• Tidak ada hasil yang ditemukan

9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "9 Cara Membantu Anak Berjaya di Tadika."

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

Siri  ‘Bagaimana?’    

Satu  Perkongsian  untuk  IBU  BAPA.  

 

 

9 Cara Membantu Anak Berjaya di

Tadika.

 

Melalui  3  bulan  pertama  persekolahan.  

                       

Oleh Noraminah Omar www.noraminahomar.com Penulis Buku Cerita Kanak-kanak Pengamal Bisnes Pendidikan Awal Kanak-kanak

(2)

Kandungan di dalam manuskrip ini merupakan pengalaman peribadi dan juga hasil pembacaan penulis.

Para pembaca DIBENARKAN berkongsi kandungan dan cerita dalam manuskrip ini untuk sesi pembelajaran dan perkongsian bisnes dengan menyebutkan sumber dan nama Penulis.

Para pembaca TIDAK DIBENARKAN berkongsi manuskrip ini tanpa keizinan Penulis.

Tidak ada mana-mana bahagian dalam manuskrip ini yang boleh diterbit, dicetak atau direkodkan dalam sebarang bentuk tanpa mendapat keizinan bertulis dari Penulis.

Pembaca digalakkan untuk merujuk kepada pakar dan menjalankan kajian serta membuat bacaan lanjut sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengaplikasikan mana-mana bahagian teknikal dalam manuskrip ini.

(3)

DARI PENULIS

“It takes a village to raise a child.”

Tulisan ini merupakan sebahagian kecil pengalaman peribadi dan perkongsian yang saya perolehi dari sahabat dan rakan taulan dalam industri. Ya,

pengalaman kita tidak sama. Kita boleh saling belajar antara satu sama lain. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelajuan dan cara yang berbeza dalam perkembangan pembelajaran. Malah, ada anak yang melalui sesi ‘orientasi’ mereka sepanjang tahun!

Saya yakin, kita tidak mempunyai niat lain selain mahukan yang terbaik buat anak-anak. Bukan sahaja anak kita, malah anak-anak kawan kita dan kawan-kawan anak kita.

Saya menjemput tuan dan puan yang menerima tulisan ini memberikan

maklumbalas kepada saya di www.noraminahomar.com

Noraminah Omar 6 Januari 2015

(4)

BAHAGIAN 1 :

Untuk Ibu Bapa

Ada banyak pengalaman yang kita sendiri sudah lalui dan ada yang dikongsikan oleh rakan ibu bapa yang lain.

Kisah dan cerita yang pelbagai ini juga, menjadi sebahagian lambakan maklumat dalam minda kita sebagai ibu bapa yang mempunyai anak di tadika.

Apa yang pasti, kita sendiri akan memilih maklumat mana dan keputusan apa yang diambil untuk anak kita dan keluarga. Dalam bahagian ini, kita akan berkongsi 9 cara yang kita boleh ambil untuk membantu anak kita mengadaptasikan diri di tadika baru atau pada tahun baru.

Tempoh 3 bulan pertama ini boleh bermula pada bila-bila masa sahaja sepanjang tahun.

(5)

Ada rakan ibu bapa yang sengaja memasukkan anak ke tadika pada bulan Februari atau bulan Jun untuk memastikan dan mengelakkan banyak perkara.

Semua ini merupakan pilihan.

Berikut adalah 9 perkara yang disarankan untuk kita selusuri apabila menghantar anak ke tadika.

   

1.

Meletakkan sasaran yang sesuai.

 

Apakaha tujuan utama kita sebagai ibu bapa menghantar anak ke tadika?

Apakah sasaran kita yang sebenar?

Adakalanya, kita sering menyebutkan, “Oh, tidak mengapa. Saya hanya mahu anak saya berkawan-kawan sahaja.”

(6)

Namun, apabila tiba satu ketika, kita dapati objektif sebenar kita menghantar anak ke tadika sudah berubah.

