• Tidak ada hasil yang ditemukan

古晉市神的召會. Gereja tuhan di kuching

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "古晉市神的召會. Gereja tuhan di kuching"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

BAB EMPAT DUA JENIS MAKAN Bacaan Bible: Ul. 12:5-9, 17-18; 14:22-23; 15:19-21; 16:9-10, 13-17

MAKAN DALAM PENYEMAIAN DAN MAKAN DALAM PENUAIAN

Kita bersyukur kepada Tuan kerana sekarang kita semua sedang belajar makan Tuan. Namun demikian, menurut wahi dalam buku Ulangan, terdapat banyak aspek dalam hal makan, minum, dan menikmati Tuan. Dari satu segi, Tuan ialah roti hayat, dan kita hanya perlu makan-Nya. Dari segi yang lain, menurut Ulangan bab 12, 14, dan 15, Tuan Yesus yang kita makan ini ialah hasil jerih lelah kita. Dia terhasil daripada penyemaian kita dan penternakan kawanan lembu dan kawanan domba kita. Oleh yang demikian, menurut buku Ulangan, kenikmatan kita terhadap kekayaan Tuan ialah hasil jerih lelah kita atas-Nya.

Saya boleh memberi sedikit huraian tentang aspek ini. Contohnya, sekarang kamu membuka Bible, menyeru nama Tuan, dan mendoa-baca sabda-Nya; kamu memang dapat menikmati Tuan. Namun demikian, kenikmatan sedemikian sekadar kenikmatan peringkat permulaan, bukan kenikmatan terhadap tuaian yang kaya, kerana dalam kenikmatan ini tidak ada usaha dan jerih lelah kamu. Kamu dapat menikmati Tuan dengan membuka diri kamu, menggunakan roh kamu untuk menyeru nama- Nya, dan mendoa-baca sabda-Nya. Akan tetapi, kenikmatan sedemikian ialah kenikmatan dalam penyemaian dan bukan kenikmatan dalam penuaian.

Banyak daripada kamu telah bersaksi tentang kenikmatan kamu terhadap Tuan, namun semua yang saya dengar itu ialah kenikmatan dalam penyemaian, makan dalam penyemaian. Kamu masih belum sampai ke tahap makan dalam penuaian. Penyemaian yang mula-mula adalah mudah, tetapi penuaian yang terakhir tidaklah begitu mudah. Selepas benih disemai, sama ada benih itu akan berhasil atau tidak masih merupakan satu persoalan. Hingga sekarang, kenikmatan kamu dalam hal makan Tuan masih berada dalam peringkat permulaan, yakni peringkat penyemaian.

Oleh itu, di sini saya perlu menjelaskan kepada kamu, dikbang dan dikkak sekalian, bahawa kamu tidak harus berhenti pada peringkat kenikmatan dalam penyemaian, tetapi kamu harus maju ke peringkat kenikmatan dalam penuaian. Semasa kamu menyemai, kamu menanam benih ke dalam tanah. Selepas menyemai, kamu masih perlu menjaga tunasnya supaya ia dapat bertumbuh dan menghasilkan buah. Dengan itu, barulah kamu dapat mempunyai kenikmatan dalam penuaian. Dalam kenikmatan dalam penyemaian, kita menerima sesuatu daripada Tuan ke dalam kita. Setiap kali kita menyeru nama Tuan dan mendoa-baca sabda-Nya, kita menerima sebahagian daripada benih Tuan ke dalam kita. Sama ada ini akan berhasil atau tidak bergantung pada sama ada kita sanggup membiarkan benih itu bertumbuh atau tidak. Jika kita membiarkannya bertumbuh, ia pasti akan menghasilkan tuaian. Jika tidak, ia tidak akan menghasilkan apa-apa.

PERLU BERJERIH LELAH UNTUK MEMPEROLEH TUAIAN YANG KAYA

Menurut pemerhatian saya, kebanyakan daripada kenikmatan dikbang dan dikkak ialah kenikmatan dalam penyemaian. Banyak benih telah disemaikan ke dalam kamu, tetapi tidak berhasil.

Mengapakah benih ini tidak berhasil? Benih ini tidak berhasil kerana selepas kamu makan, minum, dan menikmati Tuan, kamu tidak membiarkan Dia bertumbuh, matang, dan berbuah dalam kamu.

Gereja tuhan di kuching

28/11/2021

1 1

Alamat : Lot 10833, Jalan Chong Kiun Kong, Kenyalang Park, 93300, Kuching, Sarawak, Malaysia.

