PERHIMPUNAN PEMECAHAN ROTI (1)
1) “Kami berhimpun bersama untuk memecahkan roti…” (Kis. 20:7).
2) “Kamu berkumpul bersama…untuk makan perjamuan malam Tuan” (1 Kor. 11:20).
3) “Kamu…berbahagian dalam meja Tuan…” (1 Kor. 10:21).
Ketiga-tiga ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa perhimpunan pemecahan roti ialah perhimpunan bagi percayawan datang bersama-sama untuk makan perjamuan malam Tuan dan menghadiri meja Tuan.
Perhimpunan ini dibahagikan kepada dua bahagian: Bahagian pertama adalah untuk memperingati Tuan dan bahagian kedua adalah untuk menyembah Bapa.
I. MEMPERINGATI TUAN—BERPUSATKAN TUAN
1) “Dan Dia mengambil roti…memecahkan roti itu dan memberikannya kepada mereka, berkata, Inilah tubuh -Ku yang diserahkan untukmu; lakukanlah sedemikian untuk memperingati Aku. Demikian juga Dia mengambil cawan itu selepas mereka makan” (Luk. 22:19-20).
2) Perhimpunan pemecahan roti bukan untuk apa-apa yang lain tetapi untuk memperingati Tuan yang merupakan pusat agar Tuan beroleh kenikmatan. Setiap perkara dalam perhimpunan ini, baik nyanyian kidung, doa, pembacaan Bible, atau kata-kata ilham, harus berpusatkan Tuan. Kita harus berbicara tentang persona dan kerja-Nya, kasih dan virtu-Nya, kehidupan atau penderitaan-Nya di atas bumi, serta penghormatan dan kemuliaan-Nya di syurga, supaya orang teringat akan semua ini atau menyedari semua ini dan memperingati Tuan sendiri. Dalam perhimpunan seperti ini, hati kita harus mengenang Tuan dan menatap Tuan dalam roh kita agar batin kita berilham terhadap Tuan. Kemudian kita mengungkapkan ilham ini melalui nyanyian, doa, pembacaan Bible atau kata-kata sehingga perasaan seluruh perhimpunan tertumpu pada Tuan supaya semua orang memperingati Tuan.
A. Makan Perjamuan Malam Tuan
Ketiga-tiga ayat yang dipetik pada awal pelajaran ini menunjukkan kepada kita bahawa pemecahan roti ialah makan perjamuan malam Tuan dan menghadiri meja Tuan. Makan perjamuan malam Tuan adalah untuk memperingati Tuan, manakala menghadiri meja Tuan adalah untuk bersekutu dalam segala apa yang disempurnakan Tuan bagi kita. Dalam aspek makan perjamuan malam Tuan, kita harus melakukan tiga perkara utama yang berikut:
1. Memperingati Tuan
1) “Tuan Yesus…mengambil roti…memecahkannya dan berkata, Inilah tubuh-Ku yang diserahkan untukmu;
demikianlah kamu lakukan demi memperingati Aku” (1 Kor. 11:23-24).
Setiap kali kita memecahkan roti menurut apa yang telah ditubuhkan oleh Tuan, satu roti akan disediakan untuk dipecahkan dan dimakan oleh semua orang, dan satu cawan juga disediakan dan diletakkan bersebelahan dengan roti untuk diterima dan diminum oleh semua orang. Dengan makan roti Tuan dan minum cawan Tuan, kita makan perjamuan malam Tuan sambil memperingati Tuan. Roti dan cawan ialah simbol. Menurut apa yang dikatakan oleh Tuan, roti menandakan tubuh-Nya yang diserahkan untuk kita dan cawan pula menandakan darah yang ditumpahkan-Nya untuk kita. Tubuh-Nya telah diserahkan untuk kita di atas salib dan darah-Nya juga ditumpahkan untuk kita di atas salib. Dia menyerahkan diri-Nya untuk kita demi menyalurkan hayat ke dalam kita supaya kita berbahagian dalam-Nya. Dia menumpahkan darah-Nya bagi kita demi menebus kita supaya dosa-dosa kita diampunkan.
