• Tidak ada hasil yang ditemukan

古晉市神的召會. Gereja tuhan di kuching

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "古晉市神的召會. Gereja tuhan di kuching"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

SABDA UNTUK PERCAYAWAN BARU

MEMIMPIN ORANG KEPADA TUAN (2) II. DATANG KEPADA ORANG BAGI PIHAK TUHAN

Sekadar datang kepada Tuhan bagi pihak orang adalah tidak mencukupi. Kita juga harus datang kepada orang bagi pihak Tuhan untuk memberitahu mereka tentang Tuhan. Banyak orang mempunyai keberanian untuk berbicara kepada Tuhan, tetapi tidak mempunyai keberanian untuk berbicara kepada orang lain. Kita perlu melatih diri kita supaya mempunyai keberanian untuk berbicara kepada orang, iaitu berbicara kepada mereka tentang siapa Tuan ini. Apabila kita berbicara kepada orang, kita perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara.

A. Jangan Berhujah secara Sia-sia

Pertama, jangan berhujah secara sia-sia. Ini tidak bermaksud bahawa kita sama sekali tidak boleh berhujah. Terdapat beberapa penghujahan dalam Kisah Para Dutus, malah Paulus sendiri juga berhujah (bd.

Kis. 17:2, 17; 18:4, 19). Akan tetapi, penghujahan yang sia-sia tidak akan menyelamatkan orang. Kadangkala, kita boleh berhujah dengan orang. Namun, penghujahan sedemikian adalah untuk manfaat pendengar yang lain. Kamu harus mengelak daripada berhujah dengan orang yang ingin kamu selamatkan, kerana penghujahan akan menghalau orang dan bukannya membawa masuk orang. Jika kamu berhujah dengan orang, dia akan cabut lari.

Banyak orang menyangka bahawa hujah akan mengharukan hati orang. Sebenarnya, ini tidak benar.

Penghujahan hanya meyakinkan minda orang. Walaupun dia dibungkam, namun hatinya masih tidak mengalah. Oleh itu, berhujah tidak banyak gunanya. Kamu harus kurang berhujah, sebaliknya lebih banyak bersaksi. Kamu hanya perlu memberitahu orang bahawa selepas kamu percaya kepada Tuan Yesus, hati kamu girang dan damai sejahtera, kamu dapat tidur dengan baik, malah makanan menjadi lebih enak.

Memandangkan semua hal ini tidak dapat dipertikaikan, maka mereka hanya boleh mengakui bahawa ini hal yang ajaib. Kamu harus menunjukkan kepada mereka bahawa mereka tidak memiliki kegirangan dan kedamaian yang kamu miliki, maka mereka harus percaya kepada Tuan.

B. Berpegang pada Fakta

Teknik memimpin orang kepada Tuan ialah menitikberatkan fakta dan bukan doktrin. Cuba imbas kembali keadaan kamu apabila kamu diselamatkan. Kamu bukannya percaya kerana memahami doktrin. Banyak orang mendengar dan memahami doktrin, tetapi masih tidak percaya. Jika seorang dikbang ingin memimpin orang kepada Tuan dengan hujah dan doktrin, dia tidak akan berjaya. Teknik memimpin orang kepada Tuan ialah berpegang pada fakta. Inilah sebabnya orang yang simpal dapat memimpin orang kepada Tuan, manakala orang yang petah membicarakan doktrin tidak semestinya dapat memimpin orang kepada Tuan. Sesetengah orang dapat menyampaikan doktrin yang baik sehinggakan orang yang mendengar bersetuju dalam otak mereka bahawa apa yang dikatakannya itu betul. Namun, apakah gunanya jika pembicaraannya itu tidak dapat menyebabkan orang diselamatkan?

Pada masa dahulu, terdapat seorang lelaki yang tua. Walaupun dia belum diselamatkan, namun dia berpendapat bahawa pergi ke perhimpunan gereja adalah tabiat yang baik. Oleh itu, dia sendiri akan pergi ke perhimpunan gereja pada setiap hari Ahad, dan menghendaki seisi keluarganya turut pergi. Namun begitu, selepas dia pulang ke rumah, dia selalu naik radang dan segala jenis kata yang keji akan keluar dari mulutnya.

