• Tidak ada hasil yang ditemukan

MUZIK SEBAGAI MEDIUM DAKWAH BERKSAN OLEH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "MUZIK SEBAGAI MEDIUM DAKWAH BERKSAN OLEH"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

MUZIK SEBAGAI MEDIUM DAKWAH BERKSAN

OLEH: WAN AHMAD FUAD BIN WAN AHMAD KAMIL

PENGENALAN

Apabila selesai konsert Kuala Lumpur Berselawat dengan penampilan lagu ‘Ya Hanana’ oleh Habib Syech yang dianjurkan sempena meraikan maulid Rasulullah saw, dapat kita lihat di kaca televisyen atau secara ‘live’ di Dataran Merdeka tersebut sangat ramai masyarakat Malaysia khususnya penduduk di Lembah Klang menghadiri konsert tersebut. Walaupun kita melihat bahawa rata-rata yang naik di atas pentas itu ialah habib jemputan dengan berserban dan berjubah, tapi itu tidak menghalang ramai orang tanpa mengira usia dan pangkat, terdiri dari pelbagai latar belakang karier dan kerjaya, serta memakai pakaian yang beraneka daripada berjubah dan berbaju melayu sehingga yang memakai jeans dan juga skirt datang menyaksikan konsert selawat tersebut.

(2)

perang, ada yang memakai kopiah, ada yang berambut pacak ala ala ‘punk’, ada yang botak ‘skinhead’ dan sebagainya), namun mereka semua datang ke konsert tersebut sambil menghayati

lirik-lirik lagu yang disampaikan.

Jika dibandingkan dengan ceramah atau kuliah agama yang dijalankan samada masjid atau dewan, kebarangkalian untuk mendapatkan penonton seramai yang hadir di konsert tersebut sangatglah tipis, mungkin hanya 1/3 daripada jumlah tersebut sahaja. Kenapa ini berlaku? Ini kerana muzik didapati mempunyai pengaruh yang sangat tinggi di dalam jiwa manusia berbanding ceramah atau kuliah biasa. Lihat sahaja di sekeliling kita. Kanak-kanak kecil lebih cepat menghafal lirik lagu berbanding nasihat oleh ibu bapa mereka sendiri. Di sini dapat dilihat muzik boleh memainkan pengaruh yang besar untuk menyebarkan dakwah kepada masyarakat Islam di Malaysia.

JIWA MANUSIA TERTARIK KEPADA MUZIK

(3)

Kita dapat lihat dalam 10 tahun kebelakangan ini banyak artis-artis menyanyikan lagu-lagu berunsur Islamik dan mempunyai nasihat tertentu diterima oleh masyarakat Malaysia, lebih lebih lagi oleh Muslim Malaysia.Penulis lirik moden sejak kemunculan M. Nasir banyak memasukkan nasihat dan teguran kepada masyarakat. Contohnya lagu menasihatkan mengenai pasangan kekasih oleh In Team bertajuk ‘Kasih-Kekasih’:

“Sebelum diijabkabulkan syariat tetap membataskan’ Pelajari ilmu rumah-tangga agar kita lebih bersedia

Menuju hari yang bahagia”

Lirik lagu sebegini mengajar remaja-remaja kita untuk menjaga perhubungan antara lelaki dan perempuan agar tidak melebihi batasan syariat selagi tidak disahkan melalui ikatan perkahwinan. Lagu sebeginilah yang mudah diterima remaja-remaja, sedap didengar dan senang dihafal. Renung kembali sewaktu Raihan mula-mula terkenal dengan album selawat mereka. Kita dapat lihat lagu Rakan Selawat- Maulid menjadi siulan anak-anak muda, sekali gus mengajak mereka untuk berselawat kepada Rasulullah saw.

LAGU DAN DAKWAH

(4)

1. Nasihat dan motivasi dalam kehidupan (lagu Raihan-Demi Masa, Syukur, Maher Zain-Number One for Me, KRU-Ampuniku, Assalamualaikum- Faizal Tahir, Mirwana – Aku tanpa cintaMu),

2. Menceritakan sirah kehidupan Rasulullah, sejarah umat terdahulu dan juga sejarah umat Islam (Far East-Al Hambra, Raihan-Ashabul Kahfi, Tihamah, Hijjaz- Rasulullah, Dia Kekasih Allah, Mestica- Siratunnabi, Luqman al-Hakim, Salahuddin al-Ayubbi, Daqmie-Tangis Sebatang Tamar, Habib Syech- Ya Hanana),

3. Mengajak umat Islam untuk berselawat ke atas junjungan Rasulullah saw (In Team- Nur Selawat, Hijjaz- Tolaal badrul Alaina, UNIC -Muhammad Ya Nabiyyina, Nur Muhammad, Raihan- Rakan Selawat),

4. Lagu yang menyemarakkan semagat perjuangan (Mestica- Kembali Gemilang, Shoutul Amal- Amalulillah, Rabbani- Intifada, Hijjaz-Briged al-Qassam),

5. Unsur persahabatan, cinta remaja dan perkahwinan (UNIC-Hanya Tuhan yang tahu, Insan bernama kekasih, satu pertemuan, In Team-Bisikan Nurani, Kasih Kekasih, Hijjaz-Permaisuri Hatiku, Firdaus-Cinta dan Harapan) dan lain-lain lagi.

(5)

lagu-lagu ini boleh menjadi alternatif kepada kuliah dan ceramah untuk masyarakat Muslim mencari inspirasi dan memperbaiki diri.

