(Baca 100 kali)
Astaghfirullahal a’dziim alladzi laa ilaaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaik.
Ertinya: Ku memohon ampun kepada Allah Tuhan yang Maha Agung, yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, Tuhan yang hidup kekal abadi selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya dan ku bertaubat kepadaNya.
(Baca 3 kali)
Labbaikallahumma labbaik. Labbaika laa syarika laka labbaik. Innal hamda wan nikmata laka walmulk laa syarika lak.
Ertinya: HambaMu datang menyahut panggilan Engkau Ya Allah. HambaMu datang menyahut panggilan Engkau, hambaMu datang menyahut panggilan Engkau. Tuhan yang tidak ada sekutu bagi Engkau, hambaMu datang menyahut panggilan Engkau. Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan Engkau, tidak ada sekutu bagi Engkau.
Allahu akhbar Allahu akhbar Allahu akhbar wa lillahil hamdu.
Ertinya: Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar, segala pujian itu bagi Allah jua.
(Baca 100 kali)
La haula wala quwwata illa billahil aliyyil adzim. Asyhadu annallaha ala kulli syai’in qadir, wa annallaha qad ahaatha bikulli syai’in ‘ilma.
Ertinya: Tiada ada daya upaya dan tidak ada kekuatan melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Sesungguhnya aku naik saksi bahawa Allah Ta’ala itu amat berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu dan bahawasanya ilmu Allah Ta’ala itu meliputi segala.
(Baca 100 kali)
Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu biyadihil khair, wa huwa ala kulli syai’in qadir.
Ertinya: Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah yang Maha Esa yang tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala pemerintahan dan bagiNya jua segala pujian, Tuhan yang menghidupkan dan mematikan dengan kekuasaanNya sahajalah berlaku segala kebaikan.
Dialah yang berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.
(Baca 3 kali)
Auudzubillahi minas syaitan nirrajim innallaha huwas sami’ul alim.
Ertinya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, bahawa sesungguhnya Allah Ta’ala ialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(Baca 3 kali)
Qul huwallahu ahad. Allahussamad. Lam yalid walam yulad. Walam yakullahu kufuwan ahad.
Ertinya: Katakanlah Allah itu Esa, Allah tempat memohon segala sesuatu hajat, Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada sesuatu yang serupa denganNya.
(Baca 100 kali)
Allahumma solli wasallim wabaarik alan nabiyyil ummiyi wa ala alihi wasahbihi ajmain.
Ertinya: Ya Allah selawat dan salam serta berkatilah ke atas Nabi yang tidak tahu membaca dan menulis demikian juga ke atas keluarga dan sahabatnya sekalian.
BAHAGIAN 6: DOA & WIRID
Allahumma laka sholati wanusuki wamahyaya wamamati, wa ilaika ma abii, walaka rabbi turathii. Allahumma inni aauudzubika min azabil qabri, wawaswasatis sadri, wasyataatil amr. Allahumma inni aauudzubika min syarri maa tajii uu bihir reeh.
Ertinya: Ya Allah, ya Tuhanku! BagiMu segala kepujian seperti yang kami katakan, malah lebih baik dari apa yang kami katakan . Ya Allah, ya Tuhanku!
BagiMu segala solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, dan kepadaMu tempat kembaliku dan bagiMu wahai Tuhan segala kepunyaan tanganku.
Ya Allah, ya Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung diri denganMu dari siksa kubur, dan was-was dada, serta kacau bilau dalam urusan diri.
Ya Allah, ya Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung diri denganMu dari segala keburukan yang dibawa oleh angin (Riwayat Tarmidzi)
Ketika di Arafah, dianjurkan supaya memperbanyak membaca talbiah di antara satu doa dengan satu zikir serta selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w.
Antara doa-doa pilihan:
Allahumma rabbana aatina fidduniya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina adzaaban naar. Allahumma inna zhalamtu nafsii zhulman katsiran wa innahu la yaghfiruz zunuba illa anta faghfirli maghfiratan min i’ndika, warkahmnii innaka antal ghafuur rahiim. Allahummaghfirli maghfiratan tuslihu biha sha’ni fid daarayni warhamnii rahmatan asa’adu biha fid daarayni, watub a’layya tawbatan nasuhan laa ankusuha abadan, wa alzimnii sabilaal istiqamati la azighuu a’nhaa abadan. Alhumman qulnimin dzhullil ma’shiyatik, wabifadhlikaa’mman siwaaka, wa nawwir qalbi wa qabrii wa a’idzzani minas syarii kullihii, wajma’ lyal khayra kullahu.