Seisi keluarganya takut kepadanya. Pada suatu hari, anak perempuannya yang merupakan seorang percayawan datang menziarahinya. Dia membawa anak perempuannya bersama. Orang tua itu pun membawa cucu perempuannya ke perhimpunan gereja. Setelah perhimpunan gereja tamat, cucu perempuan itu melihat datuknya sejenak dan berasa bahawa datuknya tidak kelihatan seperti seorang Kristian. Dia pun menanya datuknya, “Datuk percaya kepada Tuan Yesus?” Datuknya menjawab, “Budak kecil patut diam.” Selepas seketika, dia berkata kepada datuknya lagi, “Datuk tidak seperti orang yang percaya kepada Yesus.” Orang tua

Gereja tuhan di kuching

03/10/2021

1 1

Alamat : Lot 10833, Jalan Chong Kiun Kong, Kenyalang Park, 93300, Kuching, Sarawak, Malaysia.

Emel : [email protected] Laman Web : https://ms.thechurchinkuching.org

Tel. : 6082-482258/335484 Faks : 6082-335445 UNTUK KEGUNAAN GEREJA SAHAJA Buletin Gereja isu no. 196

(2)

2 2

itu pun berkata sekali lagi, “Budak kecil patut diam.” Sejurus selepas itu, cucu perempuan itu bertanya kepada datuknya, “Mengapakah datuk tidak percaya kepada Tuan Yesus?” Anak kecil ini dapat melihat satu fakta —  cara datuknya pergi ke perhimpunan gereja berbeza daripada cara percayawan yang lain. Orang tua ini, seorang yang begitu garang dan sukar dilayan, menjadi lembut selepas cucu perempuannya menanyakan beberapa soalan ini. Mulai hari itu, dia pun menerima Tuan.

Pemberitaan injil memerlukan kemahiran. Kamu harus mengetahui cara Tuhan supaya kamu boleh memberitakan injil. Jika tidak, walaupun doktrin yang kamu beritakan itu betul, dan banyak orang yang datang mendengar, tetapi orang banyak itu mungkin pergi dan masih tidak diselamatkan. Mata kail yang lurus tidak dapat memancing ikan. Mata kail itu haruslah melengkung, barulah seseorang itu dapat memancing ikan.

Sesiapa yang memimpin orang kepada Tuan harus tahu bagaimana menggunakan mata kail. Kamu hanya harus menggunakan kata-kata yang dapat memancing orang; kata-kata yang tidak dapat memancing orang harus diubah. Fakta ialah kata-kata yang dapat memancing orang; fakta ialah kata-kata yang dapat menyentuh orang.

C. Mempunyai Sikap yang Ikhlas

Jangan banyak membicarakan doktrin. Sebaliknya, cuba lebih banyak membicarakan fakta. Pada masa yang sama, sikap kamu haruslah ikhlas. Menyelamatkan sukma sama sekali bukan perkara yang semberono.

Saya pernah melihat seorang yang ingin memimpin orang kepada Tuan. Dia rela berdoa, tetapi sikapnya tidak betul. Dia berjenaka ketika berbicara tentang Tuan. Oleh itu, dia hilang segala kuasa rohani yang dimilikinya dan tidak dapat memimpin seorang pun kepada Tuan. Justeru, sikap kita haruslah ikhlas. Jangan bersikap semberono dan berlawak jenaka. Kita harus menunjukkan kepada orang lain bahawa inilah perkara yang paling serius di dunia.

D. Meminta Tuhan Memberi Peluang untuk Berbicara

Kamu juga harus sentiasa berdoa dan meminta Tuhan memberi kamu peluang untuk berbicara. Sekiranya kamu berdoa, Tuhan akan memberi kamu peluang untuk berbicara.

