• Tidak ada hasil yang ditemukan

Modul pemulihan sabk 3

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Modul pemulihan sabk 3"

Copied!
36
0
0

Teks penuh

(1)

Unit Tajuk Jam

1 Latar Belakang dan Konsep Pemulihan 4

2 Prosedur Pemulihan 6

3 Aktiviti Pemulihan di dalam Bilik Darjah 5

Jumlah

15

Sinopsis

Unit ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui, memahami, dan mengaplikasikan

konsep-konsep pemulihan dalam mata pelajaran bahasa Melayu di bilik darjah. Tajuk-tajuk

yang diliputi ialah konsep pemulihan, langkah-langkah pelaksanaan, dan aktiviti pemulihan.

Modul ini dibahagikan kepada tiga unit pembelajaran seperti berikut:

Unit Pembelajaran 1: Latar Belakang dan Konsep Pemulihan

Unit Pembelajaran 2: Prosedur Pemulihan

Unit Pembelajaran 3 : Aktiviti Pemulihan di dalam Bilik Darjah

Selepas menggunakan modul ini, diharapkan anda dapat melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah dengan lebih berkesan lagi.

Modul 9/14

(2)

Hasil Pembelajaran

Selepas mengikuti modul ini anda akan dapat:

i. menghuraikan sejelas-jelasnya konsep pemulihan;

ii. membuat refleksi tentang masalah pembelajaran bahasa Melayu melalui

pengamatan dan pengalaman di bilik darjah;

iii. merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pemulihan dalam pengajaran

pembelajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah;

Arahan

1. Baca dan fahami objektif modul.

2. Jawab ujian pra berdasarkan pengalaman sedia ada.

3. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit.

4. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan yang

diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula soalan pasca.

5. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pensyarah dan

buat perbandingan.

6. Sekiranya skor anda kurang daripada 50% buat semula unit pembelajaran yang

telah anda kenal pasti.

7. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar pada sesi

berikutnya.

Catatan:

Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan untuk meluaskan lagi

pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang berkenaan untuk

(3)

Ujian Pra

Tandakan ( ) pada penyataan yang tepat dan ( x ) pada penyataan yang tidak tepat.

1. Pemulihan ialah proses pengajaran dan pemebelajaran untuk membantu murid

bermasalah di dalam bilik darjah. ( )

2. Rasional pemulihan Bahasa Melayu dalam bilik darjah ialah untuk mengelakkan

keciciran dalam pembelajaran. ( )

3. Salah satu daripada ciri-ciri murid pemulihan ialah hiperaktif. ( )

4. Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk-bentuk huruf adalah kemahiran

yang perlu diberikan perhatian oleh guru kepada murid pemulihan. ( )

5. Menulis huruf-huruf secara bebas di atas kertas kosong merupakan aktiviti

pemulihan kemahiran pratulisan. ( )

6. Membina perkataan yang mudah dengan menggabungkan dua atau tiga suku kata

merupakan langkah keempat dalam pengajaran pemulihan bahasa Melayu mengikut

kaedah abjad ( )

7. Kelemahan pengajaran pemulihan kaedah abjad ialah murid lebih mengutamakan

ejaan dan sebutan tetapi tidak kepada pemahaman murid. ( )

8. Sebelum melaksanakan aktiviti pemulihan guru perlu mengadakan ujian saringan

dan diagnostik bagi mengesan daerah kelemahan pembelajaran murid. ( )

9. Terdapat dua strategi pengajaran pemulihan iaitu stategi kumpulan dan strategi

individu. ( )

10. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran pemulihan perlu mengikut susunan

urutan seperti berikut, ujian -– pengajaran -– perancangan -– penilaian -– kerja

(4)

1.1 Konsep Pemulihan 9/14

Pemulihan Bahasa Melayu – Latar Belakang dan Konsep Unit 1

Hasil Pembelajaran

Setelah mengikuti pelajaran di dalam unit ini pelajar akan dapat:

1. menghuraikan konsep pemulihan dalam Bahasa Melayu.

Arahan

Pelajar dikehendaki:

1. membaca nota yang disediakan dengan teliti,

2. membuat rujukan perpustakaan dan maklumat dari internet,

3. menjawab soalan tugasan/ aktiviti yang disediakan.

1. Pengenalan

1.1.1 Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246)

(5)

1.1.2 Blair (1956)

Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak

yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat

diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran.

1.1.3 O. C. Simpson (1975)

Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk

mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran

dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara

sambilan, dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.

