• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dakwah Peranan Pelajar Dalam Menyampaika

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Dakwah Peranan Pelajar Dalam Menyampaika"

Copied!
29
0
0

Teks penuh

(1)

DAKWAH :PERANAN DAN

TANGGUNGJAWAB PELAJAR

KURSUS

: PENGUCAPAN AWAM

KOD KURSUS

: USN 3082

SESI PENGAJIAN : SEMESTER I (2015/2016)

NAMA PENSYARAH : AIDA HARTINI BINTI NAN

NAMA

NO. MATRIK

MUHAMAD NAZMI BIN KAMARUDDIN

2013004926

MUHAMMMAD NA’IM BIN AB RAZAK

2013004681

ABDUL MUIZZ BIN MD SUKURI

2013004370

(2)

ISI KANDUNGAN

BI L

PERKARA MUKA SURAT

i Pendahuluan 3

1 Definisi 4

5-10 2 Fiqh Dakwah

3 Peranan Dan Tanggungjawab Pelajar Dalam Dakwah 11-24 4 Peranan Pelajar Wanita Dalam dakwah 25-27

5 Kesimpulan 28

(3)

Pendahuluan

(4)

DEFINISI DAKWAH

1. DEFINISI DAKWAH

Menurut Syeikh Ali Mahfuz (Ghazali Darusalam 1996: 1), Al Bustaniy (1973:216) dan Al-Razi (1981:205), perkataan dakwah berasal daripada perkataan Arab iaitu da’a, yad’u, da’wah yang membawa maksud memanggil, mengajak, menyeru dan menjemput pada sesuatu untuk merangsang kepada sesuatu tujuan. Maksud firman Allah SWT:

Katakanlah (Wahai Muhammad): Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan, Maha Suci Allah (dari segala iktikad dan perbuatan syirik) dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Yusuf (12): 108.

Menurut Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dakwah merupakan suatu proses untuk mengajak orang orang beriman kepada Allah, percaya dan mentaati apa yang telah diberikan oleh Rasulullah SAW serta mengajak agar menyembah kepada Allah seakan-akan melihat-Nya (Amin, 2009: 3-5).

(5)

2. FIQH DA’WAH

Seorang muslim wajib menjalankan tugas menyampaikan da’wah kepada manusia lainnya. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 104:

kewajipan dalam berdakwah ini berlaku dalam keadaan individu, kelompok mahupun rakyat dan pemerintahnya. Setiap pendekatan, bahan dan sistem yang digunakan dalam menyampaikan da’wah mestilah wajib menepati syari’at Islam dan tidak lari daripada maqasid syari’ah yang telah digariskan didalam Al-Quran dan As-Sunnah. Manusia merupakan penyebab kepada sesuatu perkara itu berlaku dan setiap manusia sama sekali akan menanggung segala akibat daripada perbuatannya. Oleh itu, semua manusia terlibat dalam melakukan usaha yang baik untuk mendapatkan akibat yang baik. Hal tersebut pasti akan dicapai apabila semua manusia kembali mengamalkan syari’at Islam secara menyeluruh.

Da’wah ini tidak hanya dilakukan apabila berlakunya sebuah masalah di kalangan masyarakat. Sedangkan setiap masalah yang berlaku itu disebabkan sifat manusia yang berpaling daripada syari’at Islam. Oleh demikian, dakwah ini bertujuan mengajak manusia yang masih ragu-ragu dan sesat agar kembali untuk beriman kepada Allah SWT dan mengikuti keseluruhan syari’at Islam.

(6)

seterusnya mudah-mudahan penyusunan yang adil itu dapat menghasilan dapatan yang cemerlang.

Seiring dengan kewajipan melaksanakan da’wah, ada lagi perkara yang wajib ada iaitu metodologi/kaedah da’wah. Kaedah dan kemudahan yg ada adalah berperanan untuk membantu kejayaan sesebuah da’wah.

Berikut merupakan ringkasan rentetan yang perlu diutamakan apabila berdakwah:

Di atas, empat perkara yang perlu difokuskan oleh penda’wah apabila berda’wah.

(7)

Seterusnya, memahami ruang lingkup (manusia) dan keperluan. Dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu individu dan masyarakat serta dinyatakan keperluannya.

1

Hal di atas perlu difahami supaya penda’wah dapat menyampaikan sesuatu men gikut keperluannya.

Selain itu, penda’wah perlu menyampaikan da’wah sesuai dengan tingkatan usia mad’u. seperti berikut:

1 Perkataan sifat telah ditukarkan kepada keperluan, perorangan bermaksud individu, mayoritas bermaksud majoriti, minoritas bermaksud minoriti,

(8)

Apabila da’wah disampaikan, pastikan setiap apa yang disampaikan itu ada diterapkan nilai-nilai berikut:

 Nilai yang mengajak manusia mentauhidkan Allah.

 Nilai yang mengajak manusia memahami Islam, meningkatkan dan meyakini Iman serta membentuk Ihsan dalam diri individu.

