• Tidak ada hasil yang ditemukan

古晉市神的召會. Gereja tuhan di kuching

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "古晉市神的召會. Gereja tuhan di kuching"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

SABDA UNTUK PERCAYAWAN BARU (2) PEMBERESAN HAL-HAL LAMPAU (BAHAGIAN 1)

Hari ini, kita sampai kepada persoalan berkenaan bagaimana seseorang membereskan segala-gala yang lampau setelah percaya kepada Tuan. Setelah percaya kepada Tuan, sudah tentu seseorang itu masih mempunyai hal- hal yang lampau yang belum dibereskan. Jadi, bagaimanakah dia membereskan hal-hal ini sekaligus?

I. AJARAN DALAM BIBLE ADALAH BERKENAAN APA YANG HARUS DILAKUKAN SESEORANG SELEPAS PENYELAMATAN

Seluruh Bible, dari Wasiat Lama hinggalah Wasiat Baru, terutamanya Wasiat Baru, menunjukkan bahawa Tuhan tidak memberi perhatian kepada apa yang dilakukan oleh seseorang sebelum dia percaya kepada Tuan.

Cuba kamu cari sebaris ayat dari Matius 1 hingga Wahi 22 berkenaan cara seseorang percayawan itu harus membereskan hal-halnya yang lampau. Kamu akan mendapati bahawa sukar untuk mencari sebaris ayat berkenaan subjek ini. Malah dalam Surat yang berbicara tentang kesalahan kita yang lalu, kebanyakannya membincangkan apa yang harus kita lakukan mulai sekarang, dan bukannya apa yang harus kita lakukan terhadap hal masa lampau kita. Buku-buku Efesus, Kolose, dan 1 Tesalonika menyebut tentang masa lampau kita tetapi semuanya tidak memberitahu kita cara membereskan hal-hal yang lampau. Semua buku tersebut hanya memberitahu kita apa yang harus kita lakukan mulai sekarang.

Kamu mungkin teringat akan seseorang yang bertanya kepada Yohanes Pembaptis, “Apa yang harus kami lakukan?” Yohanes menjawab, “Dia yang mempunyai dua helai tunik, hendaklah dia berkongsi dengan orang yang tidak ada; dan dia yang mempunyai makanan, hendaklah dia berbuat demikian juga.” Dia bukan bercakap tentang masa lampau mereka tetapi tentang masa depan mereka. Sesetengah pemungut cukai juga datang kepada Yohanes dan bertanya kepada Yohanes tentang apa yang harus dilakukan oleh mereka.

Yohanes menjawab, “Jangan memungut lebih daripada apa yang telah diarahkan kepadamu.” Beberapa orang tentera juga bertanya kepadanya, “Apa yang harus kami lakukan?” Yohanes menjawab, “Jangan memeras apa- apa pun daripada sesiapa secara paksa, dan jangan mengambil apa-apa dengan dakwaan palsu; dan berpuaslah dengan upahmu” (Luk. 3:11-14). Ini menunjukkan kepada kita bahawa Yohanes, seorang yang menginjilkan pertaubatan, menekankan apa yang perlu kita lakukan mulai sekarang, dan bukan apa yang lampau.

Mari kita melihat Surat Paulus juga. Dia sentiasa menekankan apa yang harus kita lakukan pada masa depan, dan tidak menyebut tentang apa yang harus kita lakukan terhadap hal masa lampau kita. Mengapakah begitu?

Hal ini kerana segala-galanya terlindung di bawah darah adi. Jika kita cuai sedikit dalam perkara ini, kita akan mengkorupkan injil, mengkorupkan jalan Tuan, mengkorupkan jalan pertaubatan, dan mengkorupkan cara ganti rugi. Kita harus menyelesaikan perkara ini secara cermat.

Satu Korintus 6:9-11a berkata, “Atau tidak tahukah kamu bahawa yang tidak adilbenar tidak akan mewarisi kingdom Tuhan? Jangan disesatkan, baik pekendak, penyembah berhala, penzina, pelacur lelaki, homoseksual, pencuri, orang yang dahuk, pemabuk, pencerca, mahupun orang yang tamak, tidak akan mewarisi kingdom Tuhan. Dan demikianlah sesetengah daripada kamu dahulu.” Di sini, Paulus berkata tentang kelakuan masa

Buletin Gereja

Gereja tuhan di kuching

古 晉 市 神 的 召 會

3/1/2021

1 1

Alamat : Lot 7387, Jalan Chong Kiun Kong, Kenyalang Park, 93300, Kuching, Sarawak, Malaysia.

