• Tidak ada hasil yang ditemukan

古晉市神的召會. Gereja tuhan Di Kuching

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "古晉市神的召會. Gereja tuhan Di Kuching"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

DOA UNTUK BEROLEH WAHI (1)

Bacaan Bible: Ef. 1:3-23

Apabila kita mula mengenali Tuhan, kerja-Nya, dan rancangan abadi-Nya yang ditetapkan-Nya sebagai tujuan dalam keabadian, kita mula menyedari bahawa cahaya dalam buku Efesus adalah begitu melimpah, tinggi, dan istimewa. Kita perlu melihat satu perkara di hadapan Tuhan: Dalam buku Efesus, Tuhan menyebabkan Paulus mendoakan dua doa. Satu doa didapati dalam bab satu, manakala yang satu lagi didapati dalam bab tiga. Doa dalam bab satu adalah asas, manakala doa dalam bab tiga adalah untuk pembinaan. Dalam bab satu, Paulus berdoa agar kita mengenali hubungan kita dengan Tuan. Dalam bab tiga, dia berdoa agar kita bukan sahaja mengenali hubungan kita dengan Tuan, tetapi juga hubungan kita dengan gereja. Sekarang kita akan berbicara berkenaan doa Paulus dalam bab satu.

Dalam ayat 17, Paulus berdoa, “Agar Tuhan kepada Tuan kita Yesus Kristus, iaitu Bapa kemuliaan, dapat memberi kamu roh kearifan dan wahi supaya kamu berpengetahuan penuh terhadap-Nya.” Mengapakah Paulus mahu percayawan mempunyai roh kearifan dan wahi? Dia mahu mereka mempunyainya untuk mengenali perkara-perkara berikut:

(1) “Berpengetahuan penuh terhadap-Nya” (ay. 17). Inilah mengenali Tuhan sendiri.

(2) “Harapan panggilan Tuhan, dan apakah kekayaan kemuliaan bagi warisan-Nya dalam pekudus” (ay. 18).

Ini merujuk kepada rancangan abadi Tuhan dan penyempurnaan rancangan-Nya. Panggilan Tuhan adalah untuk kita menjadi para anak-Nya. Para anak ini ialah warisan-Nya. Panggilan Tuhan dibuat sebelum pengasasan dunia. Dalam keabadian yang akan datang, Dia akan mempunyai warisan dalam pekudus, suatu warisan yang penuh dengan kekayaan kemuliaan. Dalam keabadian lampau, Tuhan telah membuat satu keputusan, dan dalam keabadian akan datang Tuhan akan memperoleh hasil. Dua perkara ini ditambahkan bersama menjadi rancangan abadi Tuhan dan matlamatnya. Paulus cuba menyatakan kepada kita rancangan abadi Tuhan.

(3) “Kehebatan kudrat-Nya yang melangkau terhadap kita yang percaya, menurut operasi keperkasaan daya- Nya” (ay. 19). Ini merujuk kepada jenis kudrat yang digunakan oleh Tuhan hari ini untuk mencapai matlamat- Nya dan menyempurnakan rancangan-Nya. Hari ini, hal ini khususnya berkaitan dengan hubungan kita dengan -Nya dan rancangan abadi-Nya. Kita harus mengenali beberapa hal ini, dan kita harus menerima wahi di hadapan Tuan berkenaannya.

BERPENGETAHUAN PENUH TERHADAP-NYA

Paulus meminta Tuhan memberi kita roh kearifan dan wahi untuk mengenali ketiga-tiga perkara ini. Yang pertama ialah “berpengetahuan penuh terhadap-Nya”. Betapa mengagumkannya bahawa kita dapat berpengetahuan penuh terhadap Tuhan.

Semasa Paulus berada di Athens, dia melewati satu mazbah, yang di atasnya tertulis, “KEPADA TUHAN YANG TIDAK DIKETAHUI” (Kis. 17:23). Dalam minda orang Athens, mereka berfikir bahawa tidak ada jalan untuk mengenali Tuhan. Mereka tidak dapat mengenali Tuhan melalui minda mereka atau melalui falsafah mereka. Mereka boleh membuat hipotesis dan mengagak, tetapi mereka masih tidak mengenali Tuhan.

Ini sama seperti sesetengah orang pada hari ini yang mengatakan dengan mulut mereka bahawa Tuhan wujud, tetapi mereka tidak mengenali-Nya.

Sebelum Tuan Yesus mati, Dia berkata, “Dan inilah hayat abadi, supaya mereka dapat mengenali Engkau, satu -satunya Tuhan yang benar, dan Dia yang Engkau utus, Yesus Kristus” (Yoh. 17:3). Dia menunjukkan kepada kita apa itu hayat abadi. Hayat abadi ialah mengenali Tuhan. Pekudus di Efesus sudah mengenali Tuhan; kita tidak boleh mengatakan bahawa mereka tidak mengetahui apa-apa tentang Tuhan. Mereka pasti mengenali Tuhan kerana mereka sudah mempunyai hayat abadi. Akan tetapi, Paulus mendoakan dalam doanya yang pertama agar Tuhan “memberi kamu roh kearifan dan wahi supaya kamu berpengetahuan penuh terhadap- Nya”. Daripada ini kita melihat bahawa orang Athens sememangnya tidak mengenali Tuhan, namun sekalipun

Gereja tuhan Di Kuching

19/06/2022

1 1

Alamat : Lot 10833, Jalan Chong Kiun Kong, Kenyalang Park, 93300, Kuching, Sarawak, Malaysia.

Emel : churchinkuching@gmail.com Laman Web : https://ms.thechurchinkuching.org

Tel. : 6082-482258/335484 Faks : 6082-335445 UNTUK KEGUNAAN GEREJA SAHAJA Buletin Gereja Isu No. 233

Pengejaran Buku Rohani

(2)

seseorang Kristian telah menerima hayat abadi dan mula mengenali Tuhan, pengetahuannya terhadap Tuhan mungkin masih tidak mencukupi.