1.1.4 Syarifah Alawiah Alsagoff (1983)

Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid

yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di

pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran

pembelajaran biasa.

1.1.5 Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983)

Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang

menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.

Rumusan Konsep

Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk

membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program

pemulihan ini bermatlamatkan supaya jurang perbezaan pencapaian di antara murid dapat

dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih

(6)

1.2 Program Pemulihan

“... Setiap murid adalah berbeza antara satu dengan lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, kecenderungan, bakat dan kebolehannya. Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah...”

(Buku Panduan Am KBSR, 1982)

Menurut Ab. Rahman, et. al. (1997), dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR), program pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk

membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai

kemahiran asas 3M (membaca, menulis, dan mengira). Mereka ini kemudiannya diberikan

program pemulihan sebaik-baik sahaja masalah mereka dapat dikesan dan dikenal pasti.

Ab. Rahman et. al. (1997) menjelaskan lagi, bahawa program pemulihan perlu dilaksanakan

kepada murid yang menghadapi masalah pembelajaran, iaitu mereka yang memperoleh

pencapaian di bawah paras yang sepatutnya. Murid-murid seumpama ini ada di semua

peringkat persekolahan, baik di luar bandar mahupun di bandar.

Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid ini mungkin berupa masalah yang

ringan, dan pemulihan boleh dilakukan oleh guru kelas biasa. Bagi murid-murid yang

menghadapi masalah yang berat dan kompleks, mereka akan dikelolakan oleh guru khas

pemulihan di kelas khas.

Apabila kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau konsep dipulihkan, murid-murid yang

diajar oleh guru pemulihan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik di kelas

khas akan dihantar semula ke kelas biasa. Sementara murid-murid pemulihan di kelas biasa,

akan diubahsuai kedudukan di dalam kelas kepada kumpulan-kumpulan mengikut kebolehan

(7)

1.2.1Objektif Pendidikan Pemulihan

 Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran

tertentu;

 Memupuk serta mengembangkan sikap yakin diri dan sikap positif terhadap

pembelajaran;

 Membantu murid mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menjejaskan

pembelajaran;

 Membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan cara mengikuti

aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan mereka;

 Membolehkan murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan

kemampuan dan perkembangan mental individu;

 Membolehkan murid mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri

sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah;  Membolehkan murid meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa

(8)

Berdasarkan bahan yang telah anda baca di atas, teliti rasional pemulihan di bawah.

RASIONAL PEMULIHAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

 Mengembangkan potensi individu

Mengatasi masalah rendah diri murid

Mengelakkan keciciran murid dalam pembelajaran

Perbezaan Murid

 Pengalaman

 Minat

 Kebolehan

Meningkatkan penguasaan kemahiran

Murid-murid keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang kebolehan menerima pendidikan biasa dengan

sepenuhnya. Mereka menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran dan memerlukan satu program pendidikan yang teratur dan terancang

bagi membolehkan mereka belajar seperti murid biasa. Aktiviti yang dijalankan akan dapat membantu mereka menghadapi proses

(9)

1.2.2 Jenis-Jenis Pemulihan

Pemulihan Khas (Masalah Pembelajaran Kompleks)

Pemulihan jenis ini dijalankan di bilik darjah khas oleh guru khas yang terlatih dalam bidang ini. Murid-muridnya terdiri daripada mereka yang yang gagal menguasai “3M”, yang telah dikenal pasti melalui Ujian Saringan.

Pemulihan Bahasa Melayu di Bilik Darjah (Masalah Pembelajaran Ringan)

Pemulihan jenis ini pula dijalankan di dalam bilik darjah biasa oleh guru biasa. Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dikenal pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti pemulihan dijalankan secara semerta.

1.2.3 Ciri-Ciri Murid Pemulihan

Lemahdalam penguasaan “3M”

Lemah dalam pemikiran tentang konsep yang abstrak  Lemah dari segi koordinasi mata dan tangan

Singkat tahap tumpuannya  Kurang keyakinan diri  Lambat bertindak balas  Gagal dalam ujian

Sukar menguasai pelajaran dalam masa yang ditentukan  Lemah dari segi ingatan pendengaran dan ingatan penglihatan  Rendah darjah kecerdasannya berbanding dengan rakan sebayanya  Seringkali sakit

Kerap ponteng sekolah

Kurang terlibat dalam aktiviti pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah  Bermasalah tingkah laku

(10)

