• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAHAGIAN B @BULLET ANDA TELAH DILANTIK SEBAGAI PENGAWAS SEKOLAH SEBAGAI PENGAWAS BINCANGKAN PERANAN ANDA UNTUK MEMBANTU PIHAK SEKALAH MEMBENTUK MURID YANG DISIPLIN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "BAHAGIAN B @BULLET ANDA TELAH DILANTIK SEBAGAI PENGAWAS SEKOLAH SEBAGAI PENGAWAS BINCANGKAN PERANAN ANDA UNTUK MEMBANTU PIHAK SEKALAH MEMBENTUK MURID YANG DISIPLIN"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

BAHAGIAN B

ANDA TELAH DILANTIK SEBAGAI PENGAWAS SEKOLAH

SEBAGAI PENGAWAS BINCANGKAN PERANAN ANDA UNTUK MEMBANTU PIHAK SEKALAH MEMBENTUK MURID YANG DISIPLIN

Dalam meladeni arus pascamodenisme yang semakin mencabar dari semasa ke semasa ini, nusa yang kita cintai ini semakin utuh dan terkenal di persada antarabangsa. Jelas bahawa pembangunan negara kita semakin rancak dan selaras dengan negara-negara maju yang lain bak aforisme yang sering diperkatakan, ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’. Namun begitu, dari segi pembangunan atau pembinaan jati diri murid yang berdisiplin, negara kita masih belum berjaya sepenuhnya. Semakin negara kita berusaha mencapai status negara maju, semakin meningkat peratus pelajar sekolah yang terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Hal ini telah diakui oleh Datuk Ahmad Fuad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran dalam satu program temu bual tv. Usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk mengatasi kemelut yang semakin meruncing ini. Saya sebagai seorang pengawas yang telah diberikan mandat oleh pihak sekolah, mempunyai cara yang tersendiri untuk membentuk murid yang berdisiplin. Izharnya, seseorang individu yang bergelar pengawas berperanan penting dalam membantu pihak sekolah dalam membentuk murid yang berdisiplin.

Peranan utama saya untuk membantu pihak sekolah dalam membentuk murid yang berdisiplin adalah menguatkuasakan undang-undang dan peraturan sekolah dengan sebaik mungkin. Hal ini saya anggap afdal kerana pengawas telah diklasifikasikan sebagai orang kedua selepas guru dalam membentuk peribadi murid yang mulia dan mengharmonikan sekolah. Soal membentuk dan melahirkan murid yang berdisiplin amat penting kerana Khalifah Umar Al-Khattab pernah berkata, ‘Jika kamu ingin mengetahui masa depan sesebuah negara, lihatlah generasi muda yang berada di hadapan anda’. Maka,kata-kata ini menunjukkan bahawa generasi muda yang berdisiplin, berdedikasi dan beriltizam dalam setiap aspek amat penting kepada negara dan jatuh bangun sesebuah negara bergantung kepada generasi muda itu. Jadi, saya sebagai pengawas akan menguatkuasakanundang-undang dan peraturan sekolah dengan melakukan beberapa tindakan yang sewajarnya diimplementasikanoleh seorang pengawas sekolah seperti menegur pelajar-pelajar yang berambut panjang, memantau mereka yang berpakaian tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya dan meleraikan pergaduhan antara mana-mana pelajar sekiranya difikirkan tindakan itu tidak membahayakan nyawa. Tindakan-tindakan seperti ini penting atau adiwarna diambil demi memastikan keadaan sekolah aman, sesi pembelajaran (P&P) berjalan lancar dan perhubungan pelajar sentiasa terkawal. Tuntasnya, penguatkuasaan peraturan sekolah merupakan elemen yang penting dalam membentuk modal insan yang madani dan syumul.

(2)

berhikmah merupakan aset berharga seorang pengawas. Saya yakin dan percaya bahawa para pengawas yang mempunyai keperibadian mulia seperti ini sentiasa didambakan oleh para murid justeru menjadikan para pengawas ini sebagai kawan. Jadi, kita seharusnya mendekati para murid itu dengan harapan agar mereka akan menjadi seperti diri kita sendiri. Dengan itu, murid yang berdisiplin dapat dibentuk manakala beban sekolah untuk memastikan semua murid berdisiplin dapat dikurangkan. Senario ini persis slogan ,’Hulurkan tangan ringankan beban’. Oleh itu, melalui peranan ini, saya berharap agar dapat membantu sekolah membentuk murid yang berdisiplin di samping mengekalkan nama baik sekolah.

