• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tamadum Islam Dan Tamadum Asia, OUM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Tamadum Islam Dan Tamadum Asia, OUM"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

BOSHM MPU 3123

BACHELOR OF OCCUPATIONAL HEALTH AND SAFETY MANAGEMENT

WITH HONOURS

SEMESTER 2 / YEAR 2016

MPU 3123

Tamadum Islam Dan Tamadum Asia

MATRICULATION NO: 911211105820001 IDENTITY CARD NO. : 911211105820 TELEPHONE NO. : 011-36232379

(2)

BOSHM MPU 3123 ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN

2.0 FUNGSI BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA

 2.1 Tunjang Pentadbiran Kerajaan di Tanah Melayu

 2.2 Medium Yang Menyatukan Masyarakat Pelbagai Kaum

 2.3 Saluran Penyebaran budaya

 2.4 Alat Komunikasi Efektif Untuk Urusan Perdagangan

3.0 CABARAN BAHASA MELAYU MENGHADAPI ARUS GLOBALISASI

 3.1 Cabaran Bahasa Melayu Menempuh Pencemaran Bahasa

 3.2 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Menghadapi Abad Ke-21

 3.3 Cabaran Bahasa Melayu menempuh Kemajuan Teknologi Maklumat

 3.4 Cabaran Bahasa Melayu Menempuh Kelakuan Penutur

4.0 CONTOH DAN BUKTI PENCEMARAN BAHASA MELAYU

 4.1 Kesilapan Ejaan

 4.2 Kurang Pengetahuan Yang Mengundang Kesalahan Tatabahasa

 4.3 Dilema Bahasa Rojak yang Berleluasa

5.0 LANGKAH-LANGKAH MEMPERKASA DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA

 5.1 Tanggungjawab Setiap Pengguna Bahasa Melayu

 5.2 Kewajiban Penekanan Kepentingan Bahasa oleh Media Massa

 5.3 Tanggungjawab Pusat Didikan dan Asuhan

 5.4 Tanggungjawab Pihak Kerajaan

(3)

BOSHM MPU 3123 7.0 RUJUKAN

1.0 PENDAHULUAN

Berdasarkan laman web Wikipedia, Bahasa Melayu ditakrifkan sebagai bahasa Melayu-Polinesia yang berada di bawah kumpulan bahasa Austronesia yang telah digunapakai sejak lebih 1 alaf bersamaan 1000 tahun lalu. Perkembangan bahasa Melayu dapat dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan merupakan bukti terawal bahasa Melayu Kuno

Kini, bahasa kebangsaan Malaysia ialah bahasa Melayu malah negara-negara lain seperti Indonesia, Brunei dan Singapura juga menggunakan bahasa Melayu.

2.0 FUNGSI BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA

Menurut laman web Wikipedia, bahasa perantara atau lebih dikenali sebagai Lingua franca (dari bahasa Itali, bererti bahasa Frank) merupakan bahasa perantaraan yang digunakan oleh orang-orang yang tidak sama bahasa ibundanya secara sistematik untuk tujuan perhubungan.

Pada era Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu dinobatkan sebagai lingua franca di Kepulauan Melayu yang digunakan oleh penduduk tempatan dan juga pedagang asing yang datang berdagang di Melaka melalui Selat Melaka. Pada ketika itu, Bahasa Melayu telah mencapai status setaraf dengan bahasa-bahasa gergasi perhubungan antarabangsa iaitu bahasa Latin dan bahasa Perancis di benua Eropah.

2.1 Tunjang Pentadbiran Kerajaan di Tanah Melayu

(4)

BOSHM MPU 3123

kepenggunaan bahasa Melayu dalam pentadbiran kerajaan di Tanah Melayu ialah surat-surat rasmi, undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu dan dokumen perjanjian antarabangsa menggunakan bahasa Melayu dengan tulisan jawi. Selain itu, Contoh ini membuktikan kesinambungan bahasa Melayu yang mudah difahami oleh pelbahai pihak termasuk orang British, Portugis, dan Belanda.