Emel : [email protected] Laman Web : https://www.facebook.com/thechurchinkuching

Tel. : 6082-482258/335484 Faks : 6082-335445 UNTUK KEGUNAAN DALAMAN SAHAJA

(2)

lampau percayawan, tetapi dia tidak mengatakan bahawa mereka harus menanggulanginya. “Tetapi kamu telah dibasuh, telah dikuduskan, telah dijustifikasikan dalam nama Tuan Yesus Kristus dan dalam Roh Tuhan kita” (1 Kor. 6:11b). Penekanan di sini bukannya pada penanggulangan semua hal yang lampau kerana kita mempunyai seorang Penyelamat yang telah menanggulangi semua hal kita yang lampau. Hari ini, penekanan adalah pada apa yang harus kita lakukan mulai sekarang. Seseorang yang telah diselamatkan merupakan orang yang telah dibasuh, dikuduskan, dan dijustifikasikan.

Efesus 2:1-5 berkata, “Dan kamu, pada asalnya mati dalam kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa, ketika itu, kamu bergerak-hidup dalamnya menurut zaman dunia ini, mengikut pemerintah penguasa udara, iaitu pemerintah bagi roh yang sekarang sedang beroperasi dalam anak ingkar; di kalangan mereka, kita semua juga pernah bergerak laku dalam nafsu tubuh daging kita dengan melakukan keinginan tubuh daging dan juga pemikiran, dan dahulunya (juga menyebut tentang masa lampau) kita ialah anak-anak murka dalam sifat sejadi, sama seperti orang lain juga; tetapi Tuhan kaya dalam rahmat, kerana Dia mengasihi kita dengan kasih agung-Nya, bahkan semasa kita mati dalam kesalahan-kesalahan, Dia menghidupkan kita bersama Kristus (melalui kurnia, kamu telah diselamatkan).” Ayat-ayat ini tidak memberitahu kita bahawa kita harus membereskan hal-hal tubuh daging. Di sini, hanya terdapat satu pemberesan, iaitu Tuan membereskan segala- gala untuk kita berasaskan kasih agung Tuhan yang mengasihi kita dan rahmat Tuhan yang kaya.

Efesus 4:17-24 juga berkata tentang keadaan kita yang lampau. “Oleh itu, aku berkata dan bersaksi demikian dalam Tuan, bahawa janganlah kamu bergerak-hidup lagi seperti bangsa Asing yang juga bergerak-hidup dalam kesia-siaan minda mereka, dengan digelapkan dalam kefahaman mereka, lalu terasing daripada hayat Tuhan disebabkan kejahilan yang ada dalam mereka, disebabkan kekerasan hati mereka; orang sedemikian, disebabkan tidak lagi berperasaan, telah menyerahkan diri mereka kepada kegasangan untuk mengerjakan segala kecemaran dalam ketamakan….Bahawa kamu menanggalkan (berkenaan cara hidupmu dahulu) manusia lama yang sedang dikorupkan menurut nafsu daripada penipuan itu, bahawa kamu juga diperbarui dalam roh mindamu dan memakai manusia baru yang telah dicipta menurut Tuhan, dalam keadilbenaran dan kekudusan daripada realiti itu.”

Efesus 4:25 berkata, “Oleh itu, selepas menanggalkan pembohongan.” Ini merujuk kepada hal sekarang. Ayat ini bukan memberitahu kita cara menanggulangi pembohongan kita yang lalu tetapi memberitahu kita bahawa mulai sekarang, janganlah kita berbohong lagi. Sekarang, “bercakap benarlah setiap orang kepada jirannya….Marah tetapi tidak berdosa; jangan biarkan matahari terbenam pada keberangan kamu, juga jangan memberi ruang kepada iblis” (Ef. 4:25b-27).