Di samping itu, prakarsa ataupun peranan lain yang dapat saya laksanakan adalah sentiasa bersama dengan para murid yang bermasalah dengan nawaitu ingin memberi nasihat dan panduan kepada mereka. Langkah turut serta ini menurut seorang motivator terkenal , Dr. Hushim Yahaya merupakan langkah ‘turun padang’ yang akan merapatkan dan memantapkan hubungan pemimpin dengan pihak yang dipimpin. Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda, ‘Anak-anak yang dilahirkan ibarat sehelai kain putih yang bersih lagi suci. Maka, terpulanglah kepada ibu bapa untuk membentuk akhlak anak-anak sama ada menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani’. Melalui sabda Rasulullah S.A.W. ini, dapatlah kita simpulkan bahawa anak-anak ataupun para murid merupakan manusia yang memerlukan bimbingan dan dorongan daripada semua pihak. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak-anak. Sesetengah murid yang mempunyai masalah tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa yang sibuk bekerja akan melepaskan perasaan tidak puas hati mereka itu di sekolah dengan melanggar peraturan sekolah bermotifkan dendam untuk menyakitkan hati kedua ibu bapa. Saya berpendapat bahawa dengan cara mendekati para murid serta bertanyakan masalah mereka, akan mengurangkan rasa ingin memberontak dalam diri mereka. Dengan memberi nasihat dan menyelesaikan masalah mereka melalui kaedah yang betul, hal ini secara tidak langsung akan menarik minat mereka untuk menjadi murid-murid yang berdisiplin dan berwawasan. Oleh itu, peranan seperti ini perlulah dimainkan agar masyarakat kamil dapat diwujudkan.

Dalam pada itu, mengajak dan mendorong rakan-rakan melakukan kebaikan merupakan satu tanggungjawab yang sepatutnya saya lakukan bersama dengan murid-murid yang lain. Allah swt. amat menyukai hamba-Nya melakukan kebaikan dengan penuh ketakwaan. Justeru kita boleh memberi panduan, bimbingan dan dorongan serta perangsang kepada para murid yang ingin melakukan kebaikan dengan harapan mereka akan seronok dan teruja melakukan amalan murni ini kerana ada orang atau pihak yang menyokong setiap perbuatan yang dilakukan mereka di samping mereka mendapat ganjaran daripada Allah swt. Selain itu, saya akan berusaha sedaya upaya untuk sentiasa menanamkan sifat-sifat mahmudah dalam diri mereka. Ramai pemikir termashyur seperti Confucius dan Socrates juga amat menekankan penyemaian nilai-nilai moral dalam diri setiap manusia. Jadi, dengan langkah itu, para murid akan lebih tertarik untuk melakukan kebaikan berbanding keburukan. Izharnya, modus operandi seperti ini seharusnya saya lakukan demi memastikan murid yang berdisiplin dapat dibentuk bak kata pepatah, ‘Di mana ada kemahuan, di siru ada jalan’.

(3)

seharusnya saya menunjukkan sikap yang tegas. Apabila menyampaikan pengumuman semasa perhimpunan, saya akan berusaha menyampaikan informasi dengan jelas. Dengan ini, mesej pihak sekolah akan dapat difahami oleh semua pihak. Jelasnya, peranan ini akan memantapkan hubungan murid dengan pihak sekolah yang akhirnya membentuk disiplin murid.

(4)

SEORANG IBU DAPAT MENJAGA SEPULUH ORANG

ANAK TETAPI SEPULUH

ORANG ANAK BELUM TENTU DAPAT MENJAGA SATU

ORANG IBU

SISUATI SEPERTI YANG DIATAS SEHARUSNYA TIDAK

BERLAKU DALAM SESEBUAH MASYARAKAT JELASKAN

TANGGUNG JAWAB YANG SEPATUTNYA DILAKSANAKAN

OLEH ANAK-ANAK TERHADAB IBU BAPA.