Tambahan pula, guru bahasa Melayu atau lebih dikenali sebagai Munsyi bahasa telah mengajar mereka yang tidak mahir menggunakan bahasa Melayu pada ketika itu. Pengendalian yang sistematik dan bahasa yang mudah difahami telah mendorong bahasa Melayu mencapai tahap yang tertinggi di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

2.2 Medium Yang Menyatukan Masyarakat Pelbagai Kaum

Peranan kedua bahasa Melayu sebagai lingua franca ialah menjadi alat perpaduan kaum. Bahasa Melayu menjadi jambatan yang menyatukan kepelbagaian etnik. Kehebatan bahasa Melayu yang mudah difahami telah mendorong masyarakat berbilang kaum untuk mempraktikkan bahasa Melayu dan secara tidak langsung telah mendorong perpaduan antara mereka. Contohnya, maklumat yang ingin disampaikan akan disalurkan dengan sempurna tanpa sebarang kekeliruan. Tambahan pula, penerima mesej pula dapat memahami maksud dan perasaan penghantar mesej dalam perbualan yang akan menyebabkan komunikasi menjadi lebih lancar lalu mendorong perpaduan antara mereka.

2.3 Saluran Penyebaran budaya

Berdasarkan tiga kepentingan bahasa Melayu sebagai lingua franca yang dinyatakan, maka bahasa Melayu juga boleh dikatakan sebagai teras kepada penyebaran budaya antara masyarakat tempatan mahupun antarabangsa.

(5)

BOSHM MPU 3123

Menurut Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin (2007), Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa, kebudayaan, dan kesusasteraan. Bukti ini menunjukka betapa efektifnya bahasa Melayu berperanan sebagai penyebaran budaya.

2.4 Alat Komunikasi Efektif Untuk Urusan Perdagangan

Bahasa Melayu dijadikan bahasa perantaraan perdagangan pada abad ke-14 ketika Zaman Kesultanan Melayu. Para pedagang yang berurusan di Melaka telah memilih bahasa Melayu sebagai bahasa yang sesuai untuk memudahkan urusan dagangan mereka di Melaka. Hal ini demikian kerana pada masa itu bahasa Melayu telah difahami ramai dan penggunaannya mudah dan tidak timbul kekeliruan dalam urusan perdagangan.

Tambahan pula, kelemahan bahasa-bahasa lain turut menjadi faktor kepada perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan. Sebagai contoh, bahasa Jawa mempunyai tiga pecahan bahasa dan dikenali sebagai bahasa tatatingkat. Kerana adanya pecahan sebegini, maka bahasa Jawa tidak digunakan secara meluas malah mempunyai kekeliruan antara tiga pecahan tersebut. Selain itu, bahasa Sanskrit pula berhadapan dengan isu dikhuatiri tercemar jika digunakan secara meluas. Faktor-faktor ini telah memberi peluang kepada bahasa Melayu untuk dinobatkan sebagai bahasa lingua franca dan digunakan dalam urusan perdagangan secara meluas.

3.0 CABARAN BAHASA MELAYU MENGHADAPI ARUS GLOBALISASI

(6)

BOSHM MPU 3123

3.1 Cabaran Bahasa Melayu Menempuh Pencemaran Bahasa

Pada era globalisasi ini, dilema serius yang dialami dalam penggunaan bahasa Melayu ialah pencemaran Bahasa iaitu penggunaan bahasa yang salah dan bercampur-aduk tetapi masih dianggap relevan dalam konteks perbualan. Pengaruh media massa telah memberi impak negatif kepada masalah ini dari segi cara pertuturan, struktur ayat, penggunaan istilah dan bahasa rojak dan banyak lagi. Remaja merupakan golongan yang ramai dilanda dengan kerosakan bahasa.