Emel : [email protected] Laman Web : https://ms.thechurchinkuching.org

Tel. : 6082-482258/335484 Faks : 6082-335445 UNTUK KEGUNAAN GEREJA SAHAJA Buletin Gereja isu no. 204

Pengejaran Buku Rohani

MAKAN TUAN

(2)

Katakan kamu menyeru, “O Tuan Yesus.” Saya percaya bahawa penyeruan ini akan memberi kesan kepada kamu. Kamu tidak akan menyeru Tuan tetapi tidak ada apa-apa kesan terhadap kamu. Sebaik sahaja kamu menyeru-Nya, Dia akan datang kepada kamu. Dari satu segi, Dia datang untuk melipurkan kamu; dari segi yang lain, Dia datang untuk menyusahkan kamu. Jika kamu sebagai seorang suami berseru, “O Tuan! O Tuan!” Dia akan datang untuk menyentuh kamu di dalam dengan berkata, “Lihat? Kamu telah bersalah terhadap isteri kamu.” Kamu mungkin berkata, “O Tuan!

Basuhlah aku dengan darah adi-Mu!” Namun Dia mungkin terus berkata, “Darah memang dapat membasuh kamu, tetapi darah tidak dapat mengakui dosa-dosa untuk kamu. Pergilah dengan segera dan mengakui dosa-dosa kamu kepada isteri kamu!” Apakah yang harus kamu lakukan? Sesetengah suami akan menegarkan hati mereka dan enggan mematuhinya. Disebabkan mereka enggan berpaling, maka Tuan tidak dapat berbuat apa-apa. Jika kamu cuba menyeru sekali lagi, “O Tuan,”

seruan ini tidak akan berkesan seperti dahulu. Tuan Yesus tahu akan perangai kita; oleh itu, ketika kamu menyeru Dia lagi, Dia tidak akan bergerak. Kita semua mempunyai pengalaman yang sedemikian. Dulu ketika kamu berseru, “O Tuan,” Dia datang; sekarang Dia tidak datang lagi.

Semakin kamu berseru “O...,” semakin tidak berkesan; semakin kamu berkata “O...,” semakin kamu menjadi kempis. Kemudian kamu mula mempersoalkan amalan menyeru nama Tuan sehingga kamu tidak mahu menyeru lagi. Bukankah ini sangat menyedihkan? Kamu hanya menyemaikan benih ke dalam tanah, namun kamu tidak membiarkan benih itu bertumbuh untuk menghasilkan tuaian.

Akhirnya, kamu turut kehilangan benih itu.

Yesaya 55:10 berkata, “Supaya benih diberikan kepada penyemai dan roti kepada orang yang makan” (Ibr.). Saya menyemaikan sebiji benih ke dalam tanah, dan ia menghasilkan tiga puluh biji benih; saya makan lima belas biji benih dan saya masih tinggal lima belas biji benih untuk disemai pada tahun depan. Akan tetapi, bagaimanakah dengan benih kamu? Benih yang kamu semai itu tidak bertumbuh, maka habislah benih kamu. Oleh itu, kamu tidak ada benih lagi. Mengapakah kamu tidak ada benih? Kamu tidak ada benih kerana kamu tidak membiarkan benih itu bertumbuh.

Apabila kamu berseru, “O Tuan,” dan Tuan memberi perasaan kepada kamu bahawa kamu telah bersalah terhadap isteri kamu. Jika kamu segera mengakui dosa-dosa kamu di hadapan Tuan dan juga pergi kepada isteri kamu untuk mengakui kegagalan kamu dan meminta maaf daripadanya, maka benih dalam kamu akan bertumbuh dengan cepat sekali. Apabila kamu berseru sekali lagi, “O Tuan,”

perasaannya sama sekali berbeza. Namun demikian, Tuan sentiasa mengganggu kita. Apabila kamu berseru sekali lagi, “O Tuan,” Dia datang dan menunjukkan kepada kamu bahawa rambut kamu tidak digunting dengan elok dan kamu perlu memberi perhatian kepada perkara ini. Jika kamu mematuhinya dengan serta-merta dan menggunting rambut dengan elok, kamu akan mempunyai kegirangan di dalam.

Dikbang dan dikkak yang dikasihi sekalian, jika kamu mempunyai pengalaman sedemikian, maka itu sungguh mengagumkan. Diri dalaman kamu akan menjadi satu ladang, yakni ladang besar yang mempunyai tuaian yang kaya setiap hari. Hal ini betul-betul menggenapkan kata-kata yang dibicarakan oleh Yesaya, yakni benih diberikan kepada penyemai dan roti diberikan kepada orang yang makan. Hari ini saya ingin bertanya kepada kamu semua. Sebagai penyemai, adakah kamu benar-benar ada benih? Sebagai orang yang makan, adakah kamu benar-benar ada roti? Mungkin kamu hanya ada setengah mangkuk nasi yang masih tidak cukup untuk kamu sendiri. Jika kamu tidak dapat memberi makanan yang secukupnya untuk kamu sendiri, bagaimanakah kamu dapat menjaga orang lain? Mengapakah hal ini sedemikian? Hal ini sedemikian kerana kamu menyemai benih, tetapi kamu tidak berjerih lelah untuk membiarkan benih itu bertumbuh.

