• Tidak ada hasil yang ditemukan

komitmen guru

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "komitmen guru"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

“HUBUNGAN ANTARA AMALAN EMPOWERMEN GURU BESAR DENGAN KOMITMEN ORGANISASI GURU DI DAERAH KOTA TINGGI”

Kebebasan untuk membuat keputusan dan mendapat kepercayaan dari pihak pentadbiran dalam melaksanakan tugas menggambarkan keyakinan pihak pengurusan terhadap kecekapan dan kebolehan seseorang guru. Apabila pengupayaan (empowermen) diberikan kepada guru, maka secara tidak langsung guru merasakan pihak pentadbir mengiktiraf tahap profesional guru tersebut. Hal ini mungkin akan mempengaruhi komitmen organisasi guru-guru tersebut.

Walaupun begitu, konsep kuasa melalui amalan pengupayaan ini sering disalah tanggap. Oleh itu, menurut Azizi etal.(2004) ramai guru besar yang beranggapan bahawa melalui pengupayaan ini akan menyebabkan mereka akan kehilangan kuasa untuk mengawal. Mereka tidak sedar bahawa melalui konsep pengupayaan ini, guru itu diberi kuasa tetapi mereka masih tertakluk dengan garis panduan, peraturan dan standard prosedur kerja yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Selain itu, Azman (2011) pula menyatakan bahawa kajian tentang sekolah efektif telah menunjukkan bahawa seseorang guru besar yang berkesan perlu mengamalkan dasar "pintu terbuka" iaitu guru-guru dan pelajar-pelajar mudah berjumpa serta mendekati beliau setiap masa. Beliau juga bersedia menurunkan kuasa (empowermen) kepada guru-guru untuk mendapatkan kerjasama penuh bagi mencapai matlamat organisasi. Oleh itu, ia dapat dilihat dan dinilai komitmen organisasi seseorang guru supaya menjadi positif jika diberi empowermen oleh guru besar kepada guru-gurunya.

Selain itu, menurut Abang Hut (2005), pengupayaan tidak jelas kelihatan di sekolah-sekolah. Guru-guru tidak mempunyai pengaruh dan kuasa dalam pengurusan sekolah-sekolah. Guru hanyalah pelaksana kepada semua keputusan yang telah dibuat oleh pihak pentadbir sekolah terutamanya guru besar.

(2)

Menurunkan kuasa (empowermen) bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan di sekolah. Melalui empowermen, guru diberi kuasa untuk membuat keputusan dan pihak pengurusan sekolah hanyalah bertindak sebagai seorang pemantau. Ini bermakna seseorang guru itu diberi kepercayaan dan tanggungjawab oleh pihak atasan.

Objektif kajian

Persoalannnya ialah apabila guru diberi kuasa, adakah komitmen organisasi terhadap profesion mereka akan bertambah baik? Oleh itu, berdasarkan pernyataan yang telah dihuraikan ini, maka objektif kajian ini dijalankan adalah untuk :

1.4.1 mengenal pasti tahap komitmen organisasi berdasarkan dimensi afektif guru.

1.4.2 mengenal pasti tahap komitmen organisasi berdasarkan dimensi normatif guru.

1.4.3 mengenal pasti tahap komitmen organisasi berdasarkan dimensi penerusan guru.

1.4.4 melihat adakah terdapat hubungan yang signifikan antara amalan empowermen guru besar dengan komitmen organisasi berdasarkan dimensi afektif guru.

1.4.5 melihat adakah terdapat hubungan yang signifikan antara amalan empowermen guru besar dengan komitmen organisasi berdasarkan dimensi normatif guru.

1.4.6 melihat adakah terdapat hubungan yang signifikan antara amalan empowermen guru besar dengan komitmen organisasi berdasarkan dimensi penerusan guru.

1.4.7 melihat perbezaan yang signifikan terhadap amalan empowermen guru besar dengan jantina guru.

1.4.8 melihat adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap amalan empowermen guru besar dengan jawatan guru.

1.4.9 melihat adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap amalan empowermen guru besar dengan pengalaman guru.

(3)

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan dari penelitian ini yaitu untuk memperoleh gambaran mengenai kondisi kerja, dan tingkat komitmen organisasi pada guru serta adakah pengaruh dari kondisi

Tabel 9. Selanjutnya Dimensi yang besar hubunganya adalah Inovasi dan berani resiko dengan Variabel Komitmen Organisasi pada Komitmen Normatif. 2) Motivasi Kerja

SD kelas satu maka akan semakin rendah kreativitas mengajar guru SD tersebut namun terdapat hubungan yang positif signifikan pada Komitmen Kerja terhadap Kreatifitas

Penelitian ini menyimpulkan: (1) terdapat pengaruh yang signifikan efektivitas organisasi terhadap disiplin kerja guru yang berarti bahwa peningkatan terhadap

organisasi dengan tiga variabel yaitu komitmen afektif, komitmen kontinyu, dan komitmen normatif mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap turnover intention, artinya

Analisis Korelasi Spearman-Rho menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan yang kuat antara kepimpinan teknologi guru besar dengan komitmen guru program Transformasi Sekolah 2025

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan transformasional pengetua dan hubungannya dengan komitmen guru dalam kalangan guru-guru sekolah menengah..

Kesimpulan Berdasarkan dapatan kajian ini yang menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan invitational pengarah kolej dengan komitmen organisasi