Pada era pascaglobalisasi ini, isu keruntuhan institusi keluarga semakin hangat menjadi bicara semua rakyat Malaysia tidak kira tua mahupun muda. Walaupun berbagai-bagai prakarsa telah dimainkan oleh para ibu bapa untuk mengekalkan keharmonian keluarga, namun hal ini seolah-olah tiada nokhtah pengakhiran. Adakah peranan yang dimainkan oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak cukup bersepadu untuk membawa paradigma baru ke dalam institusi kekeluargaan? Adakah peranan yang digerakkan oleh institusi keluarga dalam memacu keluarga mereka di bawah payung keharmonian gagal. Hal ini mungkin berpunca daripada prakarsa yang dimainkan oleh anak-anak yang tidak cukup mapan untuk membantu menyelesaikan masalah yang menunjangi keluarga mereka. Oleh itu, sudah menjadi amanah yang perlu dipikul anak-anak dalam merangka uslub terbaik untuk sama-sama memikul amanah kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing supaya usaha membentuk keluarga yang cemerlang dalam segenap aspek kehidupan berjaya. Jadi, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih dan oleh itu prakarsa ini hendaklah dimulakan dari sekarang kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan. Jadi, anak-anak hendaklah menggerakkan kembali jentera yang lebih bersepadu bagi membahagiakan ibu bapa dan sekali gus membentuk keluarga yang bahagia.

Sebenarnya, banyak prakarsa yang boleh dimainkan oleh anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa mereka antaranya adalah dengan memberikan kejayaan dan kecemerlangan kepada mereka. Tidakkah semua orang melihat, saban tahun apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan pasti ada yang berduka dan bergembira. Tetapi tidakkah mereka menyedari bahawa seorang insan yang bergelar ibu bapa pasti akan mengalirkan air mata kegembiraan apabila melihat keputusan cemerlang yang diraih oleh anak-anak

mereka? Sudah pastinya terselit seribu kepuasan dalam diri ibu bapa kerana keperitan dan penderitaan mendidik dan membesarkan anak telah terbalas dengan kejayaan anak-anak mereka. Oleh itu, anak-anak-anak-anak hendaklah belajar bersungguh-sungguh dan membesar mengikut acuan yang telah dibentuk oleh ibu bapa mereka. Orang tua-tua ada menyatakan bahawa usaha tangga kejayaan, jadi usaha yang gigih tanpa mengenal erti putus asa akan membuahkan kejayaan yang manis untuk dikecapi. Kegigihan anak-anak semata-mata untuk mencapai kejayaan bagi dihadiahkan kepada ibu bapa mereka akan dapat direalisasikan sekiranya mereka berjaya menangkis segala ancaman yang masuk ke tingkap globalisasi kehidupan mereka. Tuntasnya, sudah jelaslah bahawa kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran merupakan salah satu tunjang utama untuk membahagiakan ibu bapa.

(5)

salah satu elemen utama dalam memberikan kebahagiaan kepada orang tua mereka. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara merupakan kata-kata hikmat yang acap kali ditujukan khas kepada generasi muda tetapi tidak melampaukah jika semua orang

mengatakan bahawa anak-anak merupakan tonggak utama keluarga, jantung hati, permata bernilai buat ibu bapa? Bagi segelintir pihak, anggapan ini dipandang sinis tetapi itulah realiti sebenar bahawa anak merupakan tunjang utama keluarga dalam memacu ke arah

kebahagiaan keluarga. Selama bertahun-tahun anak-anak dididik dengan kebanyakan ibu bapa yang mengamalkan konsep melentur buluh biarlah dari rebungnya dan hasilnya, anak-anak telah berjaya menjadi insan yang berguna dan mampu menangkis segala hedonisme serta panji-panji kejahatan yang berleluasa kini. Jadi, hati ibu mana yang tidak sejuk melihat anak yang dipelihara mereka mempunyai keperibadian yang unggul. Oleh itu, anak-anak seharusnya berusaha menjaga akhlak dan budi pekerti mereka walaupun di mana-mana mereka berada kerana imej dan maruah keluarga bersandarkan tingkah laku mereka malah itulah juga yang menjadi kunci kebahagiaan buat ibu bapa mereka.

