• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bahasa Inggeris Wahana Pendidikan: Minda yang Masih Tertawan (Bahagian 2)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Bahasa Inggeris Wahana Pendidikan: Minda yang Masih Tertawan (Bahagian 2)"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Oleh ZAHARAHANUM KAMARUDIN

DARIHAL

BAHASA

Bahasa Inggeris

Wahana Pendidikan:

Minda yang Masih Tertawan

(Bahagian Kedua)

S

ituasi yang kedua ialah situasi anak sulung mahu berkahwin. Dalam situasi ini, seorang ayah bertanyakan persiapan kewangan anak sulungnya, Teruna, untuk membiayai majlis perkahwinannya yang akan berlangsung tidak lama lagi. Teruna memaklumkan bahawa simpanannya masih belum mencukupi

dan mengharapkan pembiayaan daripada ayahnya. Ayah tidak berpuas hati dengan jawapan Teruna dan mengingatkan bahawa Teruna bertanggungjawab untuk menanggung sendiri perbelanjaan majlis perkahwinan tersebut. Pertelingkahan berterusan sehingga

menyebabkan Teruna mengeluarkan kata-kata berikut:

“What kind of father are you? ... What care ... you ... I hope you will burn in hell ...”

Ungkapan yang dikeluarkan oleh Teruna jauh dari dimensi orang Melayu. Dalam cara hidup masyarakat

Melayu yang penuh adab, tidak berlaku situasi anak mempersoalkan tanggungjawab bapa, apatah lagi mendoakan agar bapanya terhumban dalam neraka. Tambahan pula, anak lelaki sememangnya perlu menyediakan sendiri biaya majlis perkahwinannya. Malah, di sesetengah tempat, anak lelaki turut membiayai majlis perkahwinan pihak perempuan yang digelar ”belanja hangus”.

Jelas, dalam kedua-dua situasi tersebut, ungkapan yang digunakan oleh emak dan Teruna ialah ungkapan biasa dalam situasi kehidupan orang Inggeris, namun amat luar biasa dalam situasi kehidupan masyarakat Melayu.

(2)

50

Dewan Bahasa

| SEPTEMBER 2015

terkandung dalam bahasa Arab, Turki, Parsi, Urdu dan Melayu, manakala muatan rohaniah agama Hindu terkandung dalam bahasa Hindi dan Tamil serta muatan rohaniah agama Buddha terkandung dalam bahasa Cina dan Thai, sementara muatan rohaniah Judeo-Kristian terkandung dalam bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain. Oleh sebab itu, Abdullah menyatakan bahawa sesuatu bahasa yang digunakan sebagai bahasa ekspresif akan mengandungi muatan rohaniah atau nilai-nilai agama yang berkaitan.

Bagi menjelaskan hipotesis ini, Abdullah memaparkan situasi peristiwa melancong ke Rom. Dalam situasi tersebut sepasangan suami isteri menceritakan

keindahan pengalaman mereka ketika melancong ke Rom. Antara pengalaman tersebut termasuklah peristiwa seperti yang terkandung dalam dialog isteri:

“Then, we went the fountain, and the wishing well ... So we all pun buat jugalah, we all threw coins into the well, surelah we made a wish, nak balik ke Rome lagi ... We have to make a wish in English, takkanlah nak cakap dalam BM.”

Perbuatan membaling syiling sambil mengungkapkan hajat ketika melawat perigi bertentangan dengan nilai agama Islam. Walau bagaimanapun, oleh sebab penceritaan pengalaman tersebut dibuat dalam bahasa Inggeris, pasangan ini menganggap pengalaman mereka ialah hal yang biasa tanpa menyedari terdapat nilai-nilai yang bertentangan dengan akidah dalam perbuatan mereka.

Menurut Abdullah lagi, terdapat juga elit Melayu yang mengajukan perkara yang berikut:

Malays should write obituary ... We should learn to practice this beautiful gesture. Write an obituary when somebody dies to show our appreciation

...”

