BICARA PENGURUSAN
PUSAKA: PEJABAT
PEMBAHAGIAN PUSAKA
KECIL DAN MAHKAMAH
TINGGI
Oleh:
Dr Zulqarnain Lukman,
Peguambela & Peguamcara, Peguam Syarie
1. Bicara Pusaka Pejabat
Pembahagian Pusaka Kecil 2. Bicara Pusaka Mahkamah
Pengurusan Pusaka
Proses pembahagian harta pusaka akan berlaku
selepas kematian
3 badan yang berkaitan dalam pengurusan pusaka:
1. Mahkamah Tinggi
2. Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil
3. Amanah Raya Berhad
Mahkamah Tinggi - jika jumlah harta si mati
melebihi RM2 juta atau si mati meninggalkan wasiat.
Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil - jika jumlah
harta tidak melebihi RM2 juta dan terdapat harta tak alih yang ditinggalkan.
Amanah Raya Berhad - jika si mati hanya
Peringkat Pengurusan Pusaka
Mahkamah Tinggi - peringkat pertama, pemohon akan
memohon surat kuasa mentadbir. Setelah memperolehi surat kuasa mentadbir, pentadbir perlu menguruskan harta dan mendaftarkan nama pentadbir di dalam hartanah si mati. Peringkat kedua, setelah peringkat pertama selesai, permohonan baharu perlu dibuat bagi tujuan pembahagian harta.
Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil : pejabat ini boleh
mengeluarkan Borang F (surat kuasa mentadbir) atau Borang E (perintah pembahagian) dalam satu permohonan.
Amanah Raya Berhad : ARB akan bertindak sebagai
Sijil Faraid
Lazimnya, hanya Mahkamah Tinggi dan ARB sahaja yang akan meminta benefisiari mendapatkan sijil faraid. Jarang sekali Pejabat Pembahagian Pusaka akan meminta waris mendapatkan sijil faraid.
Sijil faraid perlu dipohon daripada Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa.
Permohonan sijil faraid boleh dibuat oleh mana-mana benefisiari.
Kesukaran Pengurusan Pusaka
Jika tiada wasiat dibuat, cabaran dalam pengurusan
pusaka si mati adalah untuk mendapatkan senarai harta dan hutang si mati. Selain itu, cabaran juga mungkin berlaku jika waris-waris tidak sepakat kerana permohonan surat kuasa mentadbir memerlukan kerjasama semua waris.
Selain itu, pemohon surat kuasa mentadbir ini juga
perlu menyediakan bon jaminan setara dengan nilai harta pusaka itu. Namun, jika ada permohonan untuk pengecualian bon, Mahkamah lazimnya akan membenarkannya.
Namun, jika ada wasiat keadaan akan menjadi lebih
Begitu juga proses di Pej Pembahagian Pusaka Kecil yang memerlukan dokumen-dokumen pengenalan diri waris-waris.
Selain itu, kesemua butiran harta alih dan tak alih perlu diperolehi daripada bank dan lain-lain terlebih dahuu
Pengurusan Pusaka Pejabat Pembahagian
Pusaka Kecil
Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil - jika
jumlah harta tidak melebihi RM2 juta dan terdapat harta tak alih yang ditinggalkan.
Memulakan kes di Pejabat Pembahagian
Pusaka Kecil
Mengenalpasti pempetisyen
Benefisiari / Pemiutang / Pembeli / Perbadanan / Pegawai Petempatan / Penghulu / Penggawa
Mengenalpasti waris
Rujuk kepada ashab al-furud
(suami/isteri/anak-anak/ ibu/ bapa/ dll)
rujuk kalkulator faraid dalam www.
...sambungan
Mengenalpasti harta
Harta tak alih –
GN/HS(D)/PN; GM/HSM/PM;
Akta Tanah ( Kawasan Penempatan Berkelompok ) 1960 dan belum mempunyai hakmilik, pemohon/waris hendaklah berurusan dengan agensi berkenaan sama ada
FELDA/FELCRA/RISDA/BHG RANCANGAN TANAH PINGGIR/BHG RANCANGAN TANAH NEGERI
Pemohon/waris perlu berhubung dengan Pemaju projek perumahan tersebut jika harta tak alih yang dtuntut belum didaftarkan nama si mati sebagai tuanpunya (simati adalah merupakan pihak yang berkepentingan melalui suatu
...sambungan
HARTA ALIH
Sekiranya si mati ada meninggalkan harta alih,
perlu berhubung terus dengan agensi yang berkenaan untuk urusan pengeluaran
...sambungan
Mengenal pasti Penghutang (nama dan
alamat), perihalan dan jumlah hutang yang perlu dibayar
Mengenal pasti Pemiutang (nama dan
Borang A
Permohonan dimulakan melalui Borang A. Format Borang A boleh diperolehi
daripada laman web http://
www.kptg.gov.my/ms/doc-man/pembahagian -harta-pusaka-kecil
2 jenis perintah yang akan dikeluarkan
adalah sama ada Borang F (Surat
Senarai Semak Borang A
DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN
1. Satu (1) Salinan Borang A yang telah lengkap diisi dan ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah / Majistret.
