum perempuan digalakkan melabur juga.

4. Dia malas belajar.

Dia gagal dalam peperiksaan itu.

5. Dia sangat kaya. Dia kedekut.

6. Pasar malam itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pasar malam itu diadakan pada hari Jumaat.

Pasar malam itu menjual pelbagai barang. Barang yang dijual berharga murah.

7. Ramai pengunjung datang ke situ. Mereka datang dari seluruh Kuala Lumpur.

Mereka ingin menikmati suasana pasar malam di situ. Pasar malam itu sungguh meriah.

8.Golongan muda tidak melepaskan peluang. Mereka berkunjung ke pasar malam itu. Mereka pergi bersama ibu bapa.

35 9. Kerajaan telah memberi amaran tegas.

Amaran itu diberi kepada pemilik kenderaan persendirian.

Mereka dikehendaki memasang tali pinggang keselamatan ketiga. Ramai pemilik kenderaan masih engkar.

10. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas. Kerajaan menguatkuasakan undang-undang. Pesalah akan ditangkap.

Mereka akan didenda RM300.

11.Pemilik kenderaan tersebut akan disaman. Penumpang ketiga itu akan disaman juga. Saman ini dapat dijadikan pengajaran.

12. Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita.

Binatang-binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu.

Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita binatang-binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu

13. Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan. Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia. Manusia berburu sesuka hati mereka.

Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan.

14. Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran.

Penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.

15. Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek.

36 16. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan.

Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat.

17. Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut. Mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan.

18. Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen. Rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh RTM.

Rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga.

19. Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat. Hal ini membimbangkan ibu bapa.

Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja.

20. Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik. Mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga

21. Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer. Pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara ini.

22. Langkah Kementerian Pendidikan ini dialu-alukan oleh ibu bapa.

Hal ini kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan. Kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah luar bandar.

23. Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer.

37 24. Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku.

Buku ini tergolong dalam jenis novel kanak-kanak. Buku ini dikarang oleh Darulsalam.

25. Buku ini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya.

Mereka bercuti ke Pulau Sayak.

26. Mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tanpa disedari.

Nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.

28. Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat. Kepesatan ini berlaku sejak beberapa tahun yang lalu. Kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan.

29. Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini. Kedatangan mereka adalah untuk mencari rezeki.

30. Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan. Keistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing .

31. Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius. Keadaan ini mencemaskan manusia di seluruh dunia.

32. Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia. Manusia memperlakukan bumi sewenang-wenangnya.

Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk mengaut keuntungan.

33. Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil.

38 34. Penangkapan ikan laut dalam di Malaysia akan dipertingkatkan.

Usaha ini adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara.

35. Usaha ini dilakukan dengan kerjasama pakar-pakar perikanan tempatan. Pakar perikanan luar negeri turut memberikan kerjasama.

36. Penangkapan ikan laut dalam ini bertujuan memberikan faedah kepada nelayan tempatan. Usaha ini dapat meningkatkan pendapatan negara.

Usaha ini bertujuan memulihkan sumber ikan di perairan pantai juga.

37. Kehadiran pengemis di ibu kota makin meningkat. Mereka terdiri daripada pelbagai keturunan.

Peringkat umur mereka pun pelbagai.

38. Kehadiran mereka menimbulkan suatu keadaan yang tidak menyenangkan kita. Kehadiran mereka menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada negara.

39. Hal ini boleh menjejaskan usaha kerajaan.

Usaha tersebut adalah untuk menarik pelancong datang ke Malaysia.

Usaha tersebut dapat menggalakkan perkembangan perusahaan pelancongan negara.

40. Isu alam sekitar makin diberi perhatian kini.

Hal ini berikutan rumusan yang dicapai daripada sidang Puncak Bumi. Sidang tersebut diadakan di Rio de Jenerio pada bulan Jun 1992.

41. Di Malaysia, masalah pencemaran masih dalam keadaan yang terkawal. Langkah berhati-hati perlu diambil.

Tujuannya adalah untuk mengelakkan timbulnya pelbagai masalah alam sekitar.

42. Antara masalah alam sekitar itu termasuklah pencemaran air, dan pencemaran udara. Selain itu pencemaran berlaku daripada aktiviti pembangunan yang tidak terancang.

39 43. Perubahan dalam sistem pendidikan negara kita sedang dilakukan.

Perubahan itu bertujuan mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah.

44. Menteri pelajaran mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam sistem pendidikan sebagai punca bertambahnya penganggur dalam kalangan siswazah.

Sistem pendidikan ini sudah ketinggalan zaman.

45. Sistem tersebut hanya mengeluarkan tenaga siswazah bagi “keperluan semalam”. Yang diperlukan ialah siswazah yang terlatih untuk “keperluan esok”.

46. Remaja yang nakal sering menimbulkan masalah. Masalah tersebut terpaksa dipikul oleh anggota keluarga.

Masalah tersebut terpaksa juga dipikul oleh anggota masyarakat juga.

47. Kenakalan remaja dianggap suatu masalah sosial. Masalah tersebut begitu rumit.

Masalah tersebut kian bertambah.

Pertambahan masalah kenakalan remaja ini berlaku mengikut peredaran masa.

48. Yang dimaksudkan dengan perlakuan yang nakal itu ialah sebarang perlakuan yang melanggar norma-norma masyarakat.

Perlakuan tersebut mengaibkan kepentingan masyarakat. Perlakuan tersebut mewujudkan konflik.

49. Kejohanan Sukan Korporat Dunia dirasmikan oleh Perdana Menteri. Perasmian sukan itu dilakukan di Stadium Negara.

Suasana ketika perasmian sukan itu sungguh meriah.

50. Perasmian sukan itu mendapat pujian para peserta.

Rekod penyertaan yang terbanyak dicatat dalam kejohanan ini. Sambutan hebat diberikan oleh syarikat korporat dari luar negara.

40 51. Hal ini merupakan suatu penghormatan kepada negara kita.

Hal ini membayangkan kemampuan Malaysia menganjurkan sukan tersebut.

52. Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal. Penggubalan itu berlangsung pada Ogos 1971.

Penggubalan itu ialah hasil daripada persidangan di kalangan para cendekiawan Melayu.

53. Satu resolusi telah dicapai daripada persidangan itu. Resolusi itu berasaskan tiga prinsip utama.

Prinsip yang pertama ialah Kebudayaan kebangsaan hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.

Prinsip yang kedua ialah unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.

Prinsip yang ketiga ialah Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.

55. Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal ekoran peristiwa rusuhan kaum. Rusuhan itu berlaku pada 13 Mei 1969.

Dalam dokumen Program Tatabahasapro (Halaman 26-40)

Dokumen terkait