Gurindam Abdullah ini disandarkan kepada hasil kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), iaitu Isahak Haron, Abdul Latip Ghapor, Md. Nasir Masran, Abdul Halim Ibrahim dan Mariam Md. Noor. Kajian berkenaan dijalankan dalam tempoh dua tahun iaitu dari tahun 2007 hingga 2008, selepas dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksanakan. 1 564 murid sekolah rendah terlibat dalam kajian tersebut dengan 69.5% daripadanya berbangsa Melayu, 15.5% berbangsa Cina, 7.7% daripadanya berbangsa India, 7% Orang Asli dan 0.3% daripadanya terdiri daripada bangsa-bangsa lain.

Empat belas hasil kajian berkenaan telah disenaraikan oleh Abdullah. Walau bagaimanapun, dalam makalah ini hanya beberapa dapatan sahaja yang akan disentuh. Antaranya, hasil kajian tersebut mendapati bahawa lebih daripada 85 peratus murid menyatakan bahawa guru-guru yang mengajarkan Sains dan Matematik menggunakan kedua-dua bahasa Inggeris dan Melayu berikutan murid tidak menguasai bahasa Inggeris dan sukar memahami mata pelajaran tersebut sekiranya disampaikan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Selain itu, berbanding murid Cina dan India, lebih 80 peratus murid Melayu menyatakan bahawa mereka ”sukar” mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Dapatan lain pula menyatakan, lebih 75 peratus murid Melayu Tahun 5 merujuk buku Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu kerana mereka tidak memahami penerangan yang diberikan dalam bahasa Inggeris. Seterusnya, 35 peratus daripada mereka menyatakan bahawa mereka memiliki sendiri buku-buku rujukan tersebut.

Berkaitan prestasi murid Orang Asli pula, didapati hampir semua Dalam amalan masyarakat

Melayu, ucapan takziah atau belasungkawa disampaikan sebagai pernyataan turut

bersedih atau berdukacita. Malah, Abdullah mencadangkan amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah kepada roh rakan yang meninggal dunia.

Akhir sekali, hipotesis yang dikemukakan oleh Abdullah ialah hipotesis Mak Si Randang. Abdullah mengambil bait-bait puisi Melayu tradisional, iaitu Gurindam Mak Si Randang, untuk menunjukkan perbandingan dengan situasi dalam bidang pendidikan di Malaysia. Bait yang disalin oleh Abdullah berbunyi begini:

Baik budi Mak Si Randang, Dagang lalu ditanakkan, suami pulang kelaparan, Kera di hutan disusui, anak di pangkuan diletakkan ...

...

Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.

Menurut Abdullah, gurindam ini mengisahkan seorang ibu (Mak Si Randang) yang melakukan semua yang betul untuk orang dan yang tidak betul untuk diri sendiri. Abdullah kemudian menghasilkan gurindam yang menyentuh tentang Dasar Bahasa Pendidikan yang menepati gurindam di atas. Gurindam Abdullah berbunyi begini:

Supaya kita dapat menarik pelajar dari luar negara,

biar anak sendiri bodoh belajar. Supaya modal insan yang kita bina bekerja di luar negara,

biar Malaysia kekurangan pekerja. Supaya bahasa Inggeris digunakan, biarlah bahasa Melayu

dikebelakangkan. Akibatnya ...

Bahasa Inggeris yang dikejar tidak dapat,

(3)

daripada mereka tidak dapat menjawab soalan ujian Sains dan kurang daripada 10 peratus yang dapat menjawab ujian Matematik. Dalam kata lain, hampir semua murid Orang Asli tidak memahami mata pelajaran Sains dan Matematik yang diajarkan dalam bahasa Inggeris.