Pada masa dahulu, terdapat seorang dikkak yang menghimpunkan sekumpulan gadis satu kali dalam seminggu dan memimpin mereka mengaji Bible. Semua gadis ini bekerja di syarikat yang sama dan tidak ada seorang pun daripada mereka yang percaya kepada Tuan. Di kalangan mereka, terdapat seorang yang suka menghiasi dirinya dengan cantik. Dia sangat sombong dan tidak mahu mendengar apa yang dikatakan dikkak itu. Dikkak itu pun memerhatikannya lalu terus-menerus berdoa untuknya. Dia meminta Tuhan memberinya peluang untuk berbicara dengan gadis itu. Pada suatu hari, dikkak itu berasa bahawa dia harus menjemput gadis itu ke jamuan ringan di rumahnya. Oleh sebab gadis itu suka bergaul, dia pun menerima jemputan itu.

Setelah dia datang, dikkak itu menasihatinya agar percaya kepada Tuan. Dia menjawab, “Saya tidak boleh percaya. Saya suka berjudi, dan saya suka hiburan. Saya tidak mahu kehilangan semua ini. Saya tidak boleh percaya kepada Yesus.” Akan tetapi, dikkak itu berkata, “Jika sesiapa mahu percaya kepada Tuan Yesus, dia harus berhenti berjudi. Jika sesiapa mahu percaya kepada Tuan Yesus, dia harus membuang kemegahan diri.

Jika kamu mahu percaya kepada Tuan Yesus, kamu harus melepaskan semua ini.” Gadis itu berkata, “Harga ini terlalu tinggi. Saya tidak mampu membayarnya.” Dikkak itu berkata, “Saya berharap agar kamu balik mempertimbangkannya.” Kemudian, dikkak itu terus berdoa untuknya.

Setelah gadis itu balik ke rumah, dia bersujud untuk berdoa. Selepas dia berdoa, tiba-tiba dia berkata,

“Saya sudah membuat keputusan. Saya akan mengikut Tuan Yesus hari ini juga.” Dia berubah secara mendadak. Dia tidak dapat menjelaskan hal ini tetapi hatinya berpaling dengan tiba-tiba. Dia mengubah cara pemakaiannya; dia tidak lagi menghiasi dirinya seperti dahulu. Perkara yang ajaib berlaku satu demi satu.

Dalam masa satu tahun, banyak rakan sejawatnya dibawa kepada Tuan satu per satu.

Kamu mungkin berasa sukar untuk berbicara dengan sesetengah orang. Akan tetapi, jika kamu berdoa untuknya, Tuan akan memberi kamu peluang untuk berbicara dengannya dan dia akan berubah. Pada mulanya, dikkak yang mengaji Bible bersama gadis itu takut berbicara dengannya kerana gadis itu berlagak seolah-olah dia serba tahu dan serba boleh, malah sangat sombong. Namun demikian, Tuan memberi beban kepada dikkak ini supaya berdoa untuknya. Pada suatu hari, Tuan menyuruh dikkak itu supaya berbicara dengannya.

Setibanya hari itu, dia tidak menghiraukan perkara lain dan terus berbicara dengannya. Oleh itu, dari satu segi, kamu harus berdoa. Dari segi yang lain, kamu harus belajar berbicara. Selepas kamu berdoa untuk seseorang, kamu harus berbicara dengannya. Kamu harus memberitahu orang itu tentang kurnia Tuan dan segala yang dilakukan-Nya untuk kamu. Dia tidak akan melawan kamu kerana dia tidak dapat menentang perkara-perkara yang telah dilakukan Tuan untuk kamu. Dikbang dan dikkak yang baru diselamatkan harus berdoa setiap hari agar Tuan memberi peluang kepada kamu untuk berbicara dengan orang lain. Sesetengah orang telah diselamatkan beberapa tahun lamanya, tetapi mereka masih tidak berani membuka mulut mereka untuk berbicara tentang Tuan Yesus dengan saudara-mara dan rakan-rakan. Alangkah sayangnya! Mungkin peluang sedang menantikan kamu, tetapi disebabkan kamu takut, kamu terlepas banyak peluang.

