SABDA UNTUK PERCAYAWAN BARU KEHENTARAN (2)
V. KEMULIAAN KEHENTARAN
Tidak lama selepas saya percaya kepada Tuan, saya sentiasa mempunyai tanggapan bahawa tidaklah mudah untuk menggalakkan percayawan muda melayani Tuan. Nampaknya saya perlu cuba sedaya upaya untuk memohon, merayu, dan meminta orang lain melayani Tuhan. Namun demikian, pandangan Tuhan sama sekali berbeza daripada pandangan kita. Apabila umat Israel berdosa, Tuhan mengalihkan kehentaran daripada mereka. Di mata Tuhan, melayani-Nya merupakan keuntungan yang terbesar dan juga kemuliaan yang tertinggi. Jika seseorang itu gagal atau jatuh, Tuhan akan mengalihkan kehentaran daripadanya. Tuhan tidak berhasrat untuk meminta, merayu kepada manusia atau mendapatkan kesudiannya. Manusia dapat menjadi hentar Tuhan merupakan kemuliaannya, bukan kemuliaan Tuhan.
A. Menjadi Hentar Bermaksud Diberi Penghormatan oleh Tuhan
Oleh itu, sila ingat bahawa orang yang mempersembahkan api asing akan dibakar hingga mati. Ada orang mati apabila mereka masuk ke dalam tempat kudus. Ada pula mati ketika mereka cuba mempersembahkan korban kepada Tuhan. Dengan kata lain, selain hentar, Tuhan tidak membenarkan sesiapa datang kepada-Nya.
Di mata Tuhan, kehentaran merupakan amanat yang telah diberikan-Nya kepada manusia. Dia memberi kemuliaan dan kehormatan kepada manusia serta menjunjung manusia apabila Dia memanggilnya menjadi hentar. Seseorang itu akan mati jika dia sendiri ingin berbahagian dalam kehentaran menurut kehendaknya sendiri. Uza yang menghulurkan tangannya untuk menahan tabut yang hampir tumbang itu, mati dibunuh dengan serta-merta.
B. Orang Bodoh Menganggap Pelayanan sebagai Memberi Bantuan yang Istimewa kepada Tuhan Terdapat banyak orang yang menganggap bahawa jika mereka mempersembahkan diri mereka kepada- Nya, mereka sebenarnya memberi penghormatan kepada Tuhan. Dalam belasan tahun yang lalu, saya sering berasa sedih apabila melihat perhimpunan kepulihbangkitan. Manusia seolah-olah perlu dipujuk supaya mempersembahkan diri mereka untuk melayani Tuhan. Banyak orang memberi sedikit wang kepada Tuhan dan menganggap bahawa mereka telah memberi bantuan yang istimewa kepada-Nya. Banyak orang mempersembahkan diri mereka untuk melayani Tuhan dan menganggap ini sebagai bantuan kepada Tuhan.
Ada orang yang berfikir bahawa mereka memberi penghormatan kepada Tuhan apabila mereka meninggalkan kedudukan mereka di dunia yang tidak seberapa itu. Hati mereka seolah-olah berkata, “Aku mempersembahkan diriku, seorang yang begitu penting, untuk melayani Tuhan hari ini!” Ada orang pula meninggalkan jawatan mereka yang rendah itu lalu menganggap bahawa mereka telah memberi penghormatan kepada Tuan. Hati mereka seolah-olah berkata, “Orang seperti aku pun rela melayani Tuan.” Tetapi ini satu kebutaan, kejahilan dan kegelapan semata-mata!