Empat daripada 14 hasil kajian penyelidik UPSI ini memaparkan bahawa murid-murid berkenaan tidak dapat memahami subjek Sains dan Matematik sekiranya subjek berkenaan diajarkan dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini menyebabkan murid-murid ini berasa ”sukar” mempelajari kedua-dua subjek tersebut. Logiknya, apabila tidak memahami dan sukar belajar, murid akan kehilangan minat terhadap subjek-subjek tersebut yang mendorong kepada kejatuhan prestasi mereka dalam ujian dan peperiksaan yang berkaitan. Oleh yang demikian, bagaimana hendak melahirkan pelajar-pelajar pintar Sains dan Matematik yang dapat mendukung cita-cita negara bagi meramaikan ahli saintis dan teknokrat sekiranya sedari kecil mereka telah “kehilangan” pengetahuan dalam bidang ini? Hal inilah yang dikatakan oleh Abdullah, (bahasa Inggeris) yang dikejar tidak dapat, (Sains dan Matematik) yang dikendong berciciran.

Berdasarkan hipotesis-hipotesis yang dirujuk oleh Abdullah, didapati bahawa bahasa mempengaruhi kehidupan seseorang insan. Bahasa yang digunakan menentukan corak pemikiran, sudut kefahaman dan tingkah laku. Mengubah bahasa harian atau menjadikan bahasa asing (bahasa kedua – bahasa Inggeris) sebagai bahasa percakapan dan bahasa pemikiran (mengambil alih kedudukan bahasa pertama – bahasa Melayu) boleh mengubah corak percakapan dan pemikiran seseorang disebabkan nilai-nilai daripada sumber bahasa

tersebut (budaya penutur asal bahasa tersebut – bahasa Inggeris) berbeza daripada nilai-nilai bahasa penutur baharu (orang Melayu), seperti yang terkandung dalam slogan ”Bahasa Jiwa Bangsa”.

Perubahan nilai ini telah dinyatakan dalam ucapan Perdana Menteri Singapura, Dr. Goh Chok Tong pada 27 Julai 1997. Beliau menyatakan bahawa dasar pendidikan dalam bahasa Inggeris yang dipraktikkan di Singapura selama dua puluh lima tahun telah melahirkan generasi baharu Cina yang tidak lagi mengamalkan budaya leluhur mereka. Dalam

kata lain, hanya izikal mereka

sahaja yang masih memberikan mereka identiti sebagai bangsa Cina tetapi cara hidup dan cara pemikiran telah berbeza. Menurut beliau lagi, hal ini terbukti apabila melihat generasi baharu ini sangat mudah menyesuaikan diri dengan kehidupan di Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom ketika melanjutkan pengajian di negara-negara berkenaan. Mereka kemudiannya tidak mahu pulang ke Singapura atau sekiranya pulang, akan membawa bersama pasangan dari Barat (Abdullah, 2009).

Dua tahun selepas ucapan tersebut, sebuah kajian nilai yang dijalankan oleh pensyarah sosiologi di Jabatan Sosiologi, Universiti Nasional Singapura mendapati, sembilan daripada sepuluh orang pemuda Cina “menyesal” dilahirkan sebagai Cina dan berharap agar dilahirkan sebagai bangsa kulit putih (Kaukasia). Kajian berkenaan yang turut dijalankan ke atas pemuda India dan Melayu turut mendapati bahawa lapan daripada sepuluh pemuda India dan satu daripada sepuluh pemuda Melayu juga berkongsi harapan yang sama (Chang melalui Abdullah, 2009). Kajian nilai ini dan hipotesis tersebut menjadi bukti kukuh terhadap kemenangan bangsa

penjajah menawan minda, dan seterusnya mengubah nilai-nilai kehidupan, pegangan dan jati diri bangsa yang dijajah.

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kemajuan

Usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai wahana penyampaian ilmu telah bermula sejak pembukaan sekolah Melayu di Pulau Pinang pada tahun 1821. Sejak itu, beberapa sekolah Melayu yang lain ditubuhkan meliputi Negeri-negeri Selat dan Negeri-Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Tahun-tahun yang berikutnya menyaksikan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dengan penerbitan pelbagai buku dan makalah dalam bahasa Melayu. Lantaran itu, terdapat usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa moden dan bahasa intelektual, terutama bagi menyampaikan pelbagai bidang ilmu yang sentiasa berkembang.(Abdul Rashid Melebek, Amat Juhari Moain, 2006).

