• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bahasa Inggeris Wahana Pendidikan: Minda yang Masih Tertawan (Bahagian 1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Bahasa Inggeris Wahana Pendidikan: Minda yang Masih Tertawan (Bahagian 1)"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

Oleh ZAHARAHANUM KAMARUDIN

DARIHAL

BAHASA

Bahasa Inggeris

Wahana Pendidikan:

Minda yang Masih Tertawan

Dewan Bahasa

| OGOS 2015

49

T

itah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam majis perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri Johor ke-13 pada 7 Mei yang lalu mendapat reaksi daripada pelbagai lapisan masyarakat. Antara inti titah berkenaan yang menjadi tumpuan termasuklah saranan baginda agar sekolah satu aliran, iaitu aliran bahasa Inggeris diperkenalkan dengan menjadikan Singapura sebagai negara contoh. Hal ini demikian kerana Singapura membuktikan bahawa sekolah satu aliran dapat menyatupadukan seluruh rakyatnya yang berbilang bangsa dan menjamin peluang pekerjaan di sektor swasta.

Reaksi yang diterbitkan oleh sebuah tabloid berbahasa Inggeris pada 11, 12 dan 13 Mei 2015 seolah-olah membuatkan luka lama berdarah kembali. Pedih mata akibat tembakan gas dalam himpunan membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2009 masih lagi terasa. Walaupun dasar berkenaan dihapuskan secara soft landing pada tahun

2012 dan digantikan dengan dasar “Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)”, namun, kesan PPSMI itu tidak

sepenuhnya dilupuskan. Sehingga hari ini, sebahagian institusi pendidikan tinggi awam dan swasta masih menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar beberapa kursus mereka dengan pelbagai alasan. Oleh hal yang demikian, penyiaran reaksi oleh tabloid berkenaan baru-baru ini memperlihatkan usaha pihak-pihak tertentu untuk mengembalikan penggunaan bahasa Inggeris dalam institusi pendidikan rendah dan menengah dalam negara, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik.

Sehubungan dengan itu, makalah ini ditulis untuk memperlihatkan bahawa reaksi-reaksi yang disiarkan oleh tabloid berkenaan merupakan reaksi mereka yang terperangkap dalam minda tertawan. Dalam erti kata lain, reaksi-reaksi berkenaan adalah bukti bahawa masih ada lagi rakyat Malaysia yang terjajah pemikirannya walaupun negara bertuah ini telah merdeka sejak tahun 1957. Melalui makalah ini

Syed Hussein Alatas (2005), dalam makalahnya, “Watak

Tertawan di Negara Membangun” menyatakan bahawa,

‘‘watak tertawan’’ ialah masalah pascakolonialisme yang

timbul akibat penjajahan iaitu masalah yang muncul dalam

kalangan warga yang pernah dijajah pihak Barat. Hal ini

dapat dilihat apabila individu tersebut berpendapat bahawa

setiap tindakan pihak Barat adalah tepat, benar dan perlu

dicontohi tanpa mengambil kira kesan dan kesesuaian, serta

(2)

50

Dewan Bahasa

| OGOS 2015

pendidikan di luar negara. (Elly Fazanizah, 11 Mei 2015). Walau bagaimanapun, Pengerusi Pusat Pengajian Dasar Awam, Tan Sri Ramon Navaratnam berpendapat bahawa sistem pendidikan satu aliran sukar dilaksanakan di Malaysia disebabkan kekangan Perlembagaaan Persekutuan yang melindungi sekolah vernakular untuk terus wujud di negara ini. (Elly Fazanizah, 11 Mei 2015)

Pada 12 Mei 2015, tabloid berkenaan menyiarkan pula pandangan mantan Pengerusi Majlis Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Datuk Dr. Chiam Heng Keng yang menekankan keperluan generasi kini menerima pendidikan dalam bahasa Inggeris kerana bahasa ini bersifat sejagat. Penolakan melaksanakan pendidikan dalam bahasa Inggeris akan menyebabkan Malaysia ketinggalan berbanding negara Asia Tenggara yang lain. Hal ini demikian kerana maklumat dan pengetahuan terkini banyak terdapat dalam internet. Kekangan bahasa akan menyebabkan

generasi kini tidak dapat meneroka maklumat dan pengetahuan tersebut. Sehubungan dengan hal itu, beliau amat menegaskan keperluan subjek Sains dan Matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris (Timothy Achariam).

Tabloid berkenaan seterusnya mendapatkan pandangan ahli akademik, iaitu Pengerusi Malaysian English Language Teaching Association (Melta), Prof. Dr. Ganakumaran Subramaniam. Menurut beliau, pemahaman dan kompetensi dalam berbahasa hanya diperoleh pada peringkat awal usia. Penguasaan bahasa Inggeris pada usia kanak-kanak akan membantu mereka menguasai maklumat global yang tidak terdapat dalam buku teks. Di samping itu, bahasa Inggeris juga ialah bahasa pengetahuan dan juga, persoalan-persoalan yang

ditimbulkan oleh reaksi berkenaan akan disangkal berdasarkan tulisan para sarjana yang diterbitkan dalam buku dan jurnal tempatan.