Sejurus selepas kita percaya kepada Tuan, atau beberapa tahun selepas kita percaya kepada-Nya, kita tidak boleh mengatakan bahawa kita tidak mengetahui apa-apa tentang Tuhan. Namun kita sering amat bergantung pada pemikiran atau perasaan kita untuk menyokong kita dalam perjalanan kita. Kita mengenali sedikit tentang Tuhan. Akan tetapi, selain sedikit yang kita tahu, kita amat bergantung pada pemikiran dan idea kita. Jika kita tidak mempunyai pemikiran atau idea ini untuk menyokong kita, kita berasa bahawa pengetahuan kita terhadap Tuhan adalah tidak pasti dan penaakulan kita tidak begitu kukuh. Oleh yang demikian, kita sentiasa memerlukan sokongan minda kita untuk memelihara gerak-hidup Kristian kita. Seolah-olah ketika kita sampai ke jalan buntu dalam penaakulan kita atau dalam doktrin kita, kita tidak dapat mara ke depan tanpa bantuan minda kita. Pada masa yang lain pula kita memerlukan perasaan, perasaan hangat, perasaan riang, dan perasaan penuh semangat. Kita memerlukan perasaan-perasaan ini di samping pengetahuan kita terhadap Tuhan sebelum kita dapat mara ke depan.

Sehinggalah pada suatu hari Tuhan memberi kita roh kearifan dan wahi. Kemudian Dia mewahikan diri-Nya kepada kita dengan cara yang segar, istimewa, dan mendalam sehinggakan kita dapat mengatakan bahawa bukan sahaja kita mengenali-Nya, tetapi kita berpengetahuan penuh terhadap-Nya. Maka kita dapat mengisytihar, “Sekarang saya tahu. Saya telah melihat, dan saya jelas. Saya tidak lagi memerlukan apa-apa sokongan yang lain. Saya tidak memerlukan minda saya atau perasaan saya lagi untuk menyokong saya. Kini saya berpengetahuan penuh terhadap Tuhan.”

Mungkin sesetengah daripada kamu tidak memahami apa yang saya maksudkan. Saya akan mengilustrasikannya dengan beberapa contoh. Ada seorang Kristian pernah berkata, “Saya sudah menjadi percayawan selama dua puluh dua tahun. Pada dua tahun yang pertama, saya perlu berusaha untuk percaya.

Jika kamu bertanya kepada saya sama ada saya diselamatkan atau tidak, saya boleh memberitahu kamu dengan pasti bahawa saya telah diselamatkan; tidak ada orang yang dapat mengatakan bahawa saya tidak diselamatkan. Saya tahu bahawa saya diselamatkan, dan saya tahu bahawa saya mempunyai hayat abadi.

Namun ada satu masalah: Apabila orang lain bertanya kepada saya sama ada saya percaya kepada Tuhan atau tidak, saya perlu berusaha untuk berkata, “Saya percaya.” Saya seolah-olah perlu memegang erat kepercayaan saya, dan sekiranya saya tidak berpegang erat padanya, saya akan menjadi orang bukan Kristian. Kepercayaan saya kepada Tuan ialah sesuatu yang meletihkan. Adakah saya percaya kepada Tuhan? Ya, saya percaya.

Namun adakah saya mengenali-Nya? Tidak, saya tidak mengenali-Nya. Saya memerlukan banyak alasan dan doktrin untuk menyokong kepercayaan saya. Saya hanya berasa tenteram apabila saya mendapat alasan yang cukup munasabah dan apabila saya mendapat doktrin yang betul. Dengan demikian barulah saya dapat berbicara kepada orang lain berkenaan kepercayaan saya. Saya memerlukan sokongan minda saya untuk menjadi seorang Kristian. Akan tetapi, hari ini saya boleh bersaksi bahawa saya bukan begitu lagi. Saya boleh mengatakan bahawa saya mengenali Tuhan saya. Saya tidak memerlukan sebarang alasan untuk menyokong kepercayaan saya, dan saya tidak memerlukan sebarang bukti luaran untuk mempertahankan kepercayaan saya.”

Dikbang dan dikkak sekalian, inilah apa yang berlaku apabila kita benar-benar mengenali Tuhan. Pengetahuan jenis ini datang daripada wahi. Perkara ini bukan berkenaan ajaran yang jelas, tetapi berkenaan pengetahuan dalaman. Pengetahuan ini bukan seperti pengetahuan yang kita peroleh ketika kita mula-mula percaya, yang perlu dipegang dengan amat cermat seperti sebiji cawan yang penuh dengan air supaya air tidak tertumpah.

Banyak orang yang percaya kepada Tuan Yesus dengan cara seperti memegang cawan yang penuh dengan air;

mereka berjalan dengan amat berhati-hati. Mereka takut mendengar ini atau itu. Akan tetapi, pada suatu hari Tuhan memberi mereka wahi, dan mereka mengenali-Nya; mereka mula berpengetahuan penuh terhadap-Nya, dan mereka benar-benar melihat-Nya. Maka mereka tidak lagi ada apa-apa masalah. Dikbang dan dikkak sekalian, jika kamu benar-benar mengenali-Nya, biarpun seluruh dunia percaya kepada Tuhan, hal ini tidak akan membantu kamu, dan biarpun seluruh dunia tidak percaya kepada Tuhan, kamu pun tidak akan tergoyah.

Sekalipun hujah orang lain adalah munasabah, sekalipun mereka mengatakan bahawa Bible adalah palsu, dan sekalipun terdapat lebih banyak alasan untuk tidak percaya berbanding dengan percaya, tidak ada alasan yang dapat menggoyahkan kamu. Kamu dapat mengisytihar dengan berani, “Saya tahu secara dalaman.

Pengetahuan saya lebih mendalam daripada minda saya. Tidak ada apa-apa yang luaran yang dapat menggoyahkan pengetahuan dalaman saya ini.”

Ini sememangnya satu perkara yang amat penting. Banyak orang Kristian hidup melalui perasaan mereka.

Sekiranya mereka berasa gembira dan girang, mereka mengatakan bahawa Tuhan bermurah hati terhadap mereka. Sekiranya mereka berasa dingin dan jemu, dan sekiranya mereka hilang selera terhadap segala- galanya, mereka hampir-hampir hendak berkata, “Di manakah Tuhan? Sukar hendak mengenali-Nya!” Banyak orang ditopang oleh perasaan mereka. Sebaik sahaja perasaan mereka hilang, mereka teragak-agak dan bergoyah. Mereka begini kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan penuh terhadap Tuhan. Tuhan perlu memimpin kita sehingga kita tidak lagi mengendahkan sama ada kita berasa dingin atau hangat, jemu atau teruja, kerana kita telah mengenali Tuhan. Pengetahuan kita lebih mendalam daripada keriangan kita, kepedihan kita, atau apa-apa perasaan. Walaupun secara luaran mungkin ada keriangan, kepedihan, atau jenis perasaan yang lain, namun tidak ada perasaan yang akan mengubah kita, kerana kita mengenali-Nya secara dalaman. Dikbang dan dikkak sekalian, hanya orang Kristian jenis ini yang akan bertahan lama, dan hanya

2 2

(3)

orang Kristian jenis ini yang tidak akan digoyahkan. Tuhan hanya dapat menggunakan orang jenis ini.