Kita semua tahu bahawa apabila seorang petani berjerih lelah di ladang, dia perlu mengutip batu, menghapuskan rumpai, mengairi tanah, menambah baja, dan ada kalanya menggunakan racun perosak. Akan tetapi, apakah yang kamu lakukan? Kamu makan Tuan dan mendoa-baca sabda-Nya dengan baik sekali, tetapi kamu tidak mengutip batu, tidak menghapuskan rumpai, tidak mengairi tanah, tidak menambah baja, dan tidak menggunakan racun perosak. Jadi lebih baik kamu tidak menyemai. Jika kamu tidak menyemai, kamu masih ada benih, tetapi sebaik sahaja kamu menyemai, kamu kehilangan satu-satunya benih yang kamu ada. Sesetengah orang sememangnya mempunyai sedikit kenikmatan terhadap Tuan sebelum mereka mendoa-baca Sabda. Akan tetapi, selepas mereka mendoa-baca dan memperoleh Tuan, disebabkan mereka enggan patuh kepada Tuhan untuk berjerih lelah, maka mereka kehilangan hadirat Tuan.

2 2

(3)

PERBANDINGAN ANTARA MANNA DENGAN HASIL KANAAN

Dalam buku Ulangan, berjerih lelah di atas tanah Kanaan sama sekali berbeza daripada mengumpulkan manna di gurun tandus. Sesungguhnya, tanah Kanaan diberikan oleh Tuan, benih juga diberikan oleh Tuan, dan benda-benda asas seperti udara, sinaran matahari, dan hujan semuanya diberikan oleh Tuan. Akan tetapi, selain daripada berian ini, kamu masih perlu berjerih lelah. Jika kamu tidak berjerih lelah di atas ladang, Tuan tidak dapat melakukan apa-apa. Dari segi perlambangan, benih, cahaya matahari, hujan, dan bahkan kekuatan fizikal kamu yang menyemai dan berjerih lelah di atas ladang, semuanya ialah Tuan sendiri. Namun begitu, kamu masih perlu bekerjasama dengan Tuan. Kamu tidak dapat menuai hasil tanah melainkan kamu memberi kerjasama. Hasil tanah berbeza daripada manna. Manna datang dari langit. Manusia tidak perlu menyemai, menuai, atau bekerjasama dengan Tuhan. Sudah tentu jika seseorang itu ingin makan manna, dia masih perlu keluar untuk mengumpulkannya pada awal pagi. Jika dia malas dan lambat keluar, maka tidak ada apa-apa yang dapat dikumpulkannya. Keluar pada waktu pagi memang boleh dianggap sebagai sejenis kerjasama, yakni kerjasama yang paling minimum. Akan tetapi, kerjasama untuk memperoleh hasil tanah sama sekali berbeza. Memperoleh hasil tanah memerlukan kerjasama orang dari mula hingga akhir. Tuhan memberi air, sinaran matahari, udara, dan benih. Namun demikian, Tuhan tidak akan berjerih lelah untuk kamu; kamu perlu berjerih lelah dengan sendiri.

Biar saya bertanya kepada kamu soalan ini: Mana satukah yang lebih baik dan tinggi, manna atau hasil tanah permai Kanaan? Sudah tentu kamu akan mengatakan bahawa hasil tanah Kanaan lebih superior. Dari segi apakah hasil tanah Kanaan itu lebih superior? Pertama, hasilnya adalah untuk dijadikan korban. Manna yang turun dari langit adalah baik di mata manusia, namun Tuhan tidak mahu manna menjadi korban. Tuhan tidak mengatakan bahawa kita harus mempersembahkan manna sebagai korban bakaran, korban ayunan, atau korban unjukan. Sebaliknya, Tuhan bersabda,

“Makanlah! Manna hanya cukup baik untuk kamu makan, tetapi tidak cukup baik untuk menjadi korban-Ku.” Manna tidak layak menjadi korban. Korban adalah untuk penyembahan Tuhan. Manna adalah baik namun tidak layak digunakan untuk menyembah Tuhan. Jika kamu ingin menyembah Tuhan, kamu harus membawa hasil tanah permai Kanaan; hanya hasil tanah permai yang dapat mengkonstitut penyembahan. Tidak kira berapa banyak manna yang telah kamu makan, seperti bani Israel yang telah makan manna selama empat puluh tahun, manna masih tidak cukup layak untuk mengkonstitut penyembahan. Kamu perlu makan hasil tanah Kanaan; hanya hasil ini yang dapat mengkonstitut penyembahan. Oleh itu, di sini kamu melihat bahawa manna adalah inferior, manakala hasil tanah Kanaan adalah superior.