C. Melayani Tuhan merupakan Kemuliaan Kita yang Terbesar
Jika Tuhan di syurga memanggil kita menjadi hentar untuk melayani-Nya, maka dengan merangkak pun kita harus pergi ke hadapan-Nya untuk menerima panggilan-Nya, kerana ini kemuliaan terbesar yang diberikan kepada kita. Tuhan telah menjunjung kita. Ini bukan bermaksud bahawa kita dapat memberi sesuatu kepada Tuhan. Sebaliknya, hal ini bermaksud bahawa perkenan Tuhan dan penerimaan Tuhan merupakan kemuliaan kita. Orang seperti kita pun boleh melayani Tuhan. Hal ini merupakan kemuliaan yang teramat besar. Inilah kurnia semata-mata! Sesungguhnya, inilah injil! Injil bukan sahaja merujuk kepada penyelamatan Yesus, malah injil juga memberitahu kita bahawa orang seperti kita kini dapat melayani Tuhan. Inilah injil yang agung.
Gereja tuhan di kuching
古 晉 市 神 的 召 會
31/10/2021
1 1
Alamat : Lot 10833, Jalan Chong Kiun Kong, Kenyalang Park, 93300, Kuching, Sarawak, Malaysia.
Emel : [email protected] Laman Web : https://ms.thechurchinkuching.org
Tel. : 6082-482258/335484 Faks : 6082-335445 UNTUK KEGUNAAN GEREJA SAHAJA Buletin Gereja isu no. 200
2 2
VI. PEMELIHARAAN KEHENTARAN
A. Tidak akan Ada Gereja Tanpa Kehentaran secara Umum
Justeru, kini dalam gereja, kehentaran tidak lagi hanya terhad kepada beberapa orang; kehentaran telah menjadi kehentaran secara umum. Kingdom Israel telah gagal; hari ini gereja tidak boleh gagal lagi. Kingdom Israel gagal kerana umat Tuhan dan hentar Tuhan terasing. Kita harus memohon rahmat Tuhan supaya dalam gereja hari ini tidak akan ada pengasingan lagi antara umat Tuhan dan hentar-Nya. Kini dalam gereja, umat Tuhan merupakan hentar-Nya. Semua umat Tuhan ialah hentar Tuhan. Sebanyak mana dikbang dan dikkak yang ada, sebanyak itulah bilangan hentar yang harus ada. Semua orang harus datang kepada Tuhan untuk mempersembahkan korban rohani. Semua orang harus datang kepada Tuhan untuk mempersembahkan korban pujian. Semua orang harus datang kepada Tuhan untuk menguruskan hal-hal rohani. Ministri ini bukan untuk golongan yang terpilih sahaja. Setiap orang harus datang kepada Tuhan untuk melayani-Nya. Jika dalam gereja, bukan semua orang datang kepada Tuhan, maka itu bukan gereja.
Kita harus ingat bahawa sekiranya kehentaran tidak bersifat umum, maka tidak akan ada gereja. Bangsa Israel telah gagal; gereja tidak patut gagal lagi. Sepanjang dua ribu tahun yang lalu, lingkungan kehentaran belum pernah dipulihkan sehingga dapat merangkumi semua umat Tuhan. Sejarah gereja selama dua ribu tahun menunjukkan kepada kita pengasingan yang kerap berlaku ke atas umat dan ministri kehentaran.
Golongan perantara telah wujud antara Tuhan dan umat-Nya dari semasa ke semasa. Perkara ini merupakan kerja dan ajaran pengikut Nikolaus.
B. Tidak Harus Bertoleransi Lagi dengan Golongan Perantara
Saya berharap supaya dikbang dan dikkak dapat melihat dengan jelas bahawa kita tidak harus bertoleransi lagi dengan golongan perantara. Kita tidak harus menerima hierarki lagi. Kita tidak harus terus membenarkan hentar ada di antara Tuhan dan anak-anak-Nya sebagai golongan perantara; kita tidak harus menerima golongan perantara. Kita perlu melihat apa itu gereja. Gereja bererti setiap anak Tuhan merupakan hentar.
Tidak harus ada satu orang ataupun beberapa orang yang dilantik untuk menguruskan pelayanan rohani.
Mereka tidak harus menjadi satu-satunya golongan yang menerusi mereka Tuhan bersabda, ataupun satu- satunya golongan yang menerusi mereka kita mendekati Tuhan untuk menguruskan perkara rohani. Golongan perantara sedemikian tidak boleh diterima dalam gereja.