Reaksi

Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, ketika membahaskan titah diraja menyatakan bahawa ratusan graduan sukar mendapat peluang pekerjaan di sektor swasta kerana tidak dapat memahami arahan dalam bahasa Inggeris. Hal ini menjadi punca para graduan gagal mendapat tawaran pekerjaan di sektor swasta. Menurut beliau lagi, selain menyatupadukan rakyat, sistem pendidikan satu aliran turut memupuk semangat kesetiaan kepada institusi beraja (Low Sock Ken dan Ashwin Kumar, 11 Mei 2015).

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan pula menyatakan bahawa pihak kementerian sentiasa berusaha memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan negara. Antara usaha terbaharu kerajaan termasuklah mewajibkan calon Sijil Pelajaran Malaysia untuk lulus dalam subjek bahasa Inggeris (Low Sock Ken dan Ashwin Kumar, 11 Mei 2015).

Bagi Datin Noor Azimah Abdul Rahim, Pengerusi Parents’s Action Groups for English (PAGE), titah diraja berkenaan sangat dialu-alukan. Beliau berpendapat bahawa hanya bahasa Inggeris yang berupaya menjamin masa depan pendidikan generasi akan datang. Beliau juga berharap agar raja, sultan serta yang di-pertua negeri di negeri-negeri lain turut menyokong langkah ini memandangkan pengalaman luas mereka ketika mendapatkan

komunikasi antarabangsa (Karen Arukesamy, 13 Mei 2015).

Secara keseluruhannya, kesemua reaksi tersebut

berpendapat bahawa pembelajaran dalam bahasa Inggeris perlu dikembalikan dalam sistem pendidikan di Malaysia bagi menjamin peluang pekerjaan di sektor swasta di samping keupayaan untuk mendapatkan maklumat global daripada internet. Menurut mereka lagi, hanya dengan cara ini generasi muda berupaya memiliki masa hadapan yang cerah.

Minda yang Tertawan

Syed Hussein Alatas (2005), dalam makalahnya, “Watak Tertawan di Negara Membangun” menyatakan bahawa, ‘‘watak tertawan’’ ialah masalah pascakolonialisme yang timbul akibat penjajahan iaitu masalah yang muncul dalam kalangan warga yang pernah dijajah pihak Barat. Hal ini dapat dilihat apabila individu tersebut berpendapat bahawa setiap tindakan pihak Barat adalah tepat, benar dan perlu dicontohi tanpa mengambil kira kesan dan kesesuaian, serta matlamat tindakan tersebut.

(3)

Dewan Bahasa

| OGOS 2015

51

atau pendidikan dari Barat. Ciri yang keempat pula ialah mereka tidak pernah mempersoalkan atau membantah apa-apa maklumat yang diperoleh atau diberikan oleh pihak Barat. Semua maklumat berkenaan diguna pakai tanpa keraguan. Akhir sekali, ciri yang kelima ialah ciri yang juga merupakan masalah utama, iaitu mereka tidak menyedari bahawa mereka terperangkap sebagai watak tertawan.

Melihat akan ciri-ciri watak tertawan tersebut, sebahagian daripadanya boleh dilihat secara langsung terdapat pada setiap individu yang ditemu ramah oleh tabloid yang dinyatakan pada awal makalah. Satu daripadanya ialah ciri ketiga, iaitu mereka mendapat pendidikan langsung dari institusi pengajian di Barat. Kesemua individu di atas memiliki pengalaman belajar di luar negara, sama ada di Australia, Amerika Syarikat atau di United Kingdom. Oleh sebab itu, tingkat kemajuan teknologi dan pendidikan diukur secara membandingkan teknologi dan pendidikan di Malaysia dengan teknologi dan pendidikan di negara-negara Barat. Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom dijadikan penanda aras tahap kemajuan. Perbandingan secara langsung ini menepati ciri pertama watak tertawan, iaitu membuat perbandingan secara semberono dengan mengetepikan unsur-unsur lain yang lebih munasabah.

Selain itu, persoalan teknologi bukanlah persoalan baharu yang dibangkitkan oleh setiap individu di atas. Kemajuan teknologi yang mereka kagumi merupakan teknologi yang dicipta dan diperluas penggunaannya oleh orang Barat atas dasar ciptaan tersebut memudahkan, ringkas dan cepat. Penggunaan teknologi baharu yang diperluas oleh Barat

ini sebenarnya bukan sekadar untuk menunjukkan ketinggian tamadun bangsa mereka, tetapi ia juga mempunyai pengaruh kapitalis. Apabila teknologi diguna pakai oleh banyak negara, maka pasaran bagi radas atau peralatan ini bertambah luas. Oleh sebab itu, mereka menimbulkan isu pembangunan dan kemajuan dengan menjadikan negara mereka sebagai penanda aras. Secara tidak langsung, negara-negara yang berasa ketinggalan akan berusaha mendapatkan teknologi tersebut untuk cuba menyaingi kemajuan yang ditetapkan negara Barat. Begitu juga halnya dengan individu watak tertawan yang turut hanyut bersama persoalan yang ditimbulkan yang menepati ciri kedua watak tertawan yang dinyatakan dalam perenggan sebelum ini.