Biar saya bertanya kepada kamu, dikbang dan dikkak sekalian, apakah yang kamu makan hari ini, manna atau hasil tanah permai? Sesetengah orang berkata mereka makan manna; yang lain pula berkata mereka makan manna dan juga hasil tanah permai. Jawapan ini betul sekali. Akan tetapi, saya berharap agar orang yang makan manna akan secara beransur-ansur berhenti makan manna. Tahukah kamu di mana manna itu dimakan? Manna dimakan di gurun tandus. Oleh itu, makan manna merupakan bukti yang kukuh bahawa kamu seorang kelana. Di manakah hasil tanah permai dimakan?

Hasil itu dimakan di Kanaan! Bukan itu sahaja, sepersepuluh daripada tuaian tanah yang terbaik—

yang pertama-lahir daripada kawanan lembu dan kawanan domba dan buah sulung bijirin—tidak boleh makan di dalam rumah. Hasil-hasil ini perlu dibawa ke bait dan dimakan di hadapan Tuhan. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak berkelana lagi.

Adakah kamu ingin menjadi orang Kristian yang makan manna atau ingin menjadi orang Kristian yang makan hasil tanah permai? Sekarang semua orang ingin menjadi orang Kristian yang makan hasil tanah permai. Manna sememangnya baik; namun manna tidak cukup baik kerana manna itu makanan bagi orang yang berkelana di gurun tandus. Yosua bab 5 menunjukkan dengan jelas bahawa manna berhenti turun dari langit sebaik sahaja bani Israel masuk ke dalam Kanaan dan mula makan hasil tanah itu (ay. 12). Sebaik sahaja kamu makan hasil tanah permai, kamu tidak perlu lagi makan manna kerana kamu telah mengalami sesuatu yang lebih dalam dan menikmati sesuatu yang lebih baik. Oleh itu, mulai sekarang, kita perlu berlatih agar jangan lagi makan manna. Manna juga merupakan Kristus, tetapi manna ialah Kristus sebagai bekalan kita dalam perkelanaan kita. Kita perlu masuk ke dalam Kanaan; hasil di tanah Kanaan jauh lebih baik daripada manna.

3 3

(4)

MENERIMA PENANGGULANGAN DALAM KEHIDUPAN KITA AGAR MEMPUNYAI TUAIAN YANG KAYA

Mendapat manna tidak memerlukan jerih lelah kita, tetapi memperoleh hasil tanah Kanaan memerlukan jerih lelah kita. Semasa kita menikmati dan menerima Tuan ke dalam kita, Dia selalu membangkitkan sekitaran dan membenarkan banyak perkara berlaku demi kebaikan kita, supaya benih dalam kita dapat bertumbuh dan menghasilkan sesuatu. Contohnya, seorang dikkak, yang suaminya selalu menyusahkannya, berdoa setiap hari untuk meminta Tuan agar menjadikan suaminya mengasihi Tuan seperti dia mengasihi Tuan. Namun demikian, semakin dia berdoa, semakin suaminya tidak mengasihi Tuan; semakin dia menyeru, “O Tuan, Amen!” dan semakin dia mendoa- baca, semakin jengkel suaminya. Dahulunya suaminya masih menghadiri perhimpunan dua kali seminggu; selepas dia menyeru dan mendoa-baca, suaminya langsung tidak mahu pergi ke perhimpunan. Dalam keadaan ini, apakah yang harus kamu lakukan? Biar saya beritahu kamu bahawa kamu tidak perlu berdoa kepada Tuan untuk mengubah suami kamu. Semua hal yang berlaku ini ialah angin utara yang ditimbulkan Tuan untuk meniup kamu (Kid. 4:16). Jangan minta Tuan mengubah suami kamu, tetapi mintalah Tuan bertumbuh dalam kamu: “O Tuan, buatlah aku menjadi orang yang sanggup menerima penanggulangan-Mu. O Tuan, taklukilah aku dari dalam. O Tuan, buatlah aku tunduk diriku di bawah tangan-Mu dan menerima penghancuran.” Kemudian, kamu akan bersyukur kepada Tuan dan memuji-Nya kerana kamu sanggup ditanggulangi dengan cara ini.

Dengan demikian, hayat dalam kamu akan bertumbuh sedikit.