Ayat-ayat ini tidak merujuk kepada masa lampau tetapi kepada masa kini. “Dia yang mencuri harus tidak mencuri lagi” (Ef. 4:28a). Paulus tidak mengatakan bahawa orang yang mencuri perlu mengembalikan barang yang dicuri. Penekanannya masih pada masa kini. Mengembalikan barang yang dicuri pada masa lalu adalah perkara yang lain. “Sebaliknya harus berjerih lelah, bekerja dengan tangannya sendiri dalam apa yang wajar….Jangan ada sepatah kata korup pun keluar dari mulutmu. Sebaliknya, hanya ucapkan apa yang baik untuk membina, menurut keperluan, agar dapat memberi kurnia kepada mereka yang mendengar. Dan jangan mendukakan Roh Kudus Tuhan….Biar segala kepahitan, kemarahan, kemurkaan, ledakan, dan fitnah disingkirkan daripada kamu, bersama segala niat jahat” (Ef. 4:28b-31).

“Tetapi kendak dan segala kecemaran atau ketamakan, jangan disebut pun di kalangan kamu, sebagaimana wajar bagi para pekudus, dan kata-kata lucah dan kata-kata melompong atau gurau senda yang licik dan kotor, yang semuanya tidak elok; sebaliknya, ucapkan syukur” (Ef. 5:3-4). Ayat-ayat ini masih berpegang pada prinsip yang sama, iaitu menyebut tentang hal selepas seseorang itu percaya kepada Tuan. Ayat-ayat ini bukannya tentang pemberesan hal yang telah dilakukan seseorang sebelum percaya kepada Tuan.

2 2

(3)

Setelah membaca semua Surat, kita menjumpai satu kebenaran yang mengagumkan: Tuhan hanya memberi perhatian kepada apa yang harus dilakukan seseorang setelah percaya kepada Tuan. Dia tidak memberi perhatian kepada hal yang dilakukan seseorang pada masa lampau. Dia tidak memberitahu kita apa yang harus kita lakukan terhadap perkara yang lampau. Ini adalah prinsip yang asas.

Banyak orang terbelenggu disebabkan mereka menerima injil yang salah. Injil sedemikian memberi terlalu banyak penekanan pada penanggulangan hal-hal seseorang yang lampau. Ini tidak bermakna bahawa kita tidak perlu menanggulangi hal kita yang lampau. Sesetengah perkara lampau masih perlu ditanggungi, tetapi asasnya bukanlah hal ini. Apa yang ditekankan oleh Tuhan adalah dosa kita yang lalu sudah berada di bawah darah. Kita telah diampuni dan diselamatkan sepenuhnya kerana Tuan Yesus telah mati untuk kita.

Penyelamatan kita bukan berasaskan cara kita menanggulangi hal yang lampau. Manusia tidak diselamatkan melalui pertaubatan terhadap perbuatan jahatnya yang lalu, seperti mana seseorang tidak diselamatkan melalui perbuatan baiknya yang lampau. Manusia diselamatkan melalui penyelamatan yang dilaksanakan oleh Tuan di atas salib. Kita harus berpegang teguh pada asas ini.

II. TELADAN-TELADAN MENANGGULANGI HAL-HAL YANG LAMPAU

Jadi, apakah yang harus kita lakukan terhadap hal-hal yang lampau? Semasa membaca Wasiat Baru, saya berusaha sedaya upaya untuk mencari cara seseorang harus membereskan halnya yang lampau setelah percaya kepada Tuan. Saya hanya menjumpai beberapa petikan yang menyebut tentang subjek ini secara ringkas.

Walau bagaimanapun, semua ini bukan ajaran tetapi teladan.

A. Hal Berhala-berhala Perlu Ditanggulangi Secara Menyeluruh

Satu Tesalonika 1:9 berkata, “Kamu telah berpaling kepada Tuhan daripada berhala.” Apabila seseorang percaya kepada Tuan, dia harus menanggulangi semua berhala. Sila ingat bahawa kita adalah bait Roh Kudus.

Apakah keselarasan yang ada antara bait Tuhan dan berhala? Bahkan dutus Yohanes, ketika nampak percayawan, berkata, “Anak-anak kecil, jagalah dirimu daripada berhala” (1 Yoh. 5:21). Justeru, perkara ini bukanlah semudah yang kita fikirkan.