Gereja tuhan di kuching
古 晉 市 神 的 召 會
29/08/2021
1 1
Alamat : Lot 10833, Jalan Chong Kiun Kong, Kenyalang Park, 93300, Kuching, Sarawak, Malaysia.
Emel : [email protected] Laman Web : https://ms.thechurchinkuching.org
Tel. : 6082-482258/335484 Faks : 6082-335445 UNTUK KEGUNAAN GEREJA SAHAJA Buletin Gereja isu no. 191
2 2
Ketika kita melihat atau menerima roti yang telah kita pecahkan, kita harus mengenang bagaimana Tuan menjadi tubuh daging untuk kita, bagaimana Dia mati untuk kita dalam tubuh daging, dan bagaimana tubuh- Nya dipecahkan untuk kita dan diberikan kepada kita supaya kita beroleh hayat-Nya. Dalam Bible, roti merujuk kepada hayat. Tuan mengatakan bahawa Dia ialah roti hayat yang memberi hayat kepada dunia (Yoh.
6:33-35). Setiap kali roti disebut, kita harus ingat akan hayat. Tubuh Tuan dipecahkan dan diberikan sebagai roti kepada kita bererti Dia memberikan tubuh-Nya untuk kita supaya kita beroleh hayat-Nya. Kita berbahagian dalam hayat-Nya ketika kita menerima tubuh-Nya yang dipecahkan. Kesemua ini dilambangkan melalui pemecahan roti dan melalui roti yang kita pecahkan.
2) “Begitu juga dengan cawan selepas mereka makan, berkata, Cawan ini ialah waadah baru yang didirikan dalam darah-Ku; demikianlah kamu lakukan, setiap kali kamu minum, demi memperingati Aku” (1 Kor.
11:25).
Dalam perhimpunan pemecahan roti, kita harus mengenang Tuan dan apa yang telah dilakukan-Nya untuk kita, bukan sahaja ketika kita melihat atau menerima roti yang kita pecahkan, tetapi juga ketika kita melihat atau menerima cawan yang kita minum. Cawan ini menandakan waadah baru yang didirikan oleh Tuan untuk kita dengan penumpahan darah-Nya. Setiap kali kita melihat atau menerima cawan ini yang kita minum, kita harus mengenang bagaimana Tuan berbahagian dalam daging dan darah untuk kita (Ibr. 2:14), bagaimana Dia bukan sahaja memberikan tubuh-Nya untuk kita supaya kita beroleh hayat-Nya, tetapi juga menumpahkan darah-Nya untuk kita supaya kita beroleh berkat yang paling tinggi, iaitu diselamatkan daripada dosa dan memperoleh Tuhan dan segala-gala kepunyaan-Nya.
Melalui simbol ini, kita harus mengenang bagaimana Tuan telah memikul dosa-dosa kita, dijadikan dosa bagi kita, dan dihakimi serta dikutuk bagi kita, dengan menumpahkan darah-Nya yang mengkonstitut cawan berkat kita, bahagian abadi kita. Kita harus juga mengenang bagaimana kita ditebus, diampuni, dikuduskan, dijustifikasikan, diperdamaikan, dan diperkenan oleh Tuhan menerusi darah Tuan, bagaimana darah Tuan membasuh dosa-dosa kita dan membasuh zimah kita supaya kita dapat datang ke hadapan Tuhan dengan berani, bagaimana darah Tuan membicarakan hal-hal yang lebih baik di hadapan Tuhan, serta bagaimana darah Tuan menentang serangan daripada roh-roh jahat untuk kita supaya kita jayeng atas Iblis yang menuduh kita.