Apabila hayat dalam kamu bertumbuh sedikit pada hari ini dan sedikit lagi pada keesokan hari, kamu mula mempunyai perasaan yang baik terhadap penanggulangan yang sedemikian. Namun begitu, pada hari yang ketiga bahkan anak-anak kamu akan menyebelahi bapa mereka dan mula membantu dia untuk menanggulangi kamu. Apakah yang harus kamu lakukan? Sekali lagi, penanggulangan ini ialah tiupan angin utara yang menanggulangi kamu. Kamu perlu belajar menerimanya. Tahukah kamu sebaik sahaja kamu menerima penanggulangan ini dan menyeru Tuan sekali lagi, perasaannya sungguh mengagumkan? Sebaik sahaja kamu menyeru Dia, Dia datang. Kemudian kamu akan mempunyai tuaian dalam kamu. Kamu mempunyai bekalan benih yang berlimpah-limpah untuk disemai dan mempunyai bekalan roti yang berlimpah-limpah untuk dimakan. Pada masa yang sama, kamu dapat membawa sepersepuluh yang terbaik, buah sulung, daripada hasil tuaian ke perhimpunan untuk dimakan dan dinikmati bersama-sama para pekudus. Pemakanan seperti ini ialah penyembahan kamu. Kristianiti hari ini amat kekurangan perkara ini; bahkan dalam kalangan kita juga sedemikian.

Namun Tuan mahu memulihkan perkara ini. Jika perkara ini tidak dipulihkan, gereja sukar menjadi matang, pengantin tidak dapat mempersiapkan diri, dan Tuan tidak dapat kembali. Oleh itu, perkara ini amat penting.

BERJERIH LELAH ATAS KRISTUS DAN KEHIDUPAN GEREJA

Dikbang dan dikkak sekalian, saya berkeyakinan penuh bahawa hari ini Tuan sedang memulihkan perkara ini. Tuan bukan hendak memulihkan virtu kamu yang kecil, kemenangan kamu yang kecil, atau kekudusan kamu yang kecil. Hari ini Tuan menghendaki sekumpulan orang yang betul-betul masuk ke dalam Sabda-Nya dan rancangan abadi-Nya. Hal ini bukan hal berkenaan menahan diri kamu daripada menjadi marah, dan bukan juga hal berkenaan kamu menjadi menang ataupun menjadi kudus. Sebaliknya, hal ini berkenaan kamu betul-betul menyentuh Tuan dan membiarkan Dia bertumbuh dan matang dalam kamu. Apabila kamu mempunyai tuaian yang berlimpah-limpah, hasil itu bukan sahaja cukup untuk diri kamu tetapi juga cukup untuk mengundang dikbang dan dikkak makan bersama-sama kamu. Selain itu, kamu masih mempunyai bahagian yang terbaik yang dapat dibawa ke perhimpunan untuk dipersembahkan kepada Tuhan. Inilah kehidupan gereja yang sejati. Dalam perhimpunan, kamu bersaksi tentang Kristus dan saya juga bersaksi tentang Kristus.

Kita semua mempersembahkan Kristus di hadapan Tuhan, dan kita menikmati Kristus bersama-sama dikbang dan dikkak selepas Tuhan dipuaskan. Inilah perhimpunan gereja. Inilah penyembahan kita serta kehidupan dan kesaksian gereja yang praktikal.

Saya betul-betul berasa bahawa dalam apa yang pernah kita lihat dahulu berkenaan kesaksian gereja dan gereja ialah ekspresi Kristus, hal-hal ini sedikit sebanyak mengandungi elemen alamiah; kita tidak melihat secara menyeluruh tentang perkara makan dan pertumbuhan ini. Dua puluh tahun yang lalu, apabila saya melihat dikbang yang berkelakuan baik dan dikbang yang mempunyai tanggapan yang baik di hadapan orang, saya sangat menghargai mereka. Namun, sekarang apabila saya meninjau kembali, dikbang yang mempunyai perwatakan yang baik dan berkelakuan baik tidak menghasilkan apa-apa buah yang baik. Sebaliknya, sesetengah orang yang selekeh dan lalai dapat

4 4

(5)

membawa orang kepada penyelamatan. Begitu juga, kehidupan gereja, kesaksian gereja, bukan hal berkenaan berkelakuan baik atau jahat, bukan juga hal berkenaan berkelakuan wajar atau tidak wajar.

Kehidupan gereja, kesaksian gereja, ialah hal berkenaan makan Tuan sebagai benih dan membiarkan benih ini bertumbuh. Seperti seorang petani, kamu mengutip batu, menghapuskan rumpai, mengairi tanah, menambah baja, dan menggunakan racun perosak supaya Kristus dalam kamu dapat bertumbuh menjadi tuaian secara beransur-ansur. Hal ini bukan berkenaan berkelakuan baik atau jahat; hal ini sama sekali berada dalam lingkungan yang berlainan. Berkelakuan baik atau jahat berada dalam lingkungan baik dan jahat. Apa yang kita bicarakan itu berada dalam lingkungan Kristus. Kamu penuh dengan Kristus, dan kamu dapat membawa bahagian kamu yang terbaik ke hadapan Tuhan untuk dinikmati bersama-sama para pekudus dalam perhimpunan. Inilah perhimpunan kita yang wajar pada hari ini. Dalam perhimpunan, kita tidak menekankan hal menyanyi, berdoa, memuji, berbahasa lidah, atau berfungsi, tetapi hanya menekankan hal membawa Kristus yang kamu hasilkan itu, yakni bahagian yang terbaik. Saya membawa bahagian saya dan kamu membawa bahagian kamu. Kita semua mempersembahkan Kristus tanpa ada sebarang upacara.