1.2.4 Banding Beza Pemulihan Biasa dengan Pemulihan Khas

Pemulihan Biasa Pemulihan Khas

 guru ada asas latihan keguruan  ada asas perguruan dan kursus khas

 dijalankan semasa proses p - p kelas biasa

 dijalankan pada waktu tertentu

 perlu pada setiap mata

 ujian bulanan atau penggal  ujian pencapaian bagi setiap kemahiran

 tidak perlu ujian saringan atau diagnostik

 perlu ujian saringan dan diagnostik

 tidak memerlukan rekod yang

 pemulihan dilakukan secara khusus

 murid tahap 1 dan 2 yang tidak menguasai kemahiran

 keutamaan murid tahap 1 yang dicalonkan oleh guru kelas

 pemulihan berdasarkan kelemahan tertentu yang dikesan oleh guru

 perlu merujuk kepada AJK perancangan kurikulum sekolah

 bilangan murid tidak dihadkan  bilangan murid maksimum 15 orang

(11)

1.2.5 Contoh Masalah Murid Pemulihan

1.2.5.1 Kemahiran Lisan  Kosa kata yang terhad

 Menggunakan dialek

 Menggunakan bahasa ibunda

 Lemah dalam kesantunan berbahasa

 Gagal mematuhi arahan

 Lemah ingatan pendengaran

1.2.5.2 Kemahiran Membaca

 Keliru pada huruf yang hampir sama: b – d , m, w

 Keliru pada huruf-huruf besar dan kecil yang berubah: a – A, b – B

 Masalah disleksia: [kail] – [kali], [dada] dibaca [baba]

 Tidak dapat membatangkan suku kata tertutup

 Tidak dapat membatangkan perkataan yang mengandungi lebih daripada dua suku kata

 Membaca secara berlagu

 Lemah ingatan penglihatan

 Tidak faham bahan yang dibaca

 Sukar membuat hubung kait

 Tidak dapat membuat urutan

1.2.5.3 Kemahiran Menulis

 Kecondongan dan bentuk huruf tidak tekal

 Huruf besar dan kecil yang bercampur aduk

 Salah ejaan

 Kosa kata yang terhad

 Aliran pemikiran tidak lancar

 Lupa format penulisan

 Lemah dalam penyampaian idea

 Ayat yang tidak gramatis

(12)

Tugasan

a. Daripada maklumat di atas, cuba anda rumuskan

konsep pemulihan. Kemudian, rujuk guru pemulihan di sekolah tempat anda bertugas sekarang. Bandingkan maklumat di atas dengan perjalanan program pemulihan di sekolah anda.

b. Cuba kaitkan masalah murid pemulihan (kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis) dengan seorang murid anda. Catatkan kelemahan murid anda itu.

(13)

9/14

Pemulihan Bahasa Melayu – Prosedur Pemulihan Unit 2

Hasil Pembelajaran

Setelah mengikuti pelajaran di dalam unit ini pelajar akan dapat:

1. Memahami prosedur pemulihan dan;

2. Melaksanakan aktiviti pemulihan di dalam bilik darjah.

Arahan

Pelajar dikehendaki:

1. membaca nota yang disediakan dengan teliti,

2. membuat rujukan perpustakaan dan maklumat daripada internet,

3. menjawab soalan tugasan/ aktiviti yang disediakan.

2.1 Pengenalan

Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, konsep 5P iaiitu,

penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan perlu

dilaksanakan oleh para guru di dalam bilik darjah. Di bawah, dinyatakan beberapa

prosedur dan prinsip-prinsip pemulihan yang perlu dikuti oleh para guru bagi

membantu mengatasi masalah pembelajaran pelajar.

2.2 Prinsip-Prinsip Pendidikan Pemulihan

 Mengenal pasti murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan membuat penilaian awal ke atas mereka.

 Pendekatan secara individu, misalnya mengadakan kelas khas yang kecil.

 Kurikulum yang diubahsuai.

 Dalam mengajar sesuatu item, kita hendaklah menegaskan luasnya dan bukan perinciannya

 Ketepikan isi-isi pelajaran yang tidak berfaedah

(14)

 Kurangkan masa untuk aktiviti yang lain supaya murid yang lemah dapat diberi perhatian.

 Gunakan banyak latih tubi dan tunjuk cara.

2.3 Pelaksanaan Program Pemulihan

Ujian Saringan Binaan Guru

Kenal pasti dan menganalisis:

 murid bermasalah melalui pemerhatian dan keputusan ujian;

 masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui Ujian Saringan dan Diagnostik;

 punca masalah dari aspek fizikal, intelek, dan emosi yang mengganggu pembelajaran.