Satu perkara yang harus kita ambil perhatian adalah Tuhan melarang manusia membuat patung bagi sesuatu benda. Kita tidak boleh menganggap mana-mana objek buatan manusia itu hidup. Jikalau kita mempunyai fikiran sedemikian, objek itu menjadi berhala kepada kita. Sudah tentu berhala tidak terbilang apa-apa, tetapi jika kita menganggap mereka itu hidup, kita sudah bersalah. Oleh yang demikian, Tuhan melarang penyembahan semua benda ini. Bahkan kecenderungan dalam hati terhadap mereka ini juga dilarang. Salah satu daripada sepuluh perintah melarang pembuatan berhala-berhala (Ul. 5:8).

Ulangan 12:30 berkata, “Berhati-hati...jangan sampai kamu menyelidik tentang tuhan-tuhan mereka, dengan berkata, bagaimana bangsa-bangsa ini melayan tuhan-tuhan mereka?” Ini menunjukkan bahawa malah kita tidak harus bertanya tentang cara bangsa Asing menyembah tuhan-tuhan mereka. Sesetengah orang yang bersikap ingin tahu itu suka menyelidik cara bangsa Asing menyembah dan melayani tuhan-tuhan mereka.

Tetapi, Tuhan melarang kita bertanya tentang perkara-perkara begini. Hal ini kerana sekiranya kita bertanya tentangnya, perkara seterusnya yang akan kita lakukan adalah menyembah tuhan-tuhan mereka. Oleh yang demikian, kita dilarang daripada bersikap ingin tahu.

2 Korintus 6:16 berkata, “Keselarasan apakah yang ada antara bait Tuhan dan berhala?” Maksud di sini amatlah jelas. Orang Kristian tidak seharusnya mengunjungi tokong-tokong. Melainkan apabila seseorang itu tidak menjumpai tempat berteduh di atas gunung dan kebetulan terjumpa sebuah tokong lalu bermalam di situ.

Tetapi secara umumnya, percayawan tidak harus mengunjungi mana-mana tokong pun, kerana 2 Korintus 6:16 mengatakan dengan jelas bahawa tubuh kita adalah bait kepada Tuhan yang hidup dan tidak ada keselarasan

3 3

(4)

antara berhala-berhala dan bait Tuhan yang hidup. Melainkan seseorang terdesak dalam persekitaran tertentu atau keadaan yang khusus, tidak wajar bagi dia sengaja mendekati atau melawati tokong. Yohanes berkata,

“Anak-anak kecil, jagalah dirimu daripada berhala-berhala.” Menjaga diri kita daripada berhala-berhala bererti menjauhi mereka.

Mazmur 16:4 berkata, “Bibir aku tidak akan menyebut nama tuhan yang lain.” Bahkan ketika berbicara di atas pentas, kita harus berhati-hati untuk mengelakkan nama tuhan-tuhan yang lain kecuali terpaksa memberi ilustrasi. Kita tidak harus mempunyai kepercayaan yang karut, takut akan nasib malang, atau mempunyai pantang larang terhadap apa-apa jua perkara atau kata-kata. Banyak percayawan masih memberi perhatian kepada ilmu tenung, pembacaan ciri-ciri muka, dan horoskop. Semua yang berkaitan dengan ilmu tenung atau horoskop adalah dilarang. Semua ini yang berada dalam alam penyembahan berhala-berhala seharusnya ditanggulangi secara menyeluruh di hadapan Tuhan. Kita harus memutuskan hubungan kita sepenuhnya dengan berhala-berhala.

Seseorang percayawan baru harus meninggalkan berhala-berhala sejak hari pertama penyelamatannya. Dia tidak harus menyebut nama berhala-berhala, terlibat dalam ilmu tenung, atau mengunjungi mana-mana tokong.

Kita tidak boleh menyembah sebarang patung yang diperbuat daripada tangan. Bahkan fikiran untuk menyembah benda sedemikian sama sekali dilarang. Kita tidak boleh bertanya tentang cara penyembahan agama-agama lain. Semua perkara ini kepunyaan masa lampau, dan kita harus menanggulanginya. Sebarang benda yang termasuk dalam kategori ini harus dimusnahkan dan tidak patut dijual. Kita harus memusnahkan, menghapuskan, dan membuang semua ini. Saya berharap agar percayawan baru tidak akan mengambil ringan tentang perkara ini. Sebaliknya, mereka patut berhati-hati berkenaan perkara ini kerana Tuhan amat cemburu akan berhala-berhala.