PERLU MEMBERI PERHATIAN KEPADA JERIH LELAH

Saya berasa bahawa kita ada kekurangan dalam hal membawa Kristus ke perhimpunan kerana tuaian kita tidak kaya. Atas sebab ini, kadangkala kita cuba menggunakan gimik semasa kita bersaksi. Saya tidak mengatakan bahawa kamu tidak harus menggunakan cara-cara tertentu, tetapi saya bimbang bahawa dalam cara kamu tidak ada isi kandungan. Gimik ialah perhiasan dan bukan isi kandungan.

Saya berharap agar tidak ada sebarang gimik atau cara tetapi ada lebih banyak isi kandungan.

Kesaksian kita tidak akan menjadi berisi hanya dalam masa beberapa hari; kita perlu berjerih lelah bagi suatu jangka masa yang panjang.

Dikbang dan dikkak sekalian, kita perlu berpaling kepada Tuan untuk memperoleh tuaian. Kita perlu bertumbuh dan berjerih lelah. Kadangkala, Tuan sama seperti bijirin yang disemaikan ke dalam kita;

pada masa yang lain pula, Dia masuk ke dalam kita untuk menjadi pohon kecil. Pohon kecil ini mungkin ialah pohon zaitun, pohon anggur, pohon ara, atau pohon delima. Kamu perlu mengusahakannya agar ia dapat bertumbuh dan menghasilkan buah. Dengan itu, apabila kamu datang ke perhimpunan, kamu akan mempunyai buah sulung untuk dipersembahkan kepada Tuhan.

Masalah hari ini ialah semasa kita datang ke perhimpunan, kita hanya tahu membebaskan roh kita dan menyeru nama Tuan; kita tidak dapat mempersembahkan sesuatu yang kukuh untuk dinikmati bersama dengan orang lain. Hal ini boleh disamakan dengan datang mematuhi perayaan dengan tangan kosong atau hanya dengan seekor burung merpati kecil, yang hanya cukup untuk satu hidangan sahaja. Memandangkan banyak orang tidak ada apa-apa yang dapat dipersembahkan, maka mereka menggunakan gimik untuk membuat orang ketawa. Sayang sekali, setiap orang masih kosong di dalam.

Jika tuaian kita berlimpah-limpah dan kaya dengan bijirin, wain baru, lembu, domba, dan burung merpati, kita dapat membawa semua hasil ini bersama-sama, bakul demi bakul dan longgok demi longgok. Kita dapat mempersembahkan lembu, domba, burung merpati, dan buah-buahan kita.

Jamuan ini kaya sekali. Setiap orang akan dibekali dan mereka akan datang lagi.

Saya berharap agar kamu jangan habiskan tenaga kamu untuk membuat gimik; sebaliknya, kamu harus menggunakan tenaga kamu untuk menghasilkan isi kandungan. Kamu perlu menyemai di ladang, mengusahakan pohon buah, menjaga ternakan, dan menjaga burung merpati. Hasilnya, tanaman di kebun, pohon di gunung, lembu, domba, dan burung merpati di ladang semuanya akan bertumbuh. Kamu akan menjadi kaya kerana segala-gala yang berada dalam kamu bertumbuh secara berterusan. Dengan demikian, penyemai ada benih, orang yang makan ada roti, dan orang yang ingin memberi persembahan ada sesuatu yang dapat dipersembahkan. Apabila kita semua membawa kekayaan kita ke perhimpunan, perhimpunan akan dibebaskan daripada semua cara yang lama.

Saya berbicara setakat ini sahaja pada kali ini. Sekarang kita semua perlu belajar makan. Namun terdapat dua jenis makan. Yang satu ialah makan dalam penyemaian, dan yang satu lagi ialah makan dalam penuaian. Makan dalam penyemaian tidak dapat mengkonstitut penyembahan kita; kita memerlukan makan dalam penuaian. Hanya apabila kamu membawa bersama-sama makan dalam penuaian, barulah makan dalam penuaian dapat mengkonstitut penyembahan sebenar dan kehidupan gereja yang sejati. Gereja hari ini memerlukan makan yang sedemikian. Kita perlu memandang kepada Tuan dan membuka kepada Dia supaya kita semua dapat berlatih dalam perkara makan.

5 5

(6)

6 6

A. Pembacaan “Wasiat Baru Versi Pemulihan berserta nota kaki” bagi minggu ini ialah Minggu 50 mengikut jadual pembacaan Bible.