Dahulunya ada seorang dikbang yang baru sahaja percaya kepada Tuan. Orang memberitahu dia bahawa terdapat kesilapan dalam Bible. Dikbang ini menjadi amat risau sehinggakan dia hampir menangis. Dia percaya bahawa Bible adalah betul, dan dia percaya bahawa tidak mungkin ada apa-apa kesilapan dalamnya.

Namun orang lain menunjukkan kepadanya beberapa tempat yang membuat dia berasa bimbang. Dia bimbang bahawa apa yang akan terjadi sekiranya Bible memang silap. Dia merujuk perkara ini kepada seorang dikkak yang berusia. Dia berfikir bahawa dikkak itu pastinya berasa risau sekiranya dia terdengar tentang beberapa kesilapan dalam Bible kerana dikkak itu amat mengasihi Tuan dan Bible. Akan tetapi, apa yang membuat dikbang itu terkejut ialah selepas dia menyebut tentangnya, reaksi dikkak itu seolah-olah tidak ada apa-apa yang telah berlaku. Dikkak itu hanya berkata, “Tidak ada masalah.” Dikbang itu berfikir, “Itu tidak menjadi masalah bagi kamu. Namun itu menjadi masalah bagi saya.” Maka dia meminta jawapan selanjutnya daripada dikkak itu. Akhirnya, dikkak itu menjawab bahawa pengetahuan seseorang terhadap Tuhan bukan bergantung pada jawapan kepada soalan sedemikian. Dikbang itu berfikir, “Mungkin seseorang yang berusia seperti kamu tidak perlu berfikir tentang soalan ini. Namun saya seorang pemuda, dan saya mempunyai minda yang berfikir.

Mustahil bagi saya membiarkan perkara ini begitu sahaja.” Selepas itu, dikbang itu menghabiskan masa setahun untuk mengkaji Bible dan menyoal siasat dakwaan tersebut. Akhirnya, dia mendapat bukti yang membuktikan bahawa Bible tidak ada kesilapan dan bahawa Bible adalah betul. Dia terasa sebiji batu besar telah dialihkan daripada hatinya. Sebenarnya, sekiranya dikbang itu mengenali Tuhan, dia tidak perlu membazirkan masanya untuk berasa bimbang. Dikbang dan dikkak sekalian, jika kamu berpengetahuan penuh terhadap Tuhan, sekalipun lebih banyak soalan datang, kamu tidak akan mempunyai sebarang batu besar dalam hati kamu, dan tidak ada apa-apa yang akan mengganggu kamu. Orang lain mungkin membuktikan ini dan itu, tetapi orang Kristian dapat membuktikan satu perkara — Tuhan ialah Tuhan. Kita mengenali Tuhan kita. Dia begitu benar. Sebaik sahaja kita tahu, kita sudah tahu. Sekiranya kita berpengetahuan penuh terhadap- Nya, setiap masalah akan selesai. Ini bukan perkara berkenaan alasan yang meyakinkan atau doktrin yang jelas, tetapi perkara berkenaan wahi. Wahi ialah sesuatu yang tidak boleh kurang. Kita perlu meminta Tuhan memberi kita roh wahi agar kita dapat berpengetahuan penuh terhadap-Nya. Pengetahuan ini ialah asas bagi seorang percayawan, dan ia amat penting.

MENGETAHUI PANGGILAN TUHAN DAN WARISAN-NYA

Tuhan bukan sahaja mahu kita mengenali-Nya; Dia juga mahu kita mengenali panggilan-Nya. Dia mahu kita mengenali apa panggilan kita dan apa itu warisan-Nya dalam pekudus. Dengan kata lain, Tuhan bukan sahaja mahu kita mengenali-Nya, tetapi Dia mahu kita mengetahui apa yang dilakukan-Nya dari keabadian hingga keabadian. Dia mahu kita mengenali rancangan abadi-Nya dan tujuannya.

Buku Efesus berbicara tentang hal-hal yang mencakupi keabadian hingga keabadian. Ia menunjukkan kepada kita rancangan abadi Tuhan. Paulus berbicara tentang panggilan Tuhan, warisan-Nya dalam pekudus, dan kudrat-Nya terhadap kita yang percaya. Ini memberitahu kita bahawa apabila seseorang benar-benar memahami rancangan abadi Tuhan, dan apabila dia melihat apa yang dilakukan Tuhan dari keabadian hingga keabadian, dia akan menyedari bahawa rancangan abadi Tuhan berkaitan dengan setiap orang yang dipanggil.

Ini juga berkaitan dengan warisan yang diperoleh Tuhan dalam pekudus dan kudrat yang dinyatakan-Nya dalam kalangan mereka. Ini menunjukkan kepada kita bahawa rancangan abadi Tuhan bukan sesuatu yang abstrak; ia bukan sesuatu yang tidak penting, boleh kurang, atau sesuatu yang boleh diketepikan. Dikbang dan dikkak sekalian, rancangan abadi Tuhan amat berkaitan dengan setiap orang daripada kita. Apabila kita berbicara tentang rancangan abadi Tuhan, jangan menyangka bahawa rancangan Tuhan ialah sesuatu yang tidak dapat diduga atau tidak dapat difahami. Tidak, rancangan abadi Tuhan amat berkaitan dengan panggilan kita; ia amat berkaitan dengan warisan Tuhan, dan ia amat berkaitan dengan kudrat Tuhan dan operasinya dalam kita.

Mari kita mempertimbangkan panggilan Tuhan dan warisan-Nya terlebih dahulu, kemudian kita akan mempertimbangkan kudrat yang dinyatakan terhadap kita yang percaya. Pertama, mari kita melihat panggilan Tuhan. Ayat 18 berkata, “Agar mata hatimu dicahayai, supaya kamu dapat mengetahui apakah harapan panggilan Tuhan.” Saya tidak tahu berapa banyak orang Kristian yang tahu bahawa ada harapan di hadapan mereka. Banyak orang hanya mengharapkan syurga. Syukur kepada Tuan kerana ada syurga; memang benar ada syurga. Namun itu bukan matlamat Tuhan memanggil kita. Ini bukan harapan panggilan-Nya. Jadi apakah panggilan ini? Ayat 4 berkata, “Sebagaimana Dia telah memilih kita dalam Kristus sebelum pengasasan dunia supaya kita menjadi kudus dan tanpa cacat cela di hadapan-Nya dalam kasih.” Inilah panggilan Tuhan.