Sila ingat bahawa pertikaian kita dengan denominasi bukan berkisar pada formaliti luaran tetapi isi kandungan dalaman. Pada hari ini, terdapat hierarki dalam denominasi—satu kumpulan orang melayani Tuhan, sementara orang lain hanya menjadi anggota gereja yang biasa sahaja. Kumpulan itu melayani Tuhan secara khusus, manakala anggota yang lain, walaupun mereka juga anak Tuhan, perlu mendekati Tuhan menerusi mereka. Kini, banyak organisasi dalam Kristianiti membenarkan kewujudan golongan perantara sedemikian. Akan tetapi, kita tidak harus menerima sebarang golongan perantara. Kita tidak harus melepaskan kurnia yang diberi kepada gereja dalam Wasiat Baru, seperti mana yang dilakukan oleh orang Israel.
C. Golongan Perantara akan Dimansuhkan apabila Semua Orang Melayan
Justeru, kita perlu memansuhkan golongan perantara. Untuk memansuhkan golongan ini, kita semua harus menjadi sebahagian daripadanya. Apabila kita semua menjadi sebahagian daripada golongan ini, sistem hierarki akan dihapuskan. Bagaimana kita dapat menjadikan tiga kumpulan itu dua kumpulan? Bagaimana kita dapat mengubah hubungan tiga hala menjadi hubungan dua hala? Bagaimana ketiga-tiga pihak ini—Tuhan, hentar, dan umat—menjadi dua pihak? Tidak ada jalan lain melainkan bersujud di hadapan Tuan dan berkata,
“Tuan, aku rela melayani-Mu. Aku rela menjadi seorang hentar.” Hanya apabila semua anak Tuhan menjadi hentar-Nya, barulah tiga kumpulan ini dapat menjadi dua kumpulan.
Sistem perantara berasal daripada dunia, tubuh daging, penyembahan berhala, dan kasih terhadap dunia.
Sekiranya semua dikbang dari mulanya menyangkal dunia dan menolak penyembahan berhala, mereka akan mempersembahkan diri kepada Tuhan. Mereka akan berkata, “Mulai hari ini, saya akan hidup di bumi untuk satu tujuan sahaja, iaitu melayani Tuhan.” Dengan ini, golongan perantara akan lesap secara spontan. Jika semua dikbang menyedari bahawa satu-satunya pekerjaan mereka adalah melayani Tuhan dan mereka semua melayani Tuhan, golongan perantara ini tentu akan dihapuskan!
D. Keperluan Seseorang untuk Menjadi Hentar Selagi Dia Seorang Kristian
Sehubungan itu, saya berharap agar kamu tidak akan membenarkan sebarang golongan perantara wujud.
Berpeganglah pada hal ini dari mulanya. Golongan perantara hanya akan wujud semula di kalangan mereka yang gagal, jatuh, dan bergerak-hidup menurut cara mereka sendiri. Pada ketika itu, secara spontan akan wujudnya satu kumpulan orang yang melayani Tuan manakala kumpulan yang lain pula tidak melayani Tuan.
Mereka yang tidak melayani Tuan itu menguruskan hal-ehwal duniawi, manakala mereka yang melayani Tuan pula menjaga hal-hal rohani. Orang yang tidak melayani Tuan ini, paling banyak hanya menderma sedikit wang untuk menyara mereka yang melayani Tuhan. Mereka mungkin merupakan ahli perniagaan, guru, atau doktor, tetapi mereka semua menguruskan hal-ehwal sendiri dan bergerak-hidup menurut jalan mereka sendiri.
dilakukan mereka untuk menjadi seorang Kristian yang baik? Dia cuma perlu meluangkan sedikit masa setiap minggu untuk menghadiri persidangan penyembahan. Jika dia mempunyai wang, dia cuma perlu mempersembahkan sebahagian kecil daripadanya. Akan tetapi, hal ini dengan jelasnya memisahkan umat Tuhan dan hentar-Nya kepada dua kumpulan orang! Kini, kita harus sedar bahawa sama ada kita langsung tidak menjadi orang Kristian, ataupun kita menjadi orang Kristian yang mempersembahkan segalanya kepada Tuan. Selagi kita orang Kristian, kita perlu menjadi hentar.
