MEMBINA WEBSITE BAGI PROGRAM AFFILIATE
DOMAIN NAME DAN KATA KUNCI
E- zine/Newsletter
E-zine/Newsletter merupakan satu lagi cara yang amat berkesan untuk mempromosikan website anda dan telah diperakui serta menjadi amalan para
‘sifu’ Internet sejak bertahun dulu.
Apa itu E-zine/Newsletter? Biasanya E-zine/Newsleter adalah satu bentuk email yang mengandungi informasi tertentu yang dihantar kepada orang tertentu pada masa-masa tertentu.
Informasi yang dimaksudkan adalah sebarang informasi yang berkaitan dengan website anda yang ingin disampaikan untuk menarik minat orang mengunjungi website anda.
Saluran ini biasa juga digunakan untuk memaklumkan tentang sebarang perubahan (update) dalam website anda untuk menarik perhatian mereka yang pernah mengunjungi website anda agar berkunjung semula ke website anda.
Anda boleh menulis sendiri artikel di dalam E-zine/Newsletter tersebut ataupun mendapatkannya secara percuma di Internet. Pastikan artikel tersebut adalah berkaitan dengan tema website anda.
Di dalam E-zine/Newsletter ini anda perlu lah menyatakan dengan jelas URL website anda ataupun paling terbaik anda sediakan terus ‘link’ ke website anda.
Perlu diingat, hantarkan E-zine/Newsletter anda hanya pada mereka yang bersetuju untuk menerimanya. Ini penting bagi mengelakkan E-zine/Newsletter yang anda hantar dianggap sebagai ‘Junk Mail’.
Selain itu, ini juga dapat menggambarkan sikap anda yang lebih professional berbanding dengan mereka yang menghantar email promosi kepada sesiapa sahaja yang mereka suka.
Tentu anda pernah melayari website dan diminta mengisikan email address anda untuk menerima sesuatu secara percuma dari website tersebut kan? Contohnya keahlian percuma, ebook percuma, laporan percuma, E-zine/Newsletter percuma dan bermacam-macam lagi.
Ini merupakan salah satu cara terbaik untuk mendapatkan email address dari ramai orang. Dari senarai email address yang anda terima ini, anda boleh mengedarkan E-zine/Newsletter bagi tujuan promosi website anda. Senang bukan?
Biasanya E-zine/Newsletter akan dihantar secara berjadual sama ada setiap hari, minggu atau bulan bergantung kepada anda. Paling baik adalah tetap secara mingguan ataupun bulanan.
Anda boleh juga menghantar E-zine/Newsletter pada bila-bila masa yang anda rasakan sesuai terutamanya jika ada sebarang perubahan (update) dalam website anda. Jangan pula menghantar E-zine/Newsletter secara tahunan kerana ini pasti akan membuatkan orang lupa pada website anda!
Directory
Apa yang dimaksudkan di sini adalah anda perlu mendaftarkan (submit) website anda ke pelbagai directory yang wujud di Internet pada hari ni. Secara mudahnya, directory adalah seperti suatu database yang menyimpan senarai URL website mengikut kategori-kategori tertentu.
Sebagai contoh, jika website anda berkaitan sukan, maka directory tersebut akan menyenaraikan URL website anda dalam kategori sukan.
Sebenarnya ada dua kelebihan yang akan anda dapat jika anda mendaftarkan website anda ke directory:
1) Membolehkan orang lain tahu akan kewujudan website anda apabila mereka mencarinya di dalam directory yang berkaitan.
2) Memudahkan website anda mendapat index (bagi website yang baru di submit ke Search Engine) dan menaikkan Page Rank website anda kerana website anda mempunyai backlink dengan website (directory) yang mempunyai Page Rank lebih tinggi.
Forum
Menyertai forum-forum yang terdapat di Internet juga merupakan salah satu cara untuk anda mempromosikan website anda dengan berkesan. Tapi ingat, sebelum membuat promosi, anda kena pastikan dahulu bahawa forum tersebut membenarkan anda berbuat demikian. Lagi satu, pilihlah forum dan thread yang bersesuaian untuk anda membuat promosi tentang website anda.