(3)

E. Berbicara Semasa Musim dan di Luar Musim

Sebelum ini, kita mengatakan bahawa kita harus berdoa di hadapan Tuhan bagi pihak orang sebelum kita mula berbicara dengan orang itu. Akan tetapi, hal ini bukan bermaksud bahawa kamu tidak boleh berbicara jika kamu tidak berdoa. Kamu harus berbicara dengan orang sungguhpun itu kali pertama kamu berjumpa dengan mereka. Rebutlah peluang untuk berbicara sama ada semasa musim atau di luar musim. Ini kerana kamu tidak tahu siapa yang akan terlepas dari tangan kamu. Oleh itu, bicaralah apabila ada peluang. Selalu bersedia untuk membuka mulut kamu. Sesungguhnya, kamu perlu berdoa untuk nama orang yang terdapat dalam buku catatan kamu. Akan tetapi, kamu juga perlu berdoa untuk orang yang tidak kamu kenali. Kamu harus berdoa, “Tuan, selamatkanlah pendosa-pendosa. Tidak kira siapa mereka, siapa nama mereka, selamatkanlah mereka.” Bila-bila masa kamu berjumpa dengan orang dan mempunyai desakan dalam hati, kamu harus berbicara dengannya.

Jika kita tidak mengendahkan desakan ini, satu sukma mungkin terlepas daripada kita. Kita tidak patut membiarkan banyak sukma terlepas dari tangan kita. Kita berharap agar setiap dikbang dan dikkak akan bersaksi untuk Tuan dan membawa banyak orang kepada Tuan.

F. Mengkaji dengan Teliti

Setiap kali kamu memimpin seseorang kepada Tuan, kamu harus membuat analisis dengan teliti, seperti doktor yang mengkaji kes setiap pesakit dengan teliti. Doktor tidak boleh memberi ubat yang sama kepada semua pesakit. Untuk menyembuhkan suatu penyakit, doktor perlu memberi ubat yang sesuai. Dia memberi ubat yang tertentu kepada pesakit yang tertentu. Begitu juga dengan memimpin orang kepada Tuan. Tidak ada sesiapa yang dapat menjadi seorang doktor tanpa mempelajari perubatan. Begitu juga, tidak ada sesiapa yang dapat memimpin orang kepada Tuan tanpa belajar memimpin orang kepada Tuan. Sesetengah dikbang dan dikkak mahir dalam hal memimpin orang kepada Tuan kerana mereka mengkaji orang yang telah dibawa oleh mereka kepada Tuan dengan teliti. Apabila seorang percayawan baru mula memimpin orang kepada Tuan, dia harus mengkaji setiap kes dengan rajin. Kamu harus sentiasa mengkaji sebab seseorang itu menerima Tuan dan sebab kata-kata tertentu membuka hatinya. Mengapakah orang lain tidak percaya selepas mendengar kata- kata itu? Mengapakah seseorang itu pada mulanya mendengar dengan penuh perhatian, tetapi akhirnya tidak mahu percaya? Mengapakah seseorang pada mulanya menentang, tetapi kemudian menerima? Mengapakah masih tidak ada ikan selepas kamu lama memancing? Dalam setiap kes, kita harus sentiasa mencari sebab Roh Kudus bekerja dan sebab Roh Kudus tidak bekerja.

Jika kamu gagal memimpin orang kepada Tuan, jangan sekali-kali menyalahkan orang lain sahaja. Orang yang tahu memimpin orang kepada Tuan akan selalu menyemak sama ada terdapat masalah pada diri mereka atau tidak. Kita tidak boleh menunggu di tepi laut dan mengharapkan ikan melompat ke pantai. Memimpin orang kepada Tuan bukanlah perkara yang mudah. Kita perlu berusaha mengkaji tempat timbulnya masalah.

Memimpin orang kepada Tuan memerlukan kemahiran tertentu; kemahiran ini dipelajari apabila kita memimpin orang. Kita selalunya boleh mempelajari sesuatu, sama ada melalui kegagalan atau kejayaan. Jika kita gagal, kita harus melihat sebab kita gagal. Jika kita berjaya, kita juga perlu melihat sebab kita berjaya.

