• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEMANTIK Nota PENGGAL 3

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "SEMANTIK Nota PENGGAL 3"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

1

S

emantik

Bahasa Melayu STPM Kertas 3 (910/3)

1. PENGENALAN

 Perkataan semantik berasal daripada kata Yunani, sema = “tanda” atau

“lambang”.

2. DEFINISI SEMANTIK

 Semantik = bidang ilmu yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa.

 Kajian semantik meneliti makna yang terdapat pada morfem, kata, frasa dan ayat

dalam sesuatu bahasa.

3. KONSEP (MAKNA), PERKATAAN DAN RUJUKAN

 Makna, menurut kamus lazimnya didefinisikan sebagai erti atau maksud.

 Makna perlu bergantung kepada konteks penggunaannya untuk mengelakkan

kekaburan makna.

Contoh:

Perkataan pokok, biasanya bermaksud “pohon”, tetapi dalam konteks lain boleh bermaksud modal dan dasar.

 Konsep dan makna perkataan dianalisis berdasarkan tiga komponen:

Kata– dalam bentuk bunyi atau tulisan

Konsep atau makna– bentuk abstrak yang tercipta dalam fikiran  Rujukan– benda konkrit yang dirujuk

 Terdapat hubungan antara kata dengan makna kata.

 Lazimnya apabila seseorang menyebut ayam (kata), secara psikologi dan serta-merta akan tergambar binatang itu dalam fikirannya (konsep atau makna), dan binatang itu iaitu ayam secara konkrit (rujukan).

 Makna sangat subjektif dan arbitrari sifatnya:

 Bersifat tidak tetap, tidak berasaskan pertimbangan tertentu, serta

sewenang-wenang

 Boleh berubah berdasarkan faktor-faktor konteks, budaya, tabu (larangan),

perkembangan bahasa itu sendiri, dan sebagainya.

 Makna mempunyai medan makna, iaitu lingkungan makna bagi sesuatu

perkataan, atau persekitaran bagi sesuatu benda.

SEMANTIK

Nota

PENGGAL

3

Konsep / Makna (referens)

(2)

2

S

emantik

Perkataan Medan/Lingkungan maknanya

Universiti • pengajar kampus • akta • pensyarah • Naib Canselor • kuliah • buku •

Perpustakaan • buku • akhbar • buletin • rak buku • majalah Jalan raya • lampu isyarat • selekoh • papan tanda

3. PERUBAHAN MAKNA

 Makna perkataan boleh berubahkerana bahasa Melayu bersifat dinamik.

 Perubahan makna terjadi kerana sebab-sebab linguistik, sejarah, sosial, psikologi,

pengaruh luar, keperluan kepada perkataan baharu atau perkembangan dalam bahasa, dan sebagainya.

Contoh:

Perkataan tangan, asalnya ialah “anggota badan”, tetapi maknanya berubah apabila digandingkan dengan imbuhan, seperti menangani, yang bermaksud “mengendalikan” atau “menyelesaikan”.

 Makna boleh berubah menjadi luas atau sempit.

(a) Peluasan Makna

 Peluasan makna dikaitkan dengan penambahan makna bagi sesuatu

perkataan.

Perkataan Makna asal Penambahan makna

Taman Kebun bunga atau taman

bunga

1. Kawasan perumahan 2. Kawasan perindustrian 3. Kawasan alam semula jadi =

taman negara

Datuk Bapa kepada ayah atau ibu 1. Kurniaan seseorang raja kepada

Tuan

Panggilan kepada orang Eropah, Arab, dan guru agama

1. Ketua jabatan

2.Penerima surat rasmi

3.Dif jemputan

(b) Penyempitan Makna

 Penyempitan makna dikaitkan dengan:

 perkataan yang asalnya mempunyai makna yang luas berubah menjadi

terbatas

 perkataan yang asalnya mempunyai makna yang umum berubah

menjadi lebih khusus

 Kebanyakan istilah pinjaman disempitkan maknanya dalam bahasa Melayu.

Perkataan Makna asal Pengurangan makna

1. Daging Isi pada manusia atau

binatang

Merujuk kepada daging lembu sahaja.

2. Kitab Semua jenis buku Buku agama.

(3)

3

perkataan itu sendiri.

Contoh:

Buaya = sejenis binatang buas di dalam air, dan boleh juga di darat. Contohnya dalam ayat: Buaya di sungai itu belum ditangkap.

(b) Makna Gramatikal

 Makna gramatikal ialah makna yang terhasil daripada proses

gramatikal (pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan), termasuk kata tugas.

Contoh:

berasap(pengimbuhan) = mengeluarkan asap • sekolah-sekolah (penggandaan) = banyak sekolah

kerusi malas (pemajmukan) = kerusi yang boleh dilunjurkan

(c) Makna Denotatif

 Makna denotatif dikenali juga sebagai makna kamus, makna dasar, makna asli,

makna kognitif, makna rujukan, makna konseptual, dan makna ideasional.

 Maksud makna-makna tersebut ialah makna yang sebenar, yang bersifat

tersurat, atau tiada maksud lain di sebaliknya.

