• Tidak ada hasil yang ditemukan

古晉市神的召會. Gereja tuhan di kuching

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "古晉市神的召會. Gereja tuhan di kuching"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

SABDA UNTUK PERCAYAWAN BARU KEHENTARAN (1)

Dalam Bible, terdapat satu ministri yang digelar ministri kehentaran. Ministri ini terdiri daripada sekumpulan orang yang diasingkan sepenuhnya daripada dunia secara khusus untuk melayani Tuhan. Mereka tidak ada kerja atau tugas lain selain melayani Tuhan. Golongan sedemikian digelar sebagai hentar dalam Bible.

I. SEJARAH KEHENTARAN DALAM BIBLE

Bermula daripada buku Kejadian, Tuhan sudah mempunyai hentar-Nya. Melkizedek merupakan hentar Tuhan yang pertama. Pada zaman Abraham, Melkizedek mengasingkan dirinya dan mempersembahkan dirinya untuk melayani Tuhan secara khusus.

A. Bermula dari Kejadian hingga Waktu selepas Kenaikan Tuan ke Syurga

Bermula dari Kejadian hingga selepas penubuhan negara Israel, kehentaran sentiasa ada. Sejak Tuan Yesus datang ke bumi hingga selepas pemergian-Nya, kehentaran tidak pernah berhenti. Kehentaran sudah berada di bumi untuk jangka masa yang begitu panjang. Bible turut menunjukkan kepada kita bahawa selepas kenaikan ke syurga, Tuan Yesus masih menjadi hentar di hadapan Tuhan. Dengan kata lain, Dia sekarang berada di sana, diasingkan sepenuhnya untuk pelayanan Tuhan.

B. Dalam Zaman Gereja

Pada zaman gereja, kehentaran masih berterusan dan tidak pernah berhenti.

C. Dalam Kingdom Milenium

Pada permulaan kingdom milenium, mereka yang berbahagian dalam kebangkitan pertama akan menjadi hentar Tuhan dan Kristus, serta meraja bersama-Nya selama seribu tahun (Wahi 20:6). Dengan kata lain, anak- anak Tuhan akan terus menjadi hentar Tuhan dan hentar Kristus selama seribu tahun. Mereka akan menjadi raja dunia dan hentar Tuhan. Kehentaran tidak akan berubah; mereka adalah untuk pelayanan Tuhan.

D. Di Langit Baru dan Bumi Baru

Di langit baru dan bumi baru, gelaran hentar tidak akan wujud lagi. Pada masa itu, semua anak Tuhan yang merupakan abdi-Nya tidak akan melakukan apa-apa selain melayani-Nya. Dalam Yerusalem Baru “abdi- abdi-Nya akan melayani-Nya.” Dengan kata lain, anak-anak Tuhan akan terus melayani-Nya.

Di sini, kamu dapat melihat perkara yang sungguh ajaib. Kehentaran bermula dengan Melkizedek, seorang yang tanpa susur galur, tidak ada permulaan hari atau kesudahan masa, dan tidak ada sejarah, dan kehentaran ini akan berterusan sehingga milenium. Dari segi makna sebenar, kehentaran ini akan berlanjutan sehingga keabadian.

II. KINGDOM HENTAR MENJADI RUMAH HENTAR

Menurut wahi Kitab, tujuan Tuhan bukan hanya memperoleh seorang untuk menjadi hentar tetapi seluruh umat-Nya menjadi hentar.

A. Tuhan Memilih Bangsa Israel untuk Menjadi Kingdom Hentar

Selepas bangsa Israel keluar dari Mesir, mereka tiba di Gunung Sinai. Tuhan mengarahkan Musa berbicara kepada umat Israel dengan berkata, “Kamu akan menjadi kingdom hentar, dan bangsa yang kudus bagi- Ku” (Kel. 19:6). Tuhan memberitahu umat Israel bahawa mereka ialah kingdom hentar. Ungkapan ini agak sukar difahami. Mengapakah Tuhan berkata bahawa mereka ialah kingdom hentar? Maksudnya seluruh kingdom ialah hentar. Tidak ada seorang pun dalam kingdom itu merupakan orang biasa; seluruh kingdom ialah hentar. Saya memberitahu kamu, inilah tujuan Tuhan.

Gereja tuhan di kuching

24/10/2021

1 1

Alamat : Lot 10833, Jalan Chong Kiun Kong, Kenyalang Park, 93300, Kuching, Sarawak, Malaysia.