Sekiranya kamu tidak mengambil pendirian yang kukuh terhadap berhala-berhala pada hari ini, maka sukar bagi kamu mengelakkan diri daripada berhala yang terbesar pada masa hadapan. Kita memang tidak boleh menyembah berhala-berhala yang diperbuat daripada tanah liat atau kayu. Malah, berhala yang hidup juga tidak harus kita sembah. Sebenarnya, memang terdapat berhala yang hidup—manusia yang tidak mengendahkan hukum (2 Tes. 2:3) adalah salah satu daripadanya. Sila ingat bahawa kamu tidak boleh menyembah mana-mana berhala; kamu harus menolak kesemuanya, termasuk juga gambar Tuan Yesus dan Maria. Kita harus menanggulangi perkara ini secara menyeluruh. Jika tidak, perhatian kita akan teralih sehingga mengikut jalan yang lain. Kita merupakan orang yang melayan bukan dalam tubuh daging tetapi dalam roh.

Tuhan sedang mencari orang yang melayani-Nya dalam roh, bukan dalam tubuh daging. Tuhan ialah Roh, bukan satu gambar. Sekiranya semua dikbang dan dikkak berjaga-jaga tentang perkara ini, mereka tidak akan jatuh ke dalam kuasa agama Roman Katolik pada masa hadapan. Suatu hari nanti, Antikristus akan datang dan kuasa agama Roman Katolik akan berkembang secara kuat.

Dalam Bible, perkara pertama yang harus dilakukan oleh seseorang dalam penanggulangan hal-hal yang lampau ialah menolak segala berhala dahulu. Kita harus berpaling daripada berhala-berhala dan menunggu kedatangan kedua Anak Tuhan. Bahkan, kita tidak harus menyimpan sebarang gambar Tuan Yesus. Itu bukan rupa sebenar Tuan Yesus. Justeru, gambar itu tidak ada sebarang nilai. Di dalam Muzium Rom, terdapat dua ribu lebih gambar Yesus. Kesemua gambar itu merupakan imaginasi artis. Di sesetengah negara, artis kerap mencari orang yang serupa dengan idea mereka berkenaan Yesus dan membayar orang itu untuk melukisnya.

Ini adalah penghujatan. Tuhan kita adalah Tuhan yang cemburu, dan Dia tidak akan berkompromi dengan perkara sebegini. Di kalangan kita tidak seharusnya terdapat sebarang kepercayaan karut. Sesetengah orang suka berkata, “Hari ini bukan hari yang baik, hari ini ada petanda yang buruk.” Kata-kata sebegini sama sekali datang dari neraka. Anak-anak Tuhan harus membuang pemikiran ini sejak hari pertama dan menanggulanginya secara menyeluruh. Mereka tidak harus membenarkan sebarang cita rasa penyembahan berhala menyusup masuk.

bersambung

4 4

(5)

Perkara Doa

A. Pembacaan “Wasiat Baru Versi Pemulihan berserta nota kaki” bagi minggu ini ialah Minggu 3 mengikut jadual pembacaan Bible.

B. Pembacaan “Kajian-hayat Wasiat Baru” bagi minggu ini ialah: Life-Study of James, mesej 4 dan 5.

C. Pembacaan “Sabda untuk Percayawan Baru (1)” semasa perhimpunan doa pada hari Selasa minggu ini ialah

“Pemberesan Hal-hal yang Lampau (1)”.

D. Pengejaran SKPP untuk minggu ini ialah “Kata-kata yang Tepat pada Masanya berkenaan Situasi Dunia dan Pemulihan Tuan”, Minggu 4. Para remaja mengejar “Journey Through the Bible”, Jilid 3, Pelajaran 18.

