• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KERTAS KONSEP PERTANDINGAN"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

1 | Kertas Konsep SOLAR OVEN CHALLENGE_ eMAS 2.0

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN

KARNIVAL STEM 2021

SOLAR OVEN CHALLENGE

(2)

2 | Kertas Konsep SOLAR OVEN CHALLENGE_ eMAS 2.0

SOLAR OVEN CHALLENGE SEKOLAH MENENGAH

1.0 PENGENALAN

1.1 Pertandingan Solar Oven Challenge (SOC) adalah pertandingan anjuran Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Sektor Pembangunan Murid (SPbM), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

1.2 Pertandingan ini berkaitan dengan bidang kejuruteraan dapur solar yang melibatkan Tenaga Boleh Baharu (TBB) dan Kecekapan Tenaga (KT) serta pengurusan sisa. Pertandingan ini melibatkan elemen kebolehfungsian projek, reka bentuk, penerangan aplikasi konsep sains dalam bentuk rakaman video, pelaporan projek, dan juga sesi soal jawab. Dalam pertandingan ini, pasukan akan membina sebuah solar oven yang mampu memanaskan air dan memasak makanan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Sebagai platform untuk murid menunjukkan kreativiti dan inovasi dengan menghasilkan solar oven yang berfungsi.

2.2 Menggalakkan murid menceburi bidang kejuruteraan menerusi inovasi yang menarik.

2.3 Memberi kesedaran tentang kepentingan tenaga solar untuk

dimanfaatkan sebagai salah satu sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB). 2.4 Memupuk disiplin, sahsiah, jati diri dan kepimpinan serta penerapan

nilai-nilai murni dalam kalangan murid sekolah. 2.5 Menggalakkan pembelajaran berasaskan projek.

(3)

3 | Kertas Konsep SOLAR OVEN CHALLENGE_ eMAS 2.0

3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bantuan kerajaan.

3.2 Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah Tingkatan 1 hingga 4 atau gabungan Tingkatan 1, 2, 3 dan 4.

3.3 Setiap pasukan terdiri daripada MINIMUM seorang hingga MAKSIMUM 2

orang murid dan seorang guru mentor (pembimbing).

3.4 Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.

3.9 Pertandingan peringkat negeri dijalankan secara dalam talian. Peserta perlu menghantar laporan projek dan video rakaman inovasi projek (berdurasi tidak lebih 5 minit).

4.0 LAPORAN PROJEK

4.1 Laporan projek adalah dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

4.2 Peserta hendaklah menyediakan laporan mengikut format seperti di

Lampiran A dengan menggunakan font Arial, saiz tulisan 12 dan double spacing.

5.0 VIDEO PEMBENTANGAN PROJEK

5.1 Kos penyediaan laporan dan video adalah di bawah tanggungan sepenuhnya peserta pertandingan.

5.2 Proses kerja dan penerangan pengujian cuba jaya dan kebolehfungsian projek hendaklah dirakam dan divideokan berdurasi tidak melebihi 5 minit. Tempoh ini termasuk montaj persembahan.

5.3 Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. 5.4 Hasil karya persembahan hendaklah sesuai untuk dipaparkan dalam

segala bentuk media video. Format yang dibenarkan bagi video adalah

WMV, MP4 dan MOV. Resolusi video yang ditetapkan adalah Full HD – 1080p.

(4)

4 | Kertas Konsep SOLAR OVEN CHALLENGE_ eMAS 2.0

6.0 PROJEK SOLAR OVEN

6.1 Rekabentuk adalah bebas.

6.2 Saiz maksimum keseluruhan projek adalah 50cm (panjang) x 50cm (lebar) x 30cm (tinggi) dan mempunyai ruang yang sesuai bagi memuatkan bekas untuk memanaskan air 500ml.

6.3 Projek mestilah bersifat mudah alih.

6.4 Projek yang dihasilkan menggunakan bahan asas fizikal daripada kotak seperti kotak pizza atau kotak hadiah.

6.5 Jenis dan bahan-bahan tambahan yang digunakan mestilah selamat dan sesuai untuk digunakan sepanjang pertandingan serta untuk proses penyediaan makanan termasuklah bekas untuk mengisi isipadu air 500ml. 6.6 Sebarang bahan kimia dan alat yang merbahaya TIDAK dibenarkan.