Emel : [email protected] Laman Web : https://ms.thechurchinkuching.org

Tel. : 6082-482258/335484 Faks : 6082-335445 UNTUK KEGUNAAN GEREJA SAHAJA Buletin Gereja isu no. 199

(2)

2 2

Apabila Tuhan memilih bangsa Israel menjadi umat-Nya, Dia menetapkan hanya tujuan ini di hadapan mereka. Kingdom ini berbeza daripada kingdom lain di dunia. Kingdom ini kingdom hentar. Semua orang dalam kingdom ini akan menjadi hentar. Ini bermaksud bahawa setiap orang dalam kingdom ini akan mempunyai satu pekerjaan sahaja, yakni melayani Tuhan. Tuhan berkenan memilih manusia di bumi untuk melayani-Nya. Dia berkenan melihat sekumpulan manusia hidup untuk hal berkenaan-Nya secara khusus di bumi. Tuhan menginginkan semua anak-Nya menjadi hentar dan melayani-Nya.

Setibanya umat Israel di Gunung Sinai, Tuhan memberitahu mereka bahawa Dia akan mendirikan mereka sebagai kingdom hentar. Perkara ini merupakan sesuatu yang amat menarik. Kita memanggil England

“kingdom tentera laut,” Amerika Syarikat, “kingdom emas,” China, “kingdom kesopanan dan etika,” dan India

“kingdom falsafah.” Tetapi di sini ada satu kingdom yang dipanggil “kingdom hentar.” Ini perkara yang menarik. Setiap orang dalam kingdom ini adalah hentar. Lelaki, perempuan, orang dewasa, dan kanak-kanak, semua merupakan hentar. Setiap orang dalam kingdom ini tidak melakukan kerja lain melainkan melayani Tuhan. Baik orang dewasa mahupun kanak-kanak hanya mempunyai satu perkara sebagai pekerjaan mereka—

mempersembahkan korban dan melayani Tuhan. Ini perkara yang ajaib.

Selepas Tuhan berjanji untuk mendirikan Israel sebagai kingdom hentar, dalam bab yang berikutnya, Dia menyuruh Musa naik ke atas gunung untuk menerima Sepuluh Perintah yang terpahat pada dua keping loh batu. Musa berada di atas gunung selama empat puluh hari sementara Tuhan sendiri menulis Sepuluh Perintah pada loh batu. Perintah yang pertama berkata, “Janganlah engkau mempunyai Tuhan yang lain di hadapan- Ku.” Yang kedua berkata, “Jangan engkau membuat untuk dirimu berhala...” Kelihatannya Tuhan sedang menulis perintah itu satu per satu.

B. Orang Israel Melayani Berhala

Ketika Musa berada di atas gunung, umat yang berada di kaki gunung itu tertanya-tanya tentang penangguhannya. Disebabkan tidak mengetahui apa yang telah terjadi kepadanya, mereka berkata kepada Harun, “Marilah, buatkan tuhan untuk kami, yang berjalan mendahului kami” (32:1). Harun menurut kata mereka lalu mengumpulkan emas dan membuat satu anak lembu emas. Kemudian, umat itu pun menyembah anak lembu emas itu dan berkata, “Inilah tuhanmu, O orang Israel, yang membawa kamu keluar dari tanah Mesir.”

Mereka mula menyembah berhala. Mereka duduk lalu makan dan minum dan bangun lalu bermain.

Mereka mengumbar dalam nafsu dengan berpesta kerana mereka kini mempunyai tuhan yang ditempa daripada emas terletak di mata mereka. Tuhan yang dikenali oleh mereka di bawah pimpinan Musa tidak begitu mudah ditemui; tidak ada orang yang mengetahui tempat tinggal-Nya dan sukar untuk mencari-Nya.

Bahkan Musa, orang yang menyembah Tuhan pun tidak kelihatan. Sekarang terdapat satu anak lembu emas yang dapat dilihat untuk disembah mereka. Dengan kata lain, walaupun Tuhan melantik mereka menjadi hentar, namun sebelum mereka dapat menjadi hentar-Nya, mereka telah menjadi hentar kepada anak lembu emas. Hasrat Tuhan ialah mereka menjadi kingdom hentar. Akan tetapi, sebelum menjadi kingdom hentar, mereka sudah berpaling kepada penyembahan berhala dan melayani anak lembu emas. Mereka mempunyai tuhan lain dan penyembahan lain selain daripada Tuhan.