Kini, telah menjadi satu tradisi terumatanya golongan remaja untuk terikut-ikut media massa dan mengadaptasikan penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. Kejadian ini masih bermaharajalela dan jika tidak mengambil langkah-langkah untuk menghindar perkara ini dari terus tersebar, bahasa Melayu bakal tidak berkumandang lagi. Sebagai contoh, kebanyakan program televisyen dan radio telah mewajibkan campuraduk bahasa untuk menarik perhatian masyarakat.

Kesannya, masyarakat yang mengikut dan menonton rancangan tersebut terdedah kepada perkataan-perkataan yang tidak betul seperti penggunan ‘karang’ menggantikkan ‘sekarang’ dan ‘korang’ menggantikkan ‘kamu’.

Keracunan bahasa Melayu seperti telah menjadi cabaran utama yang berpotensi merosakkan keteraturan, kehalusan dan keintelektualan bahasa Melayu yang dijunjung tinggi dalam kalangan pengguna bahasa Melayu. Dalam jangka masa panjang, dilema ini berpotensi untuk meruntukkan maruah bahasa Melayu lalu disisihkan sedikit demi sekidit oleh pengguna Bahasa Melayu itu sendiri.

3.2 Cabaran Bahasa Melayu Dalam Menghadapi Abad Ke-21

(7)

BOSHM MPU 3123

semua IPTS dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Keadaan belum reda, satu cabaran telah muncul iaitu pada tahun 2003, penggunaan bahasa Inggeris bagi semua matematik dan sains dalam semua peringkat. Namun, pejuang-pejuang bahasa bersatu tenaga untuk memastikan bahasa Melayu mendapat tempat di negara ini seperti termaktub dalam Perlembagaan Negara, Perkara 152. Akhirnya, tahun 2012 penggunaan bahasa Inggeris dalam sains dan matematik dihapuskan.

3.3 Cabaran Bahasa Melayu menempuh Kemajuan Teknologi Maklumat

Penekanan terhadap ICT pada era globalisasi dan liberalisasi bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia. Era ICT telah menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama Internet dunia di Amerika Syarikat dan seterusnya diikuti dengan pengeluar perisian dan perkakasan komputer seperti Microsoft, Dell dan Hewlett-Packard yang semuanya diasaskan oleh mereka yang berbahasa Inggeris. Perubahan persekitaran ini menimbulkan persoalan sama ada mampukan bahasa Melayu digunakan di dalam era ICT sebagai bahasa perantaraan alternatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat bahasanya. Masalah ini mencabar kewibawaan dan kedudukan bahasa Melayu di Malaysia apatah lagi di persdada dunia.

3.4 Cabaran Bahasa Melayu Menempuh Kelakuan Penutur

Sikap penutur bahasa Melayu juga mempengaruhi kewibawaan bahasa Melayu. Pada era teknologi ini, penutur bahasa Melayu mula berpendapat bahawa bahasa Melayu tidak relevan dalam konteks perbualan topik-topik tertentu. Perkara ini juga mendorong kepada ketidak sungguhan dan perasaan malu yang menebal semasa bertutur dalam bahasa kebangsaan sendiri.

(8)

BOSHM MPU 3123

4.0 CONTOH DAN BUKTI PENCEMARAN BAHASA MELAYU

4.1 Kesilapan Ejaan

Sikap memandang remeh kepada ejaan perkataan bahasa Melayu akan memberi kesan yang eksponen dalam kalangan pengguna Bahasa Melayu terutamanya masyarakat Malaysia. Contohnya, iklan yang dipaparkan atau disiarkan yang mempunyai kesalahan ejaan akan mencetus kekeliruan kepada sesiapa yang melihat iklan tersebut. Dalam konteks antarabangsa, kesilapan yang dianggap kecil ini mampu mengakis prestij bahasa Melayu di persada dunia.

(9)

BOSHM MPU 3123

4.2 Kurang Pengetahuan yang Mengundang Kesalahan Tatabahasa

Isu tatabahasa dalam konteks penggunaan bahasa Melayu juga patut diambil berat kerana isu ini juga mampu mengelirukan masyarakat yang melihat kesalahan tersebut. Kesalahan seperti ini sering dilihat di majalah dan iklan di jalan raya.