HUKUM BERMAIN ALATAN MUZIK DAN MENDENGAR NYANYIAN

Ulama telah berselisih pendapat megenai hukum muzik, samada bermain alatan muzik, ataupun mendengar nyanyian. Dua pandangan utama ulama berkenaan muzik ini ialah samada ianya harus ataupun haram. Di sini kita akan membincangkan kedua-dua pendapat mengikut skop ilmiah masing-masing.

PANDANGAN 1: PANDANGAN ULAMA YANG MENGATAKAN HARAM MUZIK

Ulama yang mengatakan hukum muzik ialah haram bersandarkan kepada dalil al-Quran dan hadith. Di dalam Quran, Allah swt telah berfirman maksudnya:

Dan ada di antara manusia: orang Yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan Yang melalaikan; Yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang Yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang Yang akan beroleh azab Yang menghinakan.(Surah Luqman: 6)

(6)

Dan apabila mereka mendengar perkataan Yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: “Bagi Kami amal Kami dan bagi kamu pula amal kamu; Selamat Tinggalah kamu; Kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang Yang jahil”. (Surah al-Qasas: 55)

Lagha atau melalaikan di sini disandarkan kepada nyanyian dan muzik. Selain ayat Quran ini, didatangkan juga dalil hadith sebagai penguat hujah ini. Golongan ulama ini bersandarkan kepada hadith daripada Sahih Bukhari yang bermaksud:

“Benar-benar akan ada di kalangan umatku kaum-kaum yang menghalalkan zina, sutera (bagi lelaki), khamr (arak), dan muzik.” (Riwayat Al-Bukhari dengan lafaz yang tegas)

Daripada hadith ini ada satu kalimah al-Maazif. Ulama berselisih pendapat mengatakan bahawa perkataan al-Maazif ini boleh membawa maksud nyanyian atau alat muzik. Selain itu, dinukilkan juga bahawa Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali ada menyebut bahawa sebab pengharaman alat muzik ialah kerana pada zaman beliau itu alat muzik menjadi simbol kepada golongan peminum arak pada masa itu

PANDANGAN 2: ULAMA YANG BERPEGANG KEPADA HARUSNYA MUZIK DAN NYANYIAN.

(7)

Ulama yang mengharuskan muzik seperti Imam Ibn Hazm, Ibn Arabi, Dr. Yusuf al-Qardawi dan lain-lain lagi menyebut bahawa ayat-ayat al-Quran yang ditafsirkan mengharamkan muzik daripada surah Luqman (ayat 6) dan al-Qasas (ayat 55) tidak tepat ditafsirkan terus kepada muzik, akan tetapi umum dan merujuk kepada semua perkara. Dalam konteks dalil al-Quran dan hadith, tiada satu dalil khusus yang boleh dikatakan merujuk kepada pengharaman muzik seperti dalil pengharaman arak dan khinzir.

Selain itu, mereka juga berdalilkan hadith daripada Aisyah r.a:

“Bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadith ini juga didatngkan dengan satu hadith lain riwayat Ummul Mukminin Aisyah ra yang menyebut mengenai muzik:

Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).

(8)

IMPAK MUZIK KEPADA DAKWAH ISLAM

Lihat sahaja bagaimana impak muzik kepada dunia kita sekarang. Apabila munculnya Raihan, Rabbani, Brothers dan Hijjaz pada awal 90 an dahulu, maka masyarakat Malaysia kita mempunyai alternatif kepada muzik rock dan punk yang dibawa oleh Barat. Himpunan selawat, nasihat dan kisah-kisah Nabi menjadi siulan di bibir-bibir anak muda pada masa itu. 10 tahun kemudian muncul pula kumpulan nasyid moden seperti In Team, Mirwana, UNIC dan sebagainya pula membawa genre lagu cinta remaja berkonsepkan Islam. Tidak dinafikan bahawa ramai yang mengkritik tetapi ramai yang tidak dapat melihat impak sebenar yang dibawa mereka. Lagu-lagu berunsurkan cinta dan remaja islamik ini memberi pesanan dan teguran kepada anak-anak muda di samping mengajak mereka kepada Ilahi, lebih baik daripada terus lalai mendengar muzik rock seperti Innuendo, KRU, Wings dan sebagainya.

(9)

KESIMPULAN

Referensi

Dokumen terkait

Penempatan perangkap III (tiga), badak yang datang dari arah F dan mengarah turun ke Bt 890 dan dari jalur C, D dan E langsung naik ke atas Bt Batu Bedoro atau Bt 1040

dengan orang tua murid dari beberapa sekolah berlabel Islam di Surakarta yang menyatakan bahwa alasan mereka lebih memilih menyekolahkan anak di sekolah berlabel

Pada penulisan skripsi ini pembatasan masalah mencakup uji coba kapal model jenis tongkang yang akan diperoleh hambatan total dan di bandingkan dengan hambatan

Dengan menggunakan model Discovery Learning, peserta didik dapat mengidentifikasi dan membandingkan fungsi sosial, struktur teks dan unsur kebahasaan terkait dengan

Dari tanya jawab guru dan siswa tersebut dapat disimpulkan bahwa sebagian besar siswa sudah memahami sebagian materi tersebut. Akan tetapi ada beberapa sub pokok bahasan

Meskipun media ini tidak memberikan pengalaman langsung kepada siswa karena tidak menggunakan alat-alat yang konkrit, namun penggunaan media virtual seperti PhET lebih

Tujuan: Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan pola makan dan persepsi orangtua dengan kejadian obesitas pada anak usia 8-13 tahun di SD Budi

4 7  Mampu memahami definisi dari distribusi Poisson  Mampu memahami rumus dari ditribusi Poisson  Mampu memahami contoh simulasi kasus model probabilistik