Ini konsep manusia terhadap Tuhan. Manusia sentiasa cuba mencipta tuhannya sendiri dan menyembah menurut cara sendiri. Manusia suka menyembah tuhan yang dicipta oleh tangannya sendiri. Dia enggan menerima kedaulatan Tuhan dalam penciptaan-Nya. Dia enggan mengakui kedudukan Tuhan sebagai Pencipta.

C. Tuhan Memberikan Kehentaran kepada Suku Lewi

Semasa Musa masih berada di atas gunung, Tuhan menyuruhnya turun. Maka Musa berpaling dan turun dengan membawa dua keping loh batu, iaitu Sepuluh Perintah, dalam tangannya. Ketika menghampiri perkhemahan orang Israel, dia melihat keadaan umat. Maka kemarahannya meluap-luap lalu dia pun mencampakkan dua keping loh batu itu dan menghancurkannya. Sambil berdiri di pintu perkhemahan, dia berkata, “Barang siapa untuk Yehova, datanglah kepadaku.” Maka semua anak Lewi berhimpun kepadanya.

Dia berkata kepada mereka, “Hendaklah setiap orang meletakkan pedangnya di atas pahanya dan pergi berulang-alik dari pintu ke pintu di seluruh perkhemahan, dan setiap orang membunuh saudaranya, dan setiap orang temannya, dan setiap orang jirannya.” Tidak kira sesiapa pun yang kamu temui, kamu harus membunuh kesemuanya kerana mereka telah menyembah berhala, iaitu anak lembu emas. Tidak kira apa hubungan mereka dengan kamu secara peribadi, kamu perlu menghunus pedang dan membunuh mereka.

Banyak orang mungkin menganggap bahawa perintah ini terlalu berat. Siapakah yang sampai hati membunuh saudara sendiri? Siapakah yang sampai hati membunuh teman sendiri? Sebelas daripada kedua-dua belas suku itu enggan bergerak. Mereka berasa bahawa harga itu terlalu tinggi. Akhirnya, hanya suku Lewi sahaja yang menghunus pedang mereka dan pergi berulang-alik dari pintu ke pintu di seluruh perkhemahan dan membunuh kira-kira tiga ribu orang pada hari itu. Mereka yang dibunuh adalah saudara, kerabat, dan teman-teman orang Lewi.

(3)

Sila beri perhatian di sini: selepas kejadian anak lembu emas, dengan serta-merta Tuhan memberitahu Musa bahawa mulai waktu itu, kingdom Israel tidak boleh menjadi kingdom hentar lagi. Walaupun hal ini tidak disebut secara terang-terang, namun sejak hari itu, Tuhan telah memberi kehentaran itu kepada suku Lewi sahaja. Pada asalnya, kehentaran adalah untuk seluruh kingdom Israel. Kini, kehentaran hanya diberi kepada rumah Harun dalam suku Lewi sahaja.

D. Sejak itu Umat Tuhan dan Hentar Tuhan Menjadi Dua Kumpulan yang Berasingan

Sejak waktu itu, terdapat dua kumpulan orang di kalangan bangsa Israel. Satu kumpulan ialah umat Tuhan manakala yang satu lagi ialah hentar Tuhan. Hasrat asal Tuhan ialah semua umat-Nya menjadi hentar. Tuhan memang tidak berhasrat untuk mengasingkan umat-Nya daripada hentar-Nya. Dia mahu seluruh kingdom menjadi satu kingdom hentar. Umat Tuhan dan hentar Tuhan seharusnya satu. Sesiapa sahaja yang merupakan umat Tuhan seharusnya menjadi hentar-Nya juga. Selagi kamu umat Tuhan, kamu haruslah menjadi hentar Tuhan. Menjadi umat bermaksud menjadi hentar. Semua umat-Nya sepatutnya menjadi hentar-Nya. Namun demikian, banyak orang masih mengasihi dunia dan mengenang kasih sayang manusia lalu meninggalkan kesetiaan untuk menyembah berhala. Akibatnya, umat Tuhan dan hentar-Nya menjadi dua kumpulan yang berasingan. Jika seseorang tidak mengasihi Tuan lebih daripada bapa, ibu, isteri, anak, saudara lelaki, saudara perempuan, dan segala-galanya, dia tidak layak menjadi disipal Tuan. Banyak orang tidak dapat memenuhi tuntutan ini dan membayar harga ini. Justeru, mulai hari itu, kingdom Israel terbahagi kepada dua kumpulan—

umat Tuhan dan hentar Tuhan.