Dalam Bible, roti menandakan hayat dan cawan pula menandakan “bahagian”, seperti “Yehovalah bahagian…cawanku” (Mzm. 16:5, Ibr.). Pada asalnya, kita berdosa dan jahat, dan bahagian yang patut kita terima daripada Tuhan ialah cawan murka Tuhan, yakni masuk ke dalam tasik api untuk menderitai keseksaan kebinasaan kekal (Wahi 14:10; 21:8). Akan tetapi, Tuhan membuat Tuan Yesus minum cawan murka untuk kita di atas salib (Yoh. 18:11). Dia menerima penghakiman keadilbenaran Tuhan untuk kita dan merasai sepenuhnya keseksaan kebinasaan tasik api; Dia menumpahkan darah-Nya untuk menebus kita sepenuhnya daripada dosa-dosa kita dan mendirikan waadah baru untuk kita, memberi kita cawan penyelamatan (Mzm.
116:13) serta menjadi cawan berkat kita (Mzm. 23:5). Dalam cawan berkat penyelamatan ini, Tuhan sendiri dan segala-gala yang dimiliki-Nya telah menjadi bahagian kita, bahagian berkat abadi kita, dan bahagian cawan kita.
2. Menikmati Tuan
1) “Yesus mengambil roti…kemudian Dia memecahkan roti itu dan memberikannya kepada disipal-disipal dan berkata, Ambil dan makanlah” (Mat. 26:26); “Inilah tubuh-Ku yang diserahkan untukmu; lakukanlah sedemikian untuk memperingati Aku” (Luk. 22:19); “Dan Dia mengambil cawan…lalu memberikannya kepada mereka, berkata, Minumlah daripadanya, kamu semua, kerana inilah darah-Ku, darah waadah” (Mat. 26:27-28); “… yang ditumpahkan untukmu” (Luk. 22:20); “Demikianlah kamu lakukan, setiap kali kamu minum, demi memperingati Aku” (1 Kor. 11:24-25).
Walaupun tumpuan pemecahan roti ialah memperingati Tuan, namun pengingatan sedemikian bukan sekadar memikirkan Tuan dan segala-gala yang telah dilakukan-Nya untuk kita, tetapi lebih-lebih lagi
menikmati Tuan dan segala-gala yang telah disempurnakan-Nya untuk kita. Tuan mengatakan bahawa makan roti dan minum cawan-Nya ialah pengingatan kita terhadap-Nya. Roti dan cawan-Nya menandakan tubuh dan darah-Nya. Oleh itu, makan roti-Nya dan minum cawan-Nya bererti makan tubuh-Nya dan minum darah-Nya.
Tubuh Tuan dan darah-Nya ialah Tuan sendiri yang diserahkan untuk kita dan juga merupakan sarana bagi Dia menyempurnakan segala-galanya untuk kita. Bukan itu sahaja, makan dan minum bukan sekadar menerima tetapi juga menikmati. Ketika kita makan tubuh Tuan dan minum darah-Nya, kita bukan sahaja menerima tetapi juga menikmati Tuan sendiri dan segala-gala yang telah disempurnakan-Nya untuk kita melalui penyerahan tubuh-Nya dan penumpahan darah-Nya. Menerima dan menikmati Tuan dengan cara sedemikian bererti memperingati-Nya. Hanya semasa kita makan, minum, dan menikmati Tuan dengan sedemikian, barulah kita benar-benar memperingati-Nya. Inilah makna yang amat mendalam berkenaan makan perjamuan malam Tuan.
Makan, minum, dan menikmati Tuan dalam perjamuan malam-Nya juga ialah pengisytiharan dan kesaksian kita. Pengisytiharan kita ialah: Kita digabungkan dengan Tuan dan berbaur dengan-Nya, seperti roti berbaur dengan kita selepas kita menerimanya ke dalam tubuh kita. Kesaksian kita ialah: Kita hidup dengan makan, minum, dan menikmati Tuan dengan menerima Dia sebagai hayat kita tiap-tiap hari. Apabila kita memecahkan roti untuk makan dan minum Tuan, kita mengisytiharkan bahawa dengan menyerahkan tubuh- Nya dan menumpahkan darah-Nya, Tuan masuk ke dalam kita untuk bergabung dengan kita. Kita juga bersaksi bahawa dengan menerima tubuh Tuan yang diserahkan untuk kita dan darah yang ditumpahkan-Nya untuk kita, kita berbahagian dalam-Nya dan dalam segala-gala yang telah disempurnakan-Nya untuk kita. Kita digabungkan dengan-Nya, dan kita hidup melalui Dia sebagai hayat kita dan bekalan hayat kita. Inilah pengisytiharan kita dan juga kesaksian kita ketika memecahkan roti.