Sementelahan pula, ibu bapa juga akan bahagia jika anak-anak mereka menghormati mereka. Dalam menyoroti hal ini, aspek jasmani, emosi, intelektual dan sosial yang

termaktub dalam Falsafah Pendidikan negara sebenarnya mampu menjadi platform utama untuk anak-anak membahagiakan ibu bapa mereka. Bagi menyingkap hal ini, aspek jasmani yang boleh dipraktikkan anak-anak adalah dengan menghormati orang tua mereka sama ada dalam bentuk perbuatan mahupun perkataan. Sebagai contoh terdekat yang sangat ketara dengan semua pihak ialah seorang anak hendaklah bersalaman dengan ibu bapa mereka sebelum pergi ke mana-mana dan mereka hendaklah menundukkan badan sedikit apabila berjalan di hadapan orang tua. Dalam aspek emosi pula, anak-anak hendaklah menjaga perasaan ibu bapa mereka dan tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh menguris hati mereka. Dalam menghayati peribahasa yang berbunyi kerana mulut santan binasa dan sudah terhantuk baru nak tengadah, anak-anak hendaklah sentiasa menjaga segala tutur bicara mereka supaya perkataan yang diucapkan tidak menyinggung perasaan ibu bapa mereka. Dalam memperincikan aspek intelektual pula, anak-anak hendaklah mendengar nasihat yang diberikan ibu bapa bagi membolehkan mereka memperoleh keberkatan ketika mereka belajar. Hal ini sekali gus membolehkan segala ilmu yang dipelajari mampu diserap dengan mudah tidak seperti masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Eksplisitnya, memang benarlah bahawa sifat hormat seseorang anak terhadap kedua-dua orang tua mereka mampu membahagiakan mereka.

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing merupakan peribahasa yang sering berlegar-legar dan bermain-main di segenap kehidupan harian rakyat Malaysia. Jadi, dalam mempraktikkan hal ini, anak-anak hendaklah mengaplikasikan sikap ringan tulang dengan membantu ibu bapa menguruskan kerja-kerja rumah. Perkara ini bukan sahaja memudahkan urusan ibu bapa mereka malah dapat mengeratkan hubungan ukhwah kekeluargaan yang tersimpul rapi. Dalam menyingkap hal ini, konsep muafakat membawa berkat boleh

(6)

peranan anak-anak dalam membantu meringankan beban ibu bapa mereka menguruskan kerja-kerja rumah amat signifikan untuk mewujudkan kebahagiaan buat mereka.

Selain itu, prakarsa lain yang boleh dilakukan untuk membahagiakan ibu bapa adalah mendengar nasihat mereka. Bagi menghuraikan perspektif ini, semua orang dapat

menyaksikan bahawa hampir saban hari ada sahaja kes-kes yang membabitkan ibu bapa dan anak-anak menghiasi muka-muka depan akhbar di Malaysia sama ada kes pembuangan ibu bapa atau pergaduhan antara anak dengan kedua-dua ibu bapa mereka. Cuba kita

renungkan kembali peristiwa yang berlaku pada 27 Oktober 2010 di akhbar Harian Metro bertajuk, ‘Trajedi pilu 9 anak membuang ibu mereka yang sudah tua’. Wajarkah 9 orang anak bertindak sedemikian rupa? Pastinya peristiwa dan tragedi hitam ini tidak akan berlaku jika seorang anak tidak mengamalkan peribahasa seperti kacang lupakan kulit dan mendengar nasihat. Anak-anak yang mendengar nasihat sudah pasti akan menjaga kebajikan ibu bapa mereka terutama ketika umur senja mereka. Janganlah anak-anak membiarkan nasihat ibu bapa mereka umpama mencurah air ke daun keladi kerana segala nasihat itu tidak lebih untuk kebahagiaan anak-anak itu juga. Deduksinya, memang izharlah bahawa jika seseorang anak mendengar nasihat ibu bapa maka perkara inilah yang menjadi kunci kebahagiaan kepada ibu bapa mereka.