VII. PEMULIHAN KEHENTARAN A. Tidak Ada Masalah dalam Gereja Awal
Bahaya yang membayangi bangsa Israel merupakan masalah sama yang dihadapi gereja sepanjang dua ribu tahun yang lalu. Bermula dari pemergian Tuan sehingga masa penulisan Wahi dan sejurus selepas itu, semua anak Tuhan masih lagi hentar. Selagi seseorang itu anak Tuhan, dia hentar Tuhan. Selagi seseorang itu umat Tuhan, dia hentar Tuhan. Pada masa itu, tidak ada sebarang masalah. Tidak ada masalah dari abad pertama hingga abad ketiga. Walaupun terdapat masalah yang berasingan di sana sini, tetapi secara keseluruhannya, tidak ada masalah. Di sana sini terdapat segelintir anak Tuhan yang enggan menjadi hentar, tetapi secara keseluruhannya, kita tidak nampak sebarang masalah. Selagi seseorang itu anak Tuhan, dia hentar Tuhan.
B. Sifat Gereja Berubah selepas Empayar Rom Menerima Kristianiti
Sejak Empayar Rom menerima Kristianiti, banyak orang mula menyusup masuk. Terdapatnya keuntungan kebendaan jika seseorang itu percaya kepada Tuan kerana dia menjadi rakan percayawan kepada raja dan dikbang kepada Kaisar. Pada asalnya, perintah Tuan ialah, “Berikanlah milik Kaisar kepada Kaisar dan milik Tuhan kepada Tuhan.” Sekarang, milik Kaisar dan milik Tuhan telah diberi kepada Tuhan. Hal ini memang satu kemenangan yang besar bagi Kristianiti apabila Konstantin percaya kepada Kristus. Akibatnya, gereja mengalami perubahan yang beransur-ansur tetapi besar. Orang yang percaya kepada Tuan tidak seperti dahulu lagi. Sepanjang sepuluh tempoh penindasan di bawah pemerintahan Rom, ribuan orang Kristian menderitai kemartiran. Pada masa itu, bukanlah mudah untuk berpura-pura menjadi seorang Kristian. Akan tetapi, kini situasinya berubah sama sekali. Kini mempercayai Tuan merupakan sesuatu yang istimewa kerana dapat berkongsi iktikad yang sama dengan raja serta dipanggil dikbang kepada pemerintah. Apabila perubahan ini berlaku, banyak orang membuat keputusan untuk menganut agama Kristian. Ini menyebabkan bilangan percayawan bertambah, tetapi bilangan hentar tetap sama. Adalah amat mudah untuk menyusup masuk ke dalam kelompok Kristian, namun adalah mustahil untuk menyusup masuk ke dalam pelayanan Tuhan.
C. Pemisahan antara Mereka yang Rohani dan Mereka yang Duniawi
Justeru, gereja mengalami perubahan yang mendadak pada abad keempat. Sepanjang tempoh itu, banyak orang memasuki gereja. Mereka seolah-olah tidak percaya, percaya dengan separuh hati atau percaya sepenuhnya tetapi masih berpegang pada kuasa dunia. Orang sebegini masuk ke dalam gereja tanpa sebarang keinginan untuk melayani Tuan. Paling banyak mereka hanya diselamatkan, tetapi mereka tidak melayani Tuan. Oleh yang demikian, secara spontan, sesetengah orang yang rohani bangkit untuk menguruskan hal- ehwal gereja. Yang selebihnya pula berkata, “Kamu lakukannya sahajalah! Pergi dan layani Tuan. Kami merupakan orang .” Perkataan sekular mula digunakan pada abad keempat. Sesetengah orang menguruskan hal -ehwal duniawi, sementara yang lain pula melakukan kerja rohani. Akibatnya, banyak orang melayani Tuhan, tetapi banyak lagi orang yang tidak melayan.