Pelopor bagi usaha ini ialah Pakatan Belajar – Mengajar Pengetahuan Bahasa Johor yang memulakan usaha penggubalan istilah-istilah pentadbiran moden negeri Johor. Seterusnya, Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor pula memperkemas bahasa Melayu dengan menyusun sistem ejaan Jawi, tatabahasa Melayu Johor, kamus Melayu, cara-cara mengarang, tanda-tanda bagi bacaan, dan kaedah menulis surat-surat kiriman. Usaha ini berterusan sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua (Abdul Rashid Melebek, Amat Juhari Moain, 2006).

(4)

52

Dewan Bahasa

| SEPTEMBER 2015

berikutnya, penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956 memperkemas lagi usaha memperkasa bahasa Melayu sebagai wahana penyampaian ilmu iaitu melalui penyusunan pelbagai jenis kamus seperti Kamus Dewan, Kamus Pelajar dan Kamus Dwibahasa, kamus bidang ilmu, penyediaan pedoman ejaan Jawi dan memantapkan ilmu tatabahasa melalui Tatabahasa Dewan. Universiti-universiti tempatan kemudiannya turut terlibat dalam perancangan bahasa, iaitu Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia (Abdul Rashid Melebek, Amat Juhari Moain, 2006).

Kementerian Pendidikan Malaysia, melalui Pusat

Pengembangan Kurikulum, juga tidak ketinggalan memperkasakan bahasa Melayu dengan menyusun kurikulum dan pengajaran bahasa Melayu. Kaedah pengajaran bahasa dan latihan disusun oleh maktab-maktab perguruan dan fakulti-fakulti pendidikan di universiti tempatan. Buku-buku teks juga disusun agar bersesuaian dengan sukatan mata pelajaran untuk kegunaan pelajar-pelajar sekolah. Usaha tiada henti daripada pelbagai pihak inilah yang akhirnya menyaksikan munculnya penerbit-penerbit swasta yang menerbitkan buku-buku pelbagai bidang dalam bahasa kebangsaan, juga penerbitan bahan-bahan ilmiah berupa tesis, disertasi dan lain-lain, sama ada pada peringkat ijazah, sarjana mahupun doktor falsafah (Abdul Rashid Melebek, Amat Juhari Moain, 2006).

Selain itu, antara tindakan penting negara dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu termasuklah dengan membentuk kerjasama serantau antara Malaysia,

Indonesia dan Brunei, iaitu melalui pembentukan Majlis Antarabangsa Bahasa Brunei Darussalam – Indonesia – Malaysia (MABBIM). Kerjasama yang bermula sebagai

Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM) pada 29 Disember 1972 merupakan sebuah persidangan ilmu yang mencapai beberapa keputusan dan persetujuan berkaitan hal-hal kebahasaan yang umum dan khusus seperti ejaan peristilahan dan kamus istilah (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992).

Sepanjang 31 sidang yang diadakan dalam tempoh 20 tahun, iaitu dari tahun 1972 hingga tahun 1992, 182 keputusan umum berkaitan kebahasaan telah dipersetujui, 41 keputusan tentang ejaan, 148 keputusan tentang peristilahan (yang menghasilkan 48 ribu istilah) dan 14 keputusan tentang kamus istilah yang menghasilkan 11 kamus istilah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Kamus Istilah MABBIM yang diterbitkan oleh DBP pula adalah seperti yang terdapat dalam Jadual 1.

Senarai penerbitan tersebut melibatkan ratusan ahli akademik daripada pelbagai institusi pengajian

tinggi yang terdiri daripada ahli bahasa dan pakar bidang daripada pelbagai disiplin ilmu bagi mencapai kesepakatan dalam keputusan tersebut. Hal ini jelas membuktikan keupayaan bahasa Melayu sebagai perantara pelbagai bidang ilmu yang diperlukan dalam memastikan kemajuan dan pembangunan negara.