(10)

BOSHM MPU 3123

4.3 Dilema Bahasa Rojak yang Berleluasa

Persoalan bahasa Rojak telah pun menjadi buah mulut masyarakat Malaysia dari halaman kedai kopi hingga ke dewan parlimen. Perkataan ‘Rojak’ diambil dari makanan terkenal di Malaysia yang mencampurkan pelbagai makanan dalam satu pinggan dan dituang pes rojak. Perkara ini melihatkan kenapa perkataan ‘Rojak’ diambil untuk mendefinisikan bahasa yang bercampuraduk di Malaysia. Bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris dicampuraduk dan digunapakai dalam ayat-ayat perbualan seharian. Contoh ayat rojak ialah:

1. “Kau memang terror la!” bermaksud “Engkau memang berkelakuan dahsyat!” 2. “Tempat makan ni best sangat!” bermaksud “Restoran ini sangat bagus!”

(11)

BOSHM MPU 3123

5.0 LANGKAH-LANGKAH MEMPERKASA DAN MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA

Melihat cabaran-cabaran yang dibincangkan dan bukti-bukti pencemaran bahasa Melayu yang semakin berleluasa dapa era globalisasi ini, beberapa langkah harus diambil untuk membendung masalah yang dihadapi bahasa Melayu dan sekaligus memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu di persada dunia.

5.1 Tanggungjawab Setiap Pengguna Bahasa Melayu

Antara langkah yang paling efektif dalam melentur kewibawaan bahasa Melayu ialah tanggungjawab setiap pengguna bahasa Melayu terutamanya masyarakat Malaysia untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang menekankan keistimewaan dan kepentingan penggunaan bahasa Melayu di era globalisasi ini. Contoh aktiviti-aktiviti yang boleh disertai ramai ialah seminar kepentingan bahasa Melayu dan Hari Bahasa Melayu peringkat negara. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ini, masyarakat akan sedar dan mempunyai sikap positif terhadap bahasa Melayu dan menjunjung tinggi keistimewaannya.

Tambahan pula, program-program yang dikatakan tadi boleh menyebabkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan penuturnya akan menjadi lebih tepat dan berkualiti. Penggunaan bahasa Melayu yang betul dan berkualiti juga akan mendorong maruah bahasa Melayu terjaga di peringkat antarabangsa.

5.2 Kewajiban Penekanan Kepentingan Bahasa oleh Media Massa

(12)

BOSHM MPU 3123

Sebagai contoh, rancangan televisyen, siaran radio, terbitan majalah, buku teks, surat khabar mahupun laman web yang menggunakan bahasa Melayu harus disemak penggunaannya supaya sesiapa yang berkunjung atau melihat penggunaan bahasa Melayu itu secara tidak langsung mempelajari serba sedikit ilmu tentang penggunaan istilah, tatabahasa atau ejaan perkataan bahasa Melayu yang betul dan berkualiti. Hal ini membuktikan bahawa media massa tanah air yang menggunakan bahasa Melayu sebagai medium terbitan mereka memainkan peranan penting dalam memartabatkan lalu memperkasa bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat jelata.

Selain itu, media massa harus memastikan bahawa tiada unsur-unsur pencemaran bahasa Melayu seperti penggunaan bahasa Rojak terdapat dalam penerbitan mereka. Hal ini akan membolehkan penonton atau pembaca kandungan tersebut tidak keliru lalu bertanggapan salah memandang rendah potensi bahasa Melayu.