Panggilan Tuhan ialah supaya kita menjadi sama seperti Tuhan. Dari segi positif, itu bererti menjadi kudus, dan dari segi negatif, itu bererti tanpa cacat cela dan tidak tercela. Dikbang dan dikkak sekalian, betapa agungnya panggilan ini! Jika kamu tidak pernah menjadi lemah, dan jika kamu tidak pernah menyedari bahawa kamu telah membuat kesilapan, kamu tidak akan menyedari betapa istimewanya panggilan ini. Namun jika kamu mengetahui sedikit betapa lemahnya dan tidak layaknya kamu ini, dan betapa salahnya kamu ini, kamu akan melihat kemestikaan panggilan ini. Kamu akan berkata, “Syukur kepada Tuan. Engkau telah memanggil aku untuk menjadi kudus dan tanpa cacat cela; Engkau telah memanggil aku untuk menjadi tidak tercela dan menjadi sempurna seperti Engkau.” Syukur kepada Tuan kerana suatu hari nanti matlamat Tuhan memilih kita akan tercapai. Tidak kira betapa lemahnya dan tidak bergunanya kita pada hari ini, dan tidak kira betapa banyaknya masalah dan celaan kita hari ini, kita bersyukur kepada-Nya kerana suatu hari nanti Dia akan membawa kita ke tahap kita akan berdiri di hadapan-Nya secara kudus dan tanpa cacat cela seperti Dia.

3 3

(4)

Inilah tujuan Tuhan memilih kita, dan inilah tujuan Dia memanggil kita. Memandangkan Dia telah menetapkan ini, maka Dia pasti akan menyempurnakannya. Sekarang kita mengetahui jenis harapan yang kita ada di hadapan Tuhan. Kita mempunyai harapan, dan harapan kita ialah menjadi sama seperti Tuhan. Tuhan telah memilih kita dan memanggil kita untuk ini.

Kedua, mari kita mempertimbangkan warisan Tuhan dalam pekudus. Ayat 18 berkata, “Agar mata hatimu dicahayai, supaya kamu dapat mengetahui...apakah kekayaan kemuliaan bagi warisan-Nya dalam pekudus.”

Apakah warisan yang dimiliki Tuhan dalam pekudus? Pekudus ialah warisan Tuhan; mereka ialah harta milik Tuhan. Ayat ini bukan mengatakan bahawa Tuhan telah memberi pekudus suatu warisan. Sebaliknya, ia mengatakan bahawa pekudus telah menjadi warisan Tuhan. Paulus mengatakan bahawa Tuhan mempunyai warisan dalam pekudus. Warisan sedemikian adalah mulia. Warisan itu bukan sahaja mulia, bahkan dalamnya ada kekayaan kemuliaan.

Dalam Efesus 1:5 dan 11, perkataan pratakdir digunakan. Ayat 5 berkata, “Dengan mempratakdirkan kita supaya beroleh keanakan menerusi Yesus Kristus untuk dibawa kepada diri-Nya, menurut kegirangan kehendak-Nya.” Ayat ini memberitahu kita bahawa kita dipratakdirkan supaya beroleh keanakan. Ayat 11 berkata, “Dalam-Nya juga kita telah dilantik tentu sebagai warisan, setelah dipratakdirkan menurut tujuan Dia yang mengerjakan segala sesuatu mengikut keputusan kehendak-Nya.” Ini memberitahu kita bahawa kita dipratakdirkan untuk menjadi warisan-Nya. Terdapat sedikit perbezaan antara ayat 5 dengan ayat 11 meskipun kedua-duanya berkaitan.

Tuhan mempunyai rancangan abadi yang mencakupi keabadian hingga keabadian. Rancangan-Nya adalah untuk mendapatkan banyak anak. Banyak orang tidak menyedari betapa besarnya perkara berkenaan keanakan ini. Akan tetapi, kita harus melihat bahawa matlamat Tuhan ialah mendapatkan para anak. Rancangan Tuhan melibatkan para anak. Galatia 4:6 berkata, “Dan oleh sebab kamu ialah anak, Tuhan telah mengutus Roh Anak -Nya ke dalam hati kita, berseru, Abba, Bapa!” Ini menunjukkan bahawa Tuhan telah meletakkan Roh Anak- Nya dalam kita untuk menjadikan kita anak-Nya. Ibrani 2:10 berkata, “Kerana memang sesuai bagi Dia — bagi -Nya dan menerusi-Nya segala sesuatu ada — memimpin anak yang banyak ke dalam kemuliaan.” Ini menunjukkan kepada kita bahawa apabila Tuhan mencapai matlamat-Nya, anak yang banyak akan berada dalam kemuliaan. Tuhan memimpin anak yang banyak ke dalam kemuliaan. Tujuan-Nya ialah memperoleh para anak. Dia menggelar para anak ini warisan-Nya. Dalam Efesus 1, Tuhan menunjukkan kepada kita bahawa dari satu segi Dia telah mempratakdirkan kita untuk menjadi anak (ay. 5), dan dari segi yang lain, Dia telah mempratakdirkan kita untuk menjadi warisan-Nya (ay. 11). Apakah warisan Tuhan? Warisan Tuhan bermaksud sesuatu yang kepunyaan Tuhan. Tuhan telah mempratakdirkan kita supaya beroleh keanakan, dan Dia juga mempratakdirkan kita untuk menjadi warisan-Nya. Setiap orang daripada kita kepunyaan Tuhan.

Paulus berdoa agar mata hati kita dibuka untuk mengetahui kekayaan kemuliaan warisan-Nya dalam pekudus.

Apakah itu kemuliaan? Kemuliaan ini bererti menjadi sama seperti Tuhan dan memuliakan Tuhan. Inilah apa yang dihasratkan Tuhan. Dia telah memilih kita untuk menjadi umat-Nya, warisan-Nya, dan anak-Nya.

Semoga Tuan membuka mata kita untuk melihat betapa mulianya perkara ini!