 Merancang aktiviti pemulihan yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.  Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran.

 Melaksanakan aktiviti pemulihan yang telah dirancang.

 Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang telah dicapai.

 Menjalankan tindakan susulan seperti memindahkan semula murid berkenaan ke

dalam kumpulan murid yang biasa atau merancang semula aktiviti pemulihan yang

(15)

Langkah-langkah yang dinyatakan di atas boleh digrafikkan sebagaimana rajah yang

berikut:

kenal pasti murid

analisis masalah

membuat perancangan

melaksanakan pengajaran

membuat penilaian

(16)

S

S

trategi

trategi

P

P

engajaran

engajaran

dan

dan

P

P

embelajaran

embelajaran

Ujian

Sila rujuk rajah di atas.

Melalui ujian saringan binaan guru, guru dapat mengenal pasti pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran. Guru bolehlah merancang aktiviti pemulihan berdasarkan objektif yang hendak dicapai. Pendekatan dan teknik yang diguna pakai hendaklah sesuai dan alat bantuan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran juga diharap dapat membantu proses tersebut.

Guru boleh menggunakan kaedah kelas, kaedah kumpulan dan kaedah individu, bergantung kepada jumlah pelajar yang dipilih untuk kumpulan pemulihan. Setelah P&P di jalankan, maka guru perlu membuat penilaian bagi mengesan kemajuan yang dicapai, merekodkan hasil dan menganalis dapatan tersebut.

(17)

2.4 Ujian Diagnostik

Definisi:

Mengenal pasti ketidakupayaan seseorang murid dari segi pengamatan, psikomotor, kognitif atau psikolinguistik yang dijangka akan menyebabkan gangguan penguasaan sesuatu kemahiran”. Salvia & Ysseldyke (1978)

“…mengenal pasti sebab-sebab kenapa seseorang murid gagal menguasai kemahiran sasaran. Proses ini melibatkan faktor-faktor gaya belajar, penggunaan peneguhan dan punca di mana bermulanya gangguan pembelajaran”.

Langone (1991)

Ujian Disgnostik mengandungi, satu sampel pembinaan ujian, senarai kemahiran yang hendak diuji dan JSU/JPU. Ketiga-tiga kompenan ini dirangkum bagi mengesan daerah

1.1 Abjad kecil secara turutanAbjad kecil secara turutan 1.2 Abjad kecil secara rawak 1.2 Abjad kecil secara rawak 1.3 Abjad besar secara turutan 1.3 Abjad besar secara turutan 1.4

(18)

Ujian

3.11 kv+kvkk : parang, terung: parang, terung 3.12 kvkk+kv

3.12 kvkk+kv : nangka, tangga: nangka, tangga 3.13 kvk+kvkk

3.13 kvk+kvkk : bintang, kambing: bintang, kambing 3.14 kvkk+kvk

3.14 kvkk+kvk : songkok, songket: songkok, songket 3.15 kvkk+kvkk

3.15 kvkk+kvkk : longkang, kangkung: longkang, kangkung

Ujian

(19)

guli

buku

mata

meja

jari

topi

Kemahiran: Mengenal perkataan kv+kv Suaikan perkataan dengan gambar

(20)

muka mata mula

gaji gula guli

kopi topi tepi

gari jari gigi

meja maju malu

Kemahiran: Mengenal perkataan kv+kv

Bulatkan perkataan yang sesuai dengan gambar

buku buka baka

Analisis kesalahan:

mata Kemahiran: Mengenal perkataan kv+kv

(21)

Ujian diagnostik di atas merujuk contoh sukatan pelajaran sekolah rendah manakala bagi sukatan pelajaran sekolah menengah, guru-guru boleh melihat dan merancang mana-mana kemahiran yang perlu didiagnostik seperti contoh di atas.

SELAMAT MENCUBA

2.5 Strategi Pengajaran Pemulihan

2.5.1. Strategi Kumpulan:

 Digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang sama;

 Guru boleh merancang dan menjalankan pengajaran pemulihan untuk murid-murid yang bermasalah;

 Murid-murid lain akan menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan oleh guru.

2.5.2 Strategi Individu:

 Digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang berlainan;

 Guru boleh bergilir-gilir membetulkan kesalahan murid secara individu;

 Murid-murid lain menjalankan aktiviti pengukuhan;

 Guru boleh menggalakkan murid cerdas mengajar murid-murid bermasalah secara individu.