Dalam setiap kes, kita harus mengkaji sebab di sebalik kejayaan atau kegagalan itu.

Jika kamu melakukan hal ini dengan baik, maka kamu akan mempelajari banyak iktibar. Akhirnya, kamu akan mengetahui satu perkara yang ajaib: Berkenaan hal percaya kepada Tuan, terdapat beberapa jenis orang sahaja di dunia. Jika kamu berjumpa dengan jenis orang tertentu, kamu hanya perlu membicarakan kata-kata tertentu kepadanya, dan dia akan menerima Tuan. Sebaliknya, jika kamu membicarakan kata-kata yang lain kepadanya, dia akan menentang kamu dan tidak percaya. Jika kamu tahu bagaimana mengendalikan beberapa jenis orang ini, maka kamu sudah dapat mengendalikan hampir semua orang. Kamu dapat mengendalikan orang dalam buku catatan kamu, dan kamu juga dapat mengendalikan orang yang kamu terserempak. Sebaik sahaja ada orang di hadapan kamu, kamu akan mengambil peluang untuk bersaksi kepadanya, dan dengan segera kamu akan mengetahui jenis apa orang ini. Dalam hati kamu, kamu akan mengetahui apa yang harus kamu lakukan terhadap jenis orang ini dan kata-kata yang sesuai untuknya. Hasilnya kemungkinan besar dia akan diselamatkan. Jika kamu mengkaji kes-kes itu satu per satu, kamu akan menjadi seorang yang mahir menyelamatkan sukma selepas satu atau dua tahun. Kamu akan menyedari bahawa menyelamatkan sukma memang memerlukan kebijaksanaan. Melalui rahmat Tuhan, kamu mungkin berjaya memimpin sesetengah orang kepada Tuan, mungkin puluhan atau ratusan orang. Jika kamu mengkaji semua kes ini dengan teliti, kamu akan menjadi orang yang amat berkuasa dalam hal menyelamatkan sukma.

3 3

(4)

4 4

LAMPIRAN:

PENGEDARAN RISALAH-RISALAH A. Tidak ada Batasan Masa

Sepanjang dua hingga tiga ratus tahun yang lepas, Tuhan telah menggunakan risalah untuk menyelamatkan banyak orang dengan cara yang khusus. Menyelamatkan orang menerusi risalah mempunyai kelebihan yang tersendiri. Hal ini kerana apa yang dapat dibicarakan oleh mulut manusia memang terhad dari segi masa dan ruang. Kamu tidak dapat berbicara selama dua puluh empat jam sehari. Lagipun, pendengar kamu mungkin bukan sentiasa sedia ada. Kamu mungkin memberitakan satu mesej yang baik, tetapi sesetengah orang mungkin tidak berada di situ. Akan tetapi, risalah tidak terbatas oleh masa. Bila-bila masa sahaja kamu boleh mengedarkan risalah. Bila-bila masa sahaja orang boleh menerima dan membaca risalah kamu. Hari ini banyak orang tidak mempunyai masa untuk datang ke perhimpunan. Namun, risalah tidak terbatas oleh masa. Kita boleh memberi risalah kepada orang yang sedang berjalan, orang yang sedang memasak di dapur, atau orang yang sedang bekerja di pejabat. Ini adalah kemudahan risalah yang pertama.

B. Risalah Dapat Menyampaikan Injil dengan Lengkap

Banyak orang bersungguh-sungguh hendak bersaksi untuk Tuan dan memimpin orang kepada Tuan. Walau bagaimanapun, disebabkan pengetahuan mereka terhad dan mereka kekurangan ujaran, maka mereka tidak dapat memberitakan injil dengan menyeluruh dan lengkap. Oleh itu, selain menggunakan cara lain untuk memimpin orang kepada Tuan, percayawan baru harus seboleh-bolehnya memilih risalah yang baik pada masa lapang dan mengedarkannya kepada orang lain. Ini kerana risalah dapat melakukan apa yang tidak dapat kamu lakukan.