DBP pula, sebagai badan tunggal yang diberi tanggungjawab memperkasa bahasa kebangsaan, terus berusaha tanpa henti menyebarkan istilah-istilah yang telah dibincangkan di atas kepada khalayak melalui penerbitan daftar istilah, glosari istilah dan Siri Kamus Istilah MABBIM. Antara judul penerbitan yang telah diusahakan oleh DBP termasulah Kamus Sains dan Teknologi (2008) yang mengandungi 7,396 entri, merangkumi bidang

biologi, izik, kimia, matematik,

kejuruteraan, perubatan dan farmasi. Selain daripada itu, DBP turut menerbitkan Glosari Kejururawatan: Kejururawatan Klinikal (2008) dan

Bil. Judul Kamus Tahun Terbit Jumlah Istilah

1. Kamus Fizik Mekanik 1989 770

2. Kamus Kimia: Biokimia 1989 720

3. Kamus Biologi: Mikrobiologi 1990 423

4. Kamus Biologi: Histologi dan Sitologi 1990 2 017

5. Kamus Biologi: Fisiologi 1990 669

6. Kamus Fizik: Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan 1990 715

7. Kamus Fizik: Optik 1990 862

8. Kamus Matematik 1990 618

9. Kamus Biologi: Patologi 1991 790

10. Kamus Kimia: Kimia Analisis 1991 500

11. Kamus Kimia: Kimia Fizik dan Kimia Polimer 1991 570

(5)

Glosari Perubatan Umum (2008) yang masing-masing mengandungi lebih daripada 600 istilah.

Di bawah Siri Kamus Istilah MABBIM pula beberapa judul kamus telah diterbitkan seperti

Kamus Perubatan: Farmakologi Klinikal dan Terapeutik (2007), Kamus Pergigian: Operatif (2007), Kamus Pergigian: Pediatrik (2008), Kamus Veterinar: Praklinikal (2008), Kamus Penternakan: Makanan dan Pemakanan

(2008), Kamus Komunikasi Korporat

(2009), Kamus Pertanian: Agronomi

(2010) dan Kamus Kejuruteraan Mekanik (2011). Bersesuaian dengan sumber ilmu daripada pelbagai bahasa, DBP turut menerbitkan

Daftar Istilah Sains: Bahasa Melayu – Bahasa Inggeris – Bahasa Jepun

pada tahun 2011. Daftar istilah ini mengandungi 7 825 istilah dalam ketiga-tiga bahasa dan tiga jenis tulisan Jepun, iaitu hiragana, kanji

dan katakana bagi setiap istilah berkenaan.

Selain itu, hasil usaha berterusan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga dapat dilihat melalui statistik jumlah golongan profesional dalam kalangan bangsa Melayu. Golongan profesional ini lahir daripada sistem pendidikan negara yang mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sama ada dari peringkat sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah peringkat universiti. Mohd Koharuddin (2003) mencatatkan hasil usaha universiti tempatan yang menyediakan pengajian dalam bidang sains dan teknologi menggunakan bahasa Melayu menunjukkan bahawa terdapat peningkatan golongan profesional dalam kalangan orang Melayu atau Bumiputera.

Beliau mencatatkan bahawa, pada tahun 1992, seramai 28.6% doktor perubatan terdiri dalam kalangan orang Melayu berbanding hanya seramai 3.7% sahaja pada tahun 1970. Begitu juga bagi

profesion jurutera, 37% daripadanya terdiri dalam kalangan orang

Melayu berbanding hanya 7.3% sahaja pada tahun 1970. Profesion lain juga tidak kurang hebatnya. Perangkaan bagi tahun 1992 menunjukkan 25% dalam kalangan arkitek ialah bangsa Melayu, 12.1% bagi profesion akauntan, 37.8% bagi profesion jurutera, manakala 28.6% bagi profesion doktor.