Kita bukan sahaja harus mengenali-Nya, tetapi kita juga harus mengenali kerja-Nya, rancangan-Nya, dan matlamat-Nya. Untuk mempunyai pengetahuan ini, kita memerlukan visi. Tanpa visi, kita melihat sedikit sahaja, sesuatu yang amat terhad dan sementara. Berkenaan kerja rohani, kita sering dibebani oleh kerja yang sedikit di tangan kita. Kita berasa gembira apabila kita melihat hasil yang baik daripada kerja kita, dan kita berasa sedih apabila kita tidak melihat hasil yang baik daripada kerja kita. Pandangan kita terhad kepada lingkungan yang kecil, dan kita tidak melihat perkara yang lebih besar di hadapan Tuan. Apa yang kita lihat sememangnya remeh. Kita seperti anak kecil yang mempunyai sepuluh ringgit di tangannya; dia berasa wang itu terlalu besar. Itulah keseluruhan hartanya. Sering kali pandangan kita adalah kecil seperti itu; kita tidak melihat hal-hal yang abadi. Kita harus tahu bahawa pandangan Tuhan adalah dari keabadian hingga keabadian.

Dia berhasrat untuk membuka mata kita dan menyelamatkan kita daripada menjadi sempit. Manusia terlalu sempit. Kita terlalu sempit, dan kerja di tangan kita terlalu sempit. Tuhan hendak menyelamatkan kita daripada lingkungan yang sempit ini. Dia hendak menunjukkan kepada kita harapan panggilan-Nya dan kekayaan kemuliaan warisan-Nya dalam pekudus. Ini bukan sekadar perkara berkenaan keperluan manusia, tetapi perkara berkenaan keperluan Tuhan. Mengapakah kita memberitakan injil? Kita memberitakan injil bukan kerana manusia mempunyai keperluan, tetapi kerana Tuhan mempunyai keperluan yang lebih besar. Jangan beranggapan bahawa injil kurnia dan injil kingdom ialah dua injil yang berbeza. Tidak, ini bukan dua injil yang berbeza, tetapi satu injil yang dilihat dari dua sudut yang berlainan. Dari sudut pandangan manusia, ini ialah injil kurnia. Dari sudut pandangan Tuhan, ini ialah injil kingdom. Tuhan hendak menghimpunkan banyak orang kepada diri-Nya dan memperoleh banyak orang untuk menggenapkan tujuan-Nya. Atas sebab ini, kerja kita tidak seharusnya berdasarkan pandangan manusia sahaja, tetapi perlu berdasarkan pandangan Tuhan.

Tuhan hendak memperoleh manusia; Dia hendak memperoleh manusia untuk memuliakan diri-Nya. Tujuan kita memberitakan injil dan memperoleh manusia adalah untuk memenuhi keperluan Tuhan. Oleh itu, anak- anak Tuhan memerlukan visi, iaitu visi tentang keabadian. Visi ini akan mengubah kerja kita, pandangan kita, dan kehidupan Kristian kita. Apabila kita melihat visi ini, kita tidak akan terus berada dalam kerja kita yang kecil. Kita tidak akan berpegang pada pandangan dan kaedah kita yang lepas, dan kita tidak akan sentiasa mengambil kira keuntungan dan kerugian yang remeh.

....bersambung

4 4

(5)

PENGUMUMAN 1. Pembauran dan Jamuan Kasih bagi Pelajar Kolej:

Tarikh/Masa : 25/06/2022 (Sabtu) 6:30 ptg.; Tempat: A107;

Catatan : Jamuan kasih disediakan sebelum perhimpunan. Pelajar lepasan Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 digalakkan hadir untuk berbaur bersama pelajar kolej.

2. Perhimpunan Injil Remaja Berbahasa Melayu:

Tarikh/Masa : 25/06/2022 (Sabtu) 6:30 ptg.; Tempat: C103;

Catatan : Terdapat jamuan kasih sebelum perhimpunan. Para remaja diminta menjemput rakan injil dengan aktif.

3. Forum Injil Berbahasa Cina dalam talian:

Tarikh/Masa : 26/06/2022 (Hari Tuan) 7:30 mlm.;

Tajuk : “Sandaran Kehidupan Manusia”

4. Persidangan Pembauran bagi Pekudus Muda yang Bekerja bagi Gereja-gereja di Malaysia Timur:

Tempat : Secara fizikal di Dewan Perhimpunan Baru Gereja di Miri atau dalam talian menerusi ZOOM.

Sasaran : Pekudus muda yang bekerja (18 tahun dan ke atas) termasuk pelayan pekudus muda yang bekerja, pekudus pertengahan umur yang bekerja serta dikbang yang bertanggungjawab.

Yuran :

Tarikh tutup: 27/06/2022 (Isnin)

Catatan: 1. Semasa persidangan, makanan perlu diatur sendiri dan pengangkutan hanya disediakan bagi yang tinggal di Imperial Hotel, Miri.

2. Borang pendaftaran boleh didapatkan di pejabat. Yuran boleh didepositkan ke dalam akaun gereja dan nyatakan pada resit bayaran “YWSBC” serta distrik anda (Cth.: H1D1). Senarai nama pendaftaran yang lengkap berserta resit bayaran harus dihantar ke WhatsApp Gereja Tuhan di Kuching (+6082-482258).

5 5

Jenis Yuran Catatan

A Dalam talian RM10 Yuran pendaftaran sahaja.

B Fizikal RM30 Yuran pendaftaran sahaja. (13 tahun dan

ke atas) C Menginap di Imperial Hotel,

Miri Bilik untuk dua orang

RM360 (RM180 seorang) Termasuk yuran pendaftaran bagi dua orang (RM30 x 2), penginapan untuk dua malam dan sarapan untuk dua hari (RM150 x 2) bagi 13 tahun dan ke atas.

D Kanak-kanak RM15 Yuran pendaftaran sahaja (4-12 tahun), 3 tahun dan ke bawah tidak perlu bayar yuran.

Tarikh Masa

22/07 (Jumaat) Sesi 1 7:30-9:30 mlm.

23/07 (Sabtu)

Sesi 2 8:30-10:00 pg.

Sesi 3 10:30 pg.-12:00 tgh.

Sesi 4 7:30-9:30 mlm.

Perhimpunan Pemecahan Roti 9:30-10:30 pg.

24/07 (Hari Tuan)

Sesi 5 10:30 pg.-12:00 tgh.

A. Pembacaan “Wasiat Baru Versi Pemulihan berserta nota kaki” bagi minggu ini ialah Minggu 27 mengikut jadual pembacaan Bible.