Pada zaman dutus dalam abad pertama, setiap percayawan melayani Tuan. Tetapi, bermula dari abad keempat, ada yang mula berkata, “Kita hanyalah umat Tuhan. Kita menguruskan hal-ehwal kita sendiri di dunia dan mengekalkan kedudukan kita dalam masyarakat. Sekali-sekala, kita boleh mengeluarkan sedikit wang. Ini melayakkan kita menjadi orang Kristian. Biarlah mereka yang rohani pergi menguruskan hal-hal rohani.” Sejak itu, gereja mengikuti jejak bangsa Israel; gereja juga menyembah “anak lembu emas” dan mewujudkan golongan perantara. Bukan semua umat Tuhan yang menjadi hentar. Sesetengah orang hanya merupakan umat tetapi bukan hentar.
Kini, golongan paderi dalam Gereja Roman Katolik masih dipanggil hentar. Di negara China, mereka dikenali sebagai paderi. Mereka yang kononnya dipanggil paderi itu sebenarnya dipanggil hentar. Sesetengah gereja negara mengikut Gereja Roman Katolik dan memanggil pastor mereka hentar. Mereka yang menguruskan hal-ehwal duniawi dipanggil umat Tuhan, manakala mereka yang menguruskan hal-hal rohani dipanggil hentar. Sekali lagi, gereja dibahagi kepada hentar dan umat.
D. Tuan Mengambil Jalan Pemulihan
Terdapat suatu perkara yang saya harap dikbang dan dikkak sekalian boleh lihat: pada zaman terakhir ini, Tuhan ingin melakukan kerja pemulihan, Dia ingin mengambil jalan pemulihan. Saya percaya bahawa Tuhan ingin memimpin anak-anak-Nya ke arah kedudukan ini. Dalam gereja, jalan yang perlu dipulihkan secara asas ialah semua anak Tuhan menjadi hentar pada zaman terakhir ini. Selagi seseorang itu umat Tuhan, dia seorang hentar. Pada hari ini, terdapat hentar-hentar. Dalam kingdom akan datang, juga terdapat hentar-hentar. Tuhan
3 3
VIII. PELAYANAN HENTAR
Saya berharap semua dikbang dapat melihat, sebaik sahaja kamu menjadi seorang Kristian, kamu seorang hentar. Sekiranya kamu ingin menjadi orang Kristian, kamu harus menjadi seorang hentar. Jangan harapkan sesiapa menjadi hentar bagi pihak kamu. Kamu sendiri harus menjadi hentar. Tidak terdapat golongan perantara di kalangan kita. Tidak ada sesiapa yang akan menguruskan hal-hal rohani bagi kita. Tidak ada sesiapa yang akan bekerja untuk kita. Di kalangan kita, tidak harus ada golongan yang dipanggil pekerja.
A. Keperluan untuk Seluruh Gereja Melayan
Sekiranya Tuhan merahmati kita, dengan spontan semua dikbang dan dikkak akan bekerja, memberitakan injil, dan melayani Tuan bersama-sama. Semakin umumnya kehentaran, semakin tampaklah gereja. Sebaik sahaja kehentaran menjadi tidak umum, kita akan gagal dan perjalanan kita akan dikorupkan.
B. Tuhan Memuliakan Kita dengan Membenarkan Kita Melayani-Nya
Kita orang yang miskin, lemah, buta, dan lumpuh. Untuk Tuan menerima orang seperti kita sebagai hentar -Nya merupakan kemuliaan bagi kita. Dalam Wasiat Lama, orang sedemikian tidak boleh menjadi hentar.