E. Kehentaran Menjadi Hal Satu Keluarga

Mulai hari itu, kingdom hentar menjadi suku hentar. Mulai hari itu, kingdom hentar menjadi keluarga hentar. Kehentaran menjadi hal satu keluarga dan bukan lagi hal satu kingdom. Di kalangan suku Lewi, umat Tuhan dan hentar Tuhan adalah satu, umat Tuhan ialah hentar Tuhan. Namun, bagi sebelas suku yang lain, umat Tuhan hanyalah umat Tuhan, mereka tidak boleh menjadi hentar Tuhan lagi. Hal ini sangat serius.

Adalah suatu perkara yang sangat serius untuk seseorang yang percaya kepada Tuhan, yakni umat Tuhan, tetapi bukan seorang hentar.

III. CIRI-CIRI KEHENTARAN— SEBAGAI GOLONGAN PERANTARA

Dari Keluaran hingga masa Tuan Yesus berada di bumi, tidak ada suku lain yang dapat berfungsi sebagai hentar kecuali suku Lewi. Suku-suku lain tidak boleh mempersembahkan korban kepada Tuhan; persembahan mereka perlu dilakukan menerusi hentar. Mereka tidak boleh datang kepada Tuhan untuk mengaku dosa mereka; mereka perlu mengaku dosa menerusi hentar. Bahkan mereka tidak dapat mengasingkan diri daripada dunia kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk menyentuh minyak urapan; hanya hentar sahaja yang dapat mengurapi mereka agar mereka diasingkan untuk menjadi kudus. Semua perkara rohani tidak boleh dilakukan mereka, melainkan dilakukan oleh hentar bagi pihak mereka.

Oleh yang demikian, satu ciri yang jelas tentang bangsa Israel dalam Wasiat Lama ialah Tuhan jauh daripada mereka. Bukan semua orang yang dapat menghubungi-Nya. Dalam Wasiat Lama, kita mendapati kemunculan satu sistem kehentaran yang saya panggil sebagai golongan perantara. Manusia tidak boleh datang kepada Tuhan secara langsung. Untuk menghadap Tuhan, umat Tuhan perlu pergi kepada hentar. Mereka tidak boleh berhubung dengan Tuhan secara langsung. Tuhan datang kepada manusia menerusi hentar, dan manusia juga pergi kepada Tuhan menerusi hentar. Antara Tuhan dan manusia, terdapat golongan perantara. Manusia tidak boleh datang kepada Tuhan secara langsung, dan Tuhan juga tidak boleh datang kepada manusia secara langsung. Antara Tuhan dan manusia, terdapat golongan perantara.

Golongan ini tidak wujud dalam hasrat asal Tuhan. Hasrat asal Tuhan ialah menghampiri umat-Nya secara langsung dan mereka juga boleh datang kepada-Nya secara langsung. Namun, sekarang terdapat tiga kumpulan orang—umat Tuhan perlu datang kepada Tuhan menerusi hentar, dan Tuhan perlu menghampiri umat-Nya menerusi hentar. Tuhan dan manusia tidak lagi berhubung dengan satu sama lain secara langsung.

Semua perhubungan mereka berubah menjadi tidak langsung.

IV. PERUBAHAN DALAM SISTEM KEHENTARAN

Selama lebih kurang seribu lima ratus tahun, iaitu dari waktu Musa hingga waktu kedatangan Tuan Yesus, umat Tuhan tidak boleh datang secara langsung kepada Tuhan. Hanya satu keluarga yang layak menjadi hentar. Seseorang itu perlu melalui ahli keluarga ini untuk datang kepada Tuhan. Jika dia menghampiri Tuhan secara langsung, dia akan mati. Pada waktu itu, ministri kehentaran merupakan ministri yang sangat agung.

Manusia tidak dapat datang kepada Tuhan secara langsung; dia perlu melalui hentar. Betapa unggulnya ministri kehentaran ini! Betapa agungnya ministri kehentaran ini! Tanpa hentar, manusia tidak boleh datang kepada Tuhan. Akan tetapi, setibanya zaman Wasiat Baru, manusia diselamatkan, manusia juga ditebuskan.

Sekarang kita mendengar kata yang berbunyi: “Kamu sendiri juga, sebagai batu-batu hidup, sedang dibina menjadi rumah rohani (atau bait, kerana kata asalnya daripada perkataan yang sama), menjadi kehentaran kudus untuk mempersembahkan korban-korban rohani yang diperkenan Tuhan menerusi Yesus Kristus” (1 Ptr. 2:5).