6.7 Projek yang direka hendaklah menggunakan tenaga cahaya matahari secara langsung sahaja TANPA sebarang sokongan komponen elektrik tambahan atau bahan perantara (contoh: solar panel) untuk meningkatkan suhu.

6.8 Projek yang direka mampu digunakan untuk memanaskan air/ bahan makanan untuk pengujian (telur ayam).

6.9 Projek yang dihasilkan perlu diuji dengan memanaskan air 500ml air minuman.

6.10 Masa yang diperuntukkan untuk memanaskan air ialah 1 jam.

6.11 Bacaan suhu awal air diambil sebelum proses pemanasan air bermula. 6.12 Telur perlu dimasukkan ke dalam bekas air solar oven pada minit ke 30

untuk pengujian bahan makanan (telur).

6.13 Bacaan suhu akhir air diambil pada minit ke 60.

6.14 Setelah bacaan suhu akhir dicatatkan, telur yang diuji perlu dikeluarkan dan dipecahkan kemudian diletakkan ke dalam bekas untuk penilaian hakim.

(5)

5 | Kertas Konsep SOLAR OVEN CHALLENGE_ eMAS 2.0

7.0 KRITERIA PENILAIAN

7.1 Penulisan laporan – 20 markah 7.2 Rekabentuk – 15 markah

7.3 Pengujian Cuba Jaya dan Kebolehfungsian projek- 25 markah 7.4 Penerangan aplikasi konsep sains - 20 markah

7.5 Persembahan dan Penyampaian - 20 markah

Contoh kotak pizza Contoh kotak hadiah

Contoh bekas untuk mengisi air / makanan daripada aluminium, kaca atau plastik

Solar oven

Sinar cahaya matahari digunakan untuk memasak

(6)

6 | Kertas Konsep SOLAR OVEN CHALLENGE_ eMAS 2.0

8.0 PROSEDUR PENDAFTARAN DAN PENYERTAAN

8.1 Semua urusan pendaftaran dan penyertaan mesti dibuat melalui borang pendaftaran secara dalam talian.

8.2 Semua butiran dalam borang pendaftaran dalam talian mesti diisi dengan lengkap dan betul.

8.3 Fail projek (LAPORAN DAN VIDEO) yang terpilih mesti dimuat naik ke Google Forms yang disediakan. Fail video perlu disertakan dengan caption:

PPD_NamaSekolah_NamaPertandingan

Contoh: PPDSerian_SMKSerian_SolarOvenSM

8.4 Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap dan disahkan oleh pihak sekolah. (Lampiran 1)

8.5 Pengelola berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang tidak lengkap atau lewat.

9.0 PENGESAHAN PENYERTAAN

9.1 Senarai peserta peringkat negeri hendaklah mendapat pengesahan daripada PPD masing-masing melalui surat iringan yang dimuat naik ke Google Forms pendaftaran.

10.0 PENGHAKIMAN

10.1 Lantikan panel hakim Peringkat Negeri adalah di bawah penyelarasan Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

10.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan dan rayuan berkaitan dengan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.

11.0 PROSES PENJURIAN

11.1 Semua urusan penilaian pertandingan Solar Oven akan dilaksanakan secara dalam talian.

11.2 Peringkat Pertama: Saringan Awal Oleh Penganjur

Laporan dan video akan disahkan / diperiksa oleh pihak penganjur untuk memastikan bahawa pendaftaran memenuhi syarat penyertaan dan prosedur pendaftaran.

(7)

7 | Kertas Konsep SOLAR OVEN CHALLENGE_ eMAS 2.0

11.3 Peringkat kedua: Penilaian laporan dan video projek.

11.3.1 Laporan dan video yang diterima akan dinilai oleh panel hakim.

11.3.2 Peserta dibenarkan untuk mengedit video bagi menunjukkan keseluruhan proses pengujian tanpa melakukan sebarang penambahan atau pengubahsuaian terhadap bahan yang diuji.