C. Risalah Tidak Dipengaruhi oleh Faktor Manusia

Terdapat satu lagi kelebihan menggunakan risalah. Semasa kita memberitakan injil kepada orang secara bersemuka, kadangkala kita tidak berani menggunakan kata-kata yang tegas. Namun demikian, risalah tidak mempunyai masalah ini. Tidak kira siapa orang itu, asalkan risalah ada di hadapannya, risalah itu akan membicarakan apa yang hendak dibicarakan. Penginjilan oleh manusia yang hidup mudah dipengaruhi oleh keadaan. Namun, penginjilan melalui risalah tidak akan dipengaruhi oleh faktor manusia. Justeru, percayawan baru harus belajar menabur benih dengan risalah.

D. Pengedaran Risalah adalah satu Cara Menaburkan Benih di Serata Tempat

Kelebihan yang lain bagi pengedaran risalah ialah kamu boleh menabur di serata tempat. Sebagaimana yang dibicarakan dalam Wasiat Lama, kita harus menabur benih di dalam air yang banyak (Bil. 24:7). Memang sukar untuk kita berbicara dengan tiga orang, lima orang, atau sepuluh orang. Akan tetapi, mengedarkan seribu, dua ribu, atau tiga ribu risalah sehari bukan satu masalah. Adalah cukup baik jika seorang boleh diselamatkan daripada seribu risalah yang kita edarkan. Percayawan baru harus belajar mengedarkan risalah secara besar-besaran.

E. Tuhan Menyelamatkan Orang menerusi Risalah

Sesungguhnya Tuhan menggunakan risalah untuk menyelamatkan orang. Saya mengetahui bahawa sesetengah orang menyelitkan risalah di bawah pintu. Ada pula yang meletakkan risalah di dalam peti surat. Saya teringat akan satu peristiwa bahawa ada seorang menerima risalah dan kemudian mencampakkannya. Selepas itu, seorang yang kakinya tertusuk oleh paku di dalam kasutnya sedang mencari sesuatu untuk melapiki tapak kakinya. Dia mengambil risalah itu lalu melapikkannya di dalam kasutnya. Kemudian, apabila dia balik ke rumah dan membaiki kasut, dia membaca risalah itu. Dengan demikian, dia diselamatkan. Kes orang diselamatkan melalui risalah seperti ini memanglah banyak dan mengagumkan.

F. Berdoa secara Bersungguh-sungguh dan Melakukannya dengan Penuh Dedikasi

Seorang dikbang yang baru diselamatkan harus mempunyai risalah yang tersedia di dalam sakunya, dan dia harus mengedarkan risalah-risalah ini apabila mempunyai masa lapang. Seperti kerja memimpin orang kepada Tuan, kita juga harus melakukan kerja ini dengan berdoa secara bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi. Semasa mengedarkan risalah, kita boleh membicarakan sepatah dua kata kepada orang atau berdiam sahaja. Jika seorang percayawan baru berbuat demikian, dia akan menerima banyak manfaat daripadanya.

(5)

1. Perhimpunan Pelayanan Seluruh Gereja:

Tarikh/Masa: 04/10/2021 (Isnin) 7:30 mlm;

ID ZOOM: 833 6103 2392;

Kata Laluan: 1111.

Catatan: Pekudus digalakkan menyertai, memasuki satu aliran yang sama, menyediakan diri demi pemulihan kehidupan gereja fizikal secara beransur-ansur.

2. Pembaharuan Maklumat Pekudus Seluruh Gereja:

Sasaran: Pekudus yang berumur 13 tahun dan ke atas (termasuk pekudus yang sentiasa berhimpun, yang lama tidak berhimpun, atau yang jarang berhimpun). Dikbang dan dikkak juga boleh mengambil peluang ini untuk menghubungi pekudus;

Tarikh tutup: 11/10/2021 (Isnin);

Pautan borang: https://forms.gle/8fYZJBQweKWB764w8;

Catatan: Sebarang pertanyaan, sila hubungi pelayan yang bertanggungjawab di setiap distrik dan kumpulan, atau pejabat gereja.