5.3 Tanggungjawab Pusat Didikan dan Asuhan

Pusat didikan dan asuhan juga memainkan peranan penting dalam memartabatkan dan memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang dihargai ramai. Hal ini kerana, pusat didikan dan asuhan merupakan pendedahan awal kepada anak-anak yang dahagakan ilmu. Oleh itu, pendedahan terhapat penggunaan bahasa Melayu yang betul harus diusahakan dari peringkat ini lagi. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Jadi, pihak pusat didikan dan asuhan terutamanya pihak sekolah harus menunjukkan inisiatif dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar yang penuntut di pusat pengajian mereka.

(13)

BOSHM MPU 3123

Sebagai contoh, pihak pusat didikan dan asuhan harus mengadakan aktiviti-aktiviti yang memperlihatkan keistimewaan dan kepentingan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. Mengadakan Bulan Bahasa Melayu juga akan mendorong keberkesanan usaha ini. Pertandingan-pertandingan seperti pidato, debat dan pantun boleh dijadikan agenda Bulan Bahasa Melayu yang akan memperkasa ilmu bahasa Melayu dalam kalangan pelajar. Selain itu, penekanan kepentingan bahasa Melayu dalam silibus juga harus dibuat. Sebagai contoh, memberi topik kepentingan bahasa Melayu dalam karangan bahasa Melayu akan memberi impak positif yang akan menyedarkan pelajar-pelajar betapa pentingnya bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi utama di Malaysia.

5.4 Tanggungjawab pihak kerajaan

Akhir sekali, kerajaan Malaysia memikul tanggungjawab utama dalam usaha memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu di Malaysia. Hal ini kerana, kerajaan mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan masyarakat sesebuah negara. Oleh itu, kerajaan Malaysia harus menekankan kepentingan bahasa Melayu dalam pentadbiran mereka. Sebagai contoh, mewajibkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi urusan kerajaan dan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan surat-menyurat kerajaan.

Selain itu, pihak kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE) juga memainkan peranan yang paling penting dalam usaha ini. Menurut laman web rasmi MOE, MOE berperanan membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi supaya lebih banyak perkataan daripada bahasa Melayu dihasilkan di dalam bidang-bidang yang pesat berkembang sperti bidang-bidang sains dan teknologi.

(14)

BOSHM MPU 3123

langsung, penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Malaysia akan menjadi lebih berkualiti.

Disamping itu, pihak kerajaan dengan usaha MOE dan MOHE juga harus mengemaskini bahasa Melayu supaya ianya selaras dengan perkembangan teknologi yang pesat di era globalisasi ini. Usaha ini akan membuahkan hasil dimana penutur bahasa Melayu akan mempunyai pilihan perkataan dalam bahasa Melayu untuk menyampaikan informasi yang diingini. Jadi, penutur bahas Melayu tidak akan melompat kepada bahasa Inggeris untuk menyampaikan maklumat yang ingin disampaikan.

Tambahan lagi, pihak kerajaan menerusi MOE dan MOHE harus menyelaraskan perbendaharaan kata dan tatabahasa dalam penggunaan bahasa Melayu seluruh dunia. Hal ini kerana, usaha ini akan menghindarkan kekeliruan antara penutur lalu menjadikan proses komunikasi menjadi lebih efektif dan produktif. Sebagai contoh, filem yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu yang menjadi pilihan ramai akan menyebabkan penontonya terikut-ikut gerak-geri pelakon kegemaran mereka. Jadi, dengan usaha pihak DBP memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan berkualiti dalam filem bahasa Melayu akan menyebabkan penontonya mempelajari ilmu pengetahuan tentang bahasa Melayu secara tidak langsung. Untuk kesan yang lagi memberangsangkan, filem bahasa asing yang menjadi tumpuan penutur bahasa Melayu seluruh dunia harus juga diberikan sarikata yang menggunakan tatabahasa dan struktur ayat bahasa Melayu yang berkualiti. Pihak MOE dan MOHE juga memainkan peranan penting dalam memastikan penterjemahan bahasa dilaksanakan dengan betul dan diselia oleh pakar bahasa yang ditetapkan.

6.0 KESIMPULAN

(15)

BOSHM MPU 3123

lagi kedudukan bahasa Melayu, persoalan yang timbul ialah mampukah bahasa Melayu melepasi arus yang deras pada abad ke-21?