Semua orang yang cacat, tempang, atau mempunyai penyakit tidak boleh menjadi hentar. Namun begitu, pada hari ini orang yang hina, cemar, buta, dan cacat seperti kita, semuanya telah dipanggil Tuhan untuk menjadi hentar! Dialah Tuan. Saya pernah berkata sebelum ini: dengan merangkak atau berlutut pun saya rela datang melayani-Nya. Saya akan berjalan dengan lutut dan berkata, “Tuan, aku ingin melayani-Mu. Dengan sukacitanya aku menyerahkan diriku untuk menjadi abdi-Mu. Engkau menjunjung aku dengan membenarkan aku datang kepada-Mu.” Menjadi hentar bererti mendekati Tuhan. Biar saya memberitahu kamu, menjadi hentar bererti tidak ada jurang antara kita dan Tuhan; menjadi hentar bererti kita boleh masuk secara terus dan tidak perlu menantikan sesiapa. Menjadi hentar bererti kita dapat menyentuh Tuhan sendiri.
C. Kingdom Tuhan Direalisasikan apabila Setiap Orang Melayan
Jika pada suatu hari nanti, semua dikbang dan dikkak dalam semua gereja bangkit untuk melayan, maka kingdom Tuhan, iaitu kingdom kehentaran benar-benar akan wujud di kalangan kita kerana semua umat menjadi hentar. Hal ini sungguh mulia. Semoga semua berhala disingkirkan dari kalangan kita. Di hadapan Tuhan, kita harus membayar apa jua harga yang diperlukan untuk mencapainya. Orang Lewi membayar harga itu, mereka setia dan rela mengetepikan kasih sayang peribadi. Hanya orang sedemikian dapat berbahagian dalam kehentaran.
D. Asas Kehentaran—Penerimaan Tuhan
Untuk memahami kehentaran secara menyeluruh, kita harus memahami cara Tuhan memperlakukan hentar dalam Wasiat Lama. Adalah satu perkara yang besar Tuhan membenarkan seseorang mendekati-Nya tanpa membunuhnya. Hanya hentar yang dapat makan roti sajian, melayan di mazbah, dan masuk ke dalam tempat kudus. Hanya merekalah yang boleh menyembahkan korban. Orang lain akan mati jika mereka masuk ke dalam tempat kudus. Justeru, penerimaan Tuhan merupakan asas kehentaran. Memandangkan Tuhan telah menerima kita, tidak haruskah kita masuk pada hari ini? Sebelum ini, sesiapa pun akan mati sekiranya dia berani masuk. Akan tetapi, pada hari ini Tuhan berkata, “Datanglah!” Alangkah anehnya sekiranya kita masih keberatan untuk datang.
E. Rahmat Tuhan Membolehkan Kita Melayan dalam Kurnia
Kita perlu melihat di hadapan Tuan bahawa kita diberi peluang untuk melayani-Nya merupakan kurnia yang tertinggi. Mereka yang benar-benar mengenali Tuhan akan berkata, “Kurnia yang membenarkan saya melayani Tuhan adalah lebih agung berbanding kurnia yang membawa saya kepada penyelamatan.” Anjing di bawah meja boleh makan cebisan makanan di bawah meja, tetapi tidak boleh melayani tuannya di tepi meja.
Diselamatkan menerusi kurnia adalah mudah secara relatif, tetapi bukan setiap orang dapat melayan menerusi kurnia. Kini dalam gereja, setiap orang yang diselamatkan menerusi kurnia juga dapat melayan. Adalah jahil sekali jika kita tidak melihat hal ini sebagai kurnia yang agung.
F. Menolak Prinsip Golongan Perantara
Kristianiti pada hari ini mengakui kehadiran golongan perantara. Seperti mana yang dapat kita lihat, Kristianiti yang diminati ramai kini masih memisahkan hentar Tuhan dan umat Tuhan kepada dua golongan.
Semoga di kalangan kita tidak wujud lagi hierarki. Mungkin terdapat satu atau dua orang dalam gereja yang gagal. Akan tetapi, prinsipnya tidak harus wujud. Adalah menjadi kebiasaan dalam Kristianiti yang diminati ramai untuk berkompromi dengan prinsip-prinsip ini. Dari segi prinsip, Kristianiti hari ini telah jatuh dan mengambil jalan orang Israel—yakni umat dan hentar menjadi dua golongan. Semoga kita tidak terjerumus ke dalam sistem sedemikian!