B. Pembacaan “Kajian-hayat Wasiat Baru” bagi minggu ini ialah: Life-Study of 1 John, mesej 37 dan 38.

C. Pengejaran SKPP untuk minggu ini ialah “Kajian-kristalisasi Yosua, Hakim-hakim, dan Rut”, Minggu 11. Para remaja mengejar “Journey Through the Bible”, Jilid 6, Pelajaran 11 dan “Makan Tuan”, Bab 4.

Pengejaran Korporat

Para pekudus digalakkan untuk menyertai perhimpunan persekutuan pelayanan mengikut dewan masing-masing secara aktif pada setiap malam Isnin. Semoga kita memasuki beban kehidupan gereja bersama-sama, mempraktiskan kehidupan gereja menurut jalan yang ditetapkan Tuhan, mengajar kebenaran divin, menggembala menurut Tuhan, agar gereja dapat berkembang luas dan berlipat ganda.

Perhimpunan Persekutuan Pelayanan Mengikut Dewan

Hari Tuan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu

Wahi 18:9—19:4 19:5-10 19:11-16 19:17-21 20:1-6 20:7-10 20:11-15

1. Jadual Pelayanan Penyediaan Makanan bagi Latihan Penyempurnaan Remaja dan Latihan BM 2021:

Catatan: 1. Peruntukan makan tengah hari ialah RM5.00 setiap orang. Beras dan bahan perisa akan disediakan oleh pusat latihan. Sila sediakan kuantiti makanan yang mencukupi mengikut bilangan orang yang dinyatakan dalam jadual.

2. Pelatih tahun enam akan menyediakan bekas makanan sendiri. Pekudus yang melayan perlu mengisi makanan ke dalam bekas makanan. Sekiranya pekudus menyediakan makanan di rumah, sila hantar makanan ke dewan perhimpunan 30 minit sebelum waktu makan (12:00 tgh.), agar mempunyai masa yang mencukupi untuk mengisi makanan ke dalam bekas makanan.

3. Para pekudus juga perlu membuat pembersihan dapur.

4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi dikbang Scriven Tan (012-8908975).

2. Latihan Penyempurnaan Satu Minggu Pelajar Tahun Enam—Taklimat Ibu Bapa (ZOOM):

Tarikh/Masa: 05/12/2021 (Hari Tuan) 7:30 mlm.;

ID ZOOM: 864 1080 4585; Kata laluan: 1234;

Catatan: Ibu bapa pelajar tahun enam WAJIB hadir.

3. Notis Pendaftaran bagi Latihan Penyempurnaan Pelajar Kolej:

Tarikh: 03-23/01/2022; Platform latihan: ZOOM; Tarikh tutup: 06/12/2021 (Isnin);

Yuran: Setiap orang RM110 (termasuk RM30 yuran bagi Latihan Dua Kali Setahun Disember 2021);

Sasaran: Pelajar A-Level/STPM (termasuk menengah bawah dan atas)/UEC/matrikulasi/prauniversiti, mahasiswa (universiti atau kolej).

Pengumuman

Tarikh 13/12 (Isnin) 14/12 (Selasa) 15/12 (Rabu) 16/12 (Khamis) 17/12 (Jumaat) 18/12 (Sabtu)

Dewan 1,9 2,12 3,11 4,8 5,7 6,10

Bilangan 85 85 85 85 85 100

Hidangan Ayam mentega Tomato + telur Cangkuk manis

Khinzir halia Sawi Kacang bendi

Kari ayam Kubis manis

Timun

Daging kukus Sawi Terung

Ayam goreng Kacang pendek Cangkuk manis

Lo bah Kacang bendi

Labu manis Tarikh 20/12 (Isnin) 21/12 (Selasa) 22/12 (Rabu) 23/12 (Khamis) 24/12 (Jumaat) 25/12 (Sabtu)

Dewan 1,9 2,12 3,11 4,8 5,7 6,10

Bilangan 30 30 30 30 30 30

Hidangan Kari ayam Tomato + telur Cangkuk manis

Khinzir halia Labu manis Kubis manis

Ayam mentega Kubis bunga

Timun

Khinzir + Sayur masin Timun Cangkuk manis

Ayam halia bawang Kangkung Kacang bendi

Ayam goreng Kubis manis Kacang pendek

(7)

4. Latihan Dua Kali Setahun Disember 2021 (Dalam Talian):

Yuran latihan: Setiap orang RM30; Tarikh tutup: 06/12/2021 (Isnin) 5. Persekutuan Perhimpunan Kesyukuran Akhir Tahun:

Perhimpunan Kesyukuran Akhir Tahun Gereja pada tahun ini akan diadakan mengikut dewan masing-masing. Oleh itu, para dikbang yang bertanggungjawab di setiap dewan perlu bersekutu tentang perkara ini dalam perhimpunan pelayanan teras. Setiap dewan diminta memberitahu masa yang telah ditetapkan bagi perhimpunan tersebut kepada dikbang Denis Hii (016-8884120) untuk memudahkan perancangan penggunaan bilik perhimpunan agar tidak bercanggah.