Ada tiga cara anda boleh gunakan forum untuk tujuan promosi:-
1) Membuka thread baru dan terangkan tentang website anda.
2) Memberi maklumbalas (respond) kepada post-post dari orang lain sambil menyelitkan informasi tenang website anda. Gunakan kreativiti sendiri untuk mengolah ayat-ayat bersesuaian. Jangan lupa, sertakan URL anda!
3) Gunakan signature anda. Letakkan informasi ringkas tentang website anda ataupun URL website anda pada bahagian signature. Setiap kali anda postkan artikel ke forum tersebut, signature anda akan mempromosikan website anda secara automatik.
Link
Langkah ini adalah antara yang paling simple sekali. Anda berbaik-baik dengan webmaster lain dan minta diletakkan link ke website anda dalam website mereka.
Sebagai balasan, anda perlulah pula meletakkan link ke website mereka dalam website anda. Ini dianggap sebagai pertukaran link suka sama suka. Sebaiknya, anda letakkanlah link anda di dalam website yang popular dan mempunyai ramai pengunjung.
ValueExchange menyediakan perkhidmatan pertukaran link dengan website yang benar-benar bermutu dan berkaitan dengan website anda. Pendaftaran adalah sungguh mudah dan ianya 100% PERCUMA! Untuk mencubanya, KLIK DI SINI
Banner
Satu lagi cara adalah dengan mereka cipta satu banner untuk website anda.
Kemudian letakkan banner tersebut di website lain untuk mempromosikan website anda. Anda boleh meletakkan banner anda di website yang menyediakan kemudahan ini sama ada secara percuma ataupun berbayar. Pastikan banner tersebut mempunyai link untuk menghubungkan orang lain ke website anda.
Banner yang simple dan ringkas boleh di rekacipta secara percuma sahaja di Internet. Anda boleh cuba di Animationonline
Iklan Berbayar
Terdapat banyak website yang menyediakan perkhidmatan iklan berbayar di mana anda boleh meletakkan iklan website anda di dalam website mereka. Iklan-iklan ini boleh disediakan dalam pelbagai bentuk, sama ada text, grafik, banner dan lain-lain. Kadar bayaran yang dikenakan juga berbeza-beza. Anda pilih saja mana yang anda mampu.
Program Affiliate
Ya...anda tidak sepatutnya melupakan kaedah ini. Mengikut kajian, Program Affiliate mampu mempromosikan bukan sahaja produk anda, malahan website anda juga berkali ganda lebih dari cara promosi yang lain.
Jika anda menjual produk yang bermutu dan mempunyai banyak permintaan, jangan berlengah lagi. Sediakan Program Affiliate dan dapatkan seramai mungkin orang menyertainya.
Disamping mempromosikan produk anda, mereka juga sebenarnya mempromosikan website anda!
Untuk menganjurkan Program Affiliate, anda memerlukan suatu perisian khas yang anda boleh dapatkannya di Internet. Contoh terbaik adalah AffiliateTrackingSystem.
Lain-lain
Sebenarnya terdapat banyak lagi cara lain yang boleh anda gunakan unutk mempromosikan website anda sama ada secara percuma mahupun berbayar. Saya hanya menerangkan beberapa cara yang utama sahaja.
Percayalah, jika anda mempraktikkan cara-cara yang telah dinyatakan di atas, anda sebenarnya sudah mampu mempromosikan website anda kepada umum dengan jayanya.
Ingat, langkah mempromosikan website bukanlah hanya dilakukan sekali sahaja.
Ianya perlu diulang secara konsisten untuk memastikan supaya ramai orang tahu akan kewujudan website anda.
Jangan lupa sentiasa membuat analisa tentang bilangan pengunjung website anda dan lakukan penambahbaikkan langkah promosi.
Selagi anda belum rasa jemu untuk makan nasi setiap hari, selagi itulah sepatutnya anda tidak boleh jemu untuk mempromosikan website anda.
INGAT!
Kejayaan sesuatu perniagaan di Internet bergantung kepada kejayaan anda menarik bilangan pengunjung ke website anda!