3. Mempamerkan Kematian Tuan
1) “Kerana setiap kali kamu makan roti ini dan minum cawan, kamu mengisytiharkan kematian Tuan hingga Dia datang” (1 Kor. 11:26).
Perkataan “mengisytiharkan” dalam ayat ini mempunyai makna “mempertunjukkan” dan
“mempamerkan”. Apabila kita makan roti Tuan dan minum cawan-Nya, secara serentak kita memperingati Tuan dan mempamerkan kematian-Nya. Kita memperingati Tuan, bukan kematian-Nya. Namun ketika kita memperingati Tuan, kita mempamerkan kematian Tuan untuk tatapan kita, malaikat, dan segala sesuatu.
Ketika kita memperingati Tuan, roti dan cawan dipamerkan secara berasingan di atas meja. Roti merujuk kepada tubuh Tuan dan cawan merujuk kepada darah-Nya. Oleh sebab pemisahan tubuh dengan darah menandakan kematian, maka kematian dipamerkan. Inilah cara kita mempamerkan kematian Tuan ketika kita memecahkan roti untuk memperingati-Nya.
Ayat Bible yang dipetik di sini mengatakan bahawa kita harus memperingati Tuan dan mempamerkan kematian-Nya sehinggalah kedatangan-Nya. Hal ini mengimplikasikan bahawa ketika kita memecahkan roti untuk memperingati Tuan dan mempamerkan kematian-Nya, pada masa yang sama kita sedang menanti- nantikan kedatangan-Nya. Hal ini menunjukkan bahawa kita harus mempamerkan kematian Tuan dan memperingati- Nya dalam roh dan dalam suasana yang menanti-nantikan kedatangan-Nya.
3 3
4 4
Pengejaran Korporat
A. Pembacaan “Wasiat Baru Versi Pemulihan berserta nota kaki” bagi minggu ini ialah Minggu 37 mengikut jadual pembacaan Bible.
B. Pembacaan “Kajian-hayat Wasiat Baru” bagi minggu ini ialah: Life-Study of 1 John, mesej 11 dan 12.
C. Pengejaran SKPP untuk minggu ini ialah “Faktor-faktor yang Amat Penting bagi Pemulihan Kehidupan Gereja”, Minggu 6. Para remaja mengejar “Journey Through the Bible”, Jilid 5, Pelajaran 16;
“Menghargai Zaman Remaja untuk Tuan”, Bab 3.
Hari Tuan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu
2 Ptr. 3:1-6 3:7-9 3:10-12 3:13-15 3:16 3:17-18 1 Yoh. 1:1-2
Para pekudus digalakkan untuk menyertai perhimpunan persekutuan pelayanan mengikut dewan masing-masing secara aktif pada setiap malam Isnin. Semoga kita memasuki beban kehidupan gereja bersama-sama, mempraktiskan kehidupan gereja menurut jalan yang ditetapkan Tuhan, mengajar kebenaran divin, menggembala menurut Tuhan, agar gereja dapat berkembang luas dan berlipat ganda.
Perhimpunan Persekutuan Pelayanan Mengikut Dewan
1. Forum Injil Bahasa Melayu Dalam Talian:
Tarikh/Masa: 05/09/2021 (Hari Tuan) 7:30-8:30 mlm.;
Topik: Hayat yang Sementara Vs Hayat yang Abadi;
ID ZOOM: 899 8783 3196;
Kata Laluan: 3927.