(22)

Lampiran

Contoh Borang Skor Individu

Nama Murid: _______________________________________________________

Tahun: ____________________________

Kod Elemen: Membaca

Bil. Item O B A T Catatan

1. Kebolehan mengecam huruf 2. Kebolehan menamakan huruf 3. Kebolehan membunyikan vocal

4. Kebolehan menguasai suku kata KV, KVK, KVKK

5. Kebolehan membaca dan memahami perkataan VKV, KVKV, VKVK, dan perkataan yang mengandungi diftong, vokal berganding dan konsonan bergabung

6. Kebolehan membaca dan memahami perkataan

7. Kebolehan membaca dan memahami pelbagai jenis dan bentuk ayat

8. Kebolehan membaca dan memahami perenggan

Petunjuk:

O = Omit

 Apabila murid tidak memberi sebarang respon atau jawapan  Respon atau jawapan murid tidak berkaitan

(23)

Tugasan

Anda telah meneliti maklumat dan menyempurnakan tugasan tentang pemulihan. Sila hubung kaitkan maklumat tersebut dengan pengalaman anda sendiri dalam melaksanakan pengajaran pemulihan di sekolah.

Sehubungan dengan pengalaman anda itu, sediakan suatu refleksi terhadap keberkesanan pengajaran dan tindakan susulan yang diambil.

Dokumentasikan refleksi anda itu.

Penutup

Sebagai rumusannya, dalam keseluruhan usaha pemulihan tentang sesuatu kemahiran

bahasa, proses yang sering kita lakukan adalah seperti berikut:

Sebelum kita membuat ujian saringan atau diagnostik kita perlu membina alat atau bahan

ujian. Selepas ujian itu sempurna ditadbirkan kita akan mengumpulkan tindak balas atau

jawapan pelajar untuk diperiksa dan dinilai. Bagi pelajar yang lemah diberikan pemulihan di

dalam kelas. Aktiviti pemulihan amat penting kerana pelajar yang lemah dapat mengikuti P&P

(24)

9/14

Pemulihan Bahasa Melayu – Aktiviti Pemulihan di dalam Bilik Darjah Unit 3

3.1 Peringkat Prabacaan

 Murid-murid pemulihan perlu dibekalkan pelbagai kemahiran lain supaya peringkat

prabacaan mereka dapat dilalui dengan sempurna. Berikut ialah kemahiran yang perlu

diberi perhatian;

1. kemahiran menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama

2. memilih bentuk-bentuk yang sama dan berbeza

3. mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk-bentuk huruf

4. mengelaskan benda atau gambar mengikut kumpulan

5. menyusun benda atau gambar mengikut urutan

6. mengecam bentuk-bentuk huruf kecil dan besar

7. memadankan huruf mengikut urutan.

 Pada peringkat ini, anda sebagai guru harus pandai merancang aktiviti yang menarik

supaya murid-murid anda dapat menguasai pelbagai kemahiran yang berkaitan

dengan berkesan. Anda boleh mengisi aktiviti prabacaan murid-murid anda dengan

permainan huruf, suku kata dan perkataan.

 Selain itu, aktiviti-aktiviti melukis dan menulis hendaklah berkait rapat dengan huruf

atau simbol yang diperkenalkan kepada murid-murid.

 Anda mesti ingat bahawa membaca tidak mungkin berlaku sekiranya murid-murid

tidak dapat mengenal pasti simbol atau perkataan serta memahami maknanya. Oleh

itu, apabila anda melaksanakan pengajaran peringkat prabacaan, anda perlu memberi

(25)

benar dapat menolong murid-murid pemulihan anda. Antara kaedah dan pendekatan

yang boleh anda pilih adalah seperti yang berikut:

 Kaedah Abjad  Kaedah Fonik  Kaedah Suku Kata  Kaedah Perkataan  Kaedah Ayat dan Cerita  Pendekatan Cerakinan  Pendekatan PEBAS

 Pendekatan Gabungan Bunyi Kata  Pendekatan Abjad-Suku Kata

 Bagaimanakah anda melaksanakan pengajaran membaca peringkat prabacaan?

Berikut ialah sedikit penerangan untuk panduan anda:

1. Pastikan murid-murid mengenali huruf dan membunyikannya dengan

betul

2. Bimbing mereka menggabungkan huruf konsonan dengan huruf

vokal supaya menjadi suku kata

3. Murid-murid dilatih tubi mengeja suku kata

4. Kukuhkan daya penglihatan dan pengamatan murid-murid dengan latihan

melukis bentuk-bentuk yang menyerupai huruf dan seterusnya latihan menulis

huruf.