3 3

(4)

A. Setiap Orang yang Ditebus adalah Hentar dalam Kala Zaman Wasiat Baru

Petrus memberitahu kita bahawa asas gereja ialah Kristus. Dia batu yang ditolak oleh pembina dan kini telah menjadi batu pertama di penjuru. Kamu juga menjadi batu-batu hidup dan digabung serta dibina bersama untuk menjadi rumah rohani. Bagaimana dengan kamu? Kamu ialah hentar kudus Tuhan. Di sini, secara tiba- tiba ada suara lantang dari syurga yang memberitahu kita, “Semua orang yang diselamatkan kini ialah hentar Tuhan. Semua batu hidup, yakni mereka yang merupakan sebahagian daripada bait rohani, ialah hentar Tuhan.”

B. Gereja Memulihkan Semula Kehentaran secara Umum

Di sini, kamu dapat melihat bahawa janji yang telah diketepikan Tuhan selama seribu lima ratus tahun itu kini sudah digenapi-Nya. Yang hilang di kalangan orang Israel telah dipulihkan oleh gereja. Bagi orang Israel, kehentaran secara umum telah hilang. Kini dalam zaman Wasiat Baru, tiba-tiba ada suara dari syurga yang melaung dengan janji bahawa kehentaran secara umum ada pada kita sekali lagi. Semua orang yang diselamatkan itu dipanggil untuk menjadi hentar.

C. Gereja adalah Kingdom Hentar

Perkataan yang sama boleh didapati dalam Wahi 1. Ayat 6 berkata, “Dan menjadikan kita kingdom, hentar kepada Tuhan dan Bapa-Nya.” Pada mulanya, seluruh kingdom Israel ialah hentar. Selepas itu, perkara ini berubah. Namun, bagaimana pula dengan hari ini? Hari ini gereja ialah kingdom hentar. Yang dihilangkan orang Israel akibat anak lembu emas itu kini dipulihkan semula oleh gereja menerusi Tuan Yesus. Hari ini, seluruh gereja menjadi hentar. Kingdom hentar yang ditetapkan Tuhan kini telah dipulihkan sepenuhnya.

D. Pekerjaan Unik Orang Kristian—Melayani Tuhan

Perkara yang tidak diperoleh Tuhan di kalangan orang Israel, kini perlu diperoleh menerusi gereja. Gereja hari ini adalah kingdom hentar. Seluruh gereja adalah hentar. Apakah maknanya? Ini bermakna bahawa setiap orang yang telah mengecap kurnia Tuhan mempunyai satu pekerjaan sahaja, yakni melayani Tuhan. Saya pernah mengatakan hal ini kepada pemuda-pemudi: jika seseorang itu doktor sebelum diselamatkan, kerjanya mengamalkan perubatan; jika dia seorang jururawat, kerjanya merawat; jika dia seorang guru, kerjanya mengajar; jika dia seorang petani, kerjanya bercucuk tanam; jika dia seorang usahawan, kerjanya berniaga.

Namun, pada saat dia menjadi seorang Kristian, pekerjaannya berubah sama sekali. Setiap orang Kristian mempunyai satu pekerjaan sahaja—melayani Tuhan. Mulai sekarang, saya menjadi hentar Tuhan. Mulai sekarang, saya harus melayani Tuhan dalam hadirat-Nya. Inilah matlamat rohani sepanjang hayat saya.

Oleh itu, setiap orang Kristian mempunyai satu pekerjaan sahaja, iaitu melayani Tuhan. Dia yang asalnya seorang doktor tidak boleh lagi berharap dapat mencipta nama sebagai doktor yang terkenal untuk dirinya;

pekerjaannya sebagai doktor hanyalah untuk mengekalkan kehidupannya. Pekerjaannya yang sebenar ialah hentar Tuhan. Seorang professor atau guru tidak boleh lagi berharap dapat menjadi terkenal atau menjadi ahli akademik yang sangat menyerlah. Sebaliknya, kini dia harus berusaha dengan sedaya upaya menjadi seorang hentar yang baik di hadapan Tuhan. Mengajar hanyalah kerja sambilannya sahaja; pekerjaan utamanya ialah melayani Tuhan. Semua orang yang bertukang, berniaga, bercucuk tanam, atau melakukan kerja apa pun, tidak lagi hidup untuk pekerjaan mereka sendiri. Sesungguhnya, hanya terdapat satu pekerjaan bagi setiap orang, yakni melayani Tuhan.