Jika dilihat dari segi pencapaian pelajar universiti pula, sistem pendidikan negara yang menjadikan bahasa Melayu sebagai teras pembelajaran telah menghasilkan ribuan graduan. Data yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menunjukkan bahawa seramai 221 166 graduan dihasilkan pada tahun 2002. Daripada jumlah itu, 10 944 daripadanya ialah graduan Sarjana Muda dalam pelbagai disiplin sains, manakala 4,106 daripadanya ialah graduan Sarjana Muda dalam pelbagai disiplin teknikal. Jumlah ini meningkat pada tahun 2007 meskipun jumlah keseluruhan graduan yang dihasilkan pada tahun tersebut berkurang kepada 212 304 sahaja. Didapati, 14 954 daripada mereka merupakan graduan Sarjana Muda dalam pelbagai disiplin sains (peningkatan sebanyak 36%) manakala 11 720 daripadanya merupakan graduan Sarjana Muda dalam pelbagai disiplin teknikal, iaitu peningkatan sebanyak 185%.

Fasa-fasa di atas sudah cukup membuktikan bahawa bahasa Melayu telah melalui pelbagai proses bagi menjadikannya sebagai wahana ilmu. Usaha-usaha berterusan ini bukan sekadar usaha beberapa pihak, malah, dari segi kewangan, jutaan ringgit telah dibelanjakan. Sehubungan dengan itu, dikatakan satu pembaziran sekiranya bahasa yang telah berkembang ini tidak digunakan sepenuhnya dalam pembinaan negara demi mencapai puncak kemajuan.

Kemerdekaan yang

diisytiharkan pada 31 Ogos 1957

tidak dicapai dengan mudah. Meskipun telah masyhur kisah bahawa kemerdekaan diperoleh daripada kepintaran diplomasi antara bangsawan dan kerajaan British, namun lebih daripada 100 tahun sebelumnya, telah berlaku perjuangan (yang

dilabelkan pemberontakan) hingga mengalirkan sekian banyak darah dan air mata.

Oleh sebab itu, atas nama kemerdekaan, seharusnya negara ini dicorakkan dengan citra tersendiri. Salah satu komponen yang membentuk citra sesebuah negara ialah bahasa yang digunakan, sama ada dalam urusan rasmi, mahupun urusan tidak rasmi. Sehubungan itu, penetapan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan, perlulah dipraktikkan dan tidak sekadar tercatat di atas kertas semata-mata.

Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan tidak akan menyekat kemajuan negara. Malah, bahasa Melayu berupaya bergerak seiring kemajuan dunia, asalkan sahaja bahasa ini benar-benar dimartabatkan oleh pemerintah melalui dasar-dasar yang digubal dan dikuatkuasakan.

Referensi

Dokumen terkait

Dengan adanya stock opname maka akan diperoleh laporan rill koleksi perpustakaan yang akan dijadikan bahan pertimbangan pengembangan koleksi selanjutnya sehingga

Seleksi pada tahap kalus, regenerasi, dan tahap embrio menunjukkan hasil yang sama, yaitu makin meningkat konsentrasi Al, makin menurun daya regenerasi eksplan.. Pada tahap embrio

Pembelajaran berdasarkan masalah tidak di desain dalam membantu guru untuk menyampaikan informasi yang lebih banyak terhadap siswa, akan tetapi dirancang agar

Dalam makanan, aktivitas vitamin D berhubungan dengan beberapa analog sterol larut lemak termasuk kolekalsiferol (vitamin D3) yang bersumber dari pangan hewani dan

Adapun untuk kredit UMKM pada bank umum, hingga triwulan II-2011, kredit yang disalurkan tercatat sebesar Rp1.72 triliun atau mengambil pangsa sebesar 41,56% dari total

Film ini memiliki unsur satir di dalamnya bahwa, dimana didalam setiap budaya selalu diajarkan untuk bersosialisasi dari satu orang terhadap orang lainnya, namun didalam

3) Melaporkan hasil pelaksanaan tugas 3. Laporan Kegiatan pengelolaan pelayanan e. Laporan hasil pemeriksaan hasil kerja bawahan f. Kepala Seksi Pelayanan Keperawatan Rawat Jalan

Padahal kalau melihat dari jumlah Link yang ada, cukup banyak halaman pada situs sehingga akan jauh lebih baik jika terdapat Link yang menuju site map.. 2.2 Analisis Halaman