2. Bukti Kematian – salinan sijil kematian / cabutan sijil kematian dari Jabatan Pendaftaran Negara / Permit Menguburkan / Surat sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan kematian atau menghadiri perkebumian/ Perintah Anggapan Kematian dari Mahkamah Tinggi.
3. Salinan Kad Pengenalan Pemohon diwajibkan(salinan muka depan dan belakang)
4. Salinan Kad Pengenalan Waris (salinan muka depan dan belakang)/Sijil Kelahiran (bagi waris yang berumur kurang dari 12 tahun).
5. Salinan Sijil Nikah / Sijil Perkahwinan simati –jika ada.
6. Salinan sijil Pendaftaran/Pengangkatan Anak Angkat( Bagi Bukan Islam, jika ada)
7. (a) Harta Tak Alih (Hakmilik/Geran) -Sila dapatkan salinan yang diakui sah (CTC) / carian rasmi dari Pentadbir Tanah atau Pendaftar hakmilik bagi harta tak alih yang dituntut.Kemukakan salinan asal CTC, carian rasmi bersama satu salinan yang telah difotostat. (Mengikut keperluan) ATAU (b) Dua (2) Salinan Surat Perjanjian Jual Beli Harta yang dituntut/ rumah – jika harta tersebut masih belum mempunyai hakmilik.
8. Salinan resit cukai tanah dan tahun semasa,jika ada.
9. Salinan resit cukai pintu (taksiran) tahun semasa bagi pemilikan untuk bangunan atau blok berbilang tingkat atau berbilang lapisan petak tanah.
10. Dokumen-dokumen yang terkini berkaitan dengan pemilikan harta alih simati (termasuk penyata akaun simpanan,salinan sijil saham,salinan hakmilik kenderaan dll harta alih,jika ada).
Borang P (Permohonan Terkemudian)
Apabila pemohon/waris menerima Perintah
Pembahagian setelah selesai perbicaraan
(Borang E atau Borang F atau kedua-duanya Bagi Permohonan Awal-Seksyen 8 dan Borang T atau Borang F atau
kedua-duanya Bagi Permohonan
Berikutnya- Seksyen 17), dan jika ada harta yang tertinggal untuk dibicarakan boleh
Senarai Semak Borang P
1. Permohonan Berikutnya –Borang P hendaklah dikemukakan di PejabatTanah
atau Unit Pembahagian Pusaka di mana permohonan awal (Seksyen 8 – Borang A) pembahagian harta simati telah diselesaikan. Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut; Satu (1) salinan Borang P yang lengkap diisi dan Satu (1) salinan perintah awal/ notis pembicaraan terdahulu.
2. Jika Permohonan Berikutnya adalah bagi tujuan: Harta tak alih
ketinggalan: Hakmilik/Geran - Sila dapatkan salinan yang diakui sah (CTC), carian rasmi dari Pentadbir Tanah atau Pendaftar hakmilik bagi harta tak alih yang dituntut. Kemukakan salinan asal CTC, carian rasmi bersama satu salinan yang telah difotostat (mengikut keperluan) ATAU Dua (2) Salinan Surat Perjanjian Jual Beli Harta yang dituntut/ rumah – jika harta tersebut masih belum mempunyai hakmilik.
3. Membatalkan Suratkuasa Mentadbir / Pemegang Amanah. Sila kemukakan
satu salinan hakmilik(geran)yang telah didaftarkan nama pentadbir/pemegang amanah.