E. Hanya Mempunyai Satu Matlamat untuk Diperkenan Tuan

Semua dikbang dan dikkak seharusnya menghancurkan pekerjaan asal mereka pada hari mereka diselamatkan. Ketika kamu menjadi seorang Kristian, saya berharap dalam diri kamu tidak ada lagi matlamat atau keazaman. Kamu tidak boleh berkata, “Saya berharap mulai hari ini, saya akan menjadi orang yang menyerlah. Saya berharap untuk menjadi orang yang menyerlah dalam bidang atau lingkungan tertentu.”

Selepas kita menjadi orang Kristian, kita harus menjadi seperti Paulus, mempunyai satu matlamat sahaja, iaitu diperkenan Tuan. Kita tidak mempunyai matlamat lain selain daripada ini. Pekerjaan kita di dunia telah dihancurkan. Saya tidak berharap untuk menjadi orang yang terkenal, saya cuma ingin bersiap sedia menjadi seorang yang melayani Tuan.

bersambung

4 4

(5)

1. Forum Injil Berbahasa Inggeris Dalam Talian—Kebebasan yang Ajaib Tarikh: 30/10/2021 (Sabtu); 7:30-8:30 mlm.;

ID ZOOM: 841 3668 2657; Kata laluan: 3927

2. Persidangan Hujung Minggu Hari Kesyukuran Peringkat Antarabangsa:

Tarikh: 25-28/11/2021; Yuran: Percuma; Tarikh tutup: 01/11/2021 (Isnin);

Catatan: 1. Sila kumpul senarai nama mengikut distrik (Nama, bahasa) serta hantar ke WhatsApp Gereja Tuhan di Kuching (+6082-482258).

2. Mesej persidangan akan disiarkan menerusi laman web https://www.conf.lsmwebcast.com. Terdapat sesi perkongsian selepas mesej sesi malam. Selepas mendengar mesej, para pekudus boleh masuk ke dalam ZOOM untuk berkongsi (ID ZOOM berserta kata laluan akan diberikan kemudian).

3. Notis Pengumuman bagi Latihan Penyempurnaan Remaja Dua Minggu dalam Talian 2021:

Tarikh: 12-25/12/2021; Sasaran: Remaja yang belajar tingkatan 3 dan 4 tahun ini;

Yuran: RM160 seorang (termasuk kos makanan tengah hari RM60); Tarikh tutup: 08/11/2021 (Isnin);

Platform: ZOOM (Para pelatih akan dihimpunkan di dewan perhimpunan pada sesi pagi dan petang) Pautan borang pendaftaran: https://thechurchinkuching.org/2021-yp-twt/

Catatan: Untuk keterangan lanjut, sila rujuk borang pendaftaran. Borang pendaftaran boleh dimuat turun dari pautan di atas atau diperoleh di pejabat dewan perhimpunan. Borang pendaftaran yang diisi lengkap berserta yuran pendaftaran perlu dihantar ke pejabat dewan perhimpunan.

Sila hubungi: Dikbang Wong Ha Chung (016-8744786).

5 5

Pengejaran Korporat

A. Pembacaan “Wasiat Baru Versi Pemulihan berserta nota kaki” bagi minggu ini ialah Minggu 45 mengikut jadual pembacaan Bible.

B. Pembacaan “Kajian-hayat Wasiat Baru” bagi minggu ini ialah: Life-Study of 1 John, mesej 27 dan 28.

C. Pengejaran SKPP untuk minggu ini ialah “Kajian-kristalisasi Yosua, Hakim-hakim, dan Rut”, Minggu 6. Para remaja mengejar “Journey Through the Bible”, Jilid 6, Pelajaran 6; “Air Mata”, Bab 1 (Angka I-II, butir A)

Hari Tuan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu

Wahi 3:10-13 3:14-18 3:19-22 4:1-5 4:6-7 4:8-11 5:1-6

Pengumuman

Para pekudus digalakkan untuk menyertai perhimpunan persekutuan pelayanan mengikut dewan masing-masing secara aktif pada setiap malam Isnin. Semoga kita memasuki beban kehidupan gereja bersama-sama, mempraktiskan kehidupan gereja menurut jalan yang ditetapkan Tuhan, mengajar kebenaran divin, menggembala menurut Tuhan, agar gereja dapat berkembang luas dan berlipat ganda.

Perhimpunan Persekutuan Pelayanan Mengikut Dewan

Tarikh Masa

25/11 (Khamis) Sesi 1 7:00 mlm.

26/11 (Jumaat) Sesi 2 7:00 mlm.

27/11 (Sabtu) Sesi 3 10:00 pg. Sesi 4 7:00 mlm.

28/11 (Hari Tuan) Sesi 5 10:00 pg. Sesi 6 7:00 mlm.