Secara amnya, ramai diantara kita mempunyai objektif dan sasaran yang sama apabila menghantar anak ke tadika. “Menyediakan mereka untuk melalui fasa pendidikan seterusnya.”

Dalam konteks kita di Malaysia, kita biasanya mula menekankan keperluan asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Kemudian kita melihat perkara lain seperti kemahiran dan bakat secara khusus.

Meskipun banyak topik perbincangan yang ada dan berlanjutan antara perkara ini, hakikat kehidupan sebenar yang

membolehkan anak-anak kita ‘survive’ dalam dunia realiti ialah kebolehan membaca, menulis dan mengira.

(7)

Tiadak kira sama ada mereka bekerja sendiri atau makan gaji, kelak, mereka akan memerlukan kemahiran asas ini. Itu yang biasa kita fikir dan sasarkan sebagai ibu bapa.

Di Malaysia pula, ‘LULUS’ dalam SPM dan peperiksaan tertentu menjadi satu kemestian. ‘CEMERLANG’ dangan sederet A pula menjadi pilihan yang agak terbuka.

Ada antara kita sebagai ibu bapa, dapat menerima hakikat pencapaian dan kebolehan anak-anak seadanya.

Kata mereka, asalkan keputusan peperiksaan itu dapat

melayakkan anak kita untuk meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya, sudah cukup. Itu sahaja.

Baik, mari kita kembali kepada situasi anak di tadika. Ia menjadi lebih utama apabila tadika dilihat sebagai titik permulaan kepada pencapaian akademik anak-anak.

(8)

Pendidikan awal anak-anak sudah mula menjadi kepentingan yang besar. Anak-anak mesti menerima pembelajaran yang baik untuk mencapai tahap seterusnya.

Apa pun, pencapaian dan kejayaan anak di tadika dalam bentuk akademik tidak pula memberi jaminan sepenuhnya akan

kejayaannya apabila dewasa kelak.

Meneliti dan mengenalpasti kebolehan dan kemahiran yang anak kita punya kekuatan, sememangnya bermula seawal anak di tadika. Inilah yang dikaitkan dengan bakat.

Lalu, apakah sebenarnya sasaran kita apabila menghantar anak kita ke tadika?

Sasaran dan objektif mesti terus kekal menjadi spesifik, boleh diukur, boleh dicapai, realistik dan mempunyai tempoh masa. 3 bulan pertama di tadika merupakan satu tempoh pencapaian yang boleh disasarkan dengan spesifik, boleh diukur dan boleh dicapai.

(9)

Apakah antara sasaran yang biasa diletakkan oleh ibu bapa? a. Anak mestilah gembira dan tidak mempunyai isu emosi dan

hubungan sosial di tadika.

b. Anak menunjukkan prestasi seronok dengan jadual dan aktiviti di sekolah dengan menunjukkan hasil kerja

berbentuk mingguan kepada ibu bapa.

c. Dalam tempoh 3 bulan bersekolah, anak mestilah

menunjukkan peerkembangan positif dari segi tingkahlaku dan sikap terhadap konten berbentuk akademik seperti mula menunjukkan keyakinan bercakap dan berkomunikasi, berdikari dan menguasai asas mengenal huruf dan nombor. Bagi ibu bapa, ada yang meletakkan pencapaian yang lebih

daripada yang di atas.

Sasaran ini bergantung kepada ibu bapa serta tahap pendedahan anak kepada perkara berkenaan di rumah.

(10)

Ambil contoh sasaran menguasai bahasa Inggeris di tadika. Apabila kita tidak bercakap dalam bahasa Inggeris di rumah dan tidak mempunyai banyak bahan sokongan pembangunan

bahasa Inggeris, sasaran kita terhadap pencapaian anak menguasai bahasa Inggeris mestilah sejajar.

Tidak semua ibu bapa mempunyai sumber yang mencukupi untuk menyediakan suasana dengan sokongan yang mencukupi di rumah.

Kuncinya, sasaran itu mestilah berdasarkan realiti latar belakang pendidikan dan cara asuhan anak kita yang bermula dari rumah.