Pengejaran Korporat

Roma 12:1 Oleh itu, aku menasihati kamu, dikbang-dikbang, menerusi belas kasihan Tuhan supaya mempersembahkan tubuhmu sebagai satu korban hidup yang kudus dan berkenan pada Tuhan;

inilah pelayananmu yang munasabah.

Doa-baca

5 5

1. Berdoa demi persembahan yang diperbarui (1)—Persembahan yang memenuhi keperluan Tuhan.

Berdoa agar dalam tahun yang baru ini, pekudus dapat melihat keperluan Tuhan ingin mendispenkan diri-Nya ke dalam kita untuk membina gereja. Dengan ini, pekudus mempersembahkan diri secara segar untuk menyahut keperluan Tuhan (Luk. 14:16-17 dan nota kaki 161; Roma 12:1).

2. Berdoa demi persembahan yang diperbarui (2)—Mempersembahkan diri sebagai wadah kepada Tuan.

Berdoa agar dalam permulaan tahun yang baru ini, pekudus mempersembahkan diri secara sejati dan wajar, sebagai wadah yang membenarkan Tuan memenuhi dan menduduki mereka agar Tuan dapat diekspresikan menerusi mereka (Kej. 2:7 serta nota kaki 71 dan 76; Roma 9:23; 2 Kor. 4:7).

3. Berdoa demi persembahan yang diperbarui (3)—Mengambil Kristus sebagai persona kita.

Berdoa agar dalam permulaan tahun yang baru ini, pekudus perbarui persembahan diri kepada Tuan, bukan untuk melakukan sesuatu untuk-Nya, tetapi dengan mengambil Dia sebagai persona mereka, bagi membina gereja sebagai satu manusia baru (Gal. 2:20; Ef. 3:16-17a, 4:21-24).

Pekudus diminta mengimbas aplikasi MySejahtera dalam telefon bimbit semasa sampai di dewan perhimpunan!

Hari Tuan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu

1 Kor. 7:1-16 7:17-24 7:25-40 8:1-13 9:1-15 9:16-27 10:1-4

Pengejaran SKPP yang akan datang, iaitu “Kajian-kristalisasi Ayub, Amsal, dan Pengkhutbah”, akan dicetak oleh pencetak luar tempat. Oleh itu, pelayan yang bertanggungjawab di setiap distrik diminta menghitung kuantiti SKPP yang diperlukan (agar kuantiti yang dicetak memenuhi keperluan). Kuantiti yang diperlukan bagi setiap distrik perlu dihantar kepada dikbang Michael Ling (019-8874966) sebelum 08/1/2021 (Jumaat).

BILIK BUKU

Sesungguhnya Aku berkata kepada kamu bahawa barang siapa yang berkata kepada gunung ini,

Naik dan humban ke dalam laut, dan tidak ragu-ragu dalam hatinya,

tetapi percaya bahawa apa yang dikatakannya terjadi,

maka hal ini akan terjadi baginya. (Markus 11:23)

(6)

1. Perhimpunan Gabungan Pemecahan Roti Fizikal pada Bulan Januari 2021:

Catatan:

1. Pekudus yang tidak dapat menghadiri perhimpunan fizikal (contohnya kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah, dan pekudus yang tidak sihat) boleh menghadiri perhimpunan dalam talian.

2. Dewan yang berhimpun di A200 diminta membuat pembersihan selepas perhimpunan: Dewan Utama, koridor, dan tandas Tingkat 2 di Blok A.

3. Dewan atau distrik yang tidak mempunyai perhimpunan gabungan, boleh memulihkan perhimpunan di rumah.

Sila patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan seperti berikut: Sila catat nama Inggeris dan nombor telefon bagi setiap yang hadir, mengukur suhu badan, menjaga jarak sosial 1 meter, elakkan sentuhan anggota tubuh, dan kerap cuci tangan.

4. Kaunter untuk mencatat nama dan mengukur suhu badan akan ditetapkan di lobi Blok A dan lobi Blok B.

Pekudus yang berhimpun di dewan perhimpunan hendaklah pergi ke dua kawasan yang ditentukan ini untuk mencatat nama dan suhu badan mereka. Pekudus juga boleh mengimbas MySejahtera menggunakan telefon bimbit mereka.