(6)

4. Notis Latihan Penyempurnaan Satu Minggu bagi Pelajar Darjah Enam 2021:

A. Pendaftaran Pelajar Darjah Enam:

Tempoh latihan: 13/12 (Isnin)-19/12/2021 (Hari Tuan); Tempat latihan: Dewan Perhimpunan Gereja di Kuching.

Yuran latihan: Setiap orang RM50 (Yuran termasuk makanan tengah hari berserta kudapan).

Sasaran: Kanak-kanak darjah enam pada tahun ini, serta pelajar tingkatan 1 yang tidak pernah menyertai latihan ini.

Catatan: Butiran tentang latihan akan diumumkan kemudian. Ibu bapa dan pelayan kanak-kanak boleh bermula menyediakan peserta.

Pautan borang pendaftaran: https://thechurchinkuching.org/p6training-registration/

Catatan: Untuk keterangan lanjut, sila rujuk borang pendaftaran. Borang pendaftaran boleh dimuat turun dari pautan di atas atau diperoleh di pejabat dewan perhimpunan. Borang pendaftaran yang diisi lengkap berserta yuran pendaftaran perlu dihantar ke pejabat dewan perhimpunan.

Sila hubungi: Dikbang Wong Ha Chung (016-8744786).

B. Pendaftaran Pembantu Kumpulan:

Tarikh pelayanan: 11/12 (Sabtu)-19/12/2021 (Hari Tuan);

Sasaran: Semua pelajar Tingkatan 2, Tingkatan 4, Tingkatan 6 serta pelajar kolej.

Pautan pendaftaran dalam talian: https://thechurchinkuching.org/p6ta-registration/

C. Pendaftaran Gembala Kecil:

Tarikh pelayanan: 13/12 (Isnin)-19/12/2021 (Hari Tuan)

Pautan pendaftaran dalam talian: https://thechurchinkuching.org/p6lsso-registration/

*Tarikh tutup bagi ketiga-tiga pendaftaran di atas adalah pada 08/11/2021 (Isnin).

5. Notis Pendaftaran Taman Perwatakan Kanak-kanak Batch 14 (Murni, Adil, Tenang):

A. Pendaftaran Kanak-kanak:

Tarikh: 23-25/12/2021 (Tahun 1-2), 27-29/12/2021 (Tahun 3-5);

Bilangan: Tahun 1-2 (50 orang), tahun 3-5 (100 orang), dihadkan kepada yang berbahasa Cina dan Inggeris;

Yuran: RM45 seorang; Tarikh tutup: 25/10/2021 (Isnin), pendaftaran lewat tidak diterima.

B. Pendaftaran bagi Pembantu Kumpulan, Gembala Kecil, dan Pengajar:

Tarikh tutup: 25/10/2021 (Isnin);

1. Pembantu Kumpulan: Remaja yang berumur 13 tahun ke atas, termasuk pelajar kampus. Keputusan muktamad bergantung pada para pelayan.

2. Gembala Kecil: Ibu bapa, pelayan kanak-kanak, pekudus yang bekerja boleh mendaftarkan diri. Penyertaan digalakkan sepenuh masa (Kelas senior atau kelas junior).

3. Pengajar: Guru yang mengajar atau gembala kecil yang mempunyai beban.

Catatan: 1. Sesiapa yang terlibat dalam pelayanan perlu mempunyai internet dan mahir dalam mengendalikan komputer. Sila rujuk borang pendaftaran dalam talian bagi butiran pendaftaran.

2. Pendaftaran dijalankan dengan mengisi borang dalam talian. Kuota adalah terhad, siapa cepat dia dapat. Yuran perlu didepositkan ke dalam akaun gereja dan nyatakan pada resit bayaran “2021CCG” serta dihantar kepada dikbang Denis Hii (016-8884120). Berikut merupakan pautan

bagi borang pendaftaran:

Pendaftaran kanak-kanak:

https://thechurchinkuching.org/ccc_registration

Pendaftaran bagi Pembantu Kumpulan, Gembala Kecil, dan Pengajar:

https://thechurchinkuching.org/cccta_registration

6. Notis Perkahwinan:

Untuk makluman dikbang dan dikkak, dikbang Jude Wong Soon Lung dan dikkak Lai Miaw Nee akan mendaftarkan perkahwinan mereka pada 25/10/2021 (Isnin).