Waris yang tidak dapat hadir
Waris yang tidak dapat hadir pada tarikh
pembicaraan, bolehlan mengemukakan BORANG PERSETUJUAN (BORANG DDA) yang boleh diperolehi di mana-mana Unit Pembahagian Pusaka seluruh Semenanjung Malaysia atau di muat turun dari laman web (www.jkptg.gov.my ). Borang Persetujuan hendaklah ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah, Majistret atau Pentadbir Tanah Daerah dan diisi dengan lengkap bagaimana harta hendak dibahagikan diruang yang disediakan. Borang
Memulakan Kes Mahkamah Tinggi
Permohonan Surat Kuasa Mentadbir jika si
mati tidak meninggalkan wasiat.
Permohonan Surat Probet jika si mati
Permohonan di bawah Aturan 71 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012
Permohonan di bawah A.71 (Prosiding
Probet Bukan Bertikaian) boleh dibuat sekiranya tiada pertikaian antara waris-waris.
Pemohon hendaklah waris kadim/ wasi/
syarikat amanah seperti ARB
Kandungan Afidavit
Untuk probet: mengemukakan sijil
kematian, wasiat asal, senarai harta dan senarai benefisiari. Wasiat mesti
menyatakan siapakah wasi yang dilantik si mati
Untuk surat kuasa mentadbir:
mengemukakan sijil kematian, wasiat (jika tiada wasi dilantik), senarai harta dan
Persetujuan waris
Waris-waris perlu menandatangani Surat
Penolakan untuk menjadi pentadbir jika mereka bersetuju untuk melantik seseorang itu sebagai pentadbir.
Mana-mana waris yang enggan menandatangani Surat Penolakan perlu dibuat sitasi (citation).
Sitasi adalah suatu notis yang dikeluarkan ke atas waris tersebut bahawa ada suatu permohonan dikemukakan untuk mendapatkan kepastiannya sama ada ingin menerima atau menolak
Bon Kuasa Mentadbir
Bon Kuasa Mentadbir yang setara nilai
dengan jumlah harta
Jika dibuat permohonan probet, tidak
perlu kemukakan Bon Kuasa Mentadbir.
Bon perlu dikemukakan bagi permohonan
surat kuasa mentadbir.
Walau bagaimanapun, permohonan
Sumpah Kuasa Mentadbir
Sumpah kuasa mentadbir perlu dibuat
Kaveat
Kaveat boleh dimasukkan oleh mana-mana
orang yang ingin memastikan bahawa tiada pemberian kuasa mentadbir/probet dibuat tanpa notis kepadanya.
Kaveat ini hanya berkuatkuasa selama 6
Surat Kuasa De Bonis Non
Permohonan surat kuasa de bonis non
boleh dibuat dalam kes ingin
menggantikan pentadbir kuasa yang
Perintah Pembahagian
Setelah kesemua harta itu telah
ditadbirkan sepenuhnya, pentadbir kuasa atau wasi boleh memohon untuk suatu perintah pembahagian dikeluarkan.
Sijil faraid perlu dikemukakan semasa
permohonan dikemukakan.
Jika ada persetujuan antara ahli waris,
Permohonan di bawah Aturan 72 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012
Permohonan di bawah A.72 (Prosiding
Probet Bertikaian) boleh dibuat sekiranya ada pertikaian antara waris-waris.
Memulakan dengan saman dan pernyataan
tuntutan yang menyatakan kepentingan plaintif dan defendan dalam harta pusaka berkenaan.
Perlu melalui proses perbicaraan seperti
UrusPusaka Sdn. Bhd.
Kami menyediakan perkhidmatan berikut:
1. Perancangan Pusaka iaitu perancangan yang
dibuat sebelum berlaku kematian seperti penyediaan dokumen wasiat, hibah, surat ikatan amanah dan lain-lain.
2. Pengurusan Pusaka iaitu pengurusan berkaitan
harta pusaka selepas kematian, iaitu proses mendapatkan suratkuasa mentadbir, perintah jualan, perintah pembahagian harta, perundingan sijil faraid, ketidaktelusan pembahagian harta, perundingan harta sepencarian dan lain -lain.
Hubungi
1. Tuan Hj Zashidi Abdul Wahab (013-3602541) 2. Tuan Dr Zulqarnain Lukman (019-3445306)
Emel: [email protected]
3. Tuan Mohd Asri Musa (019-2299787)
1. Tuan Hj Zashidi Abdul Wahab (013-3602541) 2. Tuan Dr Zulqarnain Lukman (019-3445306)
Emel: [email protected]
3. Tuan Mohd Asri Musa (019-2299787)