2. Perhimpunan Pelayanan Gabungan Seluruh Gereja—Tarikh/masa: 04/01/2021 (Isnin) 7:30 mlm.

Platform : Perhimpunan diadakan dalam talian menggunakan ZOOM.

ID ZOOM : 833 6103 2392. Kata laluan: 1111

Catatan : Lebih ramai pekudus digalakkan menyertai perhimpunan dalam talian, mempersembahkan tubuh sebagai korban hidup yang diperkenan Tuhan, inilah pelayanan kita yang munasabah.

3. 2020 Latihan Kajian-kristalisasi Dua Kali Setahun (Dalam Talian):

Tarikh: 06-07/1, 09-10/1, 13-14/1, dan 16-17/1/2021

Catatan:

1. ID ZOOM perkongsian selepas perhimpunan ialah 885 5730 9272. Setiap pelatih diminta memasuki bilik perhimpunan ZOOM sebaik sahaja tamatnya mesej. Setiap pelatih harus berlatih secara agresif untuk berkongsi selama 2 minit (sekurang-kurangnya 4 kali) untuk mengalirkan kekayaan Kristus. Atas tuntutan latihan, pelatih tidak boleh ponteng tanpa sebab (tidak melebihi dua kali). Sila memohon cuti daripada penyelaras latihan (dikbang David Wong).

2. Nama pengguna dan kata laluan bagi latihan telah dihantar kepada pelatih melalui emel. Pelatih yang belum memperolehnya boleh menghubungi dikkak Christy Wee (011-10942234).

4. Persidangan Pembauran di Malaysia 2021 (dalam talian menerusi ZOOM):

Tarikh : 19-21/02/2021 (Jumaat-Hari Tuan)

Yuran : RM30 seorang. Setiap distrik diminta untuk mengumpul dan mendepositkan yuran sebagai satu unit kepada akaun gereja. Jangan depositkan yuran secara berasingan atau individu. Sila nyatakan pada resit bayaran

“2021Blending” dan distr ik anda (cth., H1D1). Maklumat yang diperlukan: Nama Cina, nama Inggeris, jantina, bahasa, nombor telefon, dan alamat emel. Sila Whatsapp butir an pendaftaran kepada dikbang Wong Ha Chung (016-8744786). Tarikh tutup: 18/01/2021 (Isnin).

Catatan: Penterjemahan ke dalam bahasa Malaysia dan bahasa Cina disediakan.

6 6

Pengumuman

Tarikh 10/1/2021 17/01/2021 24/01/2021

Dewan 2, 12 1, 4 6, 10

Tempat: Dewan utama A200; Masa: 10:00 pg. hingga 12:00 tgh.

I.D ZOOM: 892 9888 4227; Kata laluan: 1234

Tarikh Masa Masa Berkongsi

6-7/1/2021 7:00 mlm. 8:45 mlm.

3:00 ptg. 4:40 ptg.

9-10/1/2021

7:00 mlm. 8:45 mlm.

Tarikh Masa Masa Berkongsi

13-14/1/2021 7:00 mlm. 8:45 mlm.

3:00 ptg. 4:40 ptg.

16-17/1/2021

7:00 mlm. 8:45 mlm.

Latihan ini akan disiarkan melalui training.lsmwebcast.com

(7)

5. Para remaja akan memulihkan perhimpunan fizikal mereka pada setiap hari Sabtu bermula pada 09/01/2021 (Sabtu). Pembauran akan diadakan di dewan utama Blok B Tingkat 1 pada 7:30-9:15 mlm. Par a ibu bapa diminta menggalakkan anak-anak mereka datang untuk menjalani kehidupan gereja bersama.

6. Latihan Penyempurnaan Pertengahan Umur di Miri, Kumpulan ke-10 (Semester Kedua) Dalam Talian:

Latihan bermula pada petang Selasa dan tamat pada pagi Jumaat;

Peserta : Pekudus berumur 36-78 tahun;

Tarikh tutup : 18/01/2021 (Isnin);

Catatan : Bagi keterangan lanjut, sila hubungi dikbang Denis Hii (016-8884120).