     

2. Berkomunikasi dengan guru dengan kekerapan

yang sederhana.

 

Apa juga yang berkaitan dengan anak kita yang boleh mempengaruhi prestasi pencapaiannya di tadika mestilah dikomunikasikan kepada guru di tadika. Namun, ia mestilah dilakukan secara besederhana.

(11)

Adakalanya, maklumat yang terlalu banyak dan kerap juga tidak dapat membantu. Asingkan beberapa perkara yang berkaitan dengan anak kita kepada beberapa perkara berikut:

+ Perkembangan fizikal

+ Rutin dan tingkah laku sosial + Kebolehan daya fikir anak

Perkembangan fizikal anak termasuklah kebolehan serta kelemahan anak kita.

Adakalanya anak kita itu bersaiz agak kecil dan menyebabkan anak itu perlukan bantuan apabila mahu ke tandas.

Ada juga anak yang lebih besar saiznya berbanding dengan anak yang sebaya dengannya.

Anak yang tidak mempunyai adik-beradik yang ramai mempunyai kemahiran sosial yang berbeza.

(12)

Anak yang duduk di taska dan di rumah pengasuh atau duduk di rumah bersama pembantu rumah juga mempunyai gaya

bersosial yang tidak serupa.

Maklumat ini juga adakalanya perlu dikongsikan dengan guru apabila ia melibatkan situasi sosial dan berkawan di tadika. Kebolehan daya fikir anak dapat dilihat daripada cara anak itu menyelesaikan sesuatu masalah. Ini dapat diperhatikan, sama ada semasa bermain atau semasa bersosial.

Ada antara kita sebagai ibu bapa yang faham benar anak ‘trick’ yang biasa difikirkan oleh anak kita untuk mendapatkan apa yang dimahukannya.

Maklumat ini juga boleh membantu guru tadika berhadapan dengan anak kita, dalam proses menyesuaikan diri di tadika dalam tempoh 3 bulan pertama itu.

         

(13)

 

3. Memahami rutin pembelajaran anak di tadika.

 

Adakalanya, apa yang kita lakukan di rumah sebagai rutin,

bukanlah satu rutin yang sama seperti di rumah. Ada juga yang membayangkan bahawa rutinnya sama seperti di sekolah rendah atau di tadika lain.

Biasanya, setiap tadika mempunyai rutin yang agak sama,

namun tidak serupa. Malah, ada tadika yang mempunyai susun atur ruang pembelajaran yang berbeza dengan yang kita

bayangkan!

Berikut adalah antara perkara yang boleh kita lakukan untuk

membantu anak kita bertahan dan mengadaptasikan diri dengan rutin di tadika:

(14)

Namun, kita mesti sedia maklum bahawa suasana dalam satu kelas dan kumpulan pembelajaran perlu berubah mengikut suasana dan keperluan anak-anak.

II. Melawat tadika dan melihat semua ruang serta fasiliti yang ada.

Dengan itu, kita boleh membayangkan bagaimana setiap aktiviti berjalan dalam setiap ruang berbeza dengan

bilangan anak yang berbeza.

III. Menghadiri semua sesi pertemuan guru dan ibu bapa yang dikendalikan.

Sekiranya tidak ada pertemuan yang kerap, kita sebagai ibu bapa boleh sahaja membuat temu janji.

Paling tidak setiap 3 bulan sekali untuk berbincang dan mengetahui perkembangan anak kita di tadika.

(15)

Pada masa yang sama, kita lawat tadika untuk mengetahui sebarang perubahan rutin dan ruang yang ada di sana.

 

4. Memerhatikan perubahan dan perkembangan

emosi anak.

 

Selepas tempoh 2 minggu awal persekolahan yang sudah

dibincangkan dalam bahagian terdahulu, menjadi penting juga bagi kita untuk memerhatikan emosi mereka secara berterusan. (Nota terdahulu boleh dimuat turun percuma di

www.noraminahomar.com)

Kebiasaannya, emosi mereka ini bersifat sementara. Jadi, sebagai ibu bapa kita boleh memainkan peranan untuk membantu mereka melalui fasa perubahan emosi.