Contoh:

 Perkataan cantik bermaksud “lawa”, sebagaimana yang wujud atau kelihatan pada mata orang yang memandang.

Ibu ayam bermaksud “ibu kepada ayam”

(d) Makna Konotatif

 Makna konotatif ialah makna yang bersifat tersirat.

 Makna ini makna tambahan, iaitu makna lain selain yang tersurat.

 Makna ini merujuk kepada konteks penggunaan.

Contoh:

 Perkataan cantik dalam ayat “Banyak cantik kerja kamu!” tidak bermaksud “lawa” atau “indah”, tetapi “teruk”, “tidak tersusun”, atau seumpamanya. Ujaran itu satu perlian, atau memulangkan paku buah keras kerana sesuatu hal yang sebelumnya.

Ibu ayam (simpulan bahasa) bermaksud “perempuan yang memperdagangkan perempuan (menjadikannya pelacur)”.

 Makna jenis ini juga dikaitkan dengan “nilai rasa”.

Contoh:

(4)

4

S

emantik

5. PERKAITAN MAKNA

 Dari segi leksikal (perkataan), perkaitan makna lazimnya dilihat dari aspek-aspek

berikut:

5.1 Sinonim

 Perkataan yang mempunyai makna yang hampir sama atau lebih kurang sama

dengan perkataan lain.

 Dalam situasi tertentu, ada perkataan yang tidak dapat digunakan secara

bertukar ganti, kerana akan membawa makna yang tidak tepat.

Contoh:

Aliah cantik tidak boleh dikatakan Aliah indah

pemandangan cantik sama dengan pemandangan indah

dekat dengan pasar sesuai dengan hampir dengan pasar, tetapi tidak boleh dikatakan nyaris dengan pasar

5.2 Antonim

 Antonim merujuk kepada perkataan yang berlawanan makna atau yang

sebaliknya.

 Kata berantonim lazimnya bersifat dua hala, iaitu boleh bertukar kedudukan.

Contoh:

5.3 Hiponim

 Hiponim merujuk kepada perkataan yang mempunyai lingkungan

dalam struktur makna.

 Makna sesuatu ungkapan dianggap sebagai sebahagian daripada makna

suatu ungkapan yang lain.

 Secara mudah, hiponim = jenis bagi sesuatu.

Contoh:

Perkataan lori, motosikal, basikal, bas, kereta, kereta api, dan sebagainya berhiponim dengan kenderaan, kerana semuanya jenis kenderaan.

(5)

5

S

emantik

 Kata berhiponim bersifat satu arah lori berhiponim dengan kenderaan, tetapi kenderaan tidak berhiponim dengan lori. Sebabnya, lori hanya sebahagian daripada makna kenderaan, kerana lori bukan satu-satunya jenis kenderaan

5.4 Homonim

 Homonim merujuk kepada perkataan yang memiliki bentuk ejaan dan

bunyi (sebutan/lafaz) yang sama tetapi maksudnya sangat berbeza.

 Kata homonim banyak makna, tetapi antara makna tidak mempunyai

perkaitan sama sekali.

 Dalam kamus, perkataan berhomonim dimasukkan dalam entri yang berbeza.

Contoh:

 Bentuk ini mempunyai subbentuk, iaitu homograf dan homofon.

(a) Homograf

 Bentuk homograf merujuk kepada perkataan-perkataan yang sama

bentuk ejaan, tetapi berbeza bunyi (lafaz/sebutan) dan makna. (bunyi/lafaz) yang sama, tetapi ejaan dan maknanya berbeza. (Homo

= sama, fon = bunyi/sebutan).

[ bang ] Institusi kewangan

Bang Azan

Duet

[ duwet ] Nyanyi berpasangan

Duit Wang

pasang I = jodoh atau kelamin

pasang II = naik atau menjadi bertambah (air laut)

(6)

6

S

emantik

5.5 Polisemi (Polisem)

 Polisemi = perkataan yang memiliki ejaan dan bunyi yang sama dan

mempunyai banyak makna.

 Makna-maknanya mempunyai perbezaan yang kecil dan masih

menunjukkan perkaitan rapat antara satu sama lain dalam sesuatu aspek tertentu.

 Dalam kamus, semua makna dimasukkan dalam satu entri sahaja.

Contoh:

5.5 Mironim

 Mironim dirujukkan kepada perkataan-perkataan yang menjadi

bahagian atau konstituen bagi sesuatu.

 Bentuk ini kelihatan seperti kolokasi dan hiponim, tetapi kedua-duanya hanya

bersifat perkaitan, berbanding dengan mironim yang menjadi anggota atau

ahli binaan bagi sesuatu benda.

 Kesimpulannya, mironim = bahagian, konstituen atau anggota bagi

binaan sesuatu.

Contoh:

berat = 1. Timbangan, 2. Teruk/kuat, 3. Sungguh-sungguh habis = 1. Tiada yang tinggal, 2. Selesai, 3. Selepas/sesuah nafkah = 1. Wang untuk hidup, 2. Makanan, 3. Perbelanjaan

Referensi

Dokumen terkait