Tambahan lagi, mendoakan kesejahteraan ibu bapa juga adalah antara prakarsa yang boleh dilakukan untuk membahagiakan ibu bapa. Dalam menghayati hal ini, boleh dilihat dari dua perspektif yang berbeza. Perspektif pertama, mendoakan kesejahteraan ibu bapa ketika mereka masih hidup dan yang keduanya, mendoakan kesejahteraan mereka setelah mereka meninggal dunia. Oleh hal yang demikian, seseorang anak hendaklah menjadikan doa

sebagai budaya yang sinonim dengan diri mereka. Bagi merealisasikan hal ini, kekerapan berdoa kepada ibu bapa hendaklah dilakukan sebagai aktiviti rutin selepas solat kerana alah bisa tegal biasa. Tidak mustahil rasanya langkah ini dipraktikkan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jadi, anak-anak

hendaklah mendoakan kesejahteraan, keselamatan, kesihatan dan kemurahan rezeki untuk pihak ibu bapa mereka. Hal ini bukan sahaja bakal memudahkan urusan ibu bapa mereka di akhirat kelak malah akan membawa kebahagiaan di dunia lagi. Bagi merungkai kehidupan selepas mati, ibu bapa pastinya berasa bahagia dan tenang apabila berada di alam barzakh berkat doa seorang anak yang soleh. Konklusinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa doa merupakan senjata yag penting dan utama untuk membahagiakan ibu bapa.

Secara kesimpulannya, memang terdapat banyak peranan yang boleh dimainkan oleh anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa. Oleh itu, anak-anak-anak-anak hendaklah selalu berusaha

membahagiakan ibu bapa mereka secara istiqamah bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam mahupun bersikap melepaskan batuk di tepi tangga. Hal ini juga mampu membawa

kebahagiaan kepada ibu bapa mereka malah menjadi kayu ukur falah anak-anak dalam meniti kehidupan yang serba mencabar di alam fana ini. Seterusnya, anak-anak akan menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bersama-sama berganding bahu, selangkah sederap dengan pihak kerajaan dalam menjalankan tranformasi besar-besaran untuk memastikan keluarga sakinah dapat dilahirkan. Perkara ini sekali gus mampu membawa evolusi bermakna dalam institusi kekeluargaan dan seterusnya merealisasikan aspirasi kerajaan dalam mencapai visi kudsi Wawasan 2020. Jadi, kejayaan seseorang anak membahagiakan ibu bapa mereka sebenarnya mampu menjadi khazanah berharga untuk memajukan nusa dan bangsa.

(7)

Referensi

Dokumen terkait

H300 - Berbahaya jika tertelan, H315 - Menyebabkan iritasi kulit, H334 - Bisa menyebabkan gejala alergi atau asma atau kesulitan bernapas jika terhirup, H335 - Bisa menyebabkan

semak belukar (dungus) diantara anggota keluarga hingga memanas dan Pasiku-siku yang dalam Bahasa Indonesia artinya saling sikut. Sampai akhirnya lahan tersebut dibuat menjadi

Negara yang menempatkan kekuasaan tertinggi ada ditangan rakyat, berarti semua kegiatan pemerintahan berdasarkan peraturan perundang-undangan yang berlaku, dan undang-undang

Persepsi sosial pria transgender terhadap pekerja seks komersial secara umum adalah seorang wanita yang bekerja memberi layanan seks komersial yang berpenampilan

Namun demikian kalaupun tertutup kemungkinan untuk menarik kembali suatu barang yang telah dihibahkan (menurut sebagian pendapat kecuali hibah yang diberikan terhadap anak),

Karena letak site yang berada di pinggir sungai dibutuhkan sirkulasi dalam site yang cocok dengan daerah pinggir sungai karena site yang sering terkena luapan air sungai yaitu

mendapatkan pembelajaran tentang teori yang harus dipahami sebelum melakukan praktek, maka dari itu ruang teori dan komposisi adalah ruang yang digunakan siswa

Berdasarkan hasil-hasil di atas dapat disimpulkan bahwa keberhasil- an sambungan mete cukup baik (>80%) diperoleh dengan perendam- an entres dalam larutan sukrosa 0,2%