Ini akan membantu anak-anak menangani situasi yang sama apabila mereka dewasa kelak.

(16)

Tunjukkan contoh kepada anak bahawa:

• Kita menerima sebarang hakikat akan setiap kejadian. (‘Avoid denial phase in life.’)

Contoh:

Ya, belajar memang penat.

Ya, ada kawan yang nakal dan ada kawan yang baik. Ya, memang biasa jika kita dimarahi apabila melakukan kesalahan.

Contoh 3 perkara di atas berlaku bukan sahaja di tadika, malah di tempat kerja kita sebagai orang dewasa.

• Kita rancangkan tindakan seterusnya.

(17)

+ Kita perlu tidur awal

+ Kita siapkan semua tugasan sebaik sahaja rehat (selepas pulang dari tadika)

+ Kita pastikan semua barang ke tadika disiapkan sebelum tidur

+ Kita makan makanan yang berkhasiat dan memberi tenaga

Apabila ada kawan yang nakal, beritahu kepadanya apa yang kita tidak suka beliau lakukan.

Beritahu guru atau orang dewasa yang lain di tadika untuk bantuan. Jauhkan diri dari situasi ‘kenakalan’ itu.

Apabila dimarahi, kita baiki kesilapan kita. Teruskan sahaja rutin seperti biasa.

Usah difikirkan lagi. Usah berhenti di situ. Baiki. Jalan terus.

(18)

• Kita cuba lagi.

Apabila kita sudah cuba apa yang kita rancang, cuba lagi beberapa cara yang lain.

Ada banyak kesan tinakan yang kita lihat ditunjukkan oleh anak kita berdasarkan apa yang berlaku di tadika.

Sebaiknya, kita sebagai ibu bapa juga boleh saling mengenali antara satu sama lain.

Pernah satu ketika, seorang ibu terpaksa membenarkan anak membawa alat permainan ke tadika untuk memujuknya. Tindakan ini menyebabkan ada anak yang lain juga mahukan mainan yang sama dan memberontak di rumah.

Untuk situasi begini, ada baiknya dibincangkan dengan guru tadika secara khusus untuk mendapatkan cara terbaik bagi membantu anak kita.

(19)

Memberikan bantuan kepada anak sendiri tanpa memberikan ganggunan kepada anak- anak yang lain.

Ini objektif yang jelas.

 

5. Memerhatikan perkembangan kemahiran

komunikasi anak.

 

Adakalanya perkara kecil yang kita sangka kecil, merupakan besar bagi anak-anak.

Anak-anak yang mula belajar menyanyikan sendiri lagu ‘Twinkle Twinkel Little Star’ menganggap ianya sebagai satu pencapaian besar.

Salah satu asas kepada kemahiran komunikasi anak ialah keyakinan diri.

Perkara dan pencapaian kecil inilah yeng memberikan anak kita asas kepada pembinaan keyakinan diri yang tinggi.

(20)

Oleh itu, setiap kali anak kita menunjukkan perkembangan baru, kita berikan peluang mereka menunjukkannya dan diiringi

dengan pujian meskipun apa yang dinyanyikan atau disebutkan itu kurang tepat atau salah sama sekali!

Contoh:

Anak menyanyikan lagu dengan sebutan yang tidak betul. Puji pencapaiannya dan apa yang baik.

“Apabila Safura menyanyi, Mak gembira lah! Bolehlah Safura menyanyi lagi. Mari kita menyanyi sama-sama.”

Semasa menyanyi bersama itu, perdengarkan sebutan yang betul, tanpa mengkritik anak kita.

Contoh:

Apabila anak kita menyebut satu huruf tetapi salah seperti

menyebut huruf ‘d’ sebagai ‘b’, puji pencapaianya sahaja. Sebut atau tunjukkan sahaja yang betul.