(4)

52

Dewan Bahasa

| OGOS 2015

fakta sebenar, iaitu terdapat juga teknologi baharu dari negara-negara timur seperti yang dinyatakan di atas.

Ciri yang kelima, iaitu watak-watak tertawan ini tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya telah terperangkap sebagai watak tertawan. Hal ini demikian kerana mereka tidak menyedari bahawa mereka telah memenuhi kesemua empat ciri watak tertawan seperti yang dibincangkan sebelum ini. Abdullah Hassan (2009) juga pernah membincangkan minda terjajah dan minda tertawan dalam kertas kerjanya bertajuk “Bahasa Melayu di Persimpangan: Antara Jati Diri dengan Rempuhan Globalisasi”. Dalam kertas kerja tersebut, beliau memetik catatan Ibn Khaldun bahawa bangsa yang pernah ditakluki oleh sebuah kuasa lain, lazimnya terus mengagumi penakluknya. Mereka berpandangan bahawa bangsa penakluk ialah bangsa yang agung.

Pemikiran ini mendorong mereka untuk meniru setiap sudut kehidupan bangsa penakluk seperti pakaian, simbol, kepercayaan, budaya dan amalan bangsa

tersebut. Merujuk sejarah Malaysia, bertutur dalam bahasa Inggeris ialah salah satu amalan bangsa penakluk kerana mereka lahir dan membesar sebagai bangsa Inggeris. Peniruan secara semberono berlaku apabila bangsa Melayu atau Malaysia diwajibkan untuk menguasai bahasa Inggeris atas alasan kemajuan dan peradaban. Hal ini demikian kerana menurut Abdullah, minda yang tertawan ini tidak dapat melihat keupayaan bahasa Melayu sebagai wahana yang mampu melahirkan anak bangsa yang cendekia.

Satu lagi dapatan Abdullah dipetik berdasarkan pandangan Malek Bennabi, seorang sarjana sosiologi Islam. Menurut beliau,

tidak ramai orang yang menyedari hal ini.

Abdullah turut menggunakan hipotesis bahasa ekspresif, iaitu bahasa yang digunakan untuk menunjukkan perasaan marah, terperanjat, sedih, cemas atau juga bahasa dalam mimpi. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa ekspresif boleh mengubah dunia realiti seseorang individu. Beberapa situasi dalam keluarga elit Melayu ditampilkan oleh Abdullah untuk membincangkan hipotesis ini.

Situasi yang pertama ialah hari jadi anak bongsu. Emak menyatakan:

“.. I will put ten candle, because your are ten year old. You blow the candle and make a wish. ... Think la, your hajat, what you want, and Angah will wear a fairy’s dress with wings ... All these they do for you, you know ...”

Situasi ini menceritakan rancangan seorang emak untuk menyambut hari lahir anak bongsu yang berusia sepuluh tahun. Sambutan dibuat dengan meniru gaya Inggeris, iaitu dengan cara yang berikut:

(i) menyediakan kek yang dilengkapi dengan jumlah lilin seusia si anak bongsu; (ii) meminta anak bongsu membuat hajat ketika meniup lilin; dan

(iii) meminta Angah memakai pakaian pari-pari berserta sayap.

Jelas, dalam situasi ini, gaya sambutan ulang tahun kelahiran dalam keluarga ini telah berubah daripada cara Melayu yang biasanya menyediakan pulut kuning dan bunga telur serta mengadakan doa selamat sebagai tanda kesyukuran. DB

apabila seseorang menerima pendidikan dalam bahasa lain, minda individu tersebut akan berasa kagum dengan budaya bahasa yang digunakan dalam proses pembelajaran berkenaan. Kekaguman inilah yang

menyebabkan berlakunya peniruan budaya secara membuta-tuli terhadap individu tersebut.

Kedua-dua dapatan Abdullah di atas bertepatan dengan lima ciri watak tertawan yang dibincangkan oleh Syed Hussein Alatas sebelum ini. Kekaguman terhadap bahasa asinglah yang sebenarnya menyebabkan individu minda tertawan bertindak semberono dan hilang keyakinan terhadap keupayaan bahasa ibunda untuk membawa kemajuan kepada bangsa dan negara.

Bahasa Jiwa Bangsa

Slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” yang menjadi moto Dewan Bahasa dan Pustaka bukanlah omong kosong. Peranan bahasa yang menggambarkan ketinggian pekerti sesuatu bangsa telah dibuktikan oleh beberapa sarjana tempatan. Abdullah (2009) telah mencatatkan dapatan beliau berkaitan hal ini melalui beberapa hipotesis.

Referensi

Dokumen terkait