B. Pembacaan Kajian-hayat Wasiat Baru bagi minggu ini ialah Kajian-Hayat Wahi, mesej 46 dan 47.

C. Pengejaran SKPP untuk minggu ini ialah Kajian-kristalisasi 1&2 Samuel, Minggu 12. Para remaja mengejar Doa untuk Beroleh Wahi (1). Para pelajar kolej mengejar Kristus Almuhit Bab 1.

PENGEJARAN KORPORAT

Hari Tuan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu

Luk. 19:28-48 20:1-19 20:20-38 20:39—21:4 21:5-27 21:28-38 22:1-20

Para pekudus digalakkan untuk menyertai perhimpunan persekutuan pelayanan mengikut dewan masing-masing secara aktif pada setiap malam Isnin. Semoga kita memasuki beban kehidupan gereja bersama-sama, mempraktiskan kehidupan gereja menurut jalan yang ditetapkan Tuhan, mengajar kebenaran divin, menggembala menurut Tuhan, agar gereja dapat berkembang luas dan berlipat ganda.

PERHIMPUNAN PERSEKUTUAN PELAYANAN MENGIKUT DEWAN

(6)

5. Pembauran dan Latihan Penyempurnaan untuk Para Dikkak di Malaysia:

Tarikh : 28-31/07/2022 (Khamis-Hari Tuan);

Tarikh tutup : 11/07/2022 (Isnin);

Tempat : Eden Residence, Subang Jaya;

Yuran :

Catatan: 1. Sesiapa yang tidak menginap di Eden Residence perlu mengatur pengangkutan sendiri termasuk ulang-alik daripada lapangan terbang atau hotel.

2. Semua peserta harus melakukan ujian air liur sehari (27/07) sebelum datang ke latihan dan keputusannya haruslah negatif.

3. Borang pendaftaran boleh didapatkan di pejabat. Yuran boleh didepositkan ke dalam akaun gereja dan nyatakan pada resit bayaran “SISTER” serta distrik anda (Cth.: H1D1). Senarai nama pendaftaran yang lengkap berserta resit bayaran harus dihantar ke WhatsApp Gereja Tuhan di Kuching (+6082-482258).

6. Notis Pendaftaran bagi Latihan Pemuda Batch 10:

Tarikh : 31/07-03/09/2022 (termasuk Latihan Penyempurnaan bagi Pelajar Kampus di Malaysia pada 14-26/08/2022, Persidangan Pembauran bagi Pelajar Kampus di Malaysia pada 26- 28/08/2022, dan Pembauran di Semenanjung Malaysia pada 28/08-03/09/2022);

Peserta : Dikbang dan dikkak yang berumur antara 18 hingga 35 tahun;

Yuran latihan : RM400 seorang (tidak termasuk yuran bagi Pembauran di Semenanjung Malaysia);

Tarikh tutup : 10/07/2022 (hari Tuan); Pelayan : Db. Christofer Ling (019-5105243).

Catatan : Untuk keterangan lanjut, sila rujuk borang pendaftaran di pejabat;

7. Pelayanan Pembersihan:

Perhimpunan fizikal gereja di dewan perhimpunan telah dipulihkan. Oleh itu, distrik-distrik tertentu bertanggungjawab membersihkan bilik perhimpunan yang digunakan masing-masing.

8. Pelayanan Meronda Dewan Perhimpunan pada Waktu Pagi Hari Tuan:

9. Gereja di Bau dan Lundu telah memulihkan perhimpunan pemecahan roti secara fizikal. Para pekudus boleh pergi menyokong serta berbaur dengan pekudus tempatan di sana. Masa perhimpunan adalah seperti berikut:

Gereja di Bau : 2:30-3:30 ptg.; dan Gereja di Lundu : 10:00 pg.-12:00 tgh.

6 6

PENGUMUMAN

26/06/2022 Dewan 3 03/07/2022 Dewan 4

6—5 Blok A Tingkat 3: Tandas, koridor lif, dan laluan tepi dewan perhimpunan.

6—4 Blok A Tingkat 2: Tandas, koridor lif, dan laluan tepi dewan perhimpunan.

1—3, 3—1, 3—2 Blok A Tingkat 1: Tandas, koridor, tangga depan Blok A, serta tangga di antara Blok A dan Blok B.

1—1, 1—2 Blok B Tingkat Bawah: Tandas tingkat bawah, koridor, serta tangga menuju ke basement Blok A.

Menginap

Bilik untuk seorang: RM980.00 sahaja untuk seorang.

Bilik untuk dua orang: RM570.00 sahaja untuk seorang.

Bilik untuk empat orang dan ke atas: RM370.00 sahaja untuk seorang.

Tidak menginap Dengan makanan: RM230 Tanpa makanan: RM100

(7)

D. Malu

Sesetengah orang pula malu. Dia berasa malu menjadi orang Kristian. Rasa malu ini memang ada ketika kita berhadapan dengan orang yang tidak percaya. Pada hari ini, jika kamu memberitahu orang lain bahawa kamu sedang membuat penyelidikan teknikal, orang lain akan mengatakan bahawa kamu mempunyai masa hadapan yang cerah.

Jika kamu mengatakan bahawa kamu sedang mengkaji falsafah tertentu, orang lain juga akan mengatakan bahawa kamu seorang yang mempunyai pemikiran. Kamu tidak akan berasa malu apabila kamu bercakap tentang melakukan perkara-perkara lain. Namun demikian, apabila kamu mengatakan bahawa kamu seorang Kristian, maka pasti ada banyak orang yang akan mengatakan bahawa kamu kurang berpelajaran atau kurang daya fikir. Mereka menganggap kamu tidak berguna. Apabila bercakap tentang perkara lain, kamu tidak akan berasa malu, tetapi sebaik sahaja kamu mengaku bahawa kamu seorang Kristian, kamu berasa malu di dalam. Memang tidak dapat dielakkan bahawa percayawan baru akan berasa malu ketika membuka mulut mengaku dirinya seorang Kristian. Walau bagaimanapun, kita harus mengatasi perasaan ini. Memang benar, orang lain menganggap bahawa menjadi seorang Kristian adalah memalukan, tetapi kita harus mengatasi perasaan ini.

Bagaimanakah kita boleh mengatasi perasaan malu ini? Kita boleh melihatnya dari dua aspek:

Dari satu aspek, ketika Tuan Yesus digantung di atas salib, Dia memikul dosa-dosa kita dan juga rasa malu kita.