 Setelah meneliti keterangan di atas, anda jangan lupa bahawa ada perkara yang perlu anda ambil perhatian. Berikut ialah perkara-perkara tersebut:

1. Penguasaan bahasa lisan:

Anda mesti memastikan murid-murid menguasai bahasa lisan dengan baik

supaya mereka mampu menterjemah huruf atau lambang tulisan kepada

bunyi-bunyi tertentu. Oleh itu, bahan bacaan yang dipilih haruslah

(26)

murid-2. Penglihatan:

Paparkan bentuk huruf secara visual dengan jelas. Cara ini akan membantu

murid-murid mengenal huruf, suku kata dan perkataan dengan cepat dalam

latihan mengeja. Seterusnya, murid-murid akan mengenal huruf dan bentuknya

serta mampu mengenal pasti persamaan dan perbezaan huruf-huruf tersebut.

3. Pendengaran:

Latih tubi mengeja suku kata perlu dilakukan untuk menajamkan

pendengaran murid-murid pemulihan. Melalui latihan ini murid-murid dapat

mengenali bunyi-bunyi yang sama dan berbeza dalam perkataan.

4. Hubungan huruf dengan bunyinya:

Latihan mengeja hendaklah dijalankan secara sistematik supaya

murid-murid dapat menghubungkan huruf dengan bunyinya. Anda

patut mengenal pasti strategi yang menarik untuk mengelakkan rasa

jemu murid-murid apabila melakukan latihan ini.

5. Peraturan membaca dari kiri ke kanan:

Dalam tulisan Rumi, susunan dan peraturan membacanya ialah dari kiri ke

kanan.

6. Gabung jalin semua aspek bahasa:

Anda perlu ingat bahawa untuk mengukuhkan kemahiran membaca dalam

kalangan murid, anda mesti memulakannya dengan kemahiran mendengar,

bertutur dan menulis terlebih dahulu. Untuk merangsang minat murid-murid,

anda boleh menjalankan aktiviti bercerita atau menyanyi untuk mengenal

(27)

atau menyanyi perlu digandingkan dengan alat-alat bantu mengajar yang

menarik. Anda boleh memilih mana-mana alat atau bahan yang berikut;

i. kad-kad huruf

ii. kad-kad suku kata

iii. kad-kad perkataan

iv. carta bergambar

v. pita rakaman

vi. carta huruf-huruf vokal dan konsonan

3.2 Peringkat Pratulisan

Murid-murid pemulihan sudah boleh diajar kemahiran pratulisan sekiranya ia sudah

mempunyai kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jari jemari serta sudah

dapat membuat pengamatan visual iaitu sudah boleh membezakan dan mengecam

benda-benda. Pada peringkat ini otot-otot tangan dan jari dilatih supaya lebih kemas dan teratur

pergerakannya dan juga dapat memegang pensel dengan betul dan kemas. Selain itu,

latihan-latihan koordinasi mata dan tangan dilakukan dengan banyak supaya murid-murid

dapat meniru bentuk-bentuk yang dilihat.

Pada peringkat pratulisan, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih

pergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata melalui

lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh murid-murid. Menurut

Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffmann (1991) kanak-kanak sepatutnya sudah boleh

melakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis.

i. Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan, dan depan ke

belakang.

ii. Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus.

(28)

iv. Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah,

dan bawah ke atas.

v. Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan

secara bebas.

vi. Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung, dan bulatan arah jarum jam.

vii. Melukis garis condong.

viii. Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk, dan

ix. Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan bentuk

huruf-huruf tersebut.

3.3 Kaedah Abjad

Cuba anda imbau semula semula zaman persekolahan anda khususnya semasa anda berada

dalam tahun satu atau tadika. Apakah kaedah yang digunakan oleh guru anda untuk

mengajarkan asas kemahiran membaca kepada anda dan rakan-rakan? Pastinya, salah satu

kaedah yang sering digunakan ialah kaedah abjad. Kaedah ini merupakan suatu kaedah

mengajarkan kemahiran asas membaca yang telah lama dipraktikkan oleh guru-guru.

Kaedah ini dikenali juga dengan nama kaedah huruf atau mengeja.