6. Pelayanan Pembersihan:

Perhimpunan fizikal gereja di dewan perhimpunan telah dipulihkan. Oleh itu, setiap distrik perlu bertanggungjawab membersihkan bilik perhimpunan yang digunakan masing-masing.

7. Pelayanan Meronda Dewan Perhimpunan pada Waktu Pagi Hari Tuan:

8. Pelayanan Pembersihan Kawasan Awam Dewan Perhimpunan pada bulan Disember:

Catatan: Setiap dewan perlu bersekutu dan menetapkan masa pelayanan.

9. Gereja di Bau dan Lundu telah memulihkan perhimpunan pemecahan roti secara fizikal. Para pekudus boleh pergi menyokong serta berbaur dengan pekudus tempatan di sana. Masa perhimpunan adalah seperti berikut:

Gereja di Bau: 2:30-3:30 ptg.

Gereja di Lundu: 10:00 pg.-12:00 tgh.

10. Pengumuman daripada Pelayan Kewangan Gereja:

1. Para dikbang yang melayan kewangan akan melayan di bilik bendahari (A106) dewan perhimpunan pada setiap Selasa jam 12:30-1:15 ptg. Pekudus yang melayan di setiap distrik perlu menyerahkan persembahan yang diterima pada masa yang ditetapkan ke bilik bendahari.

2. Bagi memudahkan pelayan kewangan mengagihkan sampul persembahan peribadi kepada pekudus yang berkeperluan tepat pada masanya, pekudus diminta menulis dengan jelas nama, dewan, serta distrik penerima pada sampul persembahan (contoh: 3-1 Li De Sheng). Ini akan mengelakkan sampul persembahan tersebut tidak diagihkan lantaran kesalahan maklumat dan terpaksa disimpan oleh gereja.

7 7

Pengumuman

Tarikh Masa

05-06/01/2022 (Rabu-Khamis) 7:00-9:30 mlm.

08-09/01/2022 (Sabtu-Hari Tuan) 3:00-5:30 ptg.

7:00-9:30 mlm.

12-13/01/2022 (Rabu-Khamis) 7:00-9:30 mlm.

3:00-5:30 ptg.

15-16/01/2022 (Sabtu-Hari Tuan)

7:00-9:30 mlm.

6—5 Blok A Tingkat 3: Tandas, koridor lif, dan laluan tepi dewan perhimpunan 6—4 Blok A Tingkat 2: Tandas, koridor lif, dan laluan tepi dewan perhimpunan

4—1, 5—4, 9—4 Blok A Tingkat 1: Tandas, koridor, tangga depan Blok A, serta tangga di antara Blok A dan Blok B 3—3, 9—2 Blok B Tingkat Bawah: Tandas tingkat bawah, koridor, serta tangga menuju ke basement Blok A.

Basement Blok A Dewan 1 5 tangga di Blok A Dewan 2

Koridor Tingkat 2 dan 3 Blok A Dewan 4 B200 Dewan 5

Kebun: Setiap dewan diminta menghantar pekudus untuk berkebun mengikut kawasan yang telah ditetapkan 05/12/2021 Dewan 1 12/12/2021 Dewan 3

Referensi

Dokumen terkait

Ya Bapa kali ini kami bersama-sama dalam pertemuan Gathering Online (GO) ingin lebih menghayati akan tugas-tugas kami, bersama- sama juga berbagi pengalaman dan

1) “Yesus mengambil roti…kemudian Dia memecahkan roti itu dan memberikannya kepada disipal-disipal dan berkata, Ambil dan makanlah” (Mat. 26:26); “Inilah tubuh-Ku yang

Dikbang dan dikkak yang baru diselamatkan harus berdoa setiap hari agar Tuan memberi peluang kepada kamu untuk berbicara dengan orang lain.. Sesetengah orang telah

Pada hari ini saya dan teman-teman daerah Depok melakukan diskusi tentang rencana diesok hari untuk membeli barang-barang seperti hand sanitizer, buah-buahan dan lain lain yang

Namun, bagi sebelas suku yang lain, umat Tuhan hanyalah umat Tuhan, mereka tidak boleh menjadi hentar Tuhan lagi.. Hal ini sangat

Hati mereka seolah-olah berkata, “Aku mempersembahkan diriku, seorang yang begitu penting, untuk melayani Tuhan hari ini!” Ada orang pula meninggalkan jawatan

Apabila harga transaksi dalam suatu pasar yang tidak aktif berbeda dengan nilai wajar instrumen sejenis pada transaksi pasar terkini yang dapat diobservasi atau

Kartun dapat dijadikan sebagai media pembelajaran yang digunakan dalam menyampaikan materi pembelajaran, dalam pembuatan kartun sebagai media pembelajaran harus