Sewaktu Tuan memikul dosa-dosa kita, Dia menderitai kehinaan yang begitu besar. Di mata Tuhan, jika hari ini kita juga menderitai kehinaan daripada orang, ini adalah satu perkara yang berpatutan. Kehinaan yang kita deritai di hadapan orang tidak dapat dibandingkan dengan kehinaan yang dideritai Tuan di atas salib. Justeru, kita tidak harus berasa aneh apabila kita dihina. Kita harus mengetahui bahawa kita adalah kepunyaan Tuan.

Dari aspek lain, ada sebuah kidung baik yang berkata, “Rasa malu kita umpama langit awal pagi yang tidak mengenal sang suria! Tetapi Tuan memancarkan cahaya divin yang menerangi zimah kita yang gelap bagai malam.”

Memandangkan Tuan begitu mengurniai kita dan telah menyelamatkan kita, maka berasa malu untuk mengaku-Nya adalah seperti langit awal pagi yang berasa malu untuk mengaku matahari yang meneranginya. Pada hari ini, Tuan telah mengurniai kamu, menyelamatkan kamu, dan menunjangi kamu. Malah Tuan ingin membawa kamu ke syurga.

Namun, kamu berasa malu untuk mengaku-Nya. Ini bermaksud semua kurnia yang telah kamu terima juga adalah memalukan, dan kamu harus menafikan semuanya! Tuan telah melakukan begitu banyak hal untuk kamu, tetapi kamu masih berasa malu untuk mengaku-Nya? Mustahil.

Pada hakikatnya, apa yang perlu kita rasa malu pada hari ini ialah jamuan mabuk liar, hambur liar yang tidak terkawal, kerja kegelapan, perbuatan dosa, dan kedurjanaan. Tuan telah menyelamatkan kita daripada semua ini. Kita sepatutnya berasa mulia. Bagaimanakah kita boleh mempunyai perasaan malu? Mengaku Tuan bukanlah satu perkara yang memalukan, tetapi satu perkara yang mulia dan girang! Kita adalah orang yang tidak akan binasa, yang tidak akan dikutuk atau dihukum Tuhan, dan juga tidak akan terpisah daripada muka Tuhan yang mulia. Kita mengikut Anak Domba ke mana sahaja Dia pergi dan akan selalu bersama dengan-Nya (Wahi 14:4). Adalah sama sekali salah bagi orang menanam konsep malu ini dalam kita. Kita harus berdiri dan berkata dengan berani, “Kami kepunyaan Tuhan. Kami bergirang dan berasa mulia.”

Petrus seorang yang berazam kuat menurut sifat sejadinya. Dalam setiap perkara, dia mahu menjadi tokoh dan berada di hadapan disipal-disipal yang lain. Akan tetapi, pada suatu hari dia tidak mengaku Tuan dan menjadi seperti seekor tikus kecil. Ketika dia disoal, dia menjadi takut. Pada pandangan orang, Petrus seorang wira dan seorang pemimpin dalam kalangan dutus; tetapi dia menjadi takut sebelum orang lain cuba menuntut nyawanya. Dia menjadi gementar dan bersumpah apabila orang lain hanya berkata, “Orang ini bersama Yesus orang Nazaret itu.” Ini sungguh mengaibkan. Semua yang tidak mengaku Tuan adalah mengaibkan. Pada waktu itu, Petrus paling memalukan;

penyangkalannya terhadap Tuan sungguh memalukan (Mat. 26:69-75).

Semua orang yang tidak berani membuka mulut adalah orang yang sangat memalukan. Orang yang benar-benar mendapat kemuliaan adalah orang yang masih mengaku bahawa “Saya kepunyaan Yesus orang Nazaret itu!” bahkan ketika dibakar dalam api atau dilemaskan dalam air. Mereka mungkin dipukul orang, dibakar hidup-hidup, dibuang ke dalam lubang singa, tetapi mereka masih dapat berkata, “Saya kepunyaan Yesus orang Nazaret itu.” Ini perkara yang termulia di seluruh dunia. Orang yang paling memalukan ialah orang yang berasa malu untuk mengaku Tuan.

Orang sebegini tidak berguna. Malah dia sendiri akan membenci dirinya dan berasa malu akan dirinya! Perkara yang paling memalukan ialah seseorang memandang hina kepada diri sendiri dan berasa malu akan apa yang ada padanya.

Oleh itu, berasa takut adalah salah dan tidak patut; berasa malu juga adalah salah dan tidak seharusnya berlaku.

Semua orang yang belajar mengikut Tuan harus belajar mengaku Tuan dengan berani di hadapan orang. Jika cahaya adalah memalukan dan kegelapan adalah mulia; jika kekudusan adalah memalukan dan dosa adalah mulia; jika bersifat rohani adalah memalukan dan bersifat tubuh daging adalah mulia; jika mengikut Tuan adalah memalukan dan mengikut orang adalah mulia; maka kita lebih rela memilih malu. Seperti Musa, kita lebih rela menanggung celaan bersama dengan Kristus; celaan ini jauh lebih unggul daripada kemuliaan manusia (Ibr. 11:26).

7 7

SABDA UNTUK PERCAYAWAN BARU—MENGAKU DENGAN MULUT (2)

(8)

E. Cinta akan Kemuliaan Manusia

Mengapakah pemimpin-pemimpin dalam Yohanes 12 tidak mengaku Tuan? Mereka tidak mengaku Tuan kerana mereka cinta akan kemuliaan manusia melebihi kemuliaan Tuhan. Banyak orang tidak berani mengaku kerana mereka menghendaki kedua-duanya; mereka menghendaki Kristus, dan mereka juga menghendaki sinagog. Mereka mahu Kristus; inilah sebabnya mereka percaya kepada Tuan. Namun mereka juga mahu sinagog; inilah sebabnya mereka tidak mahu mengaku Tuan. Jika seseorang menghendaki kedua-duanya, dia tidak dapat menjadi mutlak dalam mana-mana satu.

Kamu harus melihat bahawa jika kamu ingin belajar melayan Tuan, kamu harus membuat satu pilihan antara Tuan dan sinagog. Jika tidak, kamu tidak dapat menjadi seorang Kristian yang baik buat selama-lamanya. Kamu harus membuat satu pilihan antara Tuan dan orang. Pemimpin-pemimpin itu takut kehilangan hubungan persaudaraan.

Mereka takut jika mereka mengaku Tuan, mereka akan dihalau keluar dari sinagog. Akan tetapi, jika seseorang memilih Tuan secara mutlak, dia tidak akan takut dihalau keluar dari sinagog.