(21)

“Bagusnya, Safura! Sudah kenal huruf ya. Selepas ini tentu boleh membaca dengan lancar. Ini ‘d’.”

Tidak perlu mengkritik dan menekankan tentang sebutannya yang salah itu.

Situasi begini yang berterusan menjadi satu sistem sokongan yang dapat membantu anak kita .

Ini juga dapat mengurangkan risiko perubahan emosi anak-anak yang mendadak.

Malahan, anak-anak biasanya akan menjadi lebih terbuka dan berlapang dada untuk berkongsi semua perkara yang dipelajari dan berlaku di tadika.

Seandainya ada cerita yang kurang manis didengar daripada anak-anak kecil ini, semak terus dengan guru berkenaan.

(22)

Elakkan pernyataan dan siasatan secara umum dengan

menyatakan di ruang komen awam seperti FB atau kumpulan Whatsapp.

Adakalanya, maklumat yang kita terima itu, belum disahkan akan kebenarannya.

Kita mahu memberikan anak-anak pengalaman agar

menerangkan dan menyelesaikan sesuatu isu tanpa memalukan dan menjatuhkan air muka sesiapa termasuk diri kita sendiri.

     

6. Memerhatikan perkembangan fizikal anak.

 

Anak yang kita besarkan itu, ada fasa perkembangan yang tersendiri. Meskipun secara amnya, fasa perkembangan

memang agak serupa, ada anak-anak yang mempunyai kelainan yang tersendiri.

Apabila anak itu tidak pernah melalui dan mempunyai pengalaman beberapa bentuk aktiviti fizikal, adakalanya ia membezakan antara satu dengan yang lain.

(23)

Secara amnya, anak-anak perlukan keseimbangan dan kestabilan dalam pergerakan asas seperti berjalan, melompat dan berlari. Apabila anak kita memasuki satu suasana pembelajaran dalam kumpulan yang berstruktur dan tersusun jadualnya, tahap

kemahiran fizikalnya mestilah sesuai dengan suasana dan situasi pembelajaran di sana.

Adakalanya, anak-anak yang bersaiz lebih kecil berbanding dengan saiz rakan sebayanya memerlukan pemerhatian khusus di tadika.

7. Mengenali potensi anak.

 

Anak-anak seawal 3 tahun sudah boleh dilihat bakatnya. Ada anak yang mempunyai kelebihan adri segi fizikal dan ada yang mempunyai kelebihan dari segi bahasa.

Pemerhatian kita di rumah biasanya banyak membantu untuk mengesan potensi anak kita.

(24)

Ada anak yang tidak banyak cakap, tetapi suka melakukan aktiviti pembersihan, mengemas dan sangat teliti apabila menyusun dan meletakkan barang-barang.

Ada pula anak yang aktif, sentiasa bergerak dan tidak boleh tahan lama dalam sebarang aktiviti atau permainan.

Namun, apabila diberikan blok ‘lego’ atau ‘jigsaw puzzle’, anak itu dapat pula menghabiskannya dengan cepat.

Kelebihan dan kecenderungan anak dalam setiap aktiviti membolehkan kita melihat dan mengesan potensi mereka. Maklumat sebegini juga boleh dikongsikan dengan guru di tadika agar mereka boleh memberikan ransangan yang sama dan berterusan.

(25)

8. Menghadirkan diri ke semua program tadika.

 

Hubungan anak dan ibu bapa tidak terputus begitu sahaja apabila anak-anak masuk ke tadika.

Mereka juga merupakan antara ejen pembangunan anak-anak yang penting.

Kehadiran ibu bapa dalam program kendalian tadika, menjadi salah satu faktor utama yang dapat membantu anak-anak kita melalui tempoh percubaan dan sepanjang 3 bulan pertama di tadika.

Usahakan agar salah seorang atau wakil ahli keluarga untuk hadir dalam setiap program.