6 6

Pengumuman

(7)

Pengumuman Berkenaan Pemulihan Perhimpunan Pemecahan Roti Secara Fizikal

Jadual waktu bagi pemulihan perhimpunan pemecahan roti secara fizikal bagi setiap dewan:

Berkenaan Perhimpunan:

1. Setiap dewan menetapkan bahan/isi kandungan bagi perhimpunan gabungan dewan sendiri.

2. Setiap dewan perlu mengatur pelayanan seperti roti dan cawan, usher, pemain piano, pembersihan (dewan perhimpunan, koridor, dan tandas).

3. Perhimpunan akan dijalankan secara fizikal dan siaran langsung.

4. Sila datang ke dewan perhimpunan terlebih dahulu supaya jelas tentang tapak perhimpunan. Perhimpunan di A200 tidak akan menggunakan pentas.

5. Setiap dewan perlu menyediakan roti sendiri untuk perhimpunan pemecahan roti. Manakala, jus anggur akan dibekali.

Berkenaan Tatacara Pengendalian Piawai (TPP/SOP)

1. Sila patuhi dengan tegas SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan seperti: Dua dos vaksinasi lengkap, memakai pelitup muka, mengukur suhu badan, memastikan penjarakan fizikal 1 meter, mengelakkan sentuhan fizikal, menggunakan pembersih tangan, dan sebagainya.

2. Sekiranya pekudus/ahli keluarga/kawan/rakan sekerja/rakan sekelas berhubung dengan orang yang terjangkit Covid-19 atau mempunyai gejala Covid-19, perlu kuarantin di rumah dan jangan datang ke dewan perhimpunan.

3. Kaunter pendaftaran akan ditempatkan di ruang legar aras satu Blok A dan Blok B. Pekudus hendaklah mendaftar menggunakan aplikasi MySejahtera menerusi telefon bimbit masing-masing terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam dewan perhimpunan yang telah ditetapkan.

4. Kemudahan lif juga disediakan dan satu kaunter pendaftaran masuk disediakan di ruang legar lif.

5. Kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan menyertai perhimpunan gabungan di dewan.

Berkenaan Pemulihan Perhimpunan Distrik:

Setiap distrik boleh bersiap sedia untuk perhimpunan distrik selepas perhimpunan pemecahan roti gabungan bagi setiap dewan. Dikbang yang bertanggungjawab perlu mengambil berat tentang persediaan bagi setiap distrik. Dalam dua minggu ini, tarikh serta tempat untuk memulihkan perhimpunan hari Tuan bagi setiap distrik perlu ditetapkan.

7 7

Tarikh Dewan Masa Tapak

31/10 5 10:00 pg. A200

6, 10 10:00 pg. B200

07/11 7 10:00 pg. A200

12 10:00 pg. B200

14/11 9 10:00 pg. A200

11 10:00 pg. B200

A200– ID ZOOM: 892 9888 4227, Kata laluan: 1234 B200– ID ZOOM: 881 9325 4094, Kata laluan: 7890

Referensi

Dokumen terkait

Memelihara Sabat (“hari Minggu”): umat beribadah kepada Allah dan beristirahat. Tidak menyembah berhala, karena hal itu adalah kekejian bagi Tuhan. Inilah yang Tuhan kehendaki

Efesus 2:1-5 berkata, “Dan kamu, pada asalnya mati dalam kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa, ketika itu, kamu bergerak-hidup dalamnya menurut zaman dunia ini,

Dampak dari adanya stres kerja salah satunya yakni pada aspek fisiologis yang menyebabkan individu mengalami sakit kepala, serangan jantung dan migrain dimana hal ini

1) “Yesus mengambil roti…kemudian Dia memecahkan roti itu dan memberikannya kepada disipal-disipal dan berkata, Ambil dan makanlah” (Mat. 26:26); “Inilah tubuh-Ku yang

Dikbang dan dikkak yang baru diselamatkan harus berdoa setiap hari agar Tuan memberi peluang kepada kamu untuk berbicara dengan orang lain.. Sesetengah orang telah

Jadi supaya umat Tuhan bisa mengalami penggenapan dari janji berkat Tuhan, maka tidak boleh hanya menunggu dengan pasif, tapi harus bertindak sesuai dengan hikmat Tuhan, dengan

“Sebab engkaulah umat yang kudus bagi TUHAN, Allahmu; engkaulah yang dipilih oleh TUHAN, Allahmu, dari segala bangsa di atas muka bumi untuk menjadi umat kesayangan- Nya.”

Hati mereka seolah-olah berkata, “Aku mempersembahkan diriku, seorang yang begitu penting, untuk melayani Tuhan hari ini!” Ada orang pula meninggalkan jawatan