• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bagaimana agama memberikan kesan terhadap sikap persepsi dan nilai seseorang

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Bagaimana agama memberikan kesan terhadap sikap persepsi dan nilai seseorang"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Bagaimana Agama Memberikan Kesan Terhadap Sikap, Persepsi Dan Nilai Seseorang

Ahmad Zairy Bin Zainol Abidin

Definisi agama merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (2015), mentafsirkan bahawa agama merupakan satu asas kepada kepercayaan pada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, atau kepercayaan pada sesuatu dewa (yang dipuja dan dianggap sebagai sesuatu yang amat berkuasa). Melalui agama juga identiti seseorang akan terbentuk kerana hampir kesemua agama mengajar agar menjalani kehidupan yang bak dan harmoni. Melalui agama yang dianuti sama ada agama tersebut berbentuk agama monoteistik (percaya kepada satu Tuhan), agama politeistik (percaya kepada banyak Tuhan), agama beretika (percaya kepada amalan dan tingkah laku yang baik) dan agama nenek moyang, kesemua kumpulan agama ini akan menyuruh penganut dan pengamalnya mengamalkan amalan dan cara hidup yang terbaik.

Melalui agama lazimnya seseorang itu akan berupaya untuk membentuk jati diri masing-masing yang sempurna dan terbaik. Agama lazimnya merupakan medium yang akan memandu seseorang tersebut ke arah yang positif di dalam kehidupan mereka. Ia berupaya memberikan kesan terhadap sikap, persepsi dan nilai seseorang individu mengamalkannya. Ia berupaya untuk membentuk budi pekerti dan peribadi seseorang individu. Pegangan tersebut merupakan inti pati hampir kesemua agama yang ada di dunia ini. Melalui agama, peribadi dan etika hidup seseorang boleh terbentuk dan akhirnya menonjolkan budi pekerti seseorang tersebut.

(2)

sudah semestinya melalui agama, keperibadian seseorang akan terbentuk kesan daripada amalan dan penghayatan mereka terhadap agama masing-masing.

Menurut beliau lagi, agama merupakan satu pandangan hidup yang menerapkan nilai-nilai kehidupan terhadap individu dan juga masyarakat. Agama dianggap sebagai satu kekuatan kolektif yang berperanan dalam mengatasi masalah-masalah yang wujud. Melalui agama berupaya untuk mencadangkan penyelesaian masalah, persoalan dan kesusahan yang dihadapi oleh individu tersebut. Ritual-ritual yang dijalankan oleh mana-mana agama berperanan untuk menawarkan kaedah penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Perkara-perkara inilah yang secara tidak langsung membentuk keperibadian individu.

Melihat daripada aspek agama itu sendiri, hampir kesemua agama berperanan dalam menjadikan seseorang itu mempunai nilai-nilai murni dan positif dalam diri mereka. Menurut Ahmad Bashir (2004), agama berperanan dalam membentuk peribadi individu kerana kebanyakan ajaran agama yang ada di dunia membawa ajaran yang menerapkan nilai, etika yang baik. Berikut adalah di antara perbincangan yang di bincangkan berdasarkan ajaran agama yang ada.

Agama Islam

Agama Islam menerapkan amalan yang mengajar penganutnya melaksanakan segala kebaikan dan amalan yang baik berdasarkan kepada Al-Quran dan sunah. Melaluinya, penganut umat Islam diajar akan nilai-nilai murni yang menekankan tiga dimensi iaitu akidah, syariah dan akhlak. Melalui ketiga-tiga dimensi ini, ajaran nilai-nilai murni diajar secara sejagat dan membentuk peribadi murni dalam diri penganutnya.