Ertinya: Ya Allah ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan selamatkanlah kami dari seksa api neraka. Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku ini telah menganiaya diriku dengan penganiayaan-penganiayaan yang banyak dan sesungguhnya tiada uang mengampuni dosa-dosa itu melainkan Engkau, maka ampunilah aku dengan suatu pengampunan dari sisiMu, dan belas kasihanilah
BAHAGIAN 6: DOA & WIRID
Ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah aku dengan suatu pengampunan yang membetulkan semua urusan baik di dunia mahupun di akhirat, dan belas kasihanilah aku dengan suatu rahmat yang menjadikan aku bahagia di dunia dan akhirat, dan ampunilah aku dengan taubat Nasuha yang tidak bakal aku ingkari sama sekali. Kekalkanlah aku di jalan yang lurus yang mana aku tidak akan menyeleweng daripadanya sama sekali. Ya Allah ya Tuhan kami, pindahkanlah aku dari kehinaan maksiat kepada kemuliaan taat, dan kayakanlah aku dengan halalMu daripada haramMu, dan dengan ketaatan kepada Mu dari membuat maksiat kepada Mu, dan dengan kelebihan daripada Mu serta berpaling kepada sesiapa selain daripada Mu. Dan berikanlah cahaya dalam hatiku dan di dalam kuburku serta selamatkanlah aku dari keburukan seluruhnya dan kumpulkan bagiku kebaikkan seluruhnya.
Kemudian boleh juga berdoa seperti:
Allahumma inni as aluka biwajhikal karim wajudikal qadim wabismikal adzim, wama unzila ala nabiyika sayidina muhammadin salallahu alaihi wasallama waikhwanihi minan nabiyina walmursalin, wa ala alihi wasohbihi wattabi’in lahum minal ulama wa aamilin wal auliyaais solihin.
Wabirahmati hadzal yaumi an tusolliya ala sayidina Muhammadin wa an taghfira lanawaliwalidina wa aulaadina wa ikhwaanina wa aqribaina wamasyayikhina wa ashabina waliman ahsana ilaina waliman lahu haqqun alaina waliman zholmnahu au asa’na ilaihi walijami’il muslimina wal muslimatil ahya iwal amwat, wa an tarzuqanal uluman nafi’ata wal a’maalan solihatan. Wa an ta’simna min syarril asyrari minal insi wal jinni wad dawwaabi wa ghairiha, wa an takhtimana wa iyyahum bihusnil khatimah. Wa sollallahu ala sayidina Muhammadin wa ala alihi wa sohbihi wa sallam, subhaana rabbika rabbi ‘ izzati ‘amma yasifun wasalamun alal mursalin walhamdulillah rabbil ‘alamin.
Ertinya: Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya ku memohon kepada Engkau dengan kelebihan zat Engkau yang Amat Mulia, dengan kemurahan Engkau yang kekal abadi, dengan segala nama Engkau yang Maha Agung dan dengan apa yang diturunkan ke atas Nabi Engkau Saiyidina Muhammad s.a.w dan sekalian saudara-saudaranya daripada nabi-nabi dan rasul-rasul serta keluarganya, sahabat-sahabatnya, dan sekalian pengikut-pengikut mereka daripada golongan Ulama-ulama yang beramal, wali-wali yang salih, dan dengan kehormatan di hari yang mulia ini bahawa Engkau memberi rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, dan Engkau mengampunkan kami, kedua ibu-bapa kami, anak-pinak kami, saudara-mara kami, sekalian kaum
BAHAGIAN 6: DOA & WIRID
baik kepada kami, mereka yang mempunyai hak ke atas kami, mereka yang kami zalimi atau kami sakiti dan kepada sekalian orang Islam lelaki dan perempuan sama ada yang hidup ataupun yang mati dan Engkau kurniakan rezeki dan kebajikan kepada kami juga mereka itu, di dunia dan di akhirat, dan Engkau peliharakan kami dan mereka itu daripada segala bala bencana dan Engkau jauhkan malapetaka dunia dan huru-hara akhirat, dan Engkau kurniakan kepada kami ilmu pengetahuan yang berguna dan amalan yang salih dan Engkau peliharakan kami dari manusia, jin, binatang yang buas dan lain-lainnya, dan Engkau matikan kami dan mereka itu di dalam husnul khatimah, selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w dan keluarganya, sahabat-sahabatnya, Maha suci Engkau ya Allah daripada segala sifat kekurangan. Salam sejahtera ke atas sekalian rasul-rasul.
Segala pujian itu tertentu kepada Allah yang memiliki sekalian alam.
Ketika dalam perjalanan dari Arafah ke Muzdalifah, dituntut memperbanyak talbiah, membaca al-quran, berdoa dan dianjurkan juga membaca dan mengulang-ulang zikir di bawah ini:
Terjemahannya: “Ya Allah, ya Tuhanku! KepadaMu aku menuju, dan hanya kepadaMu aku berharap, maka terimalah segala ibadahku, dan kurniakanlah kepadaku kebaikan yang lebih dari kebaikan yang pernah ku pinta, dan janganlah hampakan aku, sesungguhnya Engkau Tuhan yang Pemberi dan Pemurah”