3. Latihan untuk Para Penatua dan Dikbang yang Bertanggungjawab di Malaysia, Singapura dan Brunei 2021:

Tarikh: 22-24/10/2021; Platform: ZOOM; Yuran: RM30 seorang; Tarikh tutup: 04/10/2021 (Isnin);

Peserta: Para penatua dan dikbang yang bertanggungjawab, berserta dikbang-dikbang yang sedang belajar melayan;

Catatan: Sila kumpul senarai nama dan yuran mengikut distrik (Nama, jantina, bahasa, nombor, telefon). Yuran didepositkan ke dalam akaun gereja dan nyatakan pada resit bayaran “EROT” serta distrik anda (cth., H1D1). Senarai nama pendaftaran yang lengkap berserta resit bayaran harus dihantar ke WhatsApp Gereja Tuhan di Kuching (+6082-482258).

4. Penempahan Kalendar Injil dan Diari Pekudus bahasa Cina untuk tahun 2022:

a) Kalendar Injil: RM20.00/-; b) Diari Pekudus: RM10.00/-;

Pautan Borang Tempahan: https://forms.gle/P4fpHKo7CoRD7gmE8; Tarikh tutup: 11/10/2021 (Isnin);

Catatan: Sila tempah mengikut distrik sebagai satu unit, dan bayaran boleh didepositkan ke dalam akaun bank gereja.

5. Notis Latihan Penyempurnaan Satu Minggu bagi Pelajar Darjah Enam 2021:

Tempoh latihan: 13/12 (Isnin)-19/12/2021 (Hari Tuan);

Sasaran: Kanak-kanak darjah enam pada tahun ini, serta pelajar tingkatan 1 yang tidak pernah menyertai.

Catatan: Butiran tentang latihan akan diumumkan kemudian. Ibu bapa dan pelayan kanak-kanak boleh bermula menyediakan peserta.

5 5

Pengejaran Korporat

A. Pembacaan “Wasiat Baru Versi Pemulihan berserta nota kaki” bagi minggu ini ialah Minggu 42 mengikut jadual pembacaan Bible.

B. Pembacaan “Kajian-hayat Wasiat Baru” bagi minggu ini ialah: Life-Study of 1 John, mesej 21 dan 22.

C. Pengejaran SKPP untuk minggu ini ialah “Kajian-kristalisasi Yosua, Hakim-hakim, dan Rut”, Minggu 3. Para remaja mengejar “Journey Through the Bible”, Jilid 6, Pelajaran 3; “Seorang Pemuda dalam Rancangan Tuhan”, Bab 2.

Hari Tuan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu

Yud. 1:1-4 1:5-10 1:11-19 1:20-25 Wahi 1:1-3 1:4-6 1:7-11

Pengumuman

(6)

6. Demi pemulihan kehidupan gereja secara fizikal, setiap dewan perlu bersekutu dan mengatur pekudus untuk datang ke dewan perhimpunan bagi pelayanan pembersihan. Kawasan pembersihan dan masa yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

Catatan: 1. Sila aturkan pekudus datang mengikut jadual serta bahagikan tugas mengikut kawasan yang diperuntukkan. Untuk sebarang perubahan, sila hubungi dikbang Denis Hii.

2. Semua pekudus mesti mematuhi S.O.P sewaktu pandemik dengan memakai pelitup muka, menyukat suhu badan, serta menggunakan aplikasi MySejahtera.

7. Persidangan Pembauran Kolej di Malaysia dalam Talian:

Tarikh: 04-07/11/2021; Platform: ZOOM; Yuran: RM10 seorang; Tarikh tutup: 11/10/2021 (Isnin);

Sasaran: Pelajar A-Level/STPM (termasuk menengah bawah dan atas)/UEC/matrikulasi/prauniversiti, mahasiswa (universiti atau kolej), berserta pelayan kolej (termasuk pelayan penuh masa dan pekudus yang bekerja);

Catatan: Sila kumpul senarai nama dan yuran mengikut distrik (Nama, jantina, bahasa, nombor telefon, e-mel, universiti, tahun pengajian). Yuran didepositkan ke dalam akaun gereja dan nyatakan pada resit bayaran “OMCBC” serta distrik anda (cth., H1D1). Senarai nama pendaftaran yang lengkap berserta resit bayaran harus dihantar ke WhatsApp Gereja Tuhan di Kuching (+6082-482258).