Jawapannya semestinya boleh. Setiap pengguna bahasa Melayu harus yakin akan potensi bahasa Melayu kerana bahasa Melayu ialah satu daripada hanya beberapa bahasa yang digunapakai lebih 100 tahun. Namun begitu, kita tidak harus memandang remeh cabaran dan pencemaran bahasa yang berleluasa pada masa ini.

Adalah tanggungjawab kita bersama sebagai pengguna bahasa Melayu untuk berganding bahu berusaha bersama untuk memartabatkan dan memartabatkan bahasa Melayu di persada dunia. Oleh itu, setiap pengguna bahasa Melayu terutamanya masyarakat Malaysia harus mempunyai sikap cintakan bahasa Melayu dan melibatkan diri secara sepenuh hati dalam aktiviti-aktiviti dan program-program yang dikendalikan oleh kerajaan, badan bukan kerajaan mahupun pihak swasta untuk meningkatkan lagi ilmu tentang bahasa Melayu lalu menggunakan bahasa Melayu secara meluas dengan betul dan berkualiti.

(16)

BOSHM MPU 3123

7.0 Rujukan

Bahasa Melayu. (2016). Ms.wikipedia.org. Retrieved 15 July 2016, from https://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu

Bahasa Melayu Mendamaikan Nusantara. (2016). Dwnbahasa.dbp.my. Retrieved 15 July 2016, from http://dwnbahasa.dbp.my/?p=885

Bahasa melayu sebagai lingua franca. (2016). prezi.com. Retrieved 15 July 2016, from https://prezi.com/hrtaxj3fdz1j/bahasa-melayu-sebagai-lingua-franca/

Bahasa Melayu Sebagai Lingua Franca. (2015). Teoripena.blogspot.my. Retrieved 15 July 2016, from http://teoripena.blogspot.my/2015/06/bahasa-melayu-sebagai-lingua-franca.html

Bahasa Melayu: Cabaran dan Pengaruh Persekitaran. (2016). Dwnbahasa.dbp.my. Retrieved 15 July 2016, from http://dwnbahasa.dbp.my/?p=582

Hamdan, A. (2012). BAHASA MALAYSIA: Fungsi Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Penghantar di Sekolah dan Kepentingan Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.. Asnidahhamdan.blogspot.my. Retrieved 15 July 2016, from http://asnidahhamdan.blogspot.my/2012/12/fungsi-bahasa-melayu-sebagai-bahasa.html

(17)

Referensi

Dokumen terkait

Kondisi ini tersebut terbukti dengan hasil penelitian ini, karena perpustakaan sebagai sarana publik untuk civitas akademika UMMI memiliki pengaruh positif terhadap

Studi dilakukan dengan menitikberatkan pada pemilihan pompa serta pemilihan turbin uap yang tepat bagi instalasi siklus dasar Organic Rankine Cycle (ORC) yang menggunakan variasi

Nilai korelasi genetik sifat-sifat pertumbuhan (BS, BY dan BA) pada sapi aceh termasuk kategori positif sedang sehingga dapat digunakan sebagai dasar kriteria seleksi

Besarnya pengaruh adat istiadat dan budaya dapat bersinggungan dengan konsep keimanan atas suatu hal ghaib dalam agama. Sehingga pengaruh adat istiadat dan budaya

Kegiatan sholat tahajjud ini dilaksanakan khusus bagi siswa putra dengan memberikan kesempatan satu kali pada siswa kelas VII dan VIII serta kelas IX dengan

Setelah didapatkan hasil dari kuesioner konstruk, maka dilakukan penyusunan kuesioner matriks perbandingan berpasangan yang mengacu pada Metode Analytical

Teknometrik merupakan salah satu metode pengukuran teknologi yang digunakan untuk mengevaluasi kontribusi komponen teknologi, yang mana keempat komponen tersebut yaitu