Melalui pengalaman ini, anak-anak faham bahawa:

+ ibu bapa dan ahli keluarga sentiasa memberikan sokongan kepadanya

(26)

+ ibu bapa dan guru merupakan rakan kerjasama yang baik dan mereka perlulah sama-sama dihormati

+ ibu bapa dan guru mereupakan orang yang mereka boleh percayai dan dapat memberikan bantuan

Persepsi yang dibina dalam minda anak-anak yang sebegini membolehkan ibu bapa dan guru bekerjasama dengan lebih baik.

   

9. Menerima, berlapang dada dan mengekalkan

kerjasama.

 

Tidak dinafikan bahawa guru di tadika datang dari pelbagai latar belakang dan bidang. Gaya mengurus rumah tangga juga

berbeza antara satu sama lain.

Walau bagaimanapun, hakikat manusia itu tidak sempurna memang manjadi lumrah alam.

(27)

Apabila menerima makluman dan komen yang jujur, namun disampaikan dengan cara yang ‘kurang’ enak, kita sebagai ibu bapa yang lebih professional perlu mengambil jalan menjadi penunjuk cara.

Adakalanya, guru ini mempunyai kemhiran dalam bidang kanak-kanak, tetapi tidak mempunyai kemahiran komunikasi dan

khidmat pelanggan yang bagus.

Adakalanya, situasi yang sebaliknya pula berlaku.

Fokuskan kepada penyelesaian situasi. Sendainya perlu berterus-terang dengan guru tentang ketidakselesaan kita dengan cara penyempaian beliau, kita masih boleh berbuat demikian dengan menunjukkan cara yang betul.

Hakikat manusia yang hidup dengan adanya emosi itu sentiasa benar. Kita sebagai ibu bapa, dan mereka yang bergelar guru juga tidak dapat lari daripadanya.

Namun ‘profesional’ itu benar-benar terserlah apabila kita boleh bekerjasama meskipun dengan mereka yang kita tidak suka.

(28)

Tidak kiralah sama ada kita ini memegang jawatan sebagai CEO syarikat besar atau seorang ibu kepada anak-anak kita,

profesionalisme itu tetap ada.

Biasanya, situasi yang bersifat sementara ini dapat diselesaikan dengan baik dengan adanya budi bicara dan persefahaman antara guru dan ibu bapa.

Namun, seandainya situasi ini menjadi bertambah sukar dan memberikan kesan kepada pencapaian anak di tadika, kita sebagai ibu bapa boleh membuat keputusan.

Terima, berlapang dada dan teruskan kerjasama, tidak kira sama ada kita meneruskan sesi pembelajaran di tadika yang sama atau berpindah.

Referensi

Dokumen terkait

“Pengaruh Gaya Kepemimpinan Terhadap Kepuasan Kerja dan Kinerja dengan Komitmen Organisasi sebagai Variabel Intervening (Studi Pada PT. Yudhistira Ghalia Indonesia Area

Truk dengan kereta gandengan dan truk dengan kereta tempelan juga mempunyai kelemahan dalam melihat kaca sepion terutama pada saat membelok,

Tujuan yang ingin dicapai pada praktikum Perkembangan Sel Betina adala Tujuan yang ingin dicapai pada praktikum Perkembangan Sel Betina adala untuk memlelajari perkembangan katak

Alhamdulillahirobbil’alamin, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT, yang telah melimpahkan rahmat dan hidayahNya, sehingga penulis dapat menyelesaikan

Masuk tahun 1990 minat sekolah masyarakat mulai mengalami perkembangan hampir semua anak-anak mulai sekolah walau masih ada beberapa ya putu sekolah (tidak tamat

pada saat itu. Isinya dikatakan oleh Poerono, hanya berbincang-bincang lepas di dalam kelas tentang kehidupan. Untuk perkuliahan seni lukis sendiri Amang Rahman lebih

Penyakit yang disebabkan oleh jamur/cendawan dapat berkembang dengan baik pada kondisi suhu rendah dan kelembaban yang relatif tinggi. Oleh karena itu, untuk menghindari