7. Notis Persidangan Berbahasa Cina Antarabangsa 2021

Atas pengaruh pandemik COVID-19, Living Stream Ministry akan mengadakan persidangan ini sepenuhnya dalam talian, untuk membebaskan sabda Tuhan bagi membekali anak-anak Tuhan di seluruh dunia. Kami berharap agar lebih ramai pekudus merebut peluang ini untuk menebus masa, dan memasuki kekayaan sabda ministri.

Tarikh : 13-14/2/2021 (Keseluruhan 5 mesej); Yuran: Percuma; Tarikh Tutup: 25/1/2021;

Pendaftaran : Setiap distrik diminta untuk mengumpul senarai nama dan mendaftar sebagai satu unit. Maklumat yang diperlukan: Nama Cina, nama Inggeris, jantina, bahasa, dan nombor telefon. Sila Whatsapp butiran pendaftaran kepada dikkak Christy Wee (011-10942234).

Catatan : Pekudus diminta untuk berbahagian dalam perkongsian (bagi pekudus tempatan sahaja) pada hari Tuan, jam 7:30-9:00 mlm. (platform: ZOOM).

8. Persembahan bertulis berjumlah RM 2,570,719.75. Persembahan diterima minggu lepas ialah RM 6,300.00.

Jumlah persembahan yang diterima setakat 29/12/2020 ialah RM 2,300,340.75. Masih kekurangan RM 270,379.00.

Nama Akaun Gereja: GEREJA KRISTIAN TUHAN DI KUCHING Nama Bank: PUBLIC BANK 3129971112

RUJUKAN: Persembahan Khas (SPECIAL OFFERING) atau Persembahan Umum (OFFERING) 9. Jadual bagi gereja di Kuching menyokong gereja di Bau dan Lundu:

7 7

Pengumuman

Jadual Masa Persidangan 13/2/2021 (Sabtu)

Sesi Pertama: 9:00 pg. Sesi Kedua: 11:00 pg. Sesi Ketiga: 7:30 mlm.

14/2/2021 (Hari Tuan) Sesi Keempat: 9:00 pg. Sesi Kelima: 11:00 pg.

Tarikh Bau Lundu Tarikh Bau Lundu

10/01/2021 Dewan 3 Dewan 8 17/01/2021 Dewan 4 Dewan 11

Kursus Penuh: 09/03 hingga 28/05/2021 Yuran Latihan: RM 300

Jangka Pendek 1: 09/03 hingga 02/04/2021

Yuran Latihan: RM 100 sebulan Jangka Pendek 2: 06/04 hingga 30/04/2021

Jangka Pendek 3: 04/05 hingga 28/05/2021

Latihan diadakan dalam talian menggunakan ZOOM.

Referensi

Dokumen terkait

Firman Tuhan sangat jelas ketika berkata bahwa upah dosa adalah maut, tetapi karunia Tuhan adalah hidup yang kekal (Roma 6:23).. Lebih daripada itu, ketika Firman Tuhan berkata

Jadi akuilah bahawa Yesus adalah Tuhan dan Penyelamat anda, dan percaya bahawa Dia telah mati untuk dosa-dosa anda dan telah dibangkitkan dari antara orang mati.. Serahkan hidup anda

1) “Yesus mengambil roti…kemudian Dia memecahkan roti itu dan memberikannya kepada disipal-disipal dan berkata, Ambil dan makanlah” (Mat. 26:26); “Inilah tubuh-Ku yang

Dikbang dan dikkak yang baru diselamatkan harus berdoa setiap hari agar Tuan memberi peluang kepada kamu untuk berbicara dengan orang lain.. Sesetengah orang telah

Ampunilah dosa dan kesalahan kami, dosa ibu-bapak kami, dosa para pemimpin kami, dan dosa civitas akademika yang senantiasa mengabdikan dirinya membangun Universitas

Heri Lim dalam analisis yang dia tulis mendeskripsikan orang percaya dalam status melakukan dosa yang tidak mendatangkan maut “menunjuk pada Allah yang menjamin

Namun, bagi sebelas suku yang lain, umat Tuhan hanyalah umat Tuhan, mereka tidak boleh menjadi hentar Tuhan lagi.. Hal ini sangat

Hati mereka seolah-olah berkata, “Aku mempersembahkan diriku, seorang yang begitu penting, untuk melayani Tuhan hari ini!” Ada orang pula meninggalkan jawatan