4 4
1. Perhimpunan Pelayanan Seluruh Gereja:
Tarikh/Masa: 01/11/2021 (Isnin) 7:30 mlm;
ID ZOOM: 833 6103 2392;
Kata Laluan: 1111
Catatan: Pekudus digalakkan menyertai, memasuki satu aliran yang sama, menyediakan diri demi pemulihan kehidupan gereja fizikal secara beransur-ansur.
2. Persidangan Hujung Minggu Hari Kesyukuran Peringkat Antarabangsa:
Tarikh: 25-28/11/2021; Yuran: Percuma; Tarikh tutup: 01/11/2021 (Isnin);
Catatan: 1. Sila kumpul senarai nama mengikut distrik (Nama, bahasa) serta hantar ke WhatsApp Gereja Tuhan di Kuching (+6082-482258).
2. Mesej persidangan akan disiarkan menerusi laman web https://www.conf.lsmwebcast.com. Terdapat sesi perkongsian selepas mesej sesi malam. Selepas mendengar mesej, para pekudus boleh masuk ke dalam ZOOM untuk berkongsi (ID ZOOM berserta kata laluan akan diberikan kemudian).
3. Notis Pengumuman bagi Latihan Penyempurnaan Remaja Dua Minggu dalam Talian 2021:
Tarikh: 17-30/12/2021; Sasaran: Remaja yang belajar tingkatan 3 dan 4 tahun ini;
Yuran: RM160 seorang (termasuk kos makanan tengah hari RM60); Tarikh tutup: 08/11/2021 (Isnin);
Platform: ZOOM (Para pelatih akan dihimpunkan di dewan perhimpunan pada sesi pagi dan petang) Pautan borang pendaftaran: https://thechurchinkuching.org/2021-yp-twt/
Catatan: Untuk keterangan lanjut, sila rujuk borang pendaftaran. Borang pendaftaran boleh dimuat turun dari pautan di atas atau diperoleh di pejabat dewan perhimpunan. Borang pendaftaran yang diisi lengkap berserta yuran pendaftaran perlu dihantar ke pejabat dewan perhimpunan.
Sila hubungi: Dikbang Wong Ha Chung (016-8744786).
4. Notis Latihan Penyempurnaan Satu Minggu bagi Pelajar Darjah Enam 2021:
A. Pendaftaran Pelajar Darjah Enam:
Tempoh latihan: 13/12 (Isnin)-19/12/2021 (Hari Tuan); Tempat latihan: Dewan Perhimpunan Gereja di Kuching.
Yuran latihan: Setiap orang RM50 (Yuran termasuk makanan tengah hari berserta kudapan).
Sasaran: Kanak-kanak darjah enam pada tahun ini, serta pelajar tingkatan 1 yang tidak pernah menyertai latihan ini.
Pautan borang pendaftaran: https://thechurchinkuching.org/p6training-registration/
Catatan: Untuk keterangan lanjut, sila rujuk borang pendaftaran. Borang pendaftaran boleh dimuat turun dari pautan di atas atau diperoleh di pejabat dewan perhimpunan. Borang pendaftaran yang diisi lengkap berserta yuran pendaftaran perlu dihantar ke pejabat dewan perhimpunan.
Sila hubungi: Dikbang Wong Ha Chung (016-8744786).
B. Pendaftaran Pembantu Kumpulan:
Tarikh pelayanan: 11/12 (Sabtu)-19/12/2021 (Hari Tuan);
Sasaran: Semua pelajar Tingkatan 2, Tingkatan 4, Tingkatan 6 serta pelajar kolej.