11.3.3 Panel hakim akan menilai dan memilih projek yang memenuhi elemen penilaian.

11.3.4 Pengujian cuba jaya dan kebolehfungsian projek dinilai secara dalam talian melalui penulisan laporan dan video rakaman projek.

12.0 TUNTUTAN HAK CIPTA

12.1 Sektor Pembangunan Bakat Murid (SPbM), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) memiliki hak cipta sepenuhnya terhadap karya yang dihasilkan.

13.0 PEMARKAHAN

13.1 *****RUJUK BORANG PEMARKAHAN****

14.0 CADANGAN HADIAH PERTANDINGAN

BIL PERKARA CATATAN

1. Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian

2. Naib Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian

3. Tempat ke-3 Hadiah dan Sijil Pencapaian

4. Tempat ke-4 Hadiah dan Sijil Pencapaian

5. Tempat ke-5 Hadiah dan Sijil Pencapaian

6. Tempat ke-6 hingga ke-10 Hadiah dan Sijil Penyertaan 7. Tempat ke-11 hingga seterusnya Sijil Penyertaan

15.0 KARNIVAL STEM 2021 PERINGKAT KEBANGSAAN

15.1 Pasukan yang mendapat tempat PERTAMA dalam setiap pertandingan Karnival STEM 2021 Peringkat Negeri akan mewakili Negeri Sarawak untuk ke peringkat Kebangsaan.

(8)

8 | Kertas Konsep SOLAR OVEN CHALLENGE_ eMAS 2.0

Lampiran 1

BORANG PENYERTAAN

Pertandingan _________________________________________

KARNIVAL STEM 2021

Sekolah Menengah/ Sekolah Rendah

Peringkat Negeri Sarawak

Karnival eMAS 2.0

PPD

Nama Sekolah

Alamat

Sekolah

No. Tel

Sekolah

E-mel

Sekolah

Maklumat

Murid

Bil

Nama

No. Kad Pengenalan

1.

2

3

Nama Guru

No. Telefon

Guru

Pengesahan Sekolah:

Dengan ini, saya/kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal murid

berkenaan. Saya/kami bersetuju dengan semua syarat-syarat pertandingan ini.

……… Tarikh: ………

(Tandatangan Guru)

(9)

9 | Kertas Konsep SOLAR OVEN CHALLENGE_ eMAS 2.0

LAMPIRAN A

FORMAT PELAPORAN PROJEK SOLAR OVEN CHALLENGE (SOC)

a. Font : Arial b. Saiz : 12

c. Spacing : Double spacing

BIL PERKARA PENERANGAN

Muka Hadapan

1 Nama

Pertandingan

SOLAR OVEN CHALLENGE (SOC)

2 Nama Kumpulan Nama Kumpulan

Contoh: Kumpulan ABC 3 Nama Ahli

Kumpulan & No. Kad Pengenalan

Nama penuh setiap ahli kumpulan & No. kad pengenalan

Isi

Kandungan

4 Abstrak Sinopsis kepada keseluruhan projek (Nyatakan tujuan projek, hipotesis, metodologi, hasil, analisis dan kesimpulan berkaitan projek) 5 Pengenalan Latar belakang projek, penyataan masalah,

objektif penghasilan projek 6 Aplikasi Konsep

Sains

Penjelasan konsep sains yang berkaitan dengan penghasilan dan kebolehfungsian projek dan tenaga boleh baharu

7 Pemilihan dan penyesuaian

Penjelasan tentang faktor pemilihan dan penyesuaian (Contoh: warna, bahan, bentuk dan saiz)

8 Proses

Pembinaan Projek

Penerangan bergambar sepanjang proses pembinaan projek

9 Rekod Pengujian (Cuba Jaya)

i. Memanaskan air (500 ml) dalam tempoh 1 jam dengan merekodkan data kenaikan suhu air

ii. Mampu menunjukkan kebolehfungsian projek untuk memanaskan atau memasak makanan (Telur)

iii. Mengemukakan rekod ujian projek (Berserta data)

Penutup

10 Kesimpulan Membuat rumusan keseluruhan berkaitan projek

11 Rujukan Senaraikan bahan atau sumber rujukan yang berkaitan

(10)

10 | Kertas Konsep SOLAR OVEN CHALLENGE_ eMAS 2.0 Contoh Rekod Pengujian Cuba Jaya:

(TARIKH)/

(MASA) CUBA JAYA 1 CUBA JAYA 2 CUBA JAYA 3

CATATAN/ PERBINCANGAN

Suhu Awal Air:...oC

Suhu Akhir Air:...oC

Peningkatan Suhu Air:...oC

Suhu Awal Air:...oC

Suhu Akhir Air:...oC

Peningkatan Suhu Air:...oC

Suhu Awal Air:...oC

Suhu Akhir Air:...oC

Peningkatan Suhu Air:...oC

Suhu Awal Air:...oC

Suhu Akhir Air:...oC

Peningkatan Suhu Air:...oC

Suhu Awal Air:...oC

Suhu Akhir Air:...oC

Peningkatan Suhu Air:...oC

Suhu Awal Air:...oC

Suhu Akhir Air:...oC

Peningkatan Suhu Air:...oC

Suhu Awal Air:...oC

Suhu Akhir Air:...oC

Peningkatan Suhu Air:...oC

Suhu Awal Air:...oC

Suhu Akhir Air:...oC

Peningkatan Suhu Air:...oC

Suhu Awal Air:...oC

Suhu Akhir Air:...oC

Peningkatan Suhu Air:...oC

(11)

11 | Kertas Konsep SOLAR OVEN CHALLENGE_ eMAS 2.0

LAMPIRAN B BORANG PEMARKAHAN

SOLAR OVEN CHALLENGE (SOC) KOD KUMPULAN

KRITERIA MARKAH

PENUH MARKAH Penulisan Laporan

(Lampiran A)

i. Penulisan mengikut format

/ 20 Pengujian Cuba Jaya dan

Kebolehfungsian projek (Bersemuka/ laporan video)

i. Suhu Awal Air:...oC Suhu Akhir Air:...oC

Peningkatan Suhu Air:...oC

/ 20

ii. Mampu memasak bahan makanan (telur):

Perubahan tekstur

/ 5

Rekabentuk i. Penjelasan tentang pemilihan saiz, warna, bahan, bentuk projek dan lain-lain.

ii. Kemas iii. Menarik

/ 15

Penerangan aplikasi konsep sains

Menjelaskan konsep sains yang berkaitan dengan penghasilan dan kebolehfungsian projek seperti:

i. Pantulan ii. Pembiasan

iii. Kesan rumah hijau

/ 20

Persembahan dan Penyampaian

i. Memaparkan bahan dan alat yang digunakan

ii. Demonstrasi dan penerangan yang berkesan

iii. Menerangkan tentang proses pembinaan dan pengujian projek

/ 20 JUMLAH / 100 ULASAN HAKIM Tandatangan Hakim Nama Hakim Disahkan oleh Tarikh

(12)

12 | Kertas Konsep SOLAR OVEN CHALLENGE_ eMAS 2.0

LAMPIRAN C PANDUAN PEMARKAHAN KENAIKAN SUHU BAGI

SESI PENGUJIAN DAN KEBOLEHFUNGSIAN PROJEK

RANKING KENAIKAN SUHU MARKAH KUMPULAN

1 20 2 15 3 10 4 9 5 8 6 7 7 6 8 5 9 4 10 3 11 2 12 1 13 1 14 1 15 1 16 1

(13)

13 | Kertas Konsep SOLAR OVEN CHALLENGE_ eMAS 2.0

AM

1. Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. 2. Maklumat pertandingan turut dihebahkan melalui laman Facebook Jabatan

Pendidikan Negeri Sarawak dan laman Facebook Unit Koku JPN Sarawak. 3. Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, sila hubungi:

PUAN MARJOLYN MICHAEL

Penolong Pengarah (STEM)

Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum) Sektor Pembangunan Murid

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak 082-473670

PUAN CHUNG SZE MEANG

Pegawai Teknikal Negeri Solar Oven Challenge SMK Lake, Bau

016-8096198

PENUTUP

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 (Solar Oven Challenge Sekolah Menengah) Peringkat Negeri Sarawak sah digunakan mulai Julai 2021 sehingga pemberitahuan lanjut oleh Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum) Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Referensi

Dokumen terkait