• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kaedah Abjad

Dalam dokumen Modul pemulihan sabk 3 (Halaman 28-35)

SELAMAT MENCUBA

6. Gabung jalin semua aspek bahasa:

3.3 Kaedah Abjad

Cuba anda imbau semula semula zaman persekolahan anda khususnya semasa anda berada dalam tahun satu atau tadika. Apakah kaedah yang digunakan oleh guru anda untuk mengajarkan asas kemahiran membaca kepada anda dan rakan-rakan? Pastinya, salah satu kaedah yang sering digunakan ialah kaedah abjad. Kaedah ini merupakan suatu kaedah mengajarkan kemahiran asas membaca yang telah lama dipraktikkan oleh guru-guru. Kaedah ini dikenali juga dengan nama kaedah huruf atau mengeja.

Mengikut kaedah ini murid-murid diperkenalkan dengan semua huruf dalam sistem ejaan, iaitu daripada huruf /a/ hingga /z/ (huruf kecil dan huruf besar). Murid-murid dikehendaki mengenal bentuk-bentuk huruf dan namanya. Kemudiannya mereka akan diperkenalkan dengan huruf vokal dan huruf konsonan. Huruf-huruf konsonan digabungkan dengan huruf vokal untuk membentuk suku kata dan seterusnya membentuk perkataan.

Langkah 1

Memperkenalkan keseluruhan huruf atau abjad dengan menyebut nama huruf mengikut urutannya a, b, c, d hingga z. Teknik yang boleh digunakan ialah nyanyian dan hafalan.

Langkah 2

Memperkenalkan huruf-huruf dan bunyi vokal serta huruf-huruf konsonan. Huruf-huruf ini boleh diperkenalkan dengan cara menyebut nama huruf awal untuk sesuatu benda, binatang atau tumbuhan.

Langkah 3

Membina suku kata, iaitu menggabungkan huruf konsonan dengan huruf vokal – ba, bi, bu, be, bo, be ca, ci, cu, ce, co, ce. Biasanya murid-murid membaca dengan mengeja dan menyebut nama huruf lalu membunyikan suku kata.

Langkah 4

Menggabungkan suku kata untuk membina perkataan yang mudah-mudah - dua atau tiga suku kata. Perkataan yang dihasilkan daripada gabungan suku kata ini dibaca dengan cara mengeja setiap suku katanya. Contohnya untuk perkataan buku (bu + ku), murid-murid menyebut setiap huruf dalam suku kata pertama dan mengejanya hingga menghasilkan bunyi bu. Proses yang sama diteruskan untuk suku kata kedua ku dan diulang-ulang hingga menghasilkan perkataan buku.

Langkah 5

Membaca ayat-ayat pendek atau buku teks. Cara membaca juga sering dilakukan secara mengeja.

Kaedah abjad ada kekuatan dan kekurangannya. Kekuatannya ialah murid-murid dapat membaca apa-apa sahaja bahan terutamanya perkataan yang baru dijumpainya kerana dia sudah kenal semua huruf dan dapat mengeja semua perkataan. Di samping itu, kaedah ini sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu yang mengeja perkataan mengikut bunyi. Cara mengeja suku katanya tetap. Kaedah ini juga memberi asas yang kukuh dalam membaca kerana murid-murid mahir mengeja setelah dilatih tubi.

Walau bagaimanapun kaedah ini ada kekurangannya, iaitu murid-murid terpaksa menghafal huruf-huruf yang agak abstrak sedangkan masih ada sebahagian besar daripada mereka yang belum pernah didedahkan dengan huruf atau abjad. Penghafalan huruf-huruf yang abstrak ini agak bercanggah dengan prinsip pendidikan, iaitu sepatutnya murid-murid mempelajari sesuatu yang konkrit terlebih dahulu. Selain itu dengan menggunakan kaedah ini murid-murid terlalu bergantung kepada proses mengeja. Murid-murid terbawa-bawa dengan tabiat mengeja. Hal ini menyebabkan mereka tidak lancar atau tersangkut-sangkut semasa membaca. Kaedah ini juga tidak mementingkan pemahaman murid kerana keutamaannya ialah ejaan dan sebutan.