Mengikut kaedah ini murid-murid diperkenalkan dengan semua huruf dalam sistem

ejaan, iaitu daripada huruf /a/ hingga /z/ (huruf kecil dan huruf besar). Murid-murid

dikehendaki mengenal bentuk-bentuk huruf dan namanya. Kemudiannya mereka akan

diperkenalkan dengan huruf vokal dan huruf konsonan. Huruf-huruf konsonan digabungkan

(29)

Langkah 1

Memperkenalkan keseluruhan huruf atau abjad dengan menyebut nama huruf mengikut

urutannya a, b, c, d hingga z. Teknik yang boleh digunakan ialah nyanyian dan hafalan.

Langkah 2

Memperkenalkan huruf-huruf dan bunyi vokal serta huruf-huruf konsonan. Huruf-huruf ini

boleh diperkenalkan dengan cara menyebut nama huruf awal untuk sesuatu benda, binatang

atau tumbuhan.

Langkah 3

Membina suku kata, iaitu menggabungkan huruf konsonan dengan huruf vokal – ba, bi, bu,

be, bo, be ca, ci, cu, ce, co, ce. Biasanya murid-murid membaca dengan mengeja dan

menyebut nama huruf lalu membunyikan suku kata.

Langkah 4

Menggabungkan suku kata untuk membina perkataan yang mudah-mudah - dua atau tiga

suku kata. Perkataan yang dihasilkan daripada gabungan suku kata ini dibaca dengan cara

mengeja setiap suku katanya. Contohnya untuk perkataan buku (bu + ku), murid-murid

menyebut setiap huruf dalam suku kata pertama dan mengejanya hingga menghasilkan bunyi

bu. Proses yang sama diteruskan untuk suku kata kedua ku dan diulang-ulang hingga

menghasilkan perkataan buku.

Langkah 5

Membaca ayat-ayat pendek atau buku teks. Cara membaca juga sering dilakukan secara

mengeja.

Kaedah abjad ada kekuatan dan kekurangannya. Kekuatannya ialah murid-murid

dapat membaca apa-apa sahaja bahan terutamanya perkataan yang baru dijumpainya kerana

dia sudah kenal semua huruf dan dapat mengeja semua perkataan. Di samping itu, kaedah ini

sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu yang mengeja perkataan mengikut bunyi. Cara

mengeja suku katanya tetap. Kaedah ini juga memberi asas yang kukuh dalam membaca

(30)

Walau bagaimanapun kaedah ini ada kekurangannya, iaitu murid-murid terpaksa

menghafal huruf-huruf yang agak abstrak sedangkan masih ada sebahagian besar daripada

mereka yang belum pernah didedahkan dengan huruf atau abjad. Penghafalan huruf-huruf

yang abstrak ini agak bercanggah dengan prinsip pendidikan, iaitu sepatutnya murid-murid

mempelajari sesuatu yang konkrit terlebih dahulu. Selain itu dengan menggunakan kaedah ini

murid-murid terlalu bergantung kepada proses mengeja. Murid-murid terbawa-bawa dengan

tabiat mengeja. Hal ini menyebabkan mereka tidak lancar atau tersangkut-sangkut semasa

membaca. Kaedah ini juga tidak mementingkan pemahaman murid kerana keutamaannya

ialah ejaan dan sebutan.

Tugasan

Rumusan

Aktiviti pemulihan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu merupakan salah

satu alternatif untuk mengurang dan seterusnya mengatasi masalah penguasaan

kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid. Guru seharusnya mengenalpasti

nurid-murid yang mempunyai masalah berkenaan dan berusaha untuk membantunya

dengan mengaplikasikan prosedur serta aktiviti pemulihan yang dicadangkan, untuk

melaksanakan aktiviti pemulihan dalam bilik darjah, guru seharusnya terlebih dahulu

menguasai aspek-aspek penting dalam pengajaran pemulihan daripada sudut strategi,

pendekatan, kaedah, dan teknik agar pelaksanaannya tersusun dan terancang. Kebolehan

murid-murid menguasai kemahiran membaca dan menulis bergantung penuh kepada 1. Berdasarkan perkara-perkara yang telah dijelaskan tadi, rancang satu pengajaran pemulihan mengenal huruf dan hubungannya dengan bunyi.

(31)

Tugasan

1.Terjemahkan kefahaman anda tentang pemulihan Bahasa Melayu

menerusi lakaran peta konsep yang bersumberkan maklumat-maklumat yang diberi. Gunakan kreativiti anda.

2. Jelaskan prosedur-prosedur yang perlu dilaksaksanakan oleh guru sebelum menjalankan aktiviti pemulihan di dalam bilik darjah.