Agama Buddha

(3)

‘Empat Kebenaran Mulia’ (Four Noble Thruth) demi mencapai kebahagiaan hidup dengan memenuhi keperluan dalam ‘Jalan Mulia Lapan Lapis’ (The Noble Eightfold Path) melalui 3 kelompok moral iaitu Panna (kebijaksanaan), Sila (akhlak) dan

Samadhi (perkembangan mental). Untuk menjayakan kesemua ini, amalan harian

mereka hendaklah memastikan asas moral mereka berupaya untuk memupuk dan membina keharmonian dan kesejahteraan melalui amalan Panca Sila. Panca Sila ini merupakan larangan yang perlu diikuti oleh penganut Buddha untuk memastikan diri mereka berada dalam keadaan yang terbaik dalam kehidupan mereka.

Agama Hindu

Penganut Hindu pula lebih menerapkan kepada kepercayaan yang memerlukan mereka mengamalkan kehidupan yang bermoral. Mereka akan berpandukan kepada dua konsep utama dalam kehidupan mereka iaitu Yamas (sifat moral untuk amalan diri sendiri) dan Niyamas (sifat moral untuk kepentingan masyarakat umum). Melalui kedua-dua konsep ini, penganut Hindu akan menjalani kehidupan mereka dengan sifat-sifat baik dan mematuhi larangan-larangan yang ada dalam konteks Yamas dan Niyamas.

Agama Kristian

Penganut Kristian pula mengamalkan nilai-nilai murni mereka berdasarkan kepada kitab Bible mereka yang mengandungi dua lembaran iaitu Old Testement dan New Testement sebagai asas mereka. Melalui kedua-dua lembaran ini, The Ten

Commandment daripada Old Testement dan amalan sifat akhlak murni daripada New Testement menjadi asas kepada mereka terhadap sifat baik dan larangan dalam amalan

kehidupan mereka yang perlu di ikuti oleh penganut Kristian.

Agama Confucius

(4)

baik yang perlu ada dalam diri seseorang yang meliputi Ren (sifat perikemanusiaan), Li (norma kehidupan), Yi (melakukan sesuatu dengan betul), Zhi (kebijaksanaan) dan

Sin (kebolehpercayaan). Lima hubungan pula merupakan lima asas perhubungan

manusia yang akan sentiasa berhubung oleh individu, oleh itu hendaklah mereka membina hubungan yang baik, mewujudkan kasih sayang dan mendidik agar saling menghormati.

Berdasarkan kepada penerangan mengenai apakah yang diajarkan oleh agama-agama utama kepada pengikutnya, adalah didapati bahawa tidak ada satu agama-agama yang mengajar akan penganutnya untuk melakukan kejahatan dan kerosakan di dunia ini. Kesemua agama yang dibincangkan mengajar agar kita sebagai manusia hendaklah mengamalkan amalan yang baik dan murni agar memperoleh kebaikan yang dijanjikan berdasarkan agama masing-masing. Tidak ada satu pun agama yang menyuruh seseorang itu untuk melakukan kejahatan dan kerosakan demi agamanya.

Namun begitu, kini wujud pandangan yang menyatakan bahawa agama merupakan punca kepada perpecahan dan persengketaan yang berlaku di dunia. Menurut Huntington (1993) menyatakan pandangan bahawa pergolakan yang berlaku pada masa terdekat di dunia kini adalah berlandaskan kepada perbezaan pandangan terhadap ketamadunan yang dikaitkan juga dengan aspek agama yang dianuti oleh sesuatu ketamadunan itu. Beliau membincangkan bahawa antara punca persengketaan yang wujud dalam ketamadunan adalah berpunca daripada agama yang dianuti yang memecahbelahkan di antara masyarakat dunia. Beliau menyatakan bahawa akan berlakunya pergolakan yang akan mencetuskan pergolakan atau peperangan di antara negara kesan daripada ketidakfahaman terhadap ketamadunan yang wujud berdasarkan agama yang dianuti. Perbezaan ini akan menjadi punca pergolakan.

(5)

dan kelompok ini akan ditolak oleh masyarakat walaupun mereka membawa kebaikan kepada komuniti tersebut (Samari, 2009). Ketakutan ini adalah berdasarkan persefahaman kolektif yang membawa kepada perpecahan dan persengketaan.