Pautan pendaftaran dalam talian: https://thechurchinkuching.org/p6ta-registration/
C. Pendaftaran Gembala Kecil:
Tarikh pelayanan: 13/12 (Isnin)-19/12/2021 (Hari Tuan)
Pautan pendaftaran dalam talian: https://thechurchinkuching.org/p6lsso-registration/
*Tarikh tutup bagi ketiga-tiga pendaftaran di atas adalah pada 08/11/2021 (Isnin).
5 5
Pengejaran Korporat
A. Pembacaan “Wasiat Baru Versi Pemulihan berserta nota kaki” bagi minggu ini ialah Minggu 46 mengikut jadual pembacaan Bible.
B. Pembacaan “Kajian-hayat Wasiat Baru” bagi minggu ini ialah: Life-Study of 1 John, mesej 29 dan 30.
C. Pengejaran SKPP untuk minggu ini ialah “Kajian-kristalisasi Yosua, Hakim-hakim, dan Rut”, Minggu 7. Para remaja mengejar “Journey Through the Bible”, Jilid 6, Pelajaran 7; “Air Mata (2)”
Hari Tuan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu
Wahi 5:7-14 6:1-8 6:9-17 7:1-8 7:9-17 8:1-6 8:7-12
Pengumuman
Pengumuman Berkenaan Pemulihan Perhimpunan Pemecahan Roti Secara Fizikal
Jadual waktu bagi pemulihan perhimpunan pemecahan roti secara fizikal bagi setiap dewan:
Berkenaan Perhimpunan:
1. Setiap dewan menetapkan bahan/isi kandungan bagi perhimpunan gabungan dewan sendiri.
2. Setiap dewan perlu mengatur pelayanan seperti roti dan cawan, usher, pemain piano, pembersihan (dewan perhimpunan, koridor, dan tandas).
3. Perhimpunan akan dijalankan secara fizikal dan siaran langsung.
4. Sila datang ke dewan perhimpunan terlebih dahulu supaya jelas tentang tapak perhimpunan. Perhimpunan di A200 tidak akan menggunakan pentas.
5. Setiap dewan perlu menyediakan roti sendiri untuk perhimpunan pemecahan roti. Manakala, jus anggur akan dibekali.
Berkenaan Tatacara Pengendalian Piawai (TPP/SOP)
1. Sila patuhi dengan tegas SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan seperti: Dua dos vaksinasi lengkap, memakai pelitup muka, mengukur suhu badan, memastikan penjarakan fizikal 1 meter, mengelakkan sentuhan fizikal, menggunakan pembersih tangan, dan sebagainya.
2. Sekiranya pekudus/ahli keluarga/kawan/rakan sekerja/rakan sekelas berhubung dengan orang yang terjangkit Covid-19 atau mempunyai gejala Covid-19, perlu kuarantin di rumah dan jangan datang ke dewan perhimpunan.
3. Kaunter pendaftaran akan ditempatkan di ruang legar aras satu Blok A dan Blok B. Pekudus hendaklah mendaftar menggunakan aplikasi MySejahtera menerusi telefon bimbit masing-masing terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam dewan perhimpunan yang telah ditetapkan.
4. Kemudahan lif juga disediakan dan satu kaunter pendaftaran masuk disediakan di ruang legar lif.
5. Kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan menyertai perhimpunan gabungan di dewan.
Berkenaan Pemulihan Perhimpunan Distrik:
Setiap distrik boleh bersiap sedia untuk perhimpunan distrik selepas perhimpunan pemecahan roti gabungan bagi setiap dewan. Dikbang yang bertanggungjawab perlu mengambil berat tentang persediaan bagi setiap distrik. Dalam dua minggu ini, tarikh serta tempat untuk memulihkan perhimpunan hari Tuan bagi setiap distrik perlu ditetapkan.
6 6
Tarikh Dewan Masa Tapak
07/11
7 10:00 pg. Dewan Perhimpunan di Batu 9
12 10:00 pg. B200
14/11 9 10:00 pg. A200
11 10:00 pg. B200
A200– ID ZOOM: 892 9888 4227, Kata laluan: 1234 B200– ID ZOOM: 881 9325 4094, Kata laluan: 7890