8. Persembahan bertulis berjumlah RM2,570,719.75. Persembahan diterima minggu lepas ialah RM4,220.00.

Jumlah persembahan yang diterima setakat 27/09/2021 ialah RM2,563,856.05.

Masih kekurangan RM6,863.70.

Nama Akaun Gereja: GEREJA KRISTIAN TUHAN DI KUCHING Nama Bank: PUBLIC BANK 3129971112

RUJUKAN: Persembahan Khas (SPECIAL OFFERING) atau Persembahan Umum (OFFERING)

Catatan: Persembahan yang diterima boleh dihantar kepada pekudus yang melayan di bilik bendahari (A106) pada 05/10/2021 (Selasa), pada pukul 12:30-1:15 ptg.

Masa Dewan Kawasan Spesifikasi

09/10/2021 (Sabtu) 6, 10 Blok A aras 3: Gelanggang badminton,

bilik, koridor, tandas Sapu, mop bilik serta koridor, dan bersihkan tandas

10/10/2021 (Hari Tuan) 2, 12 Blok C aras bawah: Koridor, C103, C104, taman

Blok C aras 5

Sapu, mop, lap kerusi, mencantas bunga, memotong rumput, dan sebagainya.

10/10/2021 (Hari Tuan) 1, 9 Blok A aras 1: Bilik, koridor, tangga

depan, semua anak tangga Sapu, mop, lap kerusi, dan bersihkan tandas 16/10/2021 (Sabtu) 5, 7 Blok A aras 2: Dewan utama, tandas,

koridor Sapu, mop, lap kerusi, dan bersihkan tandas

16/10/2021 (Sabtu) 4, 8 Blok A: Tangga, ruang legar lift, tempat

parkir kereta Sapu, mop, serta bersihkan lantai tempat parkir kereta selepas menyapu

16/10/2021 (Sabtu) 3, 11 Blok B aras bawah dan aras 1: Dewan utama, tempat makan, tandas, dan koridor

Sapu, mop, lap meja, serta kerusi panjang, dan sapu sarang labah-labah

6 6

Referensi

Dokumen terkait

Oleh itu, di sini saya perlu menjelaskan kepada kamu, dikbang dan dikkak sekalian, bahawa kamu tidak harus berhenti pada peringkat kenikmatan dalam penyemaian, tetapi kamu

Akan tetapi, kamu harus menjadi orang yang mempersembahkan diri kepada Tuan.. Pernah sekali seorang dikkak tua datang kepada Encik George Müller dan berkata kepadanya, “Hari jadi

Ayat 15 berkata, “Setiap orang yang membenci dikbangnya ialah pembunuh, dan kamu mengerti bahawa tidak ada pembunuh mempunyai hayat abadi tinggal dalamnya.” Kita tidak dapat

Berdoa agar gereja-gereja dan orang percaya akan terus diperbaharui oleh Firman dan Roh Tuhan supaya kita dapat melihat sesuatu dari perspektif Tuhan dan bekerjasama dengan

Komunikasi merupakan proses dinamis di mana orang berusaha untuk berbagi masalah internal mereka dengan orang lain melalu penggunaan simbol (Samovar, 2014, h. Dengan kata

Namun, bagi sebelas suku yang lain, umat Tuhan hanyalah umat Tuhan, mereka tidak boleh menjadi hentar Tuhan lagi.. Hal ini sangat

Hati mereka seolah-olah berkata, “Aku mempersembahkan diriku, seorang yang begitu penting, untuk melayani Tuhan hari ini!” Ada orang pula meninggalkan jawatan

Efesus 2:1-5 berkata, “Dan kamu, pada asalnya mati dalam kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa, ketika itu, kamu bergerak-hidup dalamnya menurut zaman dunia ini,