Jika orang tidak menindas kamu setelah kamu percaya kepada Tuan, kamu harus berkata, “Tuan, aku bersyukur kepada-Mu.” Jika orang menindas kamu setelah kamu mengaku Tuan dengan mulut, kamu masih harus berkata,

“Tuan, aku bersyukur kepada-Mu.” Apakah yang aneh sangat tentang hal ini? Kita tidak boleh menjadi seperti pemimpin-pemimpin itu; mereka enggan mengaku bahawa mereka telah percaya kepada Tuan Yesus disebabkan kasih mereka terhadap sinagog. Jika setiap orang dalam gereja adalah seperti mereka, maka tidak akan ada gereja di bumi pada hari ini. Jika Petrus pulang ke rumah dan diam sahaja setelah dia percaya kepada Tuan, jika Paulus, Luther, Darby, dan yang lain diam sahaja setelah mereka percaya, dan jika setiap orang dalam gereja diam sahaja dan tidak berani mengaku Tuan, masalah mereka memang akan berkurang, tetapi gereja tidak akan wujud di bumi pada hari ini!

Satu ciri bagi gereja ialah gereja berani percaya kepada Tuan. Satu ciri yang lain ialah gereja berani mengaku kepercayaannya kepada Tuan. Diselamatkan bukan sahaja bermaksud kamu percaya kepada Tuan Yesus;

diselamatkan bermaksud kamu telah percaya kepada Tuan dan mengaku bahawa kamu seorang percayawan.

Pengakuan ini amat penting. Kristianiti bukan sahaja dilihat dari tingkah laku seseorang tetapi juga di mulut seseorang. Mulut harus mengaku. Kamu harus mengaku, “Saya seorang Kristian.” Sekadar mempunyai tingkah laku yang baik adalah tidak memadai bagi seorang Kristian; dia juga harus mengaku dengan mulut. Jika kamu tidak mengaku, maka tidak akan ada Kristianiti. Sabda dalam Kitab sangat jelas: Dengan hati adanya kepercayaan yang membawa kepada keadilbenaran dan dengan mulut adanya pengakuan yang membawa kepada penyelamatan.

Kristianiti adalah kepercayaan dalam hati dan pengakuan dengan mulut.

III. MENGAKU TUAN DAN PENGAKUAN OLEH TUAN

Tuan berkata, “Maka setiap orang yang mengaku dalam-Ku di hadapan orang, Aku juga akan mengaku dalamnya di hadapan Bapa-Ku yang berada di syurga-syurga” (Mat. 10:32). Syukur kepada Tuan. Jika kita mengaku Tuan pada hari ini, Dia juga akan mengaku kita pada hari itu. Tuan juga berkata, “Tetapi barang siapa yang menyangkal Aku di hadapan orang, Aku juga akan menyangkalnya di hadapan Bapa-Ku yang berada di syurga-syurga” (ay. 33). “Tetapi dia yang menyangkal Aku di hadapan orang akan disangkal di hadapan malaikat-malaikat Tuhan” (Luk. 12:9).

Betapa besarnya perbandingan ini! Apa yang perlu kamu lakukan ialah mengaku bahawa Dia yang kamu percaya itu, yakni Yang Terunggul dan Yang Pertama antara laksaan orang, ialah Anak Tuhan. Dia pula akan mengaku kamu di hadapan Bapa syurgawi dan malaikat-malaikat Tuhan. Jika kamu berasa sukar untuk mengaku Tuan yang sebegini di hadapan orang, maka pada hari itu Tuan juga akan berasa sukar untuk mengaku kamu yang sebegini apabila Dia turun dalam kemuliaan Bapa. Pada hari ini, kita tidak harus tidak mengaku Tuan disebabkan takut akan orang (Yes.

51:12). Pada hari ini jika kita berasa sukar untuk mengaku Yesus Kristus, yakni Anak kepada Tuhan hidup, maka pada hari itu ketika Tuan kita kembali, Dia juga akan berasa sukar untuk mengaku kita di hadapan Bapa-Nya dan semua malaikat mulia. Betapa seriusnya perkara ini!

Pada hakikatnya, mengaku Tuan bukanlah satu perkara yang sukar bagi kita. Jika kita membandingkan pengakuan kita dengan pengakuan-Nya terhadap kita, pengakuan kita adalah begitu mudah. Bagi Dia mengaku kita adalah satu perkara yang sukar kerana kita adalah anak memboros yang kembali, dan tidak ada apa-apa yang baik tentang kita.

Memandangkan Dia sanggup mengaku kita pada masa hadapan, marilah kita juga mengaku-Nya di hadapan orang pada hari ini.

Semoga semua dikbang dan dikkak yang baru diselamatkan berani mengaku Tuan dari mula. Jangan sekali-kali menjadi orang Kristian secara rahsia.

8 8

Referensi

Dokumen terkait

Makalah ini merupakan sebuah studi strategi pembinaan warga jemaat dalam mening- katkan kehidupan jemaat di GKII Tandang. Data yang disajikan merupakan hasil dari

Dalam human capital theory, factor – factor kontekstual seperti kondisi pasar, serikat kerja, strategi – strategy bisnis, dan teknologi adalah penting karena dapat

Namun, bagi sebelas suku yang lain, umat Tuhan hanyalah umat Tuhan, mereka tidak boleh menjadi hentar Tuhan lagi.. Hal ini sangat

Saya berdoa dan bertanya kepada Tuhan tapi jawaban Tuhan saya harus doakan dan memberkati teman saya itu dan teman lain yang tidak suka kepada saya.. Sakit tapi harus

1) “Yesus mengambil roti…kemudian Dia memecahkan roti itu dan memberikannya kepada disipal-disipal dan berkata, Ambil dan makanlah” (Mat. 26:26); “Inilah tubuh-Ku yang

Dikbang dan dikkak yang baru diselamatkan harus berdoa setiap hari agar Tuan memberi peluang kepada kamu untuk berbicara dengan orang lain.. Sesetengah orang telah

membangun kemitraan pengembangan pendidikan lingkungan hidup di sekolah dibuktikan denagn kerja sama dengan dari BLH Kabupaten Wonosobo. Berdasarkan hasil penelitian

Bonczek , R.H, ( 1980) mendefinsikan “DSS sebagai sistem berbasis computer yang terdiri dari tiga komponen yang saling berinteraksi : sistem bahasa (mekanisme untuk