(32)

Ujian Pasca

Tandakan ( ) pada penyataan yang tepat dan ( x ) pada penyataan yang tidak tepat.

1. Pemulihan ialah proses pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid

bermasalah di dalam bilik darjah. ( )

2. Rasional pemulihan Bahasa Melayu dalam bilik darjah ialah untuk mengelakkan

keciciran dalam pembelajaran. ( )

3. Salah satu daripada ciri-ciri murid pemulihan ialah hiperaktif. ( )

4. Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk-bentuk huruf adalah kemahiran

yang perlu diberikan perhatian oleh guru kepada murid pemulihan. ( )

5. Menulis huruf-huruf secara bebas di atas kertas kosong merupakan aktiviti

pemulihan kemahiran pratulisan. ( )

6. Membina perkataan yang mudah dengan menggabungkan dua atau tiga suku kata

merupakan langkah keempat dalam pengajaran pemulihan bahasa Melayu mengikut

kaedah abjad ( )

7. Kelemahan pengajaran pemulihan kaedah abjad ialah murid lebih mengutamakan

ejaan dan sebutan tetapi tidak kepada pemahaman murid. ( )

8. Sebelum melaksanakan aktiviti pemulihan guru perlu mengadakan ujian saringan

dan diagnostik bagi mengesan daerah kelemahan pembelajaran murid. ( )

(33)

Jawapan:-

1. ( / )

2. ( / )

3. ( X )

4. ( / )

5. ( X )

6. ( / )

7. ( / )

8. ( / )

9. ( / )

(34)

Rujukan

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt, dan Abd. Rahim Selamat (1997). Pengajian

Melayu 1. Kuala Lumpur: Longman.

Jabatan Pendidikan Khas (1999a). Manual IPP3M. Kuala Lumpur.

Jabatan Pendidikan Khas (1999b). Buku panduan pelaksanaan program pendidikan pemulihan khas. Kuala Lumpur.

Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998): Pengajian Melayu 5 dan 6. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Mok Soon Sang (1990). Pemulihan, Pengayaan dan Isu Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

(35)

AHLI PANEL PENGGUBALAN DAN PEMURNIAN MODUL BAHASA MELAYU (MAJOR) PROGRAM KURSUS DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (SABK)

Bil

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni dengan Kepujian (UPSI)

Sijil Perguruan Asas (IPSI) Guru Bahasa Melayu 14 tahun

2. Azman Bin Rahmat

IPGM Kampus Perempuan Melayu Jalan Maktab Durian Daun,

75990 Melaka.

MA Kesusasteraan Melayu (UPM) Bac. Bahasa & Linguitsik Melayu (UPM) Sijil Perguruan (IPKS, Sabah)

3. Mohd Januri Bin Aiyub

IPGM Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sungai Petani,

Kedah

Sarjana Pengajian Melayu (UM)

Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa Melayu) – UM

Sijil Perguruan Khas (Bacaan dan Penulisan)

(36)

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil penelitian dan hasil analisis data yang diperoleh selama pelaksanaan tindakan siklus I dan II dapat disimpulkan bahwa: Penggunaan model

- kegiatan kelompok bermain peran menggunakan boneka jari bintang. - Kegiatan bermain simulasi kegiatan malam hari. Langkah selanjutnya guru mengajak bernyanyi lagu

Kegiatan pengabdian masyarakat yang berupa implementasi perangkat permainan untuk meningkat daya ingat pada KB Islam Maryam Surabaya telah selesai dilaksanakan

Hasil dari uji hipotesis menunjukkan bahwa terdapat pengaruh manajemen kas terhadap kinerja start-up secara empiris diterima. Sehingga semakin baik manajemen kas

Almilia dan Devi (2007) berpendapat bahwa dengan reputasi auditor yang baik maka akan memberikan hasil audit yang dapat dipercaya. Sementara emiten yang di audit

Konsep Syahadah al-Istifa>d{ah ini hanya dibatasi dalam hal keperdataan seseorang, semisal perwakafan baik langsung ataupun dengan bentuk wasiat yang terjadi dimasa

kepada penduduknya dan pendatang dengan biaya yang relatif murah dan terjangkau. Dengan jumlah penduduk dan luas kota yang sangat besar, ditambah lagi dengan lokasi

Hasil penelitian yang telah dilakukan menghasilkan sebuah sistem informasi profil siswa dan bimbingan konseling pada madrasah ibtidaiyah muhammadiyah program