Tugasan

Rumusan

Aktiviti pemulihan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu merupakan salah satu alternatif untuk mengurang dan seterusnya mengatasi masalah penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid. Guru seharusnya mengenalpasti nurid-murid yang mempunyai masalah berkenaan dan berusaha untuk membantunya dengan mengaplikasikan prosedur serta aktiviti pemulihan yang dicadangkan, untuk melaksanakan aktiviti pemulihan dalam bilik darjah, guru seharusnya terlebih dahulu menguasai aspek-aspek penting dalam pengajaran pemulihan daripada sudut strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik agar pelaksanaannya tersusun dan terancang. Kebolehan murid-murid menguasai kemahiran membaca dan menulis bergantung penuh kepada

1. Berdasarkan perkara-perkara yang telah dijelaskan tadi, rancang satu pengajaran pemulihan mengenal huruf dan hubungannya dengan bunyi. 2. Laksanakan pengajaran tersebut dan buat refleksi tentang kelebihan dan

Tugasan

1.Terjemahkan kefahaman anda tentang pemulihan Bahasa Melayu

menerusi lakaran peta konsep yang bersumberkan maklumat-maklumat yang diberi. Gunakan kreativiti anda.

2. Jelaskan prosedur-prosedur yang perlu dilaksaksanakan oleh guru sebelum menjalankan aktiviti pemulihan di dalam bilik darjah.

3. Murid A tidak dapat membaca dengan lancar. Setiap kali membaca sering tersangkut- sangkut dan sukar menyebut bunyi konsonan berganding /ng/ dan /ny/. Sediakan satu rancangan pemulihan yang sesuai.

Ujian Pasca

Tandakan ( ) pada penyataan yang tepat dan ( x ) pada penyataan yang tidak tepat.

1. Pemulihan ialah proses pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid bermasalah di dalam bilik darjah. ( )

2. Rasional pemulihan Bahasa Melayu dalam bilik darjah ialah untuk mengelakkan keciciran dalam pembelajaran. ( )

3. Salah satu daripada ciri-ciri murid pemulihan ialah hiperaktif. ( )

4. Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk-bentuk huruf adalah kemahiran yang perlu diberikan perhatian oleh guru kepada murid pemulihan. ( )

5. Menulis huruf-huruf secara bebas di atas kertas kosong merupakan aktiviti pemulihan kemahiran pratulisan. ( )

6. Membina perkataan yang mudah dengan menggabungkan dua atau tiga suku kata merupakan langkah keempat dalam pengajaran pemulihan bahasa Melayu mengikut kaedah abjad ( )

7. Kelemahan pengajaran pemulihan kaedah abjad ialah murid lebih mengutamakan ejaan dan sebutan tetapi tidak kepada pemahaman murid. ( )

8. Sebelum melaksanakan aktiviti pemulihan guru perlu mengadakan ujian saringan dan diagnostik bagi mengesan daerah kelemahan pembelajaran murid. ( )

Jawapan:-

1. ( / )

2. ( / )

3. ( X )

4. ( / )

5. ( X )

6. ( / )

7. ( / )

8. ( / )

9. ( / )

10.( X )

Rujukan

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt, dan Abd. Rahim Selamat (1997). Pengajian Melayu 1. Kuala Lumpur: Longman.

Jabatan Pendidikan Khas (1999a). Manual IPP3M. Kuala Lumpur.

Jabatan Pendidikan Khas (1999b). Buku panduan pelaksanaan program pendidikan pemulihan khas. Kuala Lumpur.

Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998): Pengajian Melayu 5 dan 6. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Mok Soon Sang (1990). Pemulihan, Pengayaan dan Isu Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Sidang Editor (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

AHLI PANEL PENGGUBALAN DAN PEMURNIAN MODUL BAHASA MELAYU (MAJOR)

Dalam dokumen Modul pemulihan sabk 3 (Halaman 28-35)

Dokumen terkait