 Nilai yang mengajak manusia berpegang dan mencontohi Sunnah.

 Nilai yang mengajak manusia bertaqwa kepada Allah SWT.

Proses yang dipilih untuk berda’wah wajib dipilih berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah dan tidak terlibat dengan hal yang syubhat. Sila pastikan perkara berikut diikuti:

 Prinsip yang digunakan patuh syari’ah.

 Metodologi yang dipakai patuh syari’ah dan bijaksana.

 Tujuan da’wah menuju kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Prinsip, metodologi dan tujuan di atas hanya boleh dicapai oleh seorang penda’wah yang mempelajari ilmu dan memahami ilmu Islam dengan baik. Jika seorang penda’wah itu tidak mampu memahaminya, maka hendaklah individu itu merujuk kepada ahlinya yang bersifat adil.

Usaha da’wah boleh dimulakan dengan cara berikut:

 Penyampaian

(9)

 Pembentukan Peribadi

 Pembentukan Ummat

 Penyusunan Kekuatan

 Menuju Optimum

Penyampaian bermaksud menyampaikan sesuatu hal kebaikan itu dengan mengggunakan lisan. Contohnya seperti membacakan Al-Quran dan Hadis kepada rakan, berkongsi cerita yang baik.

Pengajaran bermaksud manusia mengajarkan kepada manusia lain tentang sebuah ilmu yang bermanfaat, tidak ada unsur syirik dan penipuan.

Pembentukan peribadi bermaksud manusia itu mengamalkan apa yang sudah disampaikan dan dipelajari. Contohnya memberi sedekah dan menunaikan solat sunat witr sebelum tidur.

Pembentukan ummat bermaksud mengajak dan menyebar luaskan lagi kebaikan yang disampaikan supaya dapat melahirkan masyarakat yang baik seterusnya manusia dapat meneruskan kehidupan dalam keadaan yang baik dan sejahtera.

Penyusunan kekuatan bermaksud melakukan penambahbaikkan dalam berda’wah, membetulkan kesalahan, meningkatkan kemahiran dan kepelbagaian bentuk da’wah. Contohnya, menghasilkan produk, menyediakan perkhidmatan yang dapat memudahkan manusia lain melakukan kerja dan meneruskan kehidupan dengan baik.

Menuju optimum bermaksud meningkatkan dan memperkukuhkan lagi usaha da’wah supaya mampu menjadi budaya masyarakat dan seterusnya mencapai tujuan da’wah. Contohnya, penglibatan dalam hal politik untuk melakukan Islah.

Seterusnya, isi da’wah yang meluas dapat membantu pergerakan da’wah menjadi lebih luas dan terbuka. Selain itu, isi da’wah juga berperanan dalam membentuk jiwa dalaman idividu. Penigisian seperti berikut:

 Allah adalah tujuan hidup kami.

 Rasulullah adalah tauladan kami.

 Al-Quran dan As-Sunnah adalah panduan kami.

(10)
(11)

3. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PELAJAR DALAM DAKWAH

Peranan bermaksud fungsi dan kegunaan yang ada pada sesuatu objek. Manakala tanggungjawab pula adalah sesuatu perkara dan kerja yang wajib dilakukan.2 Umumnya,

setiap apa yang diciptakan oleh Tuhan itu tidak ada yang sia-sia. Semua ciptaanNya ada manfaat dan peranannya masing-masing.

Firman Allah SWT:

Maksudnya:

“Dan tidaklah Aku menciptakan Jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaKu.”

Az-Zariyat ayat 56

Justeru, manusia itu sendiri (termasuk pelajar) bertanggungjawab untuk melakukan setiap apa yang Allah suruh dan meninggalkan larangan. Ganjaran yang baik akan diberikn kepada mereka yang taat dan azab yang sangat pedih menanti mereka yang ingkar. Allah menciptakan manusia semuanya mencintai hal kebaikan dan membenci kejahatan. Kebaikan dan kejahatan itu boleh kita ketahui melalui Al-Quran dan Hadis Sahih. Itulah panduan yang sebenar untuk manusia. Menariknya, perkara kebaikan sebenarnya lebih banyak berbanding perkara kejahatan.

Antara kebaikannya adalah. berda’wah iaitu mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan seperti contoh memudahakan hal pernikahan kerana boleh menutup pintu zina. Serta membantu manusia meyakini kekuasaan Allah dan menghayati Islam dengan bahagia. Jika diperincikan satu persatu da’wah yang kita boleh lakukan sangatlah banyak jumlahnya. Diantaranya, memberi salam, menyediakan makanan, membahagiakan ibu bapa, menderma, menegur pemerintah dan berperang mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.

Namun, terdapat perbezaan dalam melakuakn da’wah. Perbezaannya ialah:

 Orang Islam

 Bukan orang Islam

(12)

Perbezaan ini dapat dilihat dari aspek metod dan tahap ilmu. Contohnya, penda’wah mesti mempelajari ilmu Perbandingan Agama apabila hendak berdakwah kepada golongan kafir..

3.1 Golongan Pelajar Mempunyai Kekuatan

Mengapa golongan pelajar pula yang mempunyai kekuatan? Kerana majority golongan pelajar adalah pemuda. Kekuatan yang dimaksudkan di sini ialah kekuatan dari sudut fizikal, mental, pemahaman budaya dan zaman serta kekuatan hubungan sosial dengan masyarakat. Segala kekuatan tersebut sangat diperlukan dalam berda’wah kerana pejuang yang lemah tidak mampu memberi kejayaan dalam perjuangan. Cubalah kita bayangkan jika realiti sekarang pelajar dan pemuda Islam bersifat lemah, kelak akan memberikan kesan yang teruk kepada agma bangsa dan tanah air kerana pada masa yang akan datang pemerintahan akan diteruskan oleh golongan pelajar dan pemuda masa kini.

Oleh itu, semua pelajar mesti mampu untuk membina kekuatan-kekuatan tersebut sebaiknya kerana saingan dan cabaran da’wah akan menjadi semakin dasyat. Kekuatan-kekuatan inilah yang akan digunakan nanti untuk menegakkan kebenaran sama ada dengan cara berhujjah, menulis buku atau berperang.

3.2 Kembali Mengamalkan Gaya Hidup Islam

Realitinya, pelajar Islam sekarang masih belum berjaya mengamalkan gaya hidup yang patuh syari’ah kerana gagal memahami kepelbagaian sifat dan latar belakang manusia lain. Gaya hidup Islam perlu dilihat dgn lebih luas untuk mengelakkan manusia itu berasa payah dan lari dari agama.

Bagaimanakah gaya hidup yang digariskan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah? Apabila membincangkan tentang gaya hidup, pembaca akan cuba untuk bermain teka teki serta berharap supaya gaya hidup yang sedang dilalui sekarang ini adalah yang paling islamik. Mudah-mudahan. Agama Islam sinonim dengan ungkapan Inggeris

(13)

Gejala murtad ini berlaku disebabkan ketidakpuasan hati seorang Muslim itu dengan undang-undangnya yg menyekat kebebasan dan menganggap Islam ini adalah agama yang bersifat anti-sosial. Persepsi ini boleh wujud apabila penganut sebuah agama itu sendiri malas untuk mempelajari dan memahami agama itu sendiri. Hal ini terjadi disebabkan sumber rujukan-rujukan Islam itu sudah menjadi jauh dengan diri kita sendiri dan realitinya budaya Islam itu sudah semakin hilang pada zaman kini. Seorang penganut agama yang benar-benar ikhlas tidak akan membenarkan budaya agamanya hilang begitu sahaja. Ingatlah saudaraku! Dengan izin-Nya, hanya orang Islam sahaja yang akan memikirkan keadaan orang Islam yang lain dan hanya orang Islam sahajalah yang akan menyebabkan agamanya itu dipandang baik oleh masyarakat.

Budaya dan gaya hidup yang digariskan oleh Islam adalah model yang terbaik di dunia. Buktinya, Islam menyuruh manusia bersikap adil, tidak menzalimi diri dan orang lain serta Islam adalah agama yang memelihara semua hal yang ada di dunia ini. Untuk membantu pelajar mengembalikan semual budaya dan gaya hidup Islam yang sebenar, pelajar wajib untuk mempelajari dan memahami tujuan undang-undang Islam itu di wujudkan. Tujuan-tujuan itu adalah:

 Menjaga akal.

Jadi, jika disana nanti terdapat hal yang berkaitan dengan Islam tetapi hal itu tidak ada langsung berkaitan dengan tujuan di atas, maka pelajar perlu untuk meragui hal tersebut.

(14)

memudahkan setiap urusan yang baik, tolong-menolong dalam kebaikan, jangan menghina orang lain, menagawal kemarahan, berani mengtakan kebenaran, dan lain-lain.

Islam juga menggalakkan ummatnya melakukan riadah, mewajibkan ummatnya membaca dan Islam juga menggalakkan ummatnya untuk menjadi manusia yang aktif dan prihatin. Contohnya, Islam menyuruh kita bersedekah dan berbakti kepada orang lain. Tangan yang menulis ini terasa sangat seronok apabila menulis hal kebaikan, keseronokan ini akan dilipat gandakan lagi apabila kita melakukannya. Jom! Kita lakukannya bersama.

(15)

3.3 Kembali meletakkan unsur tauhid kepada Allah SWT dalam silibus pembelajaran

Penyelewangan dalam silibus pembelajaran dengan mengasingkan unsur mentauhidkan diri indivudu kepada Allah SWT dan seolah-olah ingin menafikan kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT dalam mentadbir alam ini.

Saya misalkan kepada saudara-saudara semua. Telah menjadi kenyataan ilmiah bahawa sesuatu benda yang ada di dunia ini apabila ia sejuk maka ia mengecut kecuali air, kerana apabila air membeku ia memanjang dan apabila ia menjadi salji maka ia ringan. Dengan sebab itulah salji itu timbul di permukaan air. Ini adalah perkara yang diakui oleh kenyataan ilmiah dan percubaan eksperimen. Berhadapan dengan hakikat ini, ada dua pendapat;

Pertamanya mengatakan bahawa gejala ini sudah sememangnya menjadi sifat dan hakikat air itu. Pendapat kedua pula mengatakan bahawa Allah telah mengurniakan air dengan sifat itu dengan kemurahan nikmat dan ketuhanannya yang sempura, supaya benda-benda yang ada di lopak- lopak dan di sungai-sungai dapat hidup. Sekiranya makhluk itu tidak diberi sifat-sifat sedemikian tadi, nescaya apabila air itu membeku maka jatuhlah ia ke bawah dan akhirnya lopak-lopak, sungai-sungai dan laut akan bertukar menjadi batu yang tiada didiami oleh makhluk yang hidup.

Fikirkanlah wahai saudara-saudara: Satu hakikat ditafsirkan oleh dua orang dengan dua cara tafsiran yang berlainan mengikut dua pendapat yang berlainan juga: Kedua-dua cara pentafsiran ini meninggalkan dua kesan yang berbeza dalam fikiran pembaca dan pelajar. Satunya membayangkan hakikat yang berlaku dan pada waktu yang sama ianya meninggalkan kesan akidah mentauhidkan Allah, hikmat dan ketuhanannya di dalam fikiran pelajar- pelajar.

(16)

Dan contoh tersebut itu hendaklah disedari bahawa salah satu dari dua cara mengajar ilmu-ilmu pengetahuan praktikal akan menghasilkan ulama- ulama kebendaan dan cara yang kedua pula akan menghasilkan ulama-ulama Islam. Sebenarnya semua bahagian ilmu pengetahuan praktikal itu boleh menguatkan keimanan kepada Allah dalam hati manusia. Sebagai contoh, ambillah bahagian-bahagian ilmu tersebut, seperti fizik, kimia, phisiologi, bedah, biologi dan falak, maka saudara-saudara akan dapati ilmu-ilmu tersebut membentangkan hakikat-hakikat yang mengkagumkan dan mampu untuk menjadikan manusia itu benar-benar beriman dengan Allah. Tiada suatu yang lebih mampu menyuruh beriman dengan Allah selain daripada melalui hakikat-hakikat ilmu pengetahuan.

Inilah tanda-tanda atau bukti yang terang benderang yang selalu diisyaratkan oleh al-Quran dari masa ke semasa. Tetapi oleh kerana ulama kafir merakamkan hakikat-hakikat ini menurut pandangan mereka maka sebab itulah perkara ini menjadi tunggang balik. Sepatutnya ia menanamkan akidah tauhid kepada pelajar-pelajar, tapi ia telah bertukar kepada kebendaan dan mengingkari wujudnya Allah Taala di samping mentertawa dan mengejek-ngejekkan tanggapan yang mengatakan adanya Tuhan.

Saya mahu kerajaan-kerajaan Islam menyedari perbezaan antara dua aspek ini dan cuba menyelami rahsia persoalan ini. Kita tidak akan dikira sebagai orang-orang yang beriman dengan Allah dan Rasulnya sedangkan di pusat pengajian tinggi kita diajarkan ilmu yang mengingkari Allah, ilmu-ilmu kemasyarakatan yang kufur kepada pencipta yang maha agung dan falsafah yang enggan mengakui adanya Tuhan.

Sekiranya kita mahu kepada kehidupan bercorak Islam maka hendaklah kita segera menubuhkan satu badan yang bertugas mengubah kembali susunan struktur ilmu pengetahuan dan kesenian yang ada sekarang, menyusun buku-buku baru yang sistematik diterangkan di dalamnya ilmu pengetahuan dan sastra-sastra mengikut konsep Islam. Selagi kerja-kerja ini tidak selesai maka ugama dan akidah kita terancam dalam negeri-negeri kita sebagai negeri-negeri Islam.

(17)

peranan utama pelajar-pelajar yang tidak dinafikan penglibatannya dalam dakwah Islam kini iaitu pembersihan akidah atau penerapan Tauhid yang sebenar. Mereka mesti berusaha menghapuskan segala macam gerakan penentangan kepada Tuhan.

Peranan kedua : bagi pelajar ialah persiapan akhlak dan nilai-nilai Islam kerana akidah yang benar akan mencerminkan akhlak yang mulia dan luhur. Orang Islam tidak akan melakukan kejahatan itu melainkan apabila jiwanya sudah dirasuk oleh perasaan memberontak kepada Allah dan RasulNya serta perasaan yang tidak memperhitungkan lagi hari yang akan ditimbang segala kebaikan dan kejahatan. Begitulah penjelasan Al Maududi pada peringkat kedua peranan pelajar dan akibat dari tidak adanya akidah dan akhlak yang mulia.

Ketiga : pelajar-pelajar haruslah memahami serangan tamadun-tamadun barat dan insan lain yang bertentangan dengan Islam dan fitrah insan itu sendiri dihapuskan. Kita hendaklah menyedari sejarah ummat kita terdahulu yang hanyut dalam arus tamadun yang merosakkan itu. Ianya merosakkan akidah dan prinsip-prinsip Iman. Akhirnya melahirkan manusia yang mengingkari hukum Allah dan perintah RasulNya.

Masalah tamadun merupakan masalah yang amat besar. Ummat Islam telah begitu sebati dengan fahaman-fahaman yang disebut moden dan maju. Dari segi cara berfikir hinggalah kepada cara hidup. Sesuatu yang bukan diistilahkan sebagai moden, bukan datang dari kemajuan orang-orang barat atau ciptaan orang barat, tidak ' up to date ' tidak akan diterima dan ditolak sama sekali. Kenyataan-kenyataan seperti ini timbul apabila adanya usaha-usaha mengajak mereka kembali kepada peradaban timur / sendiri dan cara hidup Islam.

(18)

Kesimpulannya, Iqbal telah menyarankan dalam ucapannya sebagai pemimpin dari Liga Partai-Partai Islam di Delhi tahun 1939 yang ditujukan kepada kaum Muslimin :

" Agama yang panji-panjinya tuan-tuan pikul ini mengakui harga diri peribadi dan melatihnya hingga rela memberikan apa juga yang dimilikinya fi sabilillah dan untuk kepentingan hamba-hambanya "

Tiga peranan yang telah dijelaskan tadi merupakan penyatuan kesimpulan kepada masalah pendidikan. Pendidikan merupakan faktor terpenting dalam menentukan usaha-usaha penerapan akidah, kemuliaan akhlak dan keluhuran peradaban Islam yang sebenarnya. Allah telah menganugerahkan insan dan memuliakannya dengan akal serta kemampuan untuk berilmu. Ilmu dijadikan sebagai pensyaratan atau sebab manusia itu diangkat menjadi khalifah dimuka bumi.

3.5 Dasar-dasar pendidikan yang sewajarnya.

Pendidikan untuk semua anak-anak samada lelaki atau perempuan dalam usia persekolahan - haruslah diwajibkan. Ini kerana " Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap kaum Muslimin dan Muslimat " - hadith. " Malah ayat Al-Quran yang pertama turun yang membawa maksud : " Bacalah dengan nama Tuhanmu".

Menyusun suatu perencanaan yang kemas dan terperinci untuk menghapuskan buta huruf yang merata dikalangan ummat.

Mempelbagaikan bidang pendidikan hingga merangkumi berbagai cabang yang bersifat ke agamaan atau keduniaan.

Seterusnya tiga belas saranan oleh Prof. Dr. Yusuf Al Qarwadi dalam penyelesaian mengenai pendidikan.

(19)

belum mereka ketahui tetapi mendidik akhlak dan jiwa mereka dengan kesopanan yang tinggi dan mempersiapkan untuk sesuatu kehidupan yang suci seluruhnya dengan ikhlas dan jujur.

Al Maududi dalam melanjutkan saranannya terhadap peranan pelajar ialah menghapuskan guru-guru yang dicurigai merbahayakan kepada Islam. Maksud beliau bahawa terdapat guru-guru yang menabur benih-benih kekeliruan mengenai Islam yang menyatakan bahawa Islam tidak mempunyai tamadun, kemajuan, dasar politik dan ekonomi. Apa yang lebih daripada itu ialah pelajar-pelajar dilalaikan pemikiran mereka dengan galakan kepada penceburan dalam aktiviti-aktiviti sukarela.

Aktiviti-aktiviti seperti kelab drama, tarian, muzik, pertunjukkan pentas, majlis keraian atau jamuan yang kesemuanya menggalakkan percampuran bebas antara lelaki dengan perempuan. Islam tidak menggalakkan percampuran bebas kerana dikhuatiri mendatangkan fitnah dan zina.

" Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat "

Surah Al-Israk: Ayat 32}

Malahan manusia berkeinginan antara lelaki dan wanita tetapi ditakuti nanti mencetuskan kerosakan ummat yang tidak dapat diubati lagi.

" Dihiaskan kepada manusia, mencintai syahwat ( keinginan nafsu ) seperti perempuan-perempuan, anak-anak dan harta benda yang banyak dari emas, perak, kuda yang bagus, binatang-binatang ternak dan tanam-tanaman. Demikian itulah kesukaan hidup didunia dan disisi Allah tempat yang sebaik-baiknya (Syurga) "

{Surah Ali Imran: Ayat 14}

(20)

Apabila pelajar-pelajar telah memahami peranannya kepada masalah yang berlaku terhadap Agama, Islam dan masyarakatnya, dengan sendirinya pelajar-pelajar itu akan melibatkan diri mereka dalamorganisasi Islam iaitu suatu organisasi yang bergerak melancarkan revolusi menegak yang makruf dan mencegah yang mungkar. Suatu organisasi yang bergerak dan berusaha meluntur dan meruntuhkan segala macam perkara yang menyeleweng dari konsep akidah, menyesat dari program yang diatur oleh program Islam yang benar dan mampu menyelesai dan memenuhi kehendak fitrah insan bersama alam sekitarnya.

Organisasi pelajar hendaklah berusaha ke arah menghapuskan kebatilan dan menegakkan yang hak. Organisasi ini merupakan organisasi yang bersifat ketahanan kerana persoalan ketahanan adalah yang bersifat 'global' dan ianya persoalan yang paling mendesak yang harus segera digarap dengan penuh rasa tanggung jawab.

Organisasi Islam adalah organisasi atau gerakan yang mendokong cita-cita Islam. Angkatan yang dipilih khusus untuk memikul tugas jihad, ummat Islam harus sentiasa dalam keadaan siap sedia dengan segala keperluan yang maksima - rohani dan jasmani. Pelajar-pelajar hendaklah mempersiapkan diri mereka dengan semangat jihad. Semoga organisasi yang dipimpin akan berjaya membawa masyarakat pelajar dan umum kepada beriman kepada Allah. Susunan organisasi hendaklah teratur dan padu antara individu pimpinan organisasi itu. Allah berfirman yang membawa maksud :

" Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjihad di jalanNya dalam keadaan barisan yang teratur atau tersusun seumpama bangunan yang tersusun kukuh "

{Surah As Shaf: Ayat 4}

(21)

Gerakan pelajar Islam ini meneliti dan memahami keadaan-keadaan di bawah yang memberi pengertian mengenai gerakan atau harakah Islam :

1. Fikrah - fahaman-fahaman yang ada dalam masyarakat Islam baik dari segi duniawi atau ukhrawi.

2. Tujuan - menjayakan cita-cita Islam dari segi pengalaman sifat-sifat individu, masyarakat dan negara yang kesemuanya berjalan atas aturan-aturan hukum Illahi.

3. Wadah - menyampaikan wadah Islam yang sempurna dan lengkap mencangkupi segala bidang rohani dan jasmani insan.

4. Tenaga Kerja - menyediakan tenaga-tenaga kerja yang menjadikan perjuangan Islam ini sebagai suatu yang mesti kepadanya sehingga mati dalam menegakkan Agama Allah iaitu mati syahid.

5. Uslub - mengatur kaedah-kaedah bagaimana hendak menyampaikan dan menerapkan nilai-nilai Islam kepada manusia.

6. Wasilah - menentukan cara-cara dalam bertindak menyampaikan wadah Islam dan persiapan kepada individu serta organisasi itu.

7. Bidang Operasi - menentukan tempat, masa, pendengar, kedudukan kawasan -kampung atau bandar, kehidupan dan cara hidup masyarakat untuk menyampaikan dakwah Islam.

Ianya akan kembali kepada persoalan peribadi manusia atau penerima dakwah iaitu : i. Akal

ii. Perasaan

iii. Amalan-amalan

Kesemuanya bertujuan untuk mengisi hati dan akal manusia dengan kehalusan jiwa dan peribadi. Agar setiap individu itu akan melaksanakan :

i. Taubat - apabila merasai atau melakukan dosa atau kesalahan.

(22)

iii. Perkara Amaliah - memakan makanan yang halal dan melakukan perbuatan yang tidak bertentangan dengan hukum Allah.

iv. Berilmu - bertujuan membimbing dan mengetahui rahsia-rahsia penciptaan Allah di atas muka bumi serta menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Kita tidak mahu masyarakat manusia Muslim atau golongan pelajar Islam tergolong ke dalam golongan yang dimurkai oleh Allah dan dimasukkan ke dalam api neraka kerana tidak mensyukuri nikmat Allah seperti firman Allah yang bermaksud :

" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk ( isi neraka Jahannam ) kebanyakkan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ( ayat-ayat Allah ) dan mereka mempunyai mata ( tetapi ) tidak dipergunakan untuk melihat ( tanda-tanda kekuasaan Allah ) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. "

(23)

3.4 Pelajar menggunakan media massa sebagai alat dakwah.

Dakwan merupakan ajakan atau seruan kearah kebaikan. Dalam melaksanakan tuntuan dakwah , pendakwah harus menguunakan segala metod yang ada mengikut kesesuaian zaman. Pada zaman modenisasi pada masa kini,media massa merupakan salah satu sumber ilmu yang sangat rapat dengan manusia. Menggunakan media massa sebagai salah satu metod dakwah adalah relevan pada masa kini. Ini kerana, manusia pada masa kini dapat berhubung atau berkongsi maklumat dengan hanya menggunakan media massa walaupun dalan jarak yang sangat jauh.

Pengaruh media massa kepada pelajar pada masa kini adalah sangat besar dan umpama makanan harian bagi mereka. Dengan adanya telefon pintar, mereka dengan mudahnya mencari maklumat dan berkongsi maklumat dengan sesiapa sahaja dan dimana sahaja. Dakwah menggunakan media massa sedikit sebanyak akan mempengaruhi pelajar. Ia lebih mudah untuk digunakan oleh para pelajar dalam berdakwah kerana media massa denga pelajar amat sinonim pada masa kini.

Penggunaan media seperti internet yang meluas melalui laman blog,Facebook,Twitter,Skype, Instagram dan lain-lain disamping media massa yang sedia ada seperti akhbar, radio dan televisyen meluakan lagi penyebaran maklumat dalam kalangan pelajar dan masyarakat. Justeru itu, media massa memainkan peranan dan tanggungjawab yang amat berat dalam menyampaikan maklumat yang benar,tepat dan berfaedah kepada masyarakat. Bukan itu sahaja, dakwah menggunakan media massa ini juga haruslah diteliti asal usul dakwah yang ingin disampaikan itu kerana pada masa kini terlalu banyak dakwah yang terpesong dari ajaran Islam yang sebenar.

Terdapat beberapa syarat yang harus pendakwah turuti jika berdakwah menggunakan media massa yang selari dengan syariat Islam iaitu :

(24)

2.Perkara yang disampaikan mestilah yang dibenarkan oleh syarak. Perkara yang ingin disampai oleh pihak yang menggunakan metod media sebagai saluran dakwahharuslah teapt dan tidak cenderung kepada sesetengah pendapat sahaja. Ianya haruslah bersifat menyeluruh dan tidak lari dari ajaran Islam.

3.Tidak meninggalkan perkara-perkara asas yang menjadi teras keimanan seseorang sepanjang proses penyediaan media berkenaan. Dalam menjalankan aktiviti dakwah, para pendakwah diingatkan supaya tidak sesekali meninggalkan perkara asas yang menjadi tungguk keimanan umat islam.

(25)

4. Peranan pelajar wanita dalam dakwah

Dalam surah al-imran,terdapat hukum dan persoalan amal dakwah ke jalan Allah s.w.t ta’ala secara khusus dan kewajipan berdakwah di atas pundak setiap muslim yang mengaku beriman kepadaNya. Di samping itu, pendekatan Rasulullah s.a.w secara khusus dalam berdakwah yang diutarakan dalam surah ini sewaktu baginda menangani masalah yang timbul pada ketika itu harus dikaji dan dipersembahkan serta dijadikan amalan kepada umum agar usaha dakwah umat islam terutamanya dari kalangan wanita muslimah semakin bertambah baik dan berkesan.

4.1 Persoalan

4.1.1. Apakah peranan wanita atau pelajar perempuan dalam dakwah ?

Peranan perempuan dalam dakwah sangat penting,kita boleh ingat pada zaman Rasulullah dahulu, isteri baginda iaitu saidatina Khadijah binti khuwalid menjadi tulang belakang iaitu memberi semangat dan dorongan dalam Rasulullah berdakwah serta pemangkin semangat kepada Rasulullah walaupun Raulullah dicaci dan di hina ketika baginda berdakwah .” sesungguhnya gadis itu adalah pendamping peria “ HR AHMAD BIN ABU DAUD

Banyak tokoh-tokoh menjadi penting dan terkenal lantaran ditopang oleh peranana wanita. Maka, atas perananya yang demikian, wanita sering disebut sebagai tokoh penting di belakang layar.Peranan wanita Muslimah dalam jihad Rasulullah amat signifikan. Sebagian besar mereka yang berhijrah ke Habasyah adalah bersama istri-istri mereka. Bahkan sejarah Islam mencatat bahwa manusia yang pertama kali menyambut dakwah Islam adalah seorang wanita, yaitu Khadijah binti Khuwailid, istri Rasulullah. Dan manusia pertama yang syahid di jalan Allah juga seorang wanita, yaitu Sumayyah.

4.2 Objektif

(26)

4.3 Kepentingan

1. Membantu perempuan dalam mempelajari dan mengenalpasti peranan mereka dalam dakwah sebagaimana yang disarankan didalam al-quran.

2. mempekenalkan pendekatan dakwah yang dianjurkan dalm al-Quran.

3. Mengaplikasikan pendekatan berdakwah sebagaiman yang dianjurkan dalam surah al-Imran sebagai satu pendekatan yang boleh digunapakai dan membuat sebarang pengubahsuaian yang bersesuaian.

4. Memberi kefahaman kepada masyarakat bahawa kewajipan berdakwah itu tidak terbatas kepada golongan tertentu sahaja.

5. Menyumbang kearah kegiatan dakwah kepada golongan wanita dengan lebih efektif dan lebih komidted lagi.

4.4 Dakwah wanita dalam al-quran

Dalam al-quran banyak disebut wanita , peranan mereka dalam masyarakat dan agama amat besar sehinggakan ada kalangan sahabiah menjadi guru kepada tabi’in.Bermula dari institui keluarga sehinggalah kepada masyarakat amnya.wanita telah menunjukan bahwa kehadiran mereka amat diperlukan. Dan setiap manusia yang bernama lelaki sangat-sangtalah memerlu wanita dalam kehidupan.

4.5 Peranan yang lain

4.5.1. Sebagai pembantu kaum lelaki.

(27)

4.5.2. Sebagai pembantu pentadbir rumahtangga suaminya

Tugas berdakwah tidak meliputi semua apek tidak hanya terhad kepada perkataan baik berupa nasihat ,malah merangkumi semua aspek dalam kehidupan seorang insan . dalam hal ini,seorang wanita hendaklah menjalankan perananya dengan berkesan dalam menyeru kearah kebaikan yang berupa semua perkara yang membawa kebaikan dan manfaat kepada ahli rumahnya dalam perkara dan keduniaan.

4.5.3. Sebagai seorang isteri

(28)

5. Kesimpulan

Dalam usaha untuk menyampaikan dan menjalankan kerja dakwah ini memerlukan semangat, kerjasama, ilmu, kreativiti dan akal yang cerdas dan waras. Sebahagian pendakwah mengalami masalah dari aspek semangat untuk istiqomah menyampaikan dakwah. Hadis Nabi Muhammad SAW,

Abdullah Ibn Amr r.a meriwayatkan dari Nabi s.a.w:-“Bagi semua amalan itu ada masa kesungguhannya…”

Dalam hidup ini, ada masa kita amat suka lakukan kerja dengan rajin dan bersungguh-sungguh.

“Bagi setiap kesungguhan itu akan ada masa lemahnya…”

Emosi atau semangat manusia akan ada turun naiknya. Macam mana kita bersemangat tinggi pun, rasa lemah tetap akan hadir.

“Siapa yang masa lemahnya dia balik kepada sunnahku, maka dia mendapat petunjuk..” Dalam keadaan lemah, dia masih terikat dengan amalan yang baik. Dia kembali kepada ajaran Nabi dan pengharapan kepada Tuhan. Dia tak rasa putus asa.

“Siapa yang lemahnya dia tidak kembali kepada sunnah (dia pergi kepada selain dari itu), maka dia rosak”

Baginda SAW mengingatkan kepada semua manusia apabila berasa lemah, maka kembalilah kepada Sunnah dan barangsiapa yang tidak kembali, maka dirinya rosak. Yakinlah dengan pertolongan kuasa Allah SWT apabila melakukan kerja dakwah. Setiap perkara kebaikan yang dilakukan pasti hasilnya juga akan baik. Bersabarlah kerana Allah SWT akan bersma dengan orang yang sabar dan Allah SWT menjanjikan berita yang gembira kepada mereka yang sabar.

Wallahu’alam

6. Rujukan

 Dakwah Islamiyyah, Nor Aida Hartini bt Nan.

 Peranan Wanita dalam Dakwah mengikut perspektif Al-Quran: Kajian Surah Ali Imran, Nor Hanani bt Mohd Noor.

 Peranan Pelajar, Abu ‘Ala al Maududi.

(29)

 Fiqh Dakwah, M. Anas Adnan.

Referensi

Dokumen terkait

harus dilakukan oleh seorang guru pendidikan agama islam dalam melakukan. tugas dan peranannya, peranan itu sendiri merupakan perwujudan

Dalam politik Malaysia, persaingan agama bukan hanya di antara Islam dan bukan Islam malahan ia menjadi persaingan dalam politik kepartian sebagaimana yang berlaku antara

Kurangnya pengetahuan pelajar terhadap peranan penasihat akademik dapat juga diteliti apabila peratusan yang tinggi iaitu 68.7 peratus pelajar tidak mengetahui bahawa penasihat

Orang tua di Desa Kananga sangat memahami peranannya dalam mengatasi masalah pergaulan bebas anak dengan melakukan tiga tahap tindakan yaitu : (1) Tahap

Di samping itu, tindakan guru mengenal pasti dan memahami gaya pembelajaran pelajar ADHD adalah penting bagi mempertingkatkan keupayaan pelajar ADHD untuk belajar di

Di samping itu, tindakan guru mengenal pasti dan memahami gaya pembelajaran pelajar ADHD adalah penting bagi mempertingkatkan keupayaan pelajar ADHD untuk belajar di

Ragam kontribusi yang dilakukan guru pendidikan agama islam dalam menjalankan peranannya dalam perilaku menyimpang peserta didik diSMP Negeri 26 Makassar baik dengan

Peran Nahdlatul Ulama dalam dakwah islam masa pendudukan Jepang ada 3 fatwa-fatwa yakni pertama penolakan saikerai dimana Seikirei itu mirip dengan agama shinto dimana agama shinto