Walau bagaimanapun, sebenarnya agama sepatutnya tidak dijadikan sebagai alasan untuk memecahkan dan mencetuskan pergolakan. Ini kerana sekiranya setiap penganut agama yang dianuti melakukan semua amalan dan peraturan yang diajarkan oleh agama masing-masing, persengketaan dan perpecahan ini dapat dielakkan.

Merujuk kepada ajaran agama yang dibincangkan sebelum ini, tidak ada satu agama yang menyuruh penganutnya melakukan kejahatan dan kerosakan. Setiap penganut tidak kira mana-mana agama menggalakkan penganutnya mengamalkan nilai-nilai murni yang dikongsi bersama oleh setiap ajaran agama tersebut. Agama yang dianuti lazimnya menggalakkan penganutnya melakukan kebaikan tidak mengira latar belakang kaum atau negara kerana agama merupakan satu medium yang berupaya merentasi sempadan yang ada dalam menjadikan sesebuah kaum atau negara itu hidup dalam harmoni. Setiap agama yang dibincangkan berupaya membentuk peribadi individu yang baik dan bermoral tinggi.

(6)

Individu yang mempunyai nilai moral yang tinggi lazimnya berkaitan dengan ajaran agama yang diikuti sama ada agama yang bersifat monoteistik, politeistik, agama beretika dan agama nenek moyang. Mereka ini mempunyai pendirian dan pandangan ‘worldview’ yang lebih meluas dan memahami akan kesan agama kepada diri mereka.

(7)

Rujukan

Ahmad Bashir Aziz. 2004. Nilai dan Etika Pengurusan; Analisa dari Perspektif Agama-Agama di Malaysia. Kertas Kerja Seminar Nilai dalam Komuniti (SIVIC). Anjuran Jabatan Pengajian Umum, Universiti Utara Malaysia pada 4-5 September.

Dewan Bahasa dan Pustaka. 2015. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=agama [1 Disember 2015].

Hamissou Samari. 2009. Xenophobia and the Long Road to African Integration. Bac. Of Art.American University’s School of International Service (SIS).

Samuel P. Huntington. 1993. The Clash of Civilizations? Foreign Affair. Vol. 73 (3). 22-49.

Referensi

Dokumen terkait

Proses penanaman nilai-nilai agama Islam di SDIT Luqman Al-Hakim telah berpengaruh pada sikap dan perilaku siswa yang taat kepada Allah, berakhlakul karimah

Dari uraian diatas, pengertian pokok sila Ketuhanan Yang Maha Esa adalah bahwa bangsa Indonesia mengakui kepada Tuhan Yang Maha Esa sesuai dengan agama dan kepercayaannya,

Jadi dapat disimpulkan bahwa agama adalah kepercayaan kepada Tuhan yang dinyatakan dengan mengadakan hubungan dengan Dia melalui upacara, menyembah dan permohonan,

Dalam menganalisis elemen pluralisme agama dalam buku Indie, tiga parameter digunakan iaitu; semua agama menuju Tuhan yang sama tetapi melalui jalan dan cara yang pelbagai,

Bagir, Inetegrasi Ilmu dan Agama , hlm.. terkadang begitu pelik diungkapkan. Sejumlah kalangan meyakini sains dan agama berkaitan erat satu sama lainnya. Namun ada pula

Oleh karena itu ada istilah “Satu Tuhan Banyak Jalan”.” Nurcholish Madjid juga menulis: “Jadi pluralisme sesungguhnya adalah sebuah aturan Tuhan (Sunnat Allah, “Sunnatullah”)

Secara umum, tujuan pengembangan nilai agama pada diri anak adalah meletakkan dasar-dasar keimanan dengan pola takwa kepada-Nya dan keindahan akhlak, cakap, percaya pada

Dari kelima ibu rumah tangga yang diwawancarai, ada tiga orang ibu rumah tangga yang secara langsung menyatakan percaya, satu orang yang biasa saja setelah melihat berita tersebut, dan