2. Notis Perhimpunan Pelayanan Seluruh Gereja:
Tarikh/Masa: 06/09/2021 (Isnin) 7:30 mlm;
ID ZOOM: 833 6103 2392;
Kata Laluan: 1111.
Catatan: Pekudus digalakkan menyertai, bekerjasama dengan Tuan untuk membawa masuk kepulihbangkitan baru.
3. Menerusi persekutuan para dikbang yang bertanggungjawab selaras dengan syarat yang telah dibenarkan oleh pihak kerajaan, kehidupan gereja secara fizikal akan dipulihkan. Oleh itu, setiap dewan perlu bersekutu dan mengatur para pekudus untuk datang ke dewan perhimpunan bagi pelayanan pembersihan.
Kawasan pembersihan dan masa yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
Catatan: 1. Setiap dewan perlu merancang berdasarkan kawasan dan tarikh yang ditetapkan. Sila hubungi dikbang Denis Hii jika terdapat sebarang perubahan.
2. Semua pekudus mesti mematuhi S.O.P sewaktu pandemik dengan memakai pelitup muka, menyukat suhu badan, serta menggunakan aplikasi MySejahtera.
Pengumuman
Masa Dewan Kawasan Spesifikasi
29/08/2021 (Hari Tuan) 5, 7 Dewan utama blok A aras 2, berdekatan tandas (termasuk yang berada di tingkat separuh), koridor di luar dewan utama
Sapu, mop, lap kerusi, dan bersihkan tandas
31/08/2021 (Selasa pagi) 2, 12 Koridor aras bawah blok C, bilik C103 dan C104, taman (depan dan belakang) blok C, serta blok B aras 4
Sapu, mop, lap kerusi, mencantas bunga, memotong rumput, dan sebagainya.
31/08/2021 (Selasa petang) 1, 9 Bilik-bilik di blok A aras 1, koridor, tangga di pintu masuk utama, tangga di bahagian tepi
Sapu, mop, lap kerusi, dan bersihkan tandas
4. Persidangan Pembauran Remaja:
Tarikh/Masa: Mula pada 10/09 (Jumaat) 7:30 mlm. dan tamat pada 12/09/2021 (Hari Tuan) petang.
Platform: ZOOM; Yuran: RM10 seorang; Tarikh tutup: 30/08/2021 (Isnin);
Catatan: Sila daftar melalui pautan (https://forms.gle/WbMRh1zdco8Z3P38A). Yuran boleh didepositkan ke dalam akaun gereja dan nyatakan pada resit bayaran “Youth Sep” serta distrik anda (cth., H1D1). Senarai nama pendaftaran yang lengkap berserta resit bayaran harus dihantar ke WhatsApp Gereja Tuhan di Kuching (+6082-482258).
5. Persekutuan Pembauran bagi Koordinasi Pelayanan Kanak-kanak:
Tarikh: 16/09/2021 (Khamis—Hari Malaysia); Masa: Bermula pada pukul 9:00 pg. dan tamat pada 12:00 tgh.;
Tarikh tutup: 13/09/2021 (Isnin);
Sasaran: Semua pekudus (perlu mendaftar), setiap distrik perlu ada orang mendaftarkan diri;
Beban: Bersaksi dan bersekutu tentang pengamalan memperoleh orang dari dua hala serta kedudukan dan inovasi kerja kanak-kanak.
Catatan: Butiran pendaftaran (Nama, Nombor Telefon) perlu dihantar kepada dikbang Denis Hii (016-8884120)
6. Persembahan bertulis berjumlah RM2,570,719.75. Persembahan diterima minggu lepas ialah RM555.00.
Jumlah persembahan yang diterima setakat 24/08/2021 ialah RM2,544,773.05.
Masih kekurangan RM25,946.70.
Nama Akaun Gereja: GEREJA KRISTIAN TUHAN DI KUCHING Nama Bank: PUBLIC BANK 3129971112
RUJUKAN: Persembahan Khas (SPECIAL OFFERING) atau Persembahan Umum (OFFERING)
5 5
Pengumuman