• Tidak ada hasil yang ditemukan

Apa itu Ubiquitous City

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Apa itu Ubiquitous City"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

1

Apa itu Ubiquitous City?

Ubiquitous berasal dari perkataan latin iaitu “Ubique” yang bermaksud berada di mana sahaja pada bila-bila masa. Seiring dengan perkembangan teknologi canggih masa kini, pembangunan dan perancangan bandar telah mengalami satu perubahan inovasi baru di mana segalanya saling berkaitan dan dikongsi serta-merta samada maklumat, komputer dan manusia.

Konsep Ubiquitous City

Konsep ini merupakan konsep baru yang berasaskan teknologi di mana ianya menekankan aspek integarsi di antara hubungan manusia dan komputer berbanding konsep tradisional bandar lama yang lebih memberi fokus kepada seni gaya hidup masyarakat terdahulu. Melalui konsep ini, daya saing bandar dapat dipertingkatkan dengan teknologi tinggi yang membawa pengurusan bandar ke arah lebih cekap dan efisyen. Secara khususnya, konsep ini memberi penekanan kepada 4 aspek penting iaitu keselesaan, kesihatan, keselamatan dan kebersihan. Setiap aspek ini menawarkan pelbagai perkhidmatan mengikut kategori tersendiri dengan disokong oleh pembangunan Infrastruktur seperti Rajah 1.1:

Rajah 1.1 : Empat aspek penting di dalam Ubiquitois City.

(2)

2

Komponen Ubiquitous City

Konsep bandar ini terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu Infrastruktur dan utiliti, teknologi maklumat dan kemudahan awam. Setiap komponen ini, dibangunkan secara serentak dan dikawal sepenuhnya oleh kerajaan sebagai pusat kawalan. Melalui pusat kawalan ini, semua aktiviti yang melibatkan kemudahan dan utiliti dapat dipantau secara langsung seperti bangunan, lalulintas, papan kenyataan, kenderaan, tempat letak kereta, sistem komunikasi, sistem keselamatan dan lain-lain (rujuk Rajah 1.2).

Rajah 1.2 : Tiga komponen utama Ubiquitous City.

Sumber : Ubiquitous City, Buzz That Is Here to Stay, 2006

Peringkat Pelaksanaan Ubiquitous City.

Secara dasarnya, pelaksanaan konsep bandar baru ini melibatkan 3 peringkat utama iaitu pengumpulan, pemprosesan dan penggunaan maklumat. Pada setiap peringkat pelaksanaan, kriteria-kriteria penting seperti infrastruktur bandar, kemudahan teknologi maklumat dan sistem pengurusan berintegrasi perlu diambilkira dalam

mewujudkan perkhidmatan yang pelbagai berasaskan “Ubique” bagi membolehkan

pengguna menggunakan perkhidmatan pada bila-bila masa di mana sahaja mereka berada di dalam bandar (rujuk Rajah 1.3).

Tempat Letak Kereta

Kemudahan Rehat Sistem Ramalan Cuaca

Sistem Pengesan Kenderaan

Papan Pesanan Interaktif

Sistem Pengesan Kenderaan

CCTV Telefon

Kecemasan

Sistem Bangunan Bestari

Papan Pesanan Interaktif Stesen Multimedia

Pengurusan Perkhidmatan Teknologi

Pusat Data

Telekomunikasi Papan Pesanan Interaktif

Peralatan Pengukuran Perkhidmatan Digital

Pusat Perkhidmatan

Pusat Pengurusan U-Life

ETC

(3)

3

Rajah 1.3 : Peringkat Penyediaan mengikut konsep Ubiquitous City

Pelaksanaan Ubiquitous City di luar negara

Terdapat beberapa negara yang telah melaksanakan konsep ini seperti Korea Selatan, Amerika Syarikat, Singapura dan lain-lain negara;

1. Korea Selatan

Mula diperkenalkan melalui

pembangunan 15 bandar

disekitarnya. Bandar pertama

ialah bandar Hwaseong

Dongtan yang kini telah

separuh siap dan mula

beroperasi pada tahun 2007.

Bandar Ubiquitous Hwaseong Dongtan yang kini separuh siap perlaksanaannya Sumber : Korea Herald "U-City : Future of Urban Planning, Management", 2010

i. Rangkaian Jalanraya

ii. Guna tanah

iii. Kemudahan Awam

iv. Infrastruktur dan Utiliti

i. Papan Maklumat interaktif/ percuma ii. Rangkaian CCTV

iii. Sistem Pencarian Lokasi iv. Pusat Maklumat setempat

v. Pusat Kawalan Kualiti air (USN) vi. Pemantauan Ekologi Air Bawah Tanah Infrastruktur Bandar Teknologi Ubiquitous

City

Penyediaan perkhidmatan yang pelbagai di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja

Intelligent Facilites Integrated City Operation Center Infrastruktur ICT Infrastruktur Bandar Ubiquitous

Penggunaan Maklumat

Pemprosesan Maklumat

(4)

4

Antara perkhidmatan yang diperkenalkan ialah U-trafik, U parking, dan U perkhidmatan pencegahan jenayah. Bandar lain yang sedang giat dibangunkan adalah bandar Songdo, Incheon dan Daejeon.

2. Amerika Syarikat

Di Amerika Syarikat, sebuah syarikat iaitu LG CNS telah membangunkan sebuah bandar

di Manhattan Harbour iaitu

Dayton, Kentucky yang

menggunapakai konsep ini.

Projek ini yang berkeluasan 142 ekar terletak di sepanjang di tebing Sungai Ohio menjadi bandar pertama menggunakan lebih dari 100

konsep Ubiquitous dalam melaksanakan projek tersebut.

Papan Informasi Interaksi sebagai medium menyampaikan maklumat kepada pengguna.

Pemandangan Bandar Dayton, Kentucky dari Sungai Ohio.

(5)

5

Usaha ke arah penerapan Ubiquitous City di Malaysia

Terdapat beberapa usaha yang dijalankan untuk menerapkan konsep ini di dalam perancangan bandar di Malaysia, antaranya;

1. Membangunkan Sistem maklumat Geografi (GIS) dan pangkalan data di setiap negeri untuk digunapakai samada untuk proses

perancangan dan pembangunan serta

pemantauan pembangunan semasa;

2. Mewujudkan Polisi Data Geospatial

menetapkan prinsip-prinsip, tanggungjawab

dan keperluan untuk mengumpul dan

menguruskan data geospatial yang digunakan dalam program persekitaran dan projek-projek di Malaysia;

3. Membangunkan konsep bandar selamat

(NKRA) yang menggunapakai teknologi terkini dalam mewujudkan persekitaran selamat di

samping pencegahan jenayah melalui Web

Base Crime System; dan

4. Mewujudkan lebih banyak Sistem Antara Muka (EIS) di bangunan-bangunan kerajaan dalam menyampaikan informasi perancangan kepada pengguna dengan lebih cepat dan efisyen.

Penutup

Kesimpulannya, konsep ini mampu meningkatkan kualiti dan gaya hidup dan daya saing sesuatu bandar. Secara langsung, melalui kriteria-kriteria yang diperkenalkan dapat memberi impak yang baik kepada keberkesanan pengurusan bandar, pertumbuhan bandar baru dan kemajuan perkhidmatan bandar.

Sistem maklumat Geografi (GIS) dan Pangkalan data

Sistem Pemantauan Berpusat bagi pencegahan jenayah (NKRA).

Referensi

Dokumen terkait

Sistem maklumat kolej secara online akan dibangunkan mengikut m e todo1 og i Model Air Terjun, di mana model ini terdiri daripada lima fasa utama iaitu fasa analisa sistem,

MODERATOR : PUAN MAIZATUL AKMAR ISMAIL.. Sistem maklumbalas bagi sistem maklumat kesihatan , iaitu Sistem MBK yang akan dibangunkan ini bertujuan untuk membantu pihak y ang

Kajian ini mempunyai empat objektif iaitu mengenalpasti tahap keselesaan dan ketersediaan kemudahan kolej kediaman di universiti awam, mengkaji keadaan semasa

4.Informasi dan komunikasi (informasion and communication) , dalam komponen ini berfokus utama dengan berkaitan sistem informasi akuntansi dengan cara pengidentifikasian,

Kajian ini turut meneliti kualiti pengangkutan awam iaitu pengangkutan luar bandar yang digunakan oleh pengguna atau penduduk untuk